Saturday, January 28, 2012

Kenapa ni....

Baru nak menyulam mimpi-mimpi indah di peraduan, tiba-tiba terjaga dari lena yang nyaman.


Tergaru-garu sana-sini, sedap sekali...ku pasangkan lampu...masyallah! Kena apa dengan umi ni? Gatal yang mengenyam menyelubungi seluruh tubuh. (naik bedang besar-besar). Walhal baru sekejap tadi sebelum tidur umi mandi. Makan hari ni pun tak adalah mengarut. Sarapan pagi tadi umi goreng nasi, goreng nugget, sosej. dan keropok tu memang hari-hari pun goreng letak dalam tupperware besar tu dan untuk lunch pula umi masak ayam masak merah dan makan di rumah je tadi. Bebas dari makanan dari luar. Hari ini pun kami tak keluar rumah. Asyik dok membasuh kain-baju, jemur-angkat-lipat-simpan. Itu saja aktiviti hari ini.


Nak kata umi tersilap makan ubat ke...seingat umi,  sebutir ubat pun tak masuk ke kerongkong umi hari ini. Makanan yang last masuk ke mulut ini ialah 1/3 daripada buah delima setelah share dengan abah. Alhamdulillah, sebelum umi rebahkan belakang pukul 10.30 tadi, umi sihat.


Nak kata kena ulat pun, hari ni umi tak beroperasi menebas atau membersih kawasan di luar rumah seperti membuang daun-daun kering pokok pisang dan sebagainya. Membersih dalam rumah kak ngah yang bersihkan, menyapu dan sebagainya.


Adoiii....gatalnya seluruh badan. Jari jemari pun terasa mengembang, membengkak keluar butir-butir (bedang) di celahan jari dan merata-rata. Di tapak kaki, leher, di lengan di kepala, di muka pun terasa miangnya. Time ni semua orang sedang tidur nyenyak. Umi ada mengadu kat abah, katanya letak lah bedak...mana boleh main bedak jer...ni bukan miang sebarangan. Lepas tu umi terkontang-kanting keseorangan, tiada tempat untuk mengadu. Taip saja lah  di sini. Puashati!


Seingat umi, orang tua-tua dulu-dulu cakap kalau kena macam ni namanya 'lapar garam'. Mak aih, takkan la tak cukup lagi garam dalam masakan umi, tadi pun kalau tak silap dengar ada yang cakap..."masin sikit"...selalunya diorang cakap..."sedap...sedap...". Puas fikir dah ni, kenapa benda ni datang time umi tidur dan masa tu pukul 1.30 a.m....


Nak buat macamana ni?
Perlukah ke klinik atau ada petua tradisional untuk masalah umi ni? Kesian umi sorang jer tak dapat tidur...Adoiii makk...nak garu sangat takut makin membuak-buak naik biji gatal tu.....


Tolongggggg umi....!!!!

No comments: