Wednesday, February 29, 2012

Cantik..




Terasa cantik tarikh hari ini,
29 Februari 2012


Nak tutup tabir bulan ini
pada tarikh keramat 
yang bakal mendatang 
empat tahun sekali.


Ya...
sekadar mengukir entri
sebelum mac mengunjungi...
sebentar lagi!


suatu petang di bulan februari...langitmu jingga bagaikan api...


Donut Labu



Donut Labu:

Bahan2nya:
850 hingga 900gm tepung gandum
1 cawan labu yg telah direbus dan dilecek
2 sudu besar gula
1 paket mauripan
1 camca garam
1 cawan air dan susu cair suam
1/2 cawan susu pekat
1/3 cawan marjerin atau butter

Cara-cara:

dalam mangkuk adunan masukkan tepung,gula,garam,mauripan,kacau biar sebati.
kemudian masukkan labu susu pekat dan air adun lembut akhir sekalu masukkan marjerin
uli lagi hingga doh licin..rehatkan dlm 1 jam hingga naik 2kali ganda.
tumbuk2 sedikit keluarkan angin..kemudian boleh la dibentukkan menjadi donut.
biarkan sekejap naik sedikit baru digoreng dan digolekkan pada gula..
untuk mendapat gula yang wangi renjiskan sedikit srebuk kayu manis pada gula kastor sebelum golekkan donut.

selamat mencuba..


(kredit kpd pelayar fb)


Monday, February 27, 2012

Jenjalan Cari Pasal at Doraemon World 2012



YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
(jauh berjalan luas pandangan)




Kat atas semua senyum nampak gigi...happy!!!




kat kaki...selipar dah bertukar sesama sendiri....

umi pakai selipar idi, idi pakai selipar jepun (doraemon la katakan...), mia pakai selipar umi, kak long dan kak ngah pakai kasut sendiri...gara-gara salah seorang dari peserta rombongan 
MELETOP
kaki!

sampai menyusur mencari kedai jual capal aka selipar..nasib baik ada!
huhu...berkorban apa saja...


mamam...


Alhamdulillah...


mujur ada marrybrown...









Penat berjalan terasa lapar,
singgah marrybrown makan bersama;
tak kesah lah bertukar selipar,
memori tersimpan selama-lama...




Saturday, February 25, 2012

Doraemon World 2012 (Part 11)



Tiket rm 38.00 nak masuk sini...



Beratur jangan tak beratur...



dapat Touch 'n Go free...



dapat setiap sorang satu ...



letak dalam ni...comel....♥♥♥♥♥


Doraemon singgah kat Malaysia tahun ini...kenangan terindah buat kami.


Thursday, February 23, 2012

GO GENTING: DORAEMON WORLD 2012 (Part: 1)




KLC...


5 set tiket kami...


penantian suatu penyiksaan...sabar je laa..


dalam bas...ceria ♥


hikhikhik...pakat tido dahhh....


jangan maree...kami ambik gambar orang atas tengah lena tuuu...ekekekeee...


tempuhi perjalanan penuh liku...




Akhirnya...di sini..


menunggu lagi...nak naik cable car...fuhh~~


bumi tak terjejak, langit tak tergapai..terawang-awangan...


posing...jangan tak posing...


kendati kami...sampai dah...


star walk...


Kerana Doraemon...


happy...



kami datang...




nantikan sambungan...part 2...hehe..

Tak salah bawa anak berjalan-jalan...penuhi impian mereka, selagi umi masih ada...


Friday, February 17, 2012

Patah Seribu (Piano Cover) - Damia Nazurah (Shila Amzah)




Rindu kan Mia, sejak masuk hostel...

Owh...nasib baik semalam Mia call umi...terubat rindu..
Mia cakap " Umi, esok (sabtu) Mia jadi Pengerusi Majlis untuk Persatuan Bahasa Jepun Peringkat SBP,
umi doakan Mia yer"

Alhamdulillah...semoga dilancarkan pertuturan dan dapat memikul tanggungjawab dengan jayanya.
SYABAS MIA!!!!!

Selamat Maju Jaya.


Thursday, February 16, 2012

Ijam Non Yankee Full...

Layann...









Jom kita tengok citer ni...best n kelakar sangat...hehehe! Tadi pegi beliliculofadiebon..♥♥


Tuesday, February 7, 2012

Rojak Betik Sedap Sengoti..

Setelah sekian lama tak buat rojak sebegini, cubaan semalam masih lagi menjadi...mmmmmm...sedap sekali! Macam kemaruk pula makan acapkali...oh!













Cara membuatnya:


Betik mengkal secukupnya
Mentimun
(semuanya disagat)

Nenas dipotong kecil-kecil

Keropok digoreng...



Untuk kuahnya:


Ikan direbus/dibakar untuk diambil isinya
5 sudu cili kisar
seketul gula melaka
2 sudu asam jawa ( ambil airnya)
cuka agak banyak untuk sesuaikan rasa
garam secukup rasa
2 cawan air atau lebih.


cara-caranya:

Satukan semua bahan dan renihkan seketika. Sesuaikan rasanya manis-manis masam dan masin.
Sebenarnya kuahnya ini untuk rojak tetapi amat sedap dimakan dengan keropok.
Kalau di Terengganu, masyarakat di sana buat kuah jeruk buah setol sama dengan kuah rojak terengganu ni..mereka masukkan ikan menjadikan kuah itu pekat.
(orang terengganu memang tak tinggal ikan dalam masakan mereka! itu pasal mereka genius!!!)



Mmmmmm....yummyyyyy....

p/s: Umi guna Date Vinegar di dalam kuah ni menjadikan rasanya lebih umphhh!


Sunday, February 5, 2012

Rojak Betik Terengganu...Mmmm...

Lama sungguh dah tak makan rojak betik terengganu. Oh! Sedapnya...
Dulu-dulu saya selalu juga buat masa anak dara, kalau terlupa resepi...cepat-cepat melintas jalan ke rumah kakak yang memang sifu saya dalam masak-memasak ni...tapi sekarang kakak saya tiada lagi. Allah sayangkannya lalu menjemputnya terlebih dahulu menghadap Ilahi.


Masa zaman remaja dulu, saya suka mencuba memasak masakan yang menjadi kesukaan keluarga ataupun masakan tradisi di tempat sendiri. Bukan apa...risau juga takut dikatakan tak pandai di dapur tatkala bergaul...saya juga suka bercampur dengan orang dewasa untuk mengetahui tips-tips masakan oleh orang lama. Itupun bagus untuk skil diri sendiri. Time orang berkenduri pun saya minat menyibuk...tolong itu ini mana yang patut. Biasanya jika kita bergaul dengan tukang masak ni, kita akan disukai oleh orang-orang tua. Heee...manalah tahu...ada yang menyimpan minat nak dibuat menantu...kikiii


Itu kisah zaman dulu....saja bercanda seketika...


Zaman sekarang, sesiapa saja bisa masak. Asalkan ada minat. Tak ada sifu pun tak apa. Search saje di google. Semua terbentang di depan mata. Tiada alasan untuk katakan tidak. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih....Minat saja tak berkesan jika tak berusaha mencari jalan...baru boleh makan ^____^


Resepi Rojak Betik Terengganu...



Bahan-bahannya:



1 biji betik muda/mengkal- disagat memanjang (direndam selama 1 jam & ditoskan)
1/2 sudu teh kapur makan + 2 liter air
2 biji timun- dihiris nipis
1/4 biji nenas- dikupas dan dihiris nipis

Kuah:
10 ekor ikan sardin- dibersihkan, dipanggang & hancurkan isinya
5 sudu besar cili boh
2 ketul gula Melaka- diracik
2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan cuka/2 sudu besar pati asam jawa
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

cara-caranya:



1. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, gula Melaka dan kicap pekat ke dalam periuk dan renihkan
selama 10 minit. Masukkan cuka/pati asam jawa, isi ikan panggang, garam. Kacau rata dan
renihkan selama 5 minit. Sejukkan.
2. Untuk menghidang: Isikan parutan betik ke dalam mangkuk dan susun hirisan timun serta
nenas di atasnya. Siramkan kuah ke atasnya. Hidangkan bersama keropok ikan.



Betik banyak di pokok nuh...hmmm...best..best...best....




Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday




Welcome...

Entri (1)
Februari (1)