Sunday, December 27, 2009

Assalamualaikum warahmatullah

Tiada apalah sangat yang hendak kutitipkan di sini...kerana jika kita fikirkan pada kesakitan...orang lain pun sakit juga...tapi mungkin dalam posisi yang berbeza dari apa yang kita rasa. bila kita berbicara pada kelukaan...ertinya tiada darah pun yang menitis yang dapat dilihat oleh orang...melainkan diri kita sendiri yang merasa bagai dihiris-pedih, dan melihat darah yang merah menyala itu bisa saja mengundang kepucatan kerana tiada lagi seri yang terpancar, melainkan terbitnya bait-bait keinsafan dalam menghitung dosa-dosa silam.

Alangkah indahnya...jika ku kongsikan kebahagiaan...kerna biarpun hanya sekelumit namun jiwa kita tenang apatah lagi bila mendapat limpahan Ar Rahman. biarpun kebahagiaan itu hak milik setiap insan akan jua kutebarkan ke serata alam, biar nafas kehidupan berbunga-bunga berkembangan menyebarkan wewangian dibawa rerama  berterbangan~ keriangan.
entah apalah yang aku bebelkan nih...tadi aku berilusi sendiri~lepas tu belum sempat nak save dah terdelete..hahaa..padan muka! lalu aku pun mengetuk saja apa adanya...hmmm.

 

  

Wednesday, December 23, 2009

air mata kehidupan..

airmata kehidupan 
pasti terus mengalir..
dari kelopak mata ku ini..
di dalam senyum dan tangis...
sebelum kututup..
Bumi mana tak ditimpa hujan?
Alangkah indahnya tatkala kita fikir-fikirkan
nikmat tuhan.
Lebih manis lagi bila kita renung-renungkan
sifat Tuhan yang Pengasih dan Penyayang
Atas sifat itulah...
pintu taubatnya dibuka
seluas-luasnya 
walau sebesar mana dosa kita.

tetes-tetes air mata ;(

Aku ini wanita biasa
bisa sakit luka kerana cinta
dingin sepi kerap menyapa
airmata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku 
Bila hasratku keliru sulut gaira jiwaku
ku yang dosakan cintaMu..





Wednesday, December 16, 2009

Merah lagi ~ Kupakai tudung fareeda sejak 2009





Sudah sekian lama kugantung blazer merah ku. badan tak cukup fit dan nafsu untuk berjaya sudah berkurang...dalam elken.
 entah2 dah mati ahli kot. penat2 jer kumpul downline sampai beratus orang....dah capai tahap leader dulu.
 anak buah dah ramai, malah akar umbi dah dalam...
sayangnya aku tak betah lagi...hanya Allah saja yang tahu..segala persoalan. 
apapun hanya kita yang lebih tahu. aku bukan mengalah, tapi keadaan yg menjadikan ku begitu.
hari minggu yang lalu,umi,safiyya dan sara telah menghadiri satu bengkel kecantikan. warna tema adalah MERAH. wah! fobiakah aku? apaepun bengkel ini tiada kaitan dengan cerita sebelum ni... kami ceria.. bersama dara.com. memang cergas,cerdas dan trendy...kami hadir tiga beranak...last2 da jadi empat pulak...neysa tak nak berenggang dengan kami sampai abis program..hmmm. baru berkenal-kenal kat situ. tapi manjanya mengalahkan kak long dan kak ngah. huhuu..








Tuesday, December 15, 2009

Bayu berbisik...




Kita perlu meletakkan diri kita sebagai intrumen bagi kasih Allah, kerana seperti dikatakan nabi Muhammad S.A.W, "pertolongan Allah pada hambaNya tergantung pada pertolongannya pada saudaranya."

Tuhan, jadikanlah aku intrumen kasihmu
Di mana ada kebencian - biarkan aku menebar cinta
Di mana ada kelukaan hati - biarkan aku menjadi penghibur
Di mana ada keraguan - biarkan aku menyebar keyakinan.
Di mana ada putus asa - biarkan aku menyebar harapan
Di mana ada kesedihan - biarkan aku berkongsi kebahagiaan.
Di mana ada kegelapan - biarkan aku memberi cahaya.  

carilah aku andaikan ia perlu
~umi~

Monday, December 14, 2009

cerita si baju merah



Rajennyer ku bercerita...sebabnyer, bila termangu di sini...macam2 kenangan menghantui.eh...berhantu ker...??? siapakah si baju merah itu? hantukah itu? ataukah aku? ceritanya...dulu aku memang obses berbaju merah. kemana pun ku melangkah, wajib pakai baju merah. hari-hariku sentiasa pagi...tiada malam lagi. semuanya bermula dari tempat ku beraerobik. masih mencuri waktu walau sibuk uruskan butik.  aku memang suka membongkar rahsia penampilan diri. semakin dicari semakin kerdil diri ini,banyak lagi yang harus digali...maka bermulalah aku mengenali keanggunan si baju merah ini. aku mula mengenali ELKEN.Jenuh ku berlari ke sana sini,bertemankan wanita hebat yang cekal ini;
 

ccm rohana sulaiman
(dia lah yang mengheretku ke dunia global ini)

Rata-rata teman seperjuangan berbaju merah. Tapi perjalananku hanya kerana tolakan yang tak mampu ku hindarkan. aku tak suka dipaksa menerjah prospek. terjun dalam dunia ni telah membawa ku keluar dari dunia ku sendiri. memang meriah dikelilingi orang2 hebat. kalau aku kuatkan semangat, dah lama aku ikut jejak mereka jadi orang hebat. tapi aku tak dapat nak bagi100% jiwa ku pada mereka. ku punya tanggungjawab lagi besar untuk keluarga yang ku cintai.apapun aku memang respect mereka yang bersungguh; tapi itu bukan prinsipku. Apapun pengalaman bersama mereka amat berharga buatku. 

penghargaan buat daddy

MCCM cg teo dan allahyarham along.

(U pasti berjaya di elken! 
U harus sentiasa guna cara "percaya".
jangan guna cara mentafsir.
 saya percaya U boleh dibina jadi insan yang luar biasa ! )



bersama jutawan hebat:pak Wan
di sisinya downline hebatku encik jusoh.

Kulibatkan diri kerana memang terpikat dengan info-info menarik tentang kesihatan. kalau ikutkan memang aku dah muak dengan berbagai syarikat jualan langsung. kalau ku susun buku jadi ahli dah sama tinggi dengan aku dah...hurmm. tapi yang ni berbeza sikit kerana upline aku ni hebat memaksa...hehee...kalau tak aku masih begini juga. tapi...masyaallah! byk lah modalnya yang harus kukorbankan...jiwa raga n harta benda...kakaka.
jutawan hebat cg teo bersama
downline yang amat kusayangi
allahyarham mahani dan suriani..
kpd allahyarham mahani...Al-fatihah.


ku sayang mahani macam adik ku sendiri. kami sangat rapat. sampai suaminya pun sangat memberi kepercayaan kepadaku bila bersama ani. ooo...Allah lebih menyayangimu adikku, kau pergi dulu tatkala perjuaganmu belum berakhir. kak za akan sentiasa merindu. anak2 kecilmu dalam ingatanku...khabarnya dah dapat umi baru...semoga roh mu tenang di sana...

kiri: suriani

Downline ku yang paling melonjak ialah suriani. wanita hebat yang pernah kutemui su,rindu giler padamu...hehe, su selalu cakap...za...kalau kita dapat berbicara depan2 kan best...telefon jugalah yang menghangatkan silaturrahim kami setelah ku berpindah. rindu kamu!


dari kiri: teh, aku, mccm hj jamaluddin dan allahyarham mahani



ini adalah kenangan dan kerinduan

Orang malas ada dua sebab:
1. badan tak cukup fit (sihat)
2. nafsu nak berjaya tak cukup kuat
harap anda tiada kedua-dua sebab ini.

Selamat Maju Jaya :)

Saturday, December 12, 2009

suka.suka.dengar.lagu.


Kerabu pucuk paku-versi tganu

kerabu pucuk paku sayur kacang
panggang ikang puyu tumbok sambal belacang
celor pucuk labu buat ulam
tanok nasik beras usang, ohoo..
ikang kering anok tamban

Nok makang sedak kita pitih tak dok
bini beranok rapat anok rama telajok
kalu pisang sikat kite tok dang koyok
ade lagi hok dok teriok, ohoo..
hok ni kecing hok ni berok

Tamboh pulok keje buleh sikit-sikit
banyok hok dok sajer perabih duit
lepah lepah isyak dok dang makang nasik
bosang anok dok jerit, ohoo...
pagi pagi mitok duit

c/o

Kadang-kadang mari pikir dalang ati
macang maner care nok tamboh rezeki
mujurlah pagi ni ade saim maghi
ajok nego kecik kecik, ohoo...
raso senang dalang ati

Ambe nego buat kusi rotang
ade warne ceklat warne itang 
nok ator dekat jabat keraftangang
jalan conley Bukit Bintang, ohoo...
buleh tamboh pendapatang

Begitulah caro kalu mau idup
buat ape sajer yang kite sanggup
jangan duduk saje buat bucit perut
lama-lama buleh netup, ohoo...
anok bini buleh cabut
 
ulang c/o

Orang tue dulu ade bese pesan
kalu kalu kite nok wi anok jarang
rebuh akor kayu buwi bini makang
10 tahun buleh sorang, ohoo...
baru ceroh mase depang.


puisi buat anakanda;



Ada ketukan rindu di pintu kalbunya
ada getaran cinta di langsir hatinya
ada debaran resah di jantung hidupnya 
ada gelombang impian di laut kembaranya

Ketukan rindu itu memecah sepi malam
gelora cinta itu mengusik sunyi kelam
debaran resah itu menghadirkan persoalan
gelombang impian itu menguji keimanan

Sesekali dia tersentak mendengar bunyi rahsia
sesekali dia tergugat mentafsir bisikan pesona
sesekali dia tercungap melepaskan keluh sukma
sesekali dia beristighfar memohon keampunan Pencipta

Dia sedang mencari ketenangan untuk dirinya
dia sedang menanti sinar untuk kalbunya
dia sedang menjalin nasib untuk hidupnya
dia sedang menyaring masalah untuk masa depannya

Di depannya terbentang padang hijau saujana
di depannya menjulang gunung khazanah rimba
di depannya terhampar laut biru bergelora
di depannya terdampar kapal bertiang lara

(Tuhan, tenang tenteramkanlah suasana hatinya
berilah kekuatan untuk dia mendepani segala
bahagiakan hidupnya dengan kemanisan iman dan taqwa
menghirup madu cinta-Mu sepuas-puasnya)

salam setulus doa dari bonda.

Friday, December 11, 2009

~cheese cake dan coklat~homemade



Daripada duduk bersahaja di ruang terbuka sebelum terlena. apakata kita mencuba sekadar suka-suka ada juga hasilnya,  mencanai ilusi yang entah apa-apa...tinggalkan saja keserabutan di pagar minda! dapat juga merasa enaknya di halwa rasa...apa benar hamba bicara~hik3!



dah buat dua ni...sapa naaaaaaakkkk?


tunggu cream nyer pula;





chocco buatan sendiri juga...
al-kisahnya...buat sesuatu yg berfaedah di masa lapang...tu jer..



seronok kalau buat sama-sama...
orang kata kalau si dara yang buat lagi manis rasanya..
ahahaa..kena rajen2 lah nampaknye...
sekadar mengusik sahaja.
 sapa nak rasa boley la order...
lazat juga harganya...
cewah!

















Tuesday, December 8, 2009

Ibnu Abbas bercerita:

"Suatu hari,ketika saya berjalan di belakang nabi, lalu beliau berkata kepada saya, 
"Wahai anak muda! Sungguh, saya ajarkan kepada kamu beberapa kalimah
 'Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu, peliharalah Allah
pasti kamu dapati Allah selalu di hadapan kamu.
Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, apabila kamu 
memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberi
kebaikan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang
sudah ditetapkan oleh Allah kepada kamu, dan
apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu,
melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kamu.
mata pena diangkat dan lembaran sudah ditutup."
-hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi-

(dipetik dari buku yang saya baca)
sekadar nak berkongsi
salam sayang

Monday, December 7, 2009

Sepetang Di Melaka


Sambungan slot cuti-cuti Malaysia...


Akhirnya...
Sampai juga kami ke Melaka. Bukan senang nak berjalan dengan abah...keberangkatan ini pun kerana abah ada kerja,nak serahkan ideanya, apa salahnya untuk mengindahkan dan menyemarakkan lagi negeri Melaka...abah memang macam tu tak lokek berkongsi. Rentetan bicara tatkala keluarga hj zaki berkunjung ke rumah kami sedikit masa dulu. Kelak, harap-harapnya negeri Melaka penuh dengan kehijauan pokok-pokok yang berasaskan nama Melaka..hehee..Kami harus membalas kunjungan...inilah saat dan ketikanya...

Kami memang semangat nak pergi tapi abah tu sentiasa busy. Ni semasa mereka kat rumah kami.


Mana boleh kami mesti pergi juga...tungguuuu....jumpa di sana...di sana...di sana!

kami di rumah mereka pula...
hehe..
Selepas usai solat asar, kami dibawa meronda tempat-tempat menarik di Melaka. Terima kasih tak terhingga kerana entertain kami semasa di sana. Dibawanya keliling kota..

Seketika mentari pun melabuhkan tirainya...kami pun bergegas solat maghrib sementara ke ..


selepas makan-makan ikan bakar di Umbai...kami menikmati panorama indah di sekitar bandaraya bersejarah negeri Melaka..


Bukan mudah untuk mengabadikan kenangan terindah ini be
rsama...mahal sungguh harganya..
aah...aaahhh...tak cukup masa nak upload lebih byk gambar...
jumpa lagi...


Friday, December 4, 2009

Novel Dan Buku


Semalam aku keluar ke Kajang dengan kak ngah. Ada urusan skit, ingatkan nak intai-intai kat mana letaknya pejabat imigresen untuk urusan pasport. Apapun selesaikan urusan dengan mrs JUNE dulu. Ku ke ofisnya sebab aku dah call sebelum bertolak ke Kajang tadi. Dia kata nak tunggu. Apabila sampai, dia keluar pergi makan pulak. Bukannya apa,aku nak serahkan dokumen jer kat dia. so, kami pun pergilah singgah dekat METRO dulu. Tak familiar sgt kat sini, tapi buat2 reti. hahahaaa...Terpandang kedai TM.point lalu ku singgah,memang lama dah berminat nak tahu pasal panggilan rm10 Satu Malaysia tu, offer sampai bulan Disember...Apapun kena isi borang jugak..n nak salinan i/c..huhuu...takpa lah,ku bawa balik jer,esok hantar! 


Lepas tu,kuajak kak ngah ke kedai buku Cziplee, memang kami sekeluarga hantu kedai buku. Dah berlambak buku-buku kat rumah...tak genap-genap jugak. Tamak jer nak membelinya. Tak apa...bukan rugi pun kalau rajin membaca...mulanya hanya nak perkenalkan pada kak ngah bahawa kedai ini banyak buku, kalau malas ke KL, kat sini pun boleh cari jugak...kak ngah kata..best2..kami pun naik ke tingakat atas,tengok-tengok...teringat pula idi nakkan buku komsas tapi nantilah,ajak dia datang sendiri. Aku pulak dah terpikat kat sebuah buku nih, 99 Q 
KECERDASAN BERASASKAN ASMAULHUSNA. Alahai..kalau hati dah berkenan, bayar jer
lah...hehehe. Tapi janji tau! baca kena habis, pastu amalkan. Ubat mujarab time boring.Ngee..


Hobi ku yang paling buruk adalah membaca buku. Apatah lagi kalau baca novel. Semua kerja terbengkalai. Mulalah masak ala kadar jer..semua kerja liat nak buat penangan nak habiskan bacaan. Kadang-kadang rasa macam nak naik juling bijik mata,pastu mata mula bengkak-bengkak ikut mood cerita dalam novel. Tidur pun jadi tak cukup..memang teruk! Tahan kena perli kat abah, "umi ni tak pasal-pasal cari pasal." kenape yer? Sebab abah tak senang tengok umi nangis. Cerita dalam novel tu tipu je...tak pasal-pasal umi nak nangis. Abah memang anti kalau umi baca novel...dia memang tak suka. Selalu marahkan umi baca novel. Tak ada faedah katanya. Namun umi pertahankan jugak, ada faedahnya...kita boleh selami kisah orang untuk diambil iktibar,mana tahu, perkara yang sama terjadi kat kita, sekurang-kurangnya kita tak buntu menanganinya. Memang aku akur, abah pun suka membaca jugak, tapi dia suka baca buku agama. Sebelum tidur baca Quran pastu baca buku agama lagi...umi tumpang dengar sekali. Kadang-kadang abah kupas satu persatu apa yang dia baca sebelum umi terlelap. umi suka. suka sangat dengar cerita-cerita agama dari abah, memang tak cukup kalau umi tak baca sendiri...ya, umi janji nak kurangkan baca novel dah...tapi janji abah still nak bacakan umi
bedtime story... umi suka dengar abah alunkan ayat-ayat suci sebelum umi lena beradu...wah.. abah baca quran paling best!


Sekarang ni kalau baca novel kena sorok-sorok dari abah. Takut kena perli. Koleksi memang banyak giler. Memang dah menurun ke Kak Lom, kadang-kadang dia pinjam kat UM, bawa balik suruh umi baca. Dia pun obses jugak. Dia sanggup beli novel walaupun time tu tengah pokai. Macam mana ni...Jadinya, kat rumah ni dah jadi macam library dah..huhuu...tapi bab novel tak boleh nak tonjolkan sangat, takot kena sound kat abah.hoho...pedas weh, bisa nangis! Bukan kena sound sebab tak buat kerja rumah...semua tu bisa diurus...kena sound bab masukkan jiwa raga dalam novel tuh yang abah tak berkenan...hehee.. Tapi memang salah ku jugak, tak boleh kawal diri. kawal emosi. Memang kalah di situ, sebab umi ni jenis penyedih kot. mudah tersentuh, sensitif pada perkara-perkara yang sepatutnya lah. Tapi berhati waja.hahahaa

(sebahagian dari koleksi kami)


Thursday, December 3, 2009

cerita jumpa hantu...

~intan sari~

Terasa rindukan kak Anna yang dah lama menyepi, lalu ku call dia dengan harapan panggilanku bersambut. Entah busy apa dia enggan ber cit cat macam dulu. Jenuh ku fikirkannya...kepada anakku yang jauh di finsbury park..maafkan umi kerana melontarkan persoalan ini. sekarang kami dah oke. Dia cakap tak nak ganggu umi dengan anak-anak. Masa umi call, kak Anna bercerita pasal jumpa hantu...Argh!! kami pun berkongsi cerita hantu...

Katanya rumah dia memang keras,dia pernah nampak makhluk tu kat ruang menonton tv di rumahnya. merenung dia. seriau umi dengar. pastu ada kisah jirannya jugak. macam sama dgn kami punya kes. jiran umi pun ada kisah tu, kami dah repot polis. tapi macam tu la...abis2 polis ronda je lah. tak boleh buat apa-apa selagi tak ada pecah rumah. boring~boring! lebih baik layan slot lagenda kat tv3, cerita  ~nenek kebaya~ best-best!!

Tujuan ku call kak Anna sebenarnya nak ajak dia menghadiri Bengkel Kecantikan, sebab ku telah terlebih bayar. Nak pergi tiga tapi terbayar untuk 4 orang. Tapi dia menolak. Tak nak lah kak Anna, Kak Anna tak minat. Apa boleh buat kan...Niatku ikhlas ...dapat jugak ilmu boleh kongsi-kongsi nanti. Lantas kita pun berbicara tentang hal-hal lain...

Selepas itu aku terkocoh-kocoh kelewatan nak pergi hantar idi tuisyen kat PJ...Tuisyennya start 2.15 p.m,( sebelum tu umi dan idi melangsaikan upacara pengebumian ~settle dah,mesti abah gembira balik ofis karang~) tetapi juga oleh kerana agak jauh,lambatlah sampainya. so kami menukar arah. cari tempat lainlah pergi tuisyen, yang senang idi boleh pergi...idi ckp, kalau ada yg boleh pergi dgn LRT pun bagus jugak. Lalu ku teringat tempat yang su pernah beri. kami bergegas ke KL pulak. Alhamdulillah...kami dah mendaftar...dah 2 hari kami berlegar-legar mencari pusat tuisyen terbaik~tapi pulang dengan kehampaan juga.

KEMBARA DI TANAH GERSANG

Yaa..Allah...!
Kembara berjalan bersendirian
mencari jalan pulang
bilakah masanya embunkan menjelma
di tanah gersang yang membakar
alangkah pedihnya nasib kembara
di tengah khatulistiwa
tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
 namun tetap ia bertahan.

(kami semua senasib denganmu,wahai kembara di tanah gersang)
mencari kebahagiaan dalam hidup
menempuh berbagai rintangan yang ada
namun bahagia masih impian...
kau masih berjalan di bawah sinar
bulan bintang yang membimbingmu
suatu hari kau kan bertemu
sungai mengalir di taman indah
nanti di suatu masa.

"remember always that success is a ladder and not an escalator"

salam sayang


Monday, November 30, 2009

Dari Dusun Turun Ke Kolam: Felda Residence Hot Springs





Hari Khamis yang lalu,kubawa anak-anakku,safiyya,seirra,eddy dan mya berkelah di sungai Klah,trolak,perak.tempat ini telah dikomersilkan oleh Felda menjadi tempat tumpuan pelancong.di sana ada homestay...kebun buah-buahan yang luas terbentang,ada kolam air panas,ada theme park,hotel mewah,macam-macam ada. sangat seronok untuk diteroka...walaupun ku bukan seorang peneroka...haih!

kujejakkan kaki di situ atas ajakan kakakku Wan Fatimah.sudah banyak kali kakakku mempelawa ke sana tapi masa tak mengizinkan...kerana juga anak-anakku belum pulang.sekarang mereka sudah berkumpul bolehlah kubawa mereka sekaligus...santai bersama-sama...seronoknya...aku menyusuli kakak,abang,anak bujangnya fahmi dan fadlan ikut serta...jumpa di jejantas sungai buloh...hehe...kakak sampai dulu...aku lambat sikit sebab maklumlah...ramai ni kak...hmmm...

Mula-mula kami dibawa ke kebunnya untuk memetik buah-buahan.Best giler sebab buah rambutan,pulasan tengah ranum.Kutipnya senang saja,sambil duduk bersila je di bawah pohon.buahnya sangat banyak sampai tak larat nak petik.Kulihat anak-anakku amat teruja...terhibur dengan bermacam telatah..ada yang riuh rendah diserang semut dan kerengga...hehee...terkejut semua warga serangga...hahaha!kelakar giler.aku pulak sangat excited sampai terluka.abang pula ralit bercerita..kakak dengan mulut bisingnya...anak-anak saudaraku yang bujang itu pun kuat menyakat juga...hak3!





kami memang sangat teruja walaupun setakat ini sudah lima kali kakak datang memetik hasilnya,tapi tak luak-luak juga buahnya...rezeki melimpah-limpahkurniaanNya.Kebun ni adalah kebun Kak Lin:anak perempuan kakak:kakak bercerita..."ayahnyalah yang beri hadiah kebun tu untuk anak perempuannya yang sorang;anak kesayangan ayah (Norfazlin).mahal tu...wah! Beruntungnya Kak Lin,asyik2 ayah yang sponsor..hahaa...best best,boleh tumpang makan buah.kebun cantik tersusun; kelapa, durian, rambutan, pulasan, nangka, ciku, dokong dan macam-macam..kata kakngah...seperti memungut hasil tanaman dekat game farm ville dalam facebook rasanya...hoho..
Penat bertungkus lumus dan bergelak ketawa,kami makan bekal yang dibawa...kakak tak puashati sebab buah yang dapat tak seperti yang dia target,sebenarnya dia nak bagi kat masjid sempena raya korban,boleh laa orang makan buah tu sementara acara penyembelihan haiwan korban...surau kat rumahnya 7 ekor lembu korban.alaa...kalau kami yang tukang ambik buah,mana nak dapat...dah la bakul yang paling banyak buah TERTINGGAL pula...hahahaa...
Penangan ralit bersila di bawah pohon pulasan...dan akhirnya tak jumpa jalan keluar...dah terlupa nak angkat bakul rambutan...kikikiii.



Terimakasih abang dan kakak sekeluarga hadiahkan mia cuti-cuti malaysia ni atas kejayaan 5a upsr mia...kami konvoi ke tempat yang tak sabar nak sampai...




kami bawak satu tray (30 biji telur) nak rebus dalam air panas...kakakku memang selalu menyakat kak long ngan fahmi...asal jumpa jew...kat kampung ker..kat mana2 jer...pasti ayat ni la yang dia ulang-ulang..."kalau kamu dua orang jadi kawen,mama buat kenduri SEKALI sajer.SEKALI JER".Pastu kita rebus telur kat sini...hihii...kakakku memang riuh ...family kami dah sedia maklum...alaa...wat derk je laa...dia gurau jer tu..abah kata...hahaahaaa...


di sini kolam tempat rebus telor.

~NEXT~


Salam..nak sambung cerita lagi ni...

Walaupun tempat ni agak tercorot dan nampak gitu-gitu aje...tapi ada umph!. Why?
Kerana jauh dari kesibukan kota metropolitan. airnya yang nyaman menghadirkan ketenangan. kalau bermalam lagi best! boleh mandi air suam malam-malam...hmmm...besar kolamnya dan bersih.sewa satu apartment 3 bilik hanya rm900 semalaman...berbaloi kalau datang rombongan.Jom2! next time. wah...(Ku bukan agen pelancongan..ngee...) 
tapi memang best kerana di sini ada pilihan samada nak mandi air sejuk dari gunung atau air panas dari mata air gunung berapi...hahaa...nanti demam tak kebah n sakit urat pulak.kuang-kuang-kuang!

Ops! kat sini tak banyak gambar yang sempat kami ambil sebab semua orang syok main air. tak ada yang  sukarela nak jadi jurugambar...kami mandi macam itik dapat air. Hari itu semua kolam bagai kami yang punya. mana taknya...pelancong  yang ada ramai yang berbangsa cina dan japan  kerana orang melayu lain sibuk prepare nak raya...yang kami nih sibuk pergi mandi-manda...hahahaaa..seronok tak terkata..habis kami teroka. kalau orang kat pantai timur sedang berenang dengan air bah-nya,kami rasa macam tu juga. yang pasti semua  dalam satu. Indahnya kalau sebelum ni aku sangat teringin nak pergi kat air terjun lah,mandi sungai lah,hot spring lah main bah lah...mandi pantai lagi...apa yang terbayang di ingatan itu,telah ada di depan mata sekarang. apa lagi...buuuum!!! aku dan kakak terkedek-kedek macam budak-budak main kolam...hahaa...hilang segala ketegangan.
Nanti ada kesempatan nak pergi lagi...