Thursday, December 3, 2009

cerita jumpa hantu...

~intan sari~

Terasa rindukan kak Anna yang dah lama menyepi, lalu ku call dia dengan harapan panggilanku bersambut. Entah busy apa dia enggan ber cit cat macam dulu. Jenuh ku fikirkannya...kepada anakku yang jauh di finsbury park..maafkan umi kerana melontarkan persoalan ini. sekarang kami dah oke. Dia cakap tak nak ganggu umi dengan anak-anak. Masa umi call, kak Anna bercerita pasal jumpa hantu...Argh!! kami pun berkongsi cerita hantu...

Katanya rumah dia memang keras,dia pernah nampak makhluk tu kat ruang menonton tv di rumahnya. merenung dia. seriau umi dengar. pastu ada kisah jirannya jugak. macam sama dgn kami punya kes. jiran umi pun ada kisah tu, kami dah repot polis. tapi macam tu la...abis2 polis ronda je lah. tak boleh buat apa-apa selagi tak ada pecah rumah. boring~boring! lebih baik layan slot lagenda kat tv3, cerita  ~nenek kebaya~ best-best!!

Tujuan ku call kak Anna sebenarnya nak ajak dia menghadiri Bengkel Kecantikan, sebab ku telah terlebih bayar. Nak pergi tiga tapi terbayar untuk 4 orang. Tapi dia menolak. Tak nak lah kak Anna, Kak Anna tak minat. Apa boleh buat kan...Niatku ikhlas ...dapat jugak ilmu boleh kongsi-kongsi nanti. Lantas kita pun berbicara tentang hal-hal lain...

Selepas itu aku terkocoh-kocoh kelewatan nak pergi hantar idi tuisyen kat PJ...Tuisyennya start 2.15 p.m,( sebelum tu umi dan idi melangsaikan upacara pengebumian ~settle dah,mesti abah gembira balik ofis karang~) tetapi juga oleh kerana agak jauh,lambatlah sampainya. so kami menukar arah. cari tempat lainlah pergi tuisyen, yang senang idi boleh pergi...idi ckp, kalau ada yg boleh pergi dgn LRT pun bagus jugak. Lalu ku teringat tempat yang su pernah beri. kami bergegas ke KL pulak. Alhamdulillah...kami dah mendaftar...dah 2 hari kami berlegar-legar mencari pusat tuisyen terbaik~tapi pulang dengan kehampaan juga.

KEMBARA DI TANAH GERSANG

Yaa..Allah...!
Kembara berjalan bersendirian
mencari jalan pulang
bilakah masanya embunkan menjelma
di tanah gersang yang membakar
alangkah pedihnya nasib kembara
di tengah khatulistiwa
tak siapa yang dapat menghilangkan dahaga
 namun tetap ia bertahan.

(kami semua senasib denganmu,wahai kembara di tanah gersang)
mencari kebahagiaan dalam hidup
menempuh berbagai rintangan yang ada
namun bahagia masih impian...
kau masih berjalan di bawah sinar
bulan bintang yang membimbingmu
suatu hari kau kan bertemu
sungai mengalir di taman indah
nanti di suatu masa.

"remember always that success is a ladder and not an escalator"

salam sayang


No comments: