Saturday, December 12, 2009

puisi buat anakanda;



Ada ketukan rindu di pintu kalbunya
ada getaran cinta di langsir hatinya
ada debaran resah di jantung hidupnya 
ada gelombang impian di laut kembaranya

Ketukan rindu itu memecah sepi malam
gelora cinta itu mengusik sunyi kelam
debaran resah itu menghadirkan persoalan
gelombang impian itu menguji keimanan

Sesekali dia tersentak mendengar bunyi rahsia
sesekali dia tergugat mentafsir bisikan pesona
sesekali dia tercungap melepaskan keluh sukma
sesekali dia beristighfar memohon keampunan Pencipta

Dia sedang mencari ketenangan untuk dirinya
dia sedang menanti sinar untuk kalbunya
dia sedang menjalin nasib untuk hidupnya
dia sedang menyaring masalah untuk masa depannya

Di depannya terbentang padang hijau saujana
di depannya menjulang gunung khazanah rimba
di depannya terhampar laut biru bergelora
di depannya terdampar kapal bertiang lara

(Tuhan, tenang tenteramkanlah suasana hatinya
berilah kekuatan untuk dia mendepani segala
bahagiakan hidupnya dengan kemanisan iman dan taqwa
menghirup madu cinta-Mu sepuas-puasnya)

salam setulus doa dari bonda.

8 comments:

A love too srong to die said...

puisi yang indah dan penuh makna...

wannza said...

terima kasih anakku,membuka pintu untuk ku jejaki ruang sempitmu...dapat
juga ku merintis jalan hidupmu di kejauhan itu,
meredah denai surammu
di kesunyian itu....umi mu ini amat berbesar hati. Tabahkan hati...carilah
umi andaikan ia perlu. umi akan sentiasa berada di sisi,bukan untuk menabur
harapan dan beban namun untuk memberi
semangat juang untukmu terus bertahan..teruskan perjuangan selagi termampu.
Ingat Allah tak akan membebankan hamba-Nya selamanya...akan ada waktu
menunggu lenamu..salam dari umi mu.

Mia said...

nak pinjam umi bole? :(

wannza said...

Aiyark mira...nak pinjam umi
nak bawak gi mane? :)
dtg amek kat umah..ahaa..

Mia said...

haha, eh umi kenaaaaal mira? wow

wannza said...

mesti kenal punyaaa...ahaaa..
mana bley semunyi... :)
mira kat mane nih,
kl or kuantan?
pinjam umi nak suruh wat bunga telor ker...hehe..

Mia said...

haha, okaay.
mira kat uniten bangi. :)
pinjam umi nak tumpang umi kejap. haaha, kan dah berbelit ckp ni :P

wannza said...

eh2! mira ni...umi gurau jerk!
mmg sgt dkt dah tu...slalu gak ar umi gi situ.