Monday, December 14, 2009

cerita si baju merah



Rajennyer ku bercerita...sebabnyer, bila termangu di sini...macam2 kenangan menghantui.eh...berhantu ker...??? siapakah si baju merah itu? hantukah itu? ataukah aku? ceritanya...dulu aku memang obses berbaju merah. kemana pun ku melangkah, wajib pakai baju merah. hari-hariku sentiasa pagi...tiada malam lagi. semuanya bermula dari tempat ku beraerobik. masih mencuri waktu walau sibuk uruskan butik.  aku memang suka membongkar rahsia penampilan diri. semakin dicari semakin kerdil diri ini,banyak lagi yang harus digali...maka bermulalah aku mengenali keanggunan si baju merah ini. aku mula mengenali ELKEN.Jenuh ku berlari ke sana sini,bertemankan wanita hebat yang cekal ini;
 

ccm rohana sulaiman
(dia lah yang mengheretku ke dunia global ini)

Rata-rata teman seperjuangan berbaju merah. Tapi perjalananku hanya kerana tolakan yang tak mampu ku hindarkan. aku tak suka dipaksa menerjah prospek. terjun dalam dunia ni telah membawa ku keluar dari dunia ku sendiri. memang meriah dikelilingi orang2 hebat. kalau aku kuatkan semangat, dah lama aku ikut jejak mereka jadi orang hebat. tapi aku tak dapat nak bagi100% jiwa ku pada mereka. ku punya tanggungjawab lagi besar untuk keluarga yang ku cintai.apapun aku memang respect mereka yang bersungguh; tapi itu bukan prinsipku. Apapun pengalaman bersama mereka amat berharga buatku. 

penghargaan buat daddy

MCCM cg teo dan allahyarham along.

(U pasti berjaya di elken! 
U harus sentiasa guna cara "percaya".
jangan guna cara mentafsir.
 saya percaya U boleh dibina jadi insan yang luar biasa ! )



bersama jutawan hebat:pak Wan
di sisinya downline hebatku encik jusoh.

Kulibatkan diri kerana memang terpikat dengan info-info menarik tentang kesihatan. kalau ikutkan memang aku dah muak dengan berbagai syarikat jualan langsung. kalau ku susun buku jadi ahli dah sama tinggi dengan aku dah...hurmm. tapi yang ni berbeza sikit kerana upline aku ni hebat memaksa...hehee...kalau tak aku masih begini juga. tapi...masyaallah! byk lah modalnya yang harus kukorbankan...jiwa raga n harta benda...kakaka.
jutawan hebat cg teo bersama
downline yang amat kusayangi
allahyarham mahani dan suriani..
kpd allahyarham mahani...Al-fatihah.


ku sayang mahani macam adik ku sendiri. kami sangat rapat. sampai suaminya pun sangat memberi kepercayaan kepadaku bila bersama ani. ooo...Allah lebih menyayangimu adikku, kau pergi dulu tatkala perjuaganmu belum berakhir. kak za akan sentiasa merindu. anak2 kecilmu dalam ingatanku...khabarnya dah dapat umi baru...semoga roh mu tenang di sana...

kiri: suriani

Downline ku yang paling melonjak ialah suriani. wanita hebat yang pernah kutemui su,rindu giler padamu...hehe, su selalu cakap...za...kalau kita dapat berbicara depan2 kan best...telefon jugalah yang menghangatkan silaturrahim kami setelah ku berpindah. rindu kamu!


dari kiri: teh, aku, mccm hj jamaluddin dan allahyarham mahani



ini adalah kenangan dan kerinduan

Orang malas ada dua sebab:
1. badan tak cukup fit (sihat)
2. nafsu nak berjaya tak cukup kuat
harap anda tiada kedua-dua sebab ini.

Selamat Maju Jaya :)

1 comment:

umi~wannza said...

suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!

akhirnya kita ketemu jugak! he he...