Tiada apalah sangat yang hendak kutitipkan di sini...kerana jika kita fikirkan pada kesakitan...orang lain pun sakit juga...tapi mungkin dalam posisi yang berbeza dari apa yang kita rasa. bila kita berbicara pada kelukaan...ertinya tiada darah pun yang menitis yang dapat dilihat oleh orang...melainkan diri kita sendiri yang merasa bagai dihiris-pedih, dan melihat darah yang merah menyala itu bisa saja mengundang kepucatan kerana tiada lagi seri yang terpancar, melainkan terbitnya bait-bait keinsafan dalam menghitung dosa-dosa silam.
Alangkah indahnya...jika ku kongsikan kebahagiaan...kerna biarpun hanya sekelumit namun jiwa kita tenang apatah lagi bila mendapat limpahan Ar Rahman. biarpun kebahagiaan itu hak milik setiap insan akan jua kutebarkan ke serata alam, biar nafas kehidupan berbunga-bunga berkembangan menyebarkan wewangian dibawa rerama berterbangan~ keriangan.
entah apalah yang aku bebelkan nih...tadi aku berilusi sendiri~lepas tu belum sempat nak save dah terdelete..hahaa..padan muka! lalu aku pun mengetuk saja apa adanya...hmmm.