Sunday, July 18, 2010

Lagi kisah balik kampong...



ISNIN:
Kami balik hari ahad, perancangan awalnya hari isnin tu terus ke Kuala Terengganu pastu terus balik ke KL ikut highway kuantan sebab nak kejarkan hari selasa appointment kat hospital serdang tu. Isnin tu pagi-pagi lagi dah bersiap tapi banyak pula rintangannya. ke hulu ke hilir mencari YB tapi semua tiada dalam daerah...dengar-dengarnya mereka hanya ada pada hari rabu, khamis dan jumaat sahaja dan hari lain mereka berada di KL. Hampa. Tak jadi pergi ke KT hari isnin tu tapi berusaha juga menjejak mana yang perlu. Beres, esok pula lah kena anjjakkan perancangan asal..walaupun x jadi ke KT, rasa malas pula nak ke mana-mana walaupun dalam hati ni nak sangat ke Kelate, rindukan rumah rindukan macam-macam...tapi hari itu hujan memanjang. Sebab malas, asyik tido saja sambil teman mak berbuka puasa dan dengar cerita2 yang tak kunjung padam. Maalum laa...orang baru balikpergi berjalan ke sabah...

SELASA:
Umi, kak long, kak ngah, zarith dan zati dah bersiap-siap nak ke destinasi. sedang duduk-duduk menunggu anak-anak dara bersiap tu datang lah kak nik (sepupu umi) bersembang katanya "za nak gi mana?""erm...za nak gi ke k.Terengganu" sahut kak nik pula "...ooo...tu shidah pun nak gi jugak tapi takde kenaikan, kena gi dengan taxi la.." umi pulak dengan tak berfikir panjang terus cakap "owh, marilah pergi sekali dengan za" sebenarnya lupa sangat-sangat muatan dah lebih had dan kereta memang rosak dan sedang sakit kedua-dua absorber belakang sudah dinasihatkan oleh pusat servis suruh tukar kedua-dua belah dan 3 perkara yang lain yang berkaitan kerana dah berbunyi kuat tapi umi tangguh dulu repair sebab balik kampung pun tergesa-gesa. biasanya tak tangguh-tangguh bab-bab baiki kereta ni. tapi masa x mengizinkan. Nak balik dengan gen2 pun baru keluar workshop rasa tak percaya juga 
kereta lepas excident ni...kesian crv. Kami pergi juga. kadang-kadang bila pikir balik kata-kata orang macam iye juga. "Alaa...umi ni baik sangat...!" 



Kami sampai di KT dalam pukul 12.00 tengahari. Tinggalkan mereka berurusan. umi dan zati ke SESMA sebab zati nak ambil sijil spm nya. Lucu pulak rasanya bila tetiba zati dah bertukar loghat keterengganuan. Terdengar jugak cikgu-cikgu yang mengajar dalam bahasa terengganu pekat. Pastu kami ke pusat bandar semula. Menunggu dan menunggu bagai nak rak di situ. kak ngah dan kak long pula macam hadir reunion sebab jumpa ramai kawan-kawan satu sekolah kat situ. Pukul 5 petang semua settle, selepas solat nak pergi makan. Mula-mula pergi kat Jalan Kolam nak makan nasi minyak kat situ tapi dah tak macam dulu kami pun bertukar arah ke Nasi Ayam Yunnan di Pantai Batu Buruk.



(dulu sedap...skrg ni mcm kureng!)


Tiba-tiba..."mi..mi...abe long call kak long mi..banyak kali, bakpo tau" kata kak long. umi tanya.."abelong mana?" kata kak long..."abe long syafiq". OOO...tiba-tiba abe long tercongok di depan mata. umi pun pelawa makan sama-sama. Lama benar tak jumpa anak sedara umi yang sorang nih. katanya... abe long ternampak kelibat crv cikza satni. cari-cari no telefon cikza cepat2 nak call jumpa yang kak long terus call...hehee...ngeeee...jumpa abe long jauhnya di KT. Padahal rumah sebelah menyebelah je kat Melor tu. Lepas makan minta abe long tunjukkan jalan ke Masjid Kristal sebab memang berhajat nak singgah ke situ. Alang-alang dah datang Terengganu. Abelong pun nak balik ke Kelate jugak. katanya cikza balik dulu...nanti abelong sempat kejar cikza ni...wah...kete abe long tip top gitu! Lajuuu....kami ke lokasi Masjid Kristal. Bergambar seketika dan maghrib. Kami pun beransur kembali ke Jerteh.


(umi, abe long pok jak dan kak long)

Dalam perjalanan balik tu, hujan lebat datang lagi. Hati risau kerana kereta tak berapa sedap dengan lampunya pejam sebelah mata. Masa ada roadblock kat gua musang malam tu dah dinasihatkan pasang lampu yang padam tu. ..tadi lupa. Adusss...!! Alhamdulillah selesai jugak semua perkara. Esok ada sikit-sikit lagi kena kejar masa cepat-cepat sebab nak balik KL dah. 
sampai rumah mak, dah malam pun terus tido kerana keletihan. Sambung esok pula...Kesian kat anak umi...contact juga takut umi lupa. Kesian abah kena tinggal sorang-sorang...kena pergi appointment tu sendirian...hurmmm...

4 comments:

ardinihumaira said...

weee seronok umi sefamily jalan2 ;)

umi~wannza said...

jalan-jalan cari makan,
singgah sebentar masjid kristal;
wajib bereh semua urusan.
balik lama pun x menyesal.

kan2!

nur iman said...

bestnyo.kecik sungguh dunia nih.bleh plak jupo abe long kat ganung.hihi

*blog skin(x tau la nk panggil gapo,huhuhu) cik za cantik.sesuai ngan blog cik za yg mengisahkn perjalanan hidup yg menarik n mencabar =)

umi~wannza said...

Itu la pasal...yang jauh didekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan...hik3!
bukan senang nak bergambar dgn abe long nih, kak ana wei...mujur abe long sporting hari tu...suka dia dpt jumpa 'my beloved auntie' heheee..

pasal dinding blog cik za tu...hek3!...timakacih, puji ;))