Tuesday, July 27, 2010

Memperbaharui Roadtax Kereta.



Assalamualaikum wrb...

Pagi ini umi nak pergi perbaharui roadtax kereta kak long yang akan luput pada 31 Julai 2010.
Semalam lagi nak pergi tapi tak terpergi sebab ada tetamu datang ajak ke rumahnya malam ni...ada majlis kesyukuran sikit katanya. Tadi dah pesan kat abah supaya balik awal. Hmmm...
Harap-harap hari ni tak ada rintangan apa-apa lah sebab dah betul-betul nak expired dah tu...
Hehee...kalau x, baru lah kena bawa kereta tu dalam UM jer...x leh kuar daerah! Ingat pesan dan amanah abah tu...wat gi ngaji jah!

Bagaimana nak memperbaharuinya:

Mula-mula cari geran kereta dan insuran yang lepas.
kemudian bawa ke ejen insuran pilihan kita...dia akan uruskan semua dan mengira berapa kita kena bayar. Kat sini juga ejen akan check samada kereta kita ada saman tertunggak yang belum dibayar. Kalau ada kena pergi bayar dulu baru boleh sambung roadtax tu. Kalau tak ada, kita boleh buat pilihan samada nak pergi JPJ atau pejabat pos sendiri atau nak suruh ejen je buat semua tu, Biasanya kalau ejen settlekan, kena charge la...haaa...baik pergi sendiri, jimat rm 10 hinggit...

Kalau umi ni jenis rajin, umi uruskan sendiri...sambil-sambil pergi jamu mata kat jusco yang sentiasa ada sale dan belam-belam bayar bil-bil semasa yang lain kat pejabat pos yang terletak dalam jusco tuh. (umi bayar bil secara manual...tak main 2U 2U tuh. hehe...pesen lama la umi) Wah! Sambil menyelam minum air...eh..eh...puasa la hari nie...lupa!!

Okey, nak bersiap la ni...hari ni kena jadi lagu-lagu mano pung!
hahaa..(malas betul nak kuar rumah sorang-sorang..)


(ihiks...gambar lama nie...)

No comments: