Diary Ramadhan:
salam asam pedas...
Semalam sangat bosan bersendirian, namun masih santun berbicara dengan sang Pencipta. Itulah yang termampu di kala sunyi. dan akulah seorang penanti yang bersiap-sedia bila-bila masa; menanti panggilan kecemasan macam bomba! Yang berkhidmat untuk keluarga tercinta.
Semalam dapat dua panggilan palsu, sembang sampai tak ingat dunia. namun berasap juga dapurku di kala senja. Hehe...terima kasih kak anna yang tak pernah jemu berkongsi cerita. semalam kita berkongsi masakan untuk memecah selera...tak boley tahan...umi terus capai suis kereta...pergi jusco cari bahan:
Ayam Masak Asam Pedas versi Kak Anna;
6 tual ayam
lada kering segenggam~rebus-blend bersama...
+ ketumbar
+jintan manis
+jintan halus
+lada hitam sikit
+buah keras
+2 batang serai
+1" lengkuas
+1"halia
+sedikit kunyit
+bawang putih
+1 labu bawang besar
sedikit belacan
*semua bahan di atas dikisar bersama sehingga hancur.
1 labu bawang besar dimayang-untuk menumis.
caranya;
Panaskan minyak, tumis bawang besar yang dimayang tadi kemudian masukkan bahan yang telah diblend. Bila dah naik bau masukkan ayam sehingga pecah minyak. jangan lupa masukkan garam dan perasa supaya serap pada isi ayam tersebut. setelah pecah minyak baru masukkan air asam jawa. Anggaran asam jawa ialah sebesar duit 50 sen (klasik punya sukatan...x bley blah hak3!) dengan 3 cawan air atau ikut banyak mana kita nak buat kuah. mengikut tuan punya resepi~ kuah cair-cair lagi sedap~ terpulanglah!
Kemudian baru masukkan daun kesum @ bunga kantan, buah tomato dan lobak asin/jeruk-rendam dan bersihkan dulu lobak ini sebelum dimasukkan, jika suka. kata pemilik resepi...lobak asin ini boleh dijadikan sayur...hehe...
Oleh kerana kecur air liur umi mendengar kesedapan ayam asam pedas ini, maka itulah menu berbuka umi semalam. sudah siap menghidang...tapi yang dinanti-nanti tak kunjung pulang...sementelah hujan yang amat lebat...sehinggalah azan berkumandang, berbukalah keseorangan...aduh! Rupanya myh terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam hujan yang lebat juga. Peritnya hidup tanpa siapa-siapa di sisi...baru ku insaf dan faham macamana perasaan mak ketika ini...duduk sorang-sorang...huhuu..mak, marila duduk di sini.
Dah-dah-dah! usah beremosi..six...six..six...pedas the six!! Owh...nama lagi asam pedas!!
tqvm kak anna, jangan mara tau za da publishkan di sini masakan kegemaran anak bujang kak anna tu...hehehee...jangan risau...xde orang tackle pun..ngeeee...
p/s:
okey...sekadar berkongsi, tak semestinya sembang di talipon itu untuk bergossip. hehee..
hari ini nak gossip masakan apa pula eks...
2 comments:
beshhhnye.. t umi masakkan tuk dni tau. hehe---> ayat tak malu ;p
boleh!
boleh!
boleh!
selamat datang ke dapur umi...weee...
Post a Comment