Diary Ramadhan:
Salam semanis kurma...
Hari ini sudah hari ke-6 Ramadhan, bermakna sudah hampir seminggu tetamu yang kita raikan berlabuh. Bertuah sungguh siapa yang dapat melayaninya dengan penuh redha dan sabar. Meraikan tetamu dengan penuh keikhlasan kelak Allah akan melipat gandakan pahala dan keberkatan. Teringat pula pada kata-kata semangat untuk menyambut Ramadhan tahun ini. Nampaknya kata-kata sms versi tahun ini berlainan sekali dengan salam Ramadhan tahun-tahun yang lalu...Mari kita tengok versi naik pesawat....
sms 1:
Salam! Nama saya Sya'ban, saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda maghrib nanti bersama isterinya Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu sahur & iftar!. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat & Keampunan...Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eid airlines... Hargai mereka & anda akan mendapat berkat! Insya'Allah. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN - salam...
sms 2:
Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR, bernombor 1431H...Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari di atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT...Penerbangan ini bebas asap perselisihan....saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENEMPUH MADRASAH TARBIYAH RAMADHAN...mohon kemaafan atas segala kesalahan saya selama ini.
sms 3:
Selamat Datang ke penerbangan RAMADHAN AIR menuju destinasi AIDILFITRI dengan penerbangan 1431H. Kita akan menempuh penerbangan selama 30 hari. Sila tegakkan kerusi IMAN, serta sandarkan TAQWA, juga pasang talikeledar ZIKIR, TAHAJJUD & SEDEKAH JARIAH. Pilot anda untuk penerbangan ini ialah AL-QURAN & co pilot AL-HADIS bersama peramugari RAHMAH, MAGHRIFAH & JANNAH. Marhaban Ya Ramadhan. Semoga ibadat puasa kita diberkati Allah swt. Ameen.
Haha...semangat betul korang nak melancong, semoga segala penat lelah merantau ke daerah gersang beroleh keberkatan dari-Nya...ada juga yang bersiap sedia dengan resepi di kala menunggu kehadiran tetamu Allah ini...juadah untuk berbukalah katakan...
sms 4:
Ramadhan Iftar:
A glass Of care,
A plate Of love,
A spOOn Of peace,
A fOrk Of truth,
and...
A bOwl Of doas,
Mix wif spices Of Quran.
Macam-macam ada...sekadar beberapa sms, itulah anjakan paradigma, dunia dah maju...semua akan dapat merasai kemudahan, semua orang berhak menaiki penerbangan...bak kata Air Asia; NOW EVERYONE CAN FLY...eeeiii...bestnyer...jom kita join!
p/s: kepada sesiapa yang ketinggalan penerbangan, usah risau...Allah sentiasa bersama kita dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Naik bas jer laa...sampai juga...kan..kan...hehe...
2 comments:
salam ramadhan...
selamat berpuasa umi sara! disamping famili...=)
salam ramadhan kembali buat elly...
Post a Comment