membelek surat khabar secara online di pagi ahad, sebelum nak berangkat menghantar mia dan idi...umi sangat tertarik untuk berkongsi (klik --> INFO MENARIK ini). Maafkan jika entry ini menguar-uwarkan produk yang pernah anda pakai sebelum ini. Ia sangat rapat dengan kehidupan seharian kita kerana terlalu banyak produk yang dijual sehingga sukar untuk membuat pilihan. Semuanya menjanjikan hasil yang memuaskan...biasalah tu...siapa yang tak nak cantik kan...umi pun pernah ke salon-salon kecantikan, meninjau, mendengar dan meminta pendapat dari jurujual mengenai keajaiban produk mereka. Tapi tak semestinya umi beli...kadang-kadang menemani kawan-kawan yang berminat...
Rasa terpanggil untuk berkongsi, umi pernah dengar jika kita pakai produk yang mengandungi bahan kimia ia akan beri kesan sampingan kepada limpa yang mana lama-kelamaan akan menjadi kanser. Takut mendengarnya membuatkan umi terfikir, biarlah pakai produk yang tiada kimia walau kesannya agak lambat berbanding dengan produk hebat kesan cepat. Oleh kerana kesedaran itulah, umi telah bertukar arah ke jenama yang tidak glamour dan orang akan tercengang-cengang bila bertanya umi pakai produk kecantikan apa. Kadang-kadang terasa rendah diri juga bila orang tak familiar dengan produk yang kita pakai...hehe...maluuu...
Dulu umi pernah pakai citra, BML, nouvelles nak cantik dan mulus bagai Rossalinda lah katakan...ngee...tapi terkejut dengan pendedahan produk yang mengandungi hidrokinon umi bertukar ke Ultimate Perpect by Elken. Masa ni tengah gilakan produk Elken sebab umi jadi member tegar produk Elken. Semua benda pakai elken. Satu famili makan vitamin Elken, penapis air Elken...apa-apa je lah...minuman nak langsing, lingerie dan sebagainya..elken..elken..elken...
Tapi angin Elken mula berubah arah bila umi pindah ke utara tanah air, di Penang umi menjadi pengedar pasif. Malas pergi aktiviti dan yang sewaktu dengannya. Lepas tu, umi mula bertukar produk kecantikan. Bermula dengan umi ambil pakej Jurlique SPA dan skin care di salonnya yang terletak di Queensbay Mall. Sejak itu umi selesa memakai produk tersebut. Sehinggalah berpindah ke Kuala Lumpur umi masih meneruskan perkhidmatan dari mereka. Di Kuala Lumpur ni, bila pindah kita diminta memilih lokasi yang berdekatan untuk menyambung perkhidmatan. Umi ambil Jurlique di Mid Valley sebab senang nak pergi. Bila umi usha-usha, rupanya ada juga di One Utama iaitu di The Curve. Tak banyak tempat ada perkhidmatan ni, susah jugak nak cari. hehe...
Apapun umi yakin dengan Natural Care Beauty Product ini. Baru beberapa hari lepas beautician jurlique call suruh pergi buat facial kat Mid. Owh...nanti nantilah...dekat-dekat nak raya nanti umi pergi laaa....katanya kedai nak buat renovation, so kena pergi tarikh sekian...sekian. Biasalah diorang ni...sentiasa mengingatkan umi yang malas ini. hak3! Takpe...bukan nak meriak ke apa...apa orang kisah kita nak pakai apapun asalkan ianya sesuai dengan skin kita...kira okey laa...produk ni elok cuma umi je yang hangat-hangat tahi ayam...bilaa la nak menyerlah...hurmmmmx!
3 comments:
umi bgus laa . sgt-sgt mghargai anugerah Tuhan ..
jga kesihatan & kecantikan sebaik mungkin ,
salute laa !
umi yg muda . ekekee ;p
babai umi :)
nak balik dooh .
salam ramadan al-Karim .
moga umi temui Lailatul Qadar . amin (^^)
asalamualaikum .
dni pun suka pegi facial2 ni umi. bukan sebab jenama ke ape.. tapi best tang ke urut2 tu hehehe..
waalaikummussalam...atah & dni...
apapun kesedaran itu penting~
Post a Comment