Aku diuji kerana kasih sayang-Nya.
sepuluh hari-hari terakhir ramadhan...cermin keretaku dipecahkan orang.
terkejut tergamam...
(i)
(ii)
(iii)
hanya kerana beg silang guess usang yang telah disorokkan di bahagian bawah kusyen depan di sebelah penumpang. tapi nak buat macamana, dah penjahat tu berkenan walaupun di dalam tu hanyalah ada sebuah novel sahaja.
sila lihat gambar bag silang yang difokuskan.
Parking kereta pun bukannya jauh dari orang, tempat orang awam lalu lalang.
sekadar ke bank sekejap saja. Oh! Tuhan...
Kalaulah aku pohon merimbun
akan kupayungi insan kerdil
dari panas, hujan dan embun
Kalaulah aku pohon berbuah lebat
akan kugugurkan buah manis dan lazat
untuk insan kerdil yang memang berhajat
Kalaulah aku air mengalir tiada putusnya
akan kubiarkan insan kerdil kehausan
meneguk daku sepuas-puasanya
dankalaulah aku hailintar ganas
akan kulibas semua insan
kejam yang selama ini menindas
agar hancur berkecai ditelan bumi
Alangkah bahagianya kehidupan
kalau semuanya saling bergandingan
tiada penindasan
tiada pertelingkahan
tiada penipuan
Kalaulah keamanan dan keadilan
dapat ditegakkan
nescaya bersinarlah cahaya kedamaian
(cermin baru sudaaa..)
Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku dan matiku hanya semata2 kerana Allah...
Dan sesungguhnya aku redha Allah tuhanku, Muhammad rasulku dan Islam agama ku (cara hidupku). Amin.
Dan sesungguhnya aku redha Allah tuhanku, Muhammad rasulku dan Islam agama ku (cara hidupku). Amin.
4 comments:
itu beg sara kan umi.. huhu... nape jahatnya pangai perompak tu... moga umi & sara tabah menghadapinya... kete kawan dni lak kena curi. sian dia.. huhu
Terdesak kot!
Masa tengok cermin tu umi teringat, dni baru pesan : umi jalan sorang2 tu hati2 tau!
itu pasal la umi hold dulu xmo jln sorang, tunggu kak ngah free baru pergi...sekali...kena masa berdua!
kita merancang, Allah menentukan.
iyer2, bag sara.
takziah... beg sara eh..ala siannya =(
naseb baik kete je yg kena..bkn tuan sekali..sabar je la..bln pose pn nak wat jahat jgk..padahal syaitan smua2 dah kena ikat kan..hishh mcm2..
terima kasih elly...
Post a Comment