Friday, February 25, 2011

The key to LIFE the CODE of youth = LIFE CODE ~spa

Sudah lama tak bersantai-santai di spa LIFE CODE. Tahun ni belum sampai lagi padahal keahlian sepanjang hayat. Apalah aku nih, peluang nak sihat dah ada di depan mata pun masih malas-malas lagi. Just ajak jer sapa-sapa yang berminat, boleh sama-sama jaga kesihatan!

Menurut fakta: Bersauna ni memang bagus. Apatah lagi di Life Code yang bercap lima bintang ni. Bukan saja ada di Malaysia malah International la spa Life Code ni. Bilik saunanya memang berkhasiat...pernah ternampak dalam slot Akasia Spa Q ~ menggunakan Asia Spa yang ada di Life Code ni. Owh! Ruginya selama ni tak paksa diri pergi spa untuk jadi anggun dan sihat. Bermalas-malas di situ hanya untuk setengah jam sahaja pun dah berbaloi dengan makan minum free...ahli seumur hidup tu...jangan bazirkan waktu wahai umi!

Antara kebaikan spa/sauna ~ kredit untuk KOSMO: info di situ.

- Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

- Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

- Manfaat lain diperolehi antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

- Malah kulit lebih segar daripada wap air dari bilik sauna manakala otot menjadi kendur usai menikmati aktiviti tersebut.

TETAPI...

Ada bermacam-macam info juga tentang sauna ni...hanya tepuk dada tanya selera. Boleh baca pendapat orang juga kat sususejat...


Dari pengalaman umi sepanjang bersauna ni...ok je..ikut cara yang betul la...kena banyak minum air semasa sedang bersauna, kan air dah disediakan...

suka kenyataan ni..
Terkini, kajian saintifik yang dilakukan pada tahun 2007 menunjukkan Sauna mampu memberikan kesan positif dalam meningkatkan progres seseorang atlit jarak jauh (endurance), sekaligus menyokong kajian yang telah dilakukan oleh pihak NASA kira-kira 30 tahun yang lalu. NASA suatu ketika dahulu pernah merumuskan stimulasi gelombang infra-merah ke atas fungsi kardiovaskular merupakan cara yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan jantung angkasawan-angkasawan Amerika yang terpaksa duduk dalam kapal angkasa untuk tempoh yang panjang.






p/s: Nak pergi sauna? Jom....duta LIFE CODE adalah angkasawan Dr. Syeikh Muzaffar...lojik la kajian NASA tu..hehe.




Wednesday, February 23, 2011

Kau Ilhamku




lagu baru kat sebelah tu...hmmmm...




Kau Ilham Ku

Artist : Man Bai
Beribu bintang di langit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang ataupun rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini...
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

suka lagu ni...jom layanz! Buka radio MixPod umi jap,  ehehe


Umi doakan semoga diberi ilham apa yang telah dibaca dan dipelajari oleh anak-anak tersayang dipermudahkan olehNya ketika menduduki apa-apa jua ujian, test, peperiksaan dan yang sewaktu dengannya. Baca doa jangan dilupa, yea!
GUD LUCK!

umi sayang kamu semua, anak-anakku...




Tuesday, February 22, 2011

Tiada Lagi Kidung Mu...




Mulai hari ini, tiada lagi semilir angin nan menderu...dari pohon Rhu...


kesayanganku...



kini tiada lagi, suara yang men ~ the Rhu-the Rhu ~ 


 di bawah pokok rhu itulah tempatku bercakap telepon dengan kak anna...
ataupun sesiapa yang menalipon umi. umi suka duduk di situ sebab tak bising, angin yang sepoi-sepoi bahasa...bunyi daunnya mendayu-dayu...oh! terpaksa kukorbankan...



Sunday, February 20, 2011

dating dengan dia...

...dah namanya dating, pergi sorang-sorang je...bergerak pukul 11.30 pagi


bertemankan radio pilihan IKIM, tapi tetap mengantuk...berhenti isi minyak dan beli asam :)



semata-mata nak pergi jumpa budak kecik ni...sampai SESTA pukul 1.30 p.m



dia tulis kat kad outing : jalan-jalan lepaskan tension! hahaa..kami ke tesco KAMPAR.


padahal nak pi makan kfc. jalan-jalan dengan umi. pukul 4.30 hantar ke hostel SESTA.


semasa drive balik ke Kuala Lumpur tu...hujan lebat betul...


Sampai kat tol jalan duta, berhenti lagi isi minyak...50+50+50=kenapa banyak sangat isi minyak ni...tadi masa hujan lebat hati dah risau...minyak dah warning~kehausan lagi..oh! takutnya...dah la bawa kereta sorang-sorang. adakah kerna harga minyak dah naik...50 hinggit tu macam 30 hinggit zaman dulu2? (umi bubuh minyak ron97:rm2.90). Dan kerana nak save kan bayaran tol...umi balik ikut jalan kampung. sampai kat slim river baru ambik lebuhraya...berhenti kejap kat hentian ulu bernam...solat dan sambung lagi perjalanan...sampai seri kembangan dalam pukul 7.00 mlm. singgah beli makanan untuk mereka yang kat rumah...beli nasi kerabu, nasi beriani,nasi putih, laksa penang, chicken chop...untuk lima orang...naluri umi memang kuat mengetahui...rupanya semua ada kat rumah walaupun kak long tak bagitahu pun dia nak balik...Alhamdulillah...makanan yang umi beli cukup sorang satu...



Tiada istilah jauh dan letih bagi seorang umi untukmu anak-anakku. Campaklah anakku ke benua mana sekalipun, Insyaallah...umi akan berusaha ke tempatmu...hujan panas ribut taufan tidak mengapa. akan kuredah semua itu. hanya kupinta darimu...fahami aku...airmata ini tidak akan menitis tanpa sebab~


maafin aku...


Ops!...semua orang x ikut umi memang bersebab :

abah : baru balik dari outstation di johor baharu ~ demam, penat  dan x berapa sihat...
idi : ada dating pukul 2.00 ptg dengan sekolah memandunya...test dah dekat!
kak ngah : (teman setia umi) mintak maap banyak2 tak dapat ikut umi sebab nak siapkan kerja sekolahnya yang banyak (assignment)
kak long : kat kolej...nak hantar essaimen hari isnin (kalau tak silap :) )

umi tak kesah...bukan tak biasa drive 1 Malaysia sorang-sorang. He he he...

umi oke. jangan risau ~bawa kete sorang2 memang jiwang!

Friday, February 18, 2011

Subhanallah! Maha Suci Allah!




kanak-kanak berumur 3 tahun dah hafaz al-Quran ~

Wednesday, February 16, 2011

Nota-nota cinta...




Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Sepuluh perkara akan menolak sepuluh macam bencana, iaitu :
Surah al-Fatihah menolak murka Allah,
Surah Yassin menolak dahaga di hari Kiamat,
Surah al-Dukhan akan mencegah ketakutan di hari kiamat,
Surah al-Waqi'ah akan mencegah kefakiran.
Surah al-Mulk akan mencegah seksa kubur,
Surah al-Kautsar akan menolak permusuhan,
Surah al-Kafirun menolak datangnya kekafiran ketika nyawa dicabut,
Surah al-ikhlas akan menolak kemunafikan,
Surah al-Falaq akan mencegah perbuatan hasad dari orang yang dengki,
Surah al-Nas dapat menolak was-was"


sabda Rasulullah s.a.w bermaksud sepertimana berikut :

"Segala sesuatu mempunyai pintu, dan pintu ibadat ialah puasa."



wassalam.

Allah Merahsiakan Enam Perkara Pada Enam Hal

Nak kongsi sebab sangat menarik!


Sayyidina Umar bin Al-Khatab r.a berkata :

"Sesungguhnya Allah Ta'ala mwnyembunyikan enam perkara di dalam enam hal, iaitu :
Merahsiakan redha-Nya di dalam perbuatan taat,
Menyembunyikan kemarahan-Nya di dalam perbuatan maksiat,
Menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan,
Merahsiakan wali-waliNya di tengah-tengah manusia,
Menyisipkan kematian di sepanjang umur,
Menyembunyikan solat Wustha di dalam solat lima waktu."


Keredhaan dalam ketaatan :

Maksudnya agar manusia bersungguh-sungguh di dalam mengerjakan semua ketaatan denganharapan dapat menemukannya. Kita tidak boleh menghina ketaatan atau amal soleh, sekalipun sangat kecil dan nampak remeh temeh, kerana barangkali keredhaan Allah ada di dalamnya.


Kemurkaan Allah di dalam kemaksiatan :

Maksudnya agar manusia menjauhi kemaksiatan. Kita tidak boleh mengambil ringan kemaksiatan, sekalipun sangat kecil, kerana di dalamnya terdapat kemurkaan Allah.


Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan :

Maksudnya agar manusia bersungguh-sungguh menghidupkan semua bulan Ramadhan dengan beribadah, kerana pahala sunah pada bulan ramadhan ini seperti pahala fardhu pada bulan yang lain. Hal tersebut seperti terdapat pada hadis. untuk lebih detail, di bawah ini dikemukakan beberapa dalilnya :

{Dalam satu riwayat yang berasal dari Nabi s.a.w disebutkan bahawa shuhuf Nabi Ibrahim a.s diturunkan oleh Allah SWT pada awal bulan Ramadhan, kitab Taurat pada hari keenam bulan Ramadhan, kitab Zabur pada hari kedua belas, kitab Injil pada hari ketiga belas dan kitab suci Al-Quran diturunkan pada hari kedua puluh empat bulan Ramadhan (Durratun Nashihin : 7) Ini menunjukkan bahawa kerana turunnya kitab-kitab tersebut pada bulan Ramadhan, maka Allah pun mengistimewakannya pula dengan kewajipan berpuasa pada bulan itu.

Bulan Ramadhan adalah bulan rahmat, berkah dan maghfirah. Maka barangsiapa yang tidak bermohon ampun pada bulan ini ia akan tergolong kepada orang-orang yang terpedaya dan tertipu, pada bulan Ramadhan itu terkumpul segala kebaikan, ibadah akan diterima, doa akan dikabulkan, dosa-dosa akan diampuni dan syurga terbuka bagi mereka yang baik-baik.

Ulama lain berpendapat bahawa malam Lailatul Qadar bererti malam yang memiliki darjat, martabat, harga diri dan nilai yang tinggi sebab malam itu diturunkan al-Qurqn kali yang pertama dan turun juga para malaikat, keberkatan, rahmat serta maghfirah di samping pula orang yang berjaya menghidupkan malam itu akan memperolehi darjat dan martabat yang tinggi daripada Allah SWT yakni pahalanya disamakan dengan beramal selama seribu bulan. Di dalam tafsir al-Mushaf ai-Muyassar mukasurat 815 disebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan Qadr pada ayat tersebut ialah keagungan, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi.

Imam Ahmad dan Muslim telahpun meriwayatkan satu hadis dari Ibnu Mas;ud yang menerangkan tentang tanda turunnya malam Lailatul Qadr. Dijelaskan salah satu tandanya ialah :

Matahari terbit pada pagi harinya putih bersih tanpa sinar yang memancar, tidak terasa panas dan juga tidak terasa dingin, melainkan udaranya segar dan bulan pada malam itu sangat terang bercahaya.

Mengikut riwayat Ibnu Khizaimah dari Ibnu Abbas r.a :

Udaranya bersih, tidak panas, dan tidak pula dingin, pagi harinya matahari berwarna merah tetapi agak lemah (merah keputih-putihan). Keterangan lanjut dapat dirujuk pada kitab al-Mu'iin al-Mubin jilid 11 :109)

Di dalam kitab Tanwirul Ma'aly Lis Syaikh Dalhar bin Abdorrohman Al-Watuza'uly (Watucongol) bahawa Syaikh 'Ali Abi Hasan al- Syazily pengasas Tharekat Syaziliyyah adalah seorang ulama yang kaya raya dan suka bersedekah yang kewaliyannya disepakati oleh Jumhurul Ulama (majoriti ulama) di seluruh dunia dan tidak ada yang membantah atas kewaliannya. Beliau adalah salah satu ulama yang selama hidupnya selalu mendapat Lailatul Qadar.

Berdasarkan pengalaman tersebut maka beliau berkesimpulan :

1) Bila awal puasa hari (Ahad) - Lailatul Qadar jatuh pada (malam tarikh 29).
2) Bila awal puasa hari (Isnin) - Lailatul Qadar jatuh pada (malam 21).
3) Bila awal puasa hari (Selasa - Lailatul Qadar jatuh pada (malam27).
4) Bila awal puasa hari (Rabu) - Lailatul Qadar jatuh pada (malam 19).
5) Bila awal puasa hari (Khamis) - Lailatul Qadar jatuh pada (malam 25).
6) Bila awal puasa hari (Jumaat) - Lailatul Qadar jatuh pada (malam 17).
7) Bila awal puasa hari (Sabtu) - Lailatul Qadar jatuh pada (malam23).

Hasil Tajriah (Kaji selidik) ini tentunya bukan merupakan sesuatu kepastian yang mesti tepatnya. Hanya kerana yang menyimpulkan adalah seorang ulama juga wali besar yang sangat dekat dengan Allah SWT, maka ianya dapat kita jadikan pedoman agar kita dapat menemukan Lailatul Qadar.

Wallahu a'lam.

Merahsiakan wali-waliNya di tengah-tengah manusia:

Sesungguhnya para kekasih Allah dirahsiakan di tengah-tengah manusia. Maksudnya agar manusia tidak menghina terhadap seorang pun dari wali (kekasih Allah), sebaliknya hendaklah mereka memohon doa denganharapan menemui wali tersebut. Oleh itu seorang jangan menghina orang lain, kerana mana tahu bahawa orang yang dihina tersebut adalah wali Allah (hamba yang dikasihi Allah).

(Huraian mengenai rahsia ini sangat  panjang dan menarik tetapi untuk mengetahuinya silalah buka muka surat 274--> 291 dalam kitab NASHAIHUL'IBAD Imam Nawawi Nasihat-Nasihat Agama Kepada Calon Penghuni Syurga.) Cukup teruja membaca kisah mukjizat, kekeramatan para sahabat dan seumpamanya)


Menyisipkan kematian di sepanjang umur :

Ajal dirahsiakan sepanjang usia bermaksud boleh jadi ajal akan tiba di saat baru lahir, ketika usia muda ataupun setelah tua. Oleh yang demikian hendaklah di setiap denyut jantung selalu digunakan menghimpun bekalan untuk menghadapi mati dengan cara beribadah kerana siapa tahu kematian datang dengan tiba-tiba.


Menyembunyikan solat Wustha di dalam solat lima waktu:

Solat Wustha yakni solat yang paling utama dan istimewa disembunyikan Allah SWT dalam solat lima waktu, maksudnya agar manusia mencarinya pada semua solat. {Ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan solat wustha adalah solat 'Ashar. Bagaimanapun ayat 238 surah al-Baqarah yang menyebut perkataan Wustha mengikut ahli hadis bermaksud, "Agar seluruh solat itu dilakukan dengan sebaiak-baiknya dan sekhusyuk-khusuknya)

Wallahua a'lam.

Selain itu, Allah menyembunyikan nama-Nya yang agung, agar manusia bersungguh-sungguh dalam berdoa dan beribadah agar dapat dikabulkan segala permohonannya. Sesungguhnya Allah SWT juga menyembunyikan waktu ijabah (waktu dikabulkan doa) pada hari jumaat dan Allah menyembunyikan ayat Sab'ul Matsani, agar manusia bersungguh-sungguh membaca semua ayat al-Quran.

Tuesday, February 15, 2011

Sepuluh Perkara Yang Mematikan Hati

Dari Syafiq al-Balkhi, dia berkata : "Ibrahim bin Adham berjalan di pasar Basrah, lalu orang-orang berhimpun untuk berjumpa dengannya. Ibrahim bin Adham berkata ketika mereka menanyakan tentang firman Allah :

yang bermaksud...

"Berdoalah kalian kepada-Ku, nescaya Aku mengabulkan doa kamu sekalian."

Pada hal kami telah bertahun-tahun berdoa, mengapa Allah belum juga mengabulkan doa kami. Syeikh Ibrahim pun menjawab :

"Hatimu telah mati kerana sepuluh perkara.

Pertama : Engkau mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.

Kedua :   Engkau membaca kitab Allah, namun tidak mahu mengamalkannya.

Ketiga :   Engkau mengaku bermusuhan dengan iblis, tetapi mengikuti tuntutannya.

Keempat : Engkau mengaku cinta Rasul, tetapi meninggalkan tingkah laku dan sunnah Baginda.

Kelima   :  Engkau mengaku ingin masuk syurga, tetapi tidak berusaha menuju kepadanya.

Keenam  :  Engkau mengaku takut neraka, tetapi tidak mengakhiri perbuatan2 dosa.

Ketujuh  : Engkau mengaku bahawa kematian itu hak, tetapi tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kelapan  :  Engkau asyik meneliti aib-aib orang lain, tetapi melupakan aib-aib dirimu sendiri.

Kesembilan  :  Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak bersyukur kepadaNya.

Kesepuluh :  Engkau menanam orang-orang matimu, tetapi tidak mengambil pengajaran dan ikhtibar dari peristiwa itu.


Syukur kepada Allah adalah memuji dengan segala kurnia dan kebaikanNya yang telah dianugerahkan, kemudian taat kepadaNya.


Dalam kaitannya dalam masalah doa ini, diriwayatkan dari Ibn Abi Hatim, sesungguhnya Jibril berkata kepada Nabi uhammad s.a.w. sepertimana berikut :

"Tiada aku diutus menemui seseorang yang lebih aku sukai kepadaku, kecuali diutus menemui engkau."
Tidaklah sebaiknya aku ada satu doa yang sengaja kusimpan untukmu dan tidak pernah aku ajarkan kepada seorang pun sebelum engkau. Doa ini dapat engkau baca di kala senang mahupun susah. Ucapkanlah :


"Wahai Yang Menerangi langit dan bumi, wahai Yang Mendirikan langit dan bumi, wahai yang diperlukan langit dan bumi, wahai Yang Menghiasi langit dan bumi, wahai Yang memperindahkan langit dan bumi, wahai Ynag Maha Agong lagi Maha Mulia, wahai Yang Menolong  orang yang memohon pertolongan, dan penghabisan yang dicintai orang-orang yang beribadah, Yang Melonggarkan kebingungan dari orang-orang yang bingung, Yang Menghilangkan kesusahan orang-orang yang susah, wahai Penolong orang-orang yang memekikkan rintihan, dan wahai Tuhan Yang Mengabulkan permintaan orang-orang yang beribadah."

Kemudian kamu meminta Allah SWT agar memenuhi hajat dari berbagai keperluan, samada duniawi mahupun ukhrawi.

Wallahu a'lam.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Salam Maulidurrasul...

"Dengan menyebut asma Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah menciptakan ilmu sebagai sifat tertinggi di antara sifat-sifat yang sempurna. Aku bersaksi, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya, yang mengkhususkan hamba-hamba yang dikehendakiNya dengan berbagai kelebihan hikmah. Aku bersaksi, sesungguhnya Muhammad itu hamba dan RasulNya yang diiestimewakan dengan segala macam kesempurnaan sebagai hamba. Semoga Allah berkenan melimpahkan rahmatNya kepada junjungan kita Muhammad s.a.w. Seorang Rasul yang jiwanya telah dipenuhi dengan kemuliaan-kemuliaan Allah Yang Maha Tinggi dan penglihatannya dipnuhi keagungan Allah yang mendapat pertolongan. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya pula kepada keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang berjalan pada lintasan jalanNya sehingga mereka memperolehi kebaikan yang sempurna." Amin


Tak kenal maka tak cinta...


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW 
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB) 

BIODATA RASULULLAH SAW 

· Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim 
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah) 
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
· Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim 
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf 
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

USIA 5 TAHUN 

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya. 

USIA 6 TAHUN 

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib. 

USIA 8 TAHUN 

· Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia. 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. 

USIA 20 TAHUN 

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. 

USIA 25 TAHUN 

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. 

USIA 35 TAHUN 

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah. 
· Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. 

USIA 40 TAHUN 

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. 

USIA 53 TAHUN 

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. 
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. 

USIA 63 TAHUN 

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M. 

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW. 

§ Khadijah Binti Khuwailid 
§ Saudah Binti Zam ' ah 
§ ' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab) 
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 
§ Zainab Binti Jahsy 
§ Maimunah Binti Harith 
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin) 

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 

1. Qasim 
2. Abdullah 
3. Ibrahim 
4. Zainab 
5. Ruqaiyah 
6. Ummi Kalthum 
7. Fatimah Al-Zahra ' 

ANAK TIRI RASULULLAH SAW 

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda). 

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW 



IBU SUSUAN 
SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah1. Hamzah 2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 
1. Halimah Al-Saidiyyah1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib 2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza 
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza 
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza 

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) 

1. Al-Harith 
2. Muqawwam 
3. Zubair 
4. Hamzah *** 
5. Al- ' Abbas *** 
6. Abu Talib 
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza) 
8. Abdul Ka ' bah 
9. Hijl 
10. Dhirar 
11. Umaimah 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim) 
13. ' Atiqah ## 
14. Arwa ## 
15. Umaimah 
16. Barrah 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) *** 

*** Sempat masuk Islam. 
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya.. 

Sabda Rasulullah SAW: 
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas 

Monday, February 7, 2011

Terima Kasih Cinta...Terima Kasih Allah...




Rasanya dah berulang kali mencuba untuk menghapdet blog yang suram, lesu bagaikan hidup segan mati tak mahu. Agaknya tuan punya blog pun sedang berperasaan begitu. Bukan tak banyak kisah yang berlaku malah catatan di dalam memori semalam yang tersimpan kemas di dalam sanubari kian melambak mengekori tanpa henti. Suka dan duka di bulan january...dan kini sudah seminggu februari menyinggahi bererti usiaku turut berlari bersama waktu yang berdetik!


Ada kemungkinan faktor waktu itu yang kian mematangkan. Jiwa yang rapuh harus dikejapkukuhkan. Mungkin tangisan tanpa luahan lebih berkesan. Tak perlu bercerita kerana tak semua yang membaca faham apa yang hendak disampaikan. Umi suka sangat kata² semangat dari abah/suami tercinta

" Kita tidak faham Tuhan sepertimana anak kita tidak faham kita. "


antara sebab umi suka ayat itu ialah...kerana memang benar kata² tersebut...kadang-kadang bila kita nak bagi anak kita faham apa yang kita inginkan...kita cuba sampaikan dengan sehalusnya...tidak mahu terburu²...kerana seorang ibu tidak akan pernah ingin melihat kesusahan anaknya malah berkorban jiwa untuk membahagiakan mereka..tetapi belum sempat kita sampaikan mesej kepada mereka, mereka seakan memberontak kononnya tidak ikut kemahuan mereka.  Fikiran orang tua dikatakan ketinggalan  zaman. Pendapat orang muda dengan orang tua biasanya tak sehaluan. Cubalah bersabar sedikit untuk memahami...


Sama juga dengan "Kita tidak faham tuhan..." Allah dah janjikan macam² yang terbaik untuk kita... tetapi kenapa kita tidak boleh bersabar untuk memperolehinya?
Bila goyah di persimpangan, mulalah meletakkan nafsu merajai kehendak rasa...
bak kata bijak pandai...bila kita berada di persimpangan terutama dalam bab-bab agama dan hukum hakam...baik kita fikirkan dulu dosa yang sudah banyak tergalas di bahu, ada baiknya kita menarik diri dari terjerumus dengan lebih dalam lagi ke kancah kekeliruan (halal dan haram). Ini tidak...biasanya orang akan mencari jawapan ke arah mana yang  dimahukan...jika ingin menghalalkan...dicarinya info-info ke arah itu...untuk memuaskan hati kerana jiwa telah dipenuhi rasa sayang pada duniawi...sanggup menghentam balik pendapat yang pada mulanya minta diulas...dibalas dengan nada keegoan kerana tidak memenuhi hajat yang diinginkan. walhal apabila sudah namanya hukum ia tidak akan berganjak dalam semua zaman. Orang terdahulu amat takut tetapi orang di akhir zaman rakus menghalalkan yang haram...itulah hakikatnya apabila kita tunduk pada nafsu duniawi.
tidak ada hukum halal, orang hendak mengharamkan, tetapi adalah amat malang kalau yang haram orang berusaha mencari hujah untuk menghalalkan!

Sabda  Nabi : "Tiga hal yang membinasakan : menurut hawa nafsu, kedekut yang diikuti dengan kesombongan seseorang akan diri sendiri."

Sebahagian orang arif berkata ; " Jika dua perkara menghalangmu sedangkan engkau tidak tahu mana yang benar, maka telitilah mana yang lebih dekat kepada nafsumu, lalu tinggalkan saja dia.

Oleh kerananya Imam Shafei berkata :

Jika kau dihadapkan pada dua perkara
Kau tidak tahu mana salah dan benarnya
Hindarkan hawa nafsumu saja
Ia hanya menghantarkan orang kepada seksa.


Di dalam buku INDUK PENSUCIAN DIRI tulisan Said Hawwa
ada mengatakan bahawa Allah tidak meletakkan dua hati di dalam satu dada manusia. Apa yang dimaksudkan ialah apabila kita mengisi ruang di dalam hati kita dengan nikmat keduniaan, kita tidak akan dapat memiliki agama. Akan tetapi apabila kita isi jiwa dengan ilmu agama kita akan dapat kedua-duanya sekali.(dunia dan akhirat)
(lebih kurang macam tu lah apa yang umi faham dari cerita abah semalam)


klik garapan hati dari insan yang sangat umi kasihi, yang sentiasa ada di samping umi, yang selalu memberi kata-kata semangat dan memujuk saat umi tersungkur kecewa. Insan yang Allah anugerahkan buat umi ini adalah yang terbaik untuk umi menjalani hidup bersamanya. Insan yang tidak pernah menyakiti umi, inilah yang dikatakan syurga cinta iaitu apabila cinta yang datangnya dari Allah untuk umi...umi amat mensyukuri...bagi umi cinta tak perlu dicari...yakinlah janji Allah sejak azali.

terima kasih suamiku...saat hatiku terluka, kau sentiasa ada. memercikkan kata-kata nasihat yang bukan direka-reka...tetapi semuanya dari terjemahan...tafsiran ayat-ayat Al Quran dan sunnah... supaya umi tidak lalai tidak alpa. sentiasa memberi pelajaran baru...dan yang paling umi rasai...umi sudah mula mencintai apa yang diajari...benar katamu...


membaca novel itu hanya akan membesarkan nafsu! Novel adalah cereka ciptaan manusia dari imaginasinya...bayangkan jika kita baca novel.. sedang kita duduk santai-santai...tiba-tiba kita menangis kerana menjiwai cerita yang direka-reka. Adalah baiknya kita meratapi kisah benar dari salafussoleh, malah jika kita membaca Al Quran dan memahami isi kandungannya pun kita mendapat pahala. Air mata yang kita titiskan itu amat bernilai dan berharga di sisi Allah...Kenapa tidak membaca kisah-kisah nabi..contohnya...cerita² dari Imam Al Ghazali...Yusuf Al Qardawi...


Baca buku-buku Tafsir Ibnu Katsir..Fathul Baari..suamiku berkata..kala setiap hari membaca Fathul Baari terasa seakan sentiasa sedang bercakap dengan nabi s.a.w..kerana di dalam buku tersebut penuh dengan hadis rasulullah s.aw. Insyaallah...umi telah jatuh hati pada perkhabaran gembira ini.. umi akan berusaha menjejaki...


Setiap kali hati rapuh dan terluka, umi akan baca tulisan dari hati abah yang ikhlas mendidik kami. Entri yang sangat berkesan dan bermakna buat umi. Umi memang suka membacanya...berkali-kali pun tidak mengapa, sekejap² umi buka blog abah..sekejap² umi ulangi lagi, umi baca dengan hati, dengan airmata yang menginsafi.
 sentimental value di situ! Haih..mari kita baca dengan hati dan hayati :


klik!!
HASYIAH AL KITAB



tajuk entri:

Kitab Mun-Yatul Mushalli Dan Furu' Al-Masail
karangan Sheikh Daud Al Fatani
(pengajian 1)


sangat berkesan untuk membujuk hati  yang rawan!


p/s: entri ini tidak bermaksud untuk siapa²...hatta anakanda umi tercinta sekali pun. maafkanlah salah silap umi.

Friday, February 4, 2011

Kedai Perabot Valencia terbakar...




Valencia yang terletak di pintu masuk pasar borong selangor dan berhampiran stesen minyak petronas..






Cuti sempena Tahun Baru Cina kali ini agak panjang. Anak-anak yang belajar sekitar Kuala Lumpur pulang awal sejak hari khamis lagi. Cuma yang bongsu belum dapat cuti. Kami ke Johor Bahru dalam sehari dua. Kebetulan hujan dan banjir pula di sana. Angin pun kuat sekali...owh! gerun sungguh...apakah angin dari mesir bertempisan sampai ke sini?


Sehari sebelum sambutan CNY, kami sudah berada di rumah. Sekitar pukul 1.30 petang...semasa membuka pintu pagar untuk membuang sampah, kelihatan kepulan asap hitam yang tinggi ke awan dari arah Pasar Borong Selangor...dekat Giant. Masa itu, umi sedang memasak. Ayam Panggang Madu dalam proses pembakaran...nasib baik ayam umi tak terbakar dasyat macam tu...hehee..


Umi ceritakan pada Idi tentang asap hitam dekat Giant tu...memang jelas dari rumah kami. Idi pun pergi tengok dengan motorsikal apa yang sedang berlaku. Rupanya Kedai Perabot Valencia depan Pasar Borong tu yang terbakar...Petang tu, kami keluar ke Kuala Lumpur. Kami lalu juga ke situ untuk meninjau keadaan
walaupun pada waktu malam...memang teruk, 90% hangus...owh...hampir keseluruhan. Kesiannya tuan kedai...dah la nak beraya...tak de Ong lah!!


Pengalaman kami dengan kedai perabot ni memang ada. Pernah berurusan dengan big boss dia dan mereka datang ke rumah kecik kami untuk berbincang, bincang jer...kami tak buat apa-apa. Hanya kenangan. Umi beli perabot kat kedai lain...kan anita sarawak...kan...hahaa. Sampai hari ni umi dapat kad raya dari anita sarawak sebab beli perabot dengan dia...hahaaa


Semalam umi nak ke pasar borong tu..rupanya pasar borong selangor tu tutup sempena tahun baru cina. Macam biasalah...ada juga penjual ayam, daging dan sayur  dari bangsa india dan melayu menjual sementara di sebelah kedai perabot Valencia tu...dapat la umi tengok depan mata kedai yang runtuh keseluruhan itu.





Banyak cakap la umi nih...kata nak cakap pasal kebakaran...dah melalut pasal lain pulak. Okey...nak letak gambar ni pastu nak masuk dapur....nak gi buat kuih cek mek molek!!


Bye...