Monday, February 7, 2011

Terima Kasih Cinta...Terima Kasih Allah...




Rasanya dah berulang kali mencuba untuk menghapdet blog yang suram, lesu bagaikan hidup segan mati tak mahu. Agaknya tuan punya blog pun sedang berperasaan begitu. Bukan tak banyak kisah yang berlaku malah catatan di dalam memori semalam yang tersimpan kemas di dalam sanubari kian melambak mengekori tanpa henti. Suka dan duka di bulan january...dan kini sudah seminggu februari menyinggahi bererti usiaku turut berlari bersama waktu yang berdetik!


Ada kemungkinan faktor waktu itu yang kian mematangkan. Jiwa yang rapuh harus dikejapkukuhkan. Mungkin tangisan tanpa luahan lebih berkesan. Tak perlu bercerita kerana tak semua yang membaca faham apa yang hendak disampaikan. Umi suka sangat kata² semangat dari abah/suami tercinta

" Kita tidak faham Tuhan sepertimana anak kita tidak faham kita. "


antara sebab umi suka ayat itu ialah...kerana memang benar kata² tersebut...kadang-kadang bila kita nak bagi anak kita faham apa yang kita inginkan...kita cuba sampaikan dengan sehalusnya...tidak mahu terburu²...kerana seorang ibu tidak akan pernah ingin melihat kesusahan anaknya malah berkorban jiwa untuk membahagiakan mereka..tetapi belum sempat kita sampaikan mesej kepada mereka, mereka seakan memberontak kononnya tidak ikut kemahuan mereka.  Fikiran orang tua dikatakan ketinggalan  zaman. Pendapat orang muda dengan orang tua biasanya tak sehaluan. Cubalah bersabar sedikit untuk memahami...


Sama juga dengan "Kita tidak faham tuhan..." Allah dah janjikan macam² yang terbaik untuk kita... tetapi kenapa kita tidak boleh bersabar untuk memperolehinya?
Bila goyah di persimpangan, mulalah meletakkan nafsu merajai kehendak rasa...
bak kata bijak pandai...bila kita berada di persimpangan terutama dalam bab-bab agama dan hukum hakam...baik kita fikirkan dulu dosa yang sudah banyak tergalas di bahu, ada baiknya kita menarik diri dari terjerumus dengan lebih dalam lagi ke kancah kekeliruan (halal dan haram). Ini tidak...biasanya orang akan mencari jawapan ke arah mana yang  dimahukan...jika ingin menghalalkan...dicarinya info-info ke arah itu...untuk memuaskan hati kerana jiwa telah dipenuhi rasa sayang pada duniawi...sanggup menghentam balik pendapat yang pada mulanya minta diulas...dibalas dengan nada keegoan kerana tidak memenuhi hajat yang diinginkan. walhal apabila sudah namanya hukum ia tidak akan berganjak dalam semua zaman. Orang terdahulu amat takut tetapi orang di akhir zaman rakus menghalalkan yang haram...itulah hakikatnya apabila kita tunduk pada nafsu duniawi.
tidak ada hukum halal, orang hendak mengharamkan, tetapi adalah amat malang kalau yang haram orang berusaha mencari hujah untuk menghalalkan!

Sabda  Nabi : "Tiga hal yang membinasakan : menurut hawa nafsu, kedekut yang diikuti dengan kesombongan seseorang akan diri sendiri."

Sebahagian orang arif berkata ; " Jika dua perkara menghalangmu sedangkan engkau tidak tahu mana yang benar, maka telitilah mana yang lebih dekat kepada nafsumu, lalu tinggalkan saja dia.

Oleh kerananya Imam Shafei berkata :

Jika kau dihadapkan pada dua perkara
Kau tidak tahu mana salah dan benarnya
Hindarkan hawa nafsumu saja
Ia hanya menghantarkan orang kepada seksa.


Di dalam buku INDUK PENSUCIAN DIRI tulisan Said Hawwa
ada mengatakan bahawa Allah tidak meletakkan dua hati di dalam satu dada manusia. Apa yang dimaksudkan ialah apabila kita mengisi ruang di dalam hati kita dengan nikmat keduniaan, kita tidak akan dapat memiliki agama. Akan tetapi apabila kita isi jiwa dengan ilmu agama kita akan dapat kedua-duanya sekali.(dunia dan akhirat)
(lebih kurang macam tu lah apa yang umi faham dari cerita abah semalam)


klik garapan hati dari insan yang sangat umi kasihi, yang sentiasa ada di samping umi, yang selalu memberi kata-kata semangat dan memujuk saat umi tersungkur kecewa. Insan yang Allah anugerahkan buat umi ini adalah yang terbaik untuk umi menjalani hidup bersamanya. Insan yang tidak pernah menyakiti umi, inilah yang dikatakan syurga cinta iaitu apabila cinta yang datangnya dari Allah untuk umi...umi amat mensyukuri...bagi umi cinta tak perlu dicari...yakinlah janji Allah sejak azali.

terima kasih suamiku...saat hatiku terluka, kau sentiasa ada. memercikkan kata-kata nasihat yang bukan direka-reka...tetapi semuanya dari terjemahan...tafsiran ayat-ayat Al Quran dan sunnah... supaya umi tidak lalai tidak alpa. sentiasa memberi pelajaran baru...dan yang paling umi rasai...umi sudah mula mencintai apa yang diajari...benar katamu...


membaca novel itu hanya akan membesarkan nafsu! Novel adalah cereka ciptaan manusia dari imaginasinya...bayangkan jika kita baca novel.. sedang kita duduk santai-santai...tiba-tiba kita menangis kerana menjiwai cerita yang direka-reka. Adalah baiknya kita meratapi kisah benar dari salafussoleh, malah jika kita membaca Al Quran dan memahami isi kandungannya pun kita mendapat pahala. Air mata yang kita titiskan itu amat bernilai dan berharga di sisi Allah...Kenapa tidak membaca kisah-kisah nabi..contohnya...cerita² dari Imam Al Ghazali...Yusuf Al Qardawi...


Baca buku-buku Tafsir Ibnu Katsir..Fathul Baari..suamiku berkata..kala setiap hari membaca Fathul Baari terasa seakan sentiasa sedang bercakap dengan nabi s.a.w..kerana di dalam buku tersebut penuh dengan hadis rasulullah s.aw. Insyaallah...umi telah jatuh hati pada perkhabaran gembira ini.. umi akan berusaha menjejaki...


Setiap kali hati rapuh dan terluka, umi akan baca tulisan dari hati abah yang ikhlas mendidik kami. Entri yang sangat berkesan dan bermakna buat umi. Umi memang suka membacanya...berkali-kali pun tidak mengapa, sekejap² umi buka blog abah..sekejap² umi ulangi lagi, umi baca dengan hati, dengan airmata yang menginsafi.
 sentimental value di situ! Haih..mari kita baca dengan hati dan hayati :


klik!!
HASYIAH AL KITAB



tajuk entri:

Kitab Mun-Yatul Mushalli Dan Furu' Al-Masail
karangan Sheikh Daud Al Fatani
(pengajian 1)


sangat berkesan untuk membujuk hati  yang rawan!


p/s: entri ini tidak bermaksud untuk siapa²...hatta anakanda umi tercinta sekali pun. maafkanlah salah silap umi.

5 comments:

ardinihumaira said...

Alhamdulillah... abah pelengkap umi :)


semoga kita semua tabah menghadapi setiap dugaan dan cabaran, amin...

umi~wannza said...

Dni: Terima kasih dni...tahniah dni...
SELAMAT BERTUNANG!!!
kahwin nanti jangan lupa jemput kami... Insyaallah..kami balik ramai-ramai :)

::nabila ahmad kamal:: said...

entry ini menyentuh hati saya,, terima kasih umi for sharing ((=

umi~wannza said...

thanks...nabila :)

ardinihumaira said...

InsyaAllah, umi...
hehe.. kalo tak de aral, hujung tahun ni.. tunggu habis belaja :D tapi kalo tak sempat, awal tahun depan... umi doa2kan ye... ^__^


p/s: mesti jemput umi sefamily ;)