Valencia yang terletak di pintu masuk pasar borong selangor dan berhampiran stesen minyak petronas..
Cuti sempena Tahun Baru Cina kali ini agak panjang. Anak-anak yang belajar sekitar Kuala Lumpur pulang awal sejak hari khamis lagi. Cuma yang bongsu belum dapat cuti. Kami ke Johor Bahru dalam sehari dua. Kebetulan hujan dan banjir pula di sana. Angin pun kuat sekali...owh! gerun sungguh...apakah angin dari mesir bertempisan sampai ke sini?
Sehari sebelum sambutan CNY, kami sudah berada di rumah. Sekitar pukul 1.30 petang...semasa membuka pintu pagar untuk membuang sampah, kelihatan kepulan asap hitam yang tinggi ke awan dari arah Pasar Borong Selangor...dekat Giant. Masa itu, umi sedang memasak. Ayam Panggang Madu dalam proses pembakaran...nasib baik ayam umi tak terbakar dasyat macam tu...hehee..
Umi ceritakan pada Idi tentang asap hitam dekat Giant tu...memang jelas dari rumah kami. Idi pun pergi tengok dengan motorsikal apa yang sedang berlaku. Rupanya Kedai Perabot Valencia depan Pasar Borong tu yang terbakar...Petang tu, kami keluar ke Kuala Lumpur. Kami lalu juga ke situ untuk meninjau keadaan
walaupun pada waktu malam...memang teruk, 90% hangus...owh...hampir keseluruhan. Kesiannya tuan kedai...dah la nak beraya...tak de Ong lah!!
Pengalaman kami dengan kedai perabot ni memang ada. Pernah berurusan dengan big boss dia dan mereka datang ke rumah kecik kami untuk berbincang, bincang jer...kami tak buat apa-apa. Hanya kenangan. Umi beli perabot kat kedai lain...kan anita sarawak...kan...hahaa. Sampai hari ni umi dapat kad raya dari anita sarawak sebab beli perabot dengan dia...hahaaa
Semalam umi nak ke pasar borong tu..rupanya pasar borong selangor tu tutup sempena tahun baru cina. Macam biasalah...ada juga penjual ayam, daging dan sayur dari bangsa india dan melayu menjual sementara di sebelah kedai perabot Valencia tu...dapat la umi tengok depan mata kedai yang runtuh keseluruhan itu.
Banyak cakap la umi nih...kata nak cakap pasal kebakaran...dah melalut pasal lain pulak. Okey...nak letak gambar ni pastu nak masuk dapur....nak gi buat kuih cek mek molek!!
Bye...
No comments:
Post a Comment