Bahan-bahan untuk Sambal:
A;
Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)
B;
5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa
Cara:
1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.
Sumber: resepimudahlazat.blogspot.com & fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/
Kredit kepada sahabat di facebook yang telah berkongsi resepi yang diidamkan ini. saya nak cuba buat sambal nasi kapit ni. Teringat arwah kakakku Wan Kelethum dan tok Bukit Payung yang selalu buat sambal ni...sememangnya ssangatlah sedap. Saya tak sempat belajar dari mereka walaupun dikatakan senang dan ringkas sahaja. Saya sangat teringin menjadi masterchef dalam membuat sambal kegemaran saya ini. Saya perlu belajar!
terima kasih pemberi maklumat.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment