Rasa terharu sangat sampai menitiskan airmata dengan catatan dari kakak aka Arisya anak saudara umi yang cute, perihatin, tak pernah bantah cakap parents, sweet, sentiasa mengalah dengan kerenah adik2 sebagai kakak sulong yang best, sentiasa menolong mummy, minat dan rajin ke dapur, bijak, lemah lembut, semua ada padanya...
Terima kasih papa dan mummy yang sentiasa menyokong dan merestui kasih-sayang umi dengan anak-anak mummy...sejak mereka dilahirkan, bukan sedikit kesabaran papa dan mummy menangani kerenah mereka yang sentiasa rindukan umi yang jauh ini. Tahniah mummy! Semua itu datangnya dari Allah dan kita-kita sahaja yang memahami apa yang telah kita lalui dalam mengharungi erti kasih yang tak bertepi. Ajaib sungguh kasih sayang antara kami.
Alkisahnya; hari ini papa n mummy dah janji dengan kakak n adik reen nak singgah umah umi. Diorang ni pantang sebut nama umi...kalau tengah moody pun terus jadi okey. senyum-senyum semewek selalu kerana suka sangat...Diaorang sefamili dalam mode bercuti sakan kerana papa n mummy mereka bawa anak-anak jalan-jalan makan angin dari kedah ke perak, kuala lumpur, johor dan melangkah masuk ke kota singa!
Dua hari mereka di johor dan singapore, balik tetap singgah ke teratak kami. Budak-budak tu dilanda ombak rindu kata mummynya...heheee...
Tadi papanya nak beransur pulang, tetiba je cuaca mendung berarak, maka turun hujan dan tempias di wajah anank-anak manis ini kerana belum puas melepas rindu di sini. Adik sudah mengeraskan diri. Umi pujuk nak dukong pun dia sudah mula keliru, risaunya takut umi olok2 berbaik kemudian umi bawa masuk kereta papa Takk...!!! umi pun belum puas main-main dengan adik...umi nak dukong sebab nak ajak bergambar tadi...kami bergambar kenang-kenangan bersama mummy, awisy, kakak, umi dan adik reen. Kerisauan untuk pulang tenang seketika. Tapi tak sempat nak upload lagi sebab gambar tu ada dalam camera...kak ngah nak upload nanti...ok.
Kakak sedikit protes dalam diam, katanya " alaa...kakak baru nak melukis..." kemudian kakak dilihat mendiamkan diri di atas katil sambil menulis dan melipat kertas kajang... tetapi tetap akur bila mummynya cakap..."kakak, cepat la...kesian papa penat menunggu, nanti kita datang lagi umah umi..." pujuk mummy bertalu-talu.
Selepas episod meragam adik yang agak lama tetapi dapat dilenturkan tangisannya dengan pujukan "nanti umi pergi ke rumah adik dan kakak pula..." janji umi. Barulah mereka agak tenang. Selepas mereka permisikan diri...kak ngah perasan...kakak telah meninggalkan nota ini buat kami sekeluarga. ----->>>
♥ sweet sungguh ♥
gambar-gambar kami akan diletakkan kemudian...ngantuk dah...lagi pun ada dalam camera, tunggu kak ngah settlekan, nanti mummy pun nak tag juga kat fb....wuhuhu...semoga kita dipanjangkan umur bertemu lagi di tahun hadapan. Insyaallah.
Bye, salam sayang dari umi ♥
Wassalam.
No comments:
Post a Comment