Thursday, December 22, 2011

Poi Pokan...Kuala Pilah

Sehari ku di Negeri Sembilan.


pinjam gambar dari facebook jap...peace....


Selepas menghantar abah ke Taman Rekreasi Ulu Bendul untuk bermesyuarat di situ, kami berlalu ke pokan kuala pilah, hajat hati hendak memberi pendedahan tentang keunikan kehidupan masyarakat dan penempatan di situ kepada anak-anakku Sara dan Mia. Sangat teruja nak pergi tunjuk ex-rumah yang pernah kami duduk di situ suatu waktu dahulu di Jalan Bukit, Kuala Pilah. Sepertinya tiada banyak perubahan, tetapi agak terbiar. Tiada lagi kemeriahan sepertimana kami menetap di situ dulu. Suasana di bandar lama itu pula simpang siurnya masih sama. Tak ralat sangat memandu menyusur jalanan. Umi bercerita kepada Mia dan Sara di situlah tempatnya umi belajar memandu kereta pada tahun 1989 dahulu. 


Bermula dari 8.00 pagi; kami berlegar-legar mencari gerai makan untuk bersarapan..kami makan nasi lemak sahaja pagi itu. Kemudian kami menghala semula ke Ulu Bendul. Di Tanjung Ipoh kami membeli buah durian di jalanan. Beli 4 biji untuk 10 ringgit tapi bila  umi minta pakcik tukang jual itu belah durian tu, dah jadi sebaliknya...2 biji 10 ringgit, Eh! Mana aci...mahal tuu..


Umi memang hantu durian. Memang suka makan durian. Tanpa berlengah-lengah terus berhenti kereta untk santap durian dulu sebelum bersiram mandi-manda di Taman Rekreasi Ulu bendul. Oh! Kami bersiram bagai nak rak. Sejuk macam mandi ais! Menariknya di sepanjang sungai ulu bendul ini ada 'Kepala Air.' Kami diingatkan supaya berhati-hati kerana dalam keasyikan bermandi-manda itu harus berjaga-jaga keselamatan diri. Bila-bila masa sahaja tragedi Kepala Air itu boleh terjadi. Wajarlah diletakkan signbord besar di situ untuk pengunjung mengetahui apakah itu kepala air. Baca, faham dan akur! Ya..kawan-kawan...


Selepas mandi manda dengan kesejukan yang menggigil, kami naik kerana tak tahan sejuk sangat macam berendam dalam ais. Kami mendapat maklumat bahawa abah akan selesai meeting lebih kurang pukul 4.00 petang. Oh! Boringnya menunggu. Abah kata pergilah round-round dulu. Bawa anak-anak ke Muzium Istana Seri Menanti ke...


Kami pun pergi semula menghala ke pekan Kuala Pilah. Di sepanjang jalan pula seperti dipenuhi bunga-bunga kerana banyak sungguh buah rambutan masak. Macam bunga. Merah dan kuning. Meriah sungguh. Kalaulah itu kampung halaman kami, oh! terujanya nak jadi warga yang pemurah...janganlah bakhil sangat nak jual buah-buahan tu mahal-mahal sangat.


Tanpa sedar kami telah sampai di Istana Seri menanti yang gah dengan rekabentuk Minangkabau. Kami mendaki anak tangga istana purba di Seri Menanti hingga ke puncak tertinggi istana lama itu. Hati kami begitu berdebar-debar walaupun sebenarnya kami hanya memberanikan diri menjejak istana yang menyimpan banyak kisah itu. Dan cerita yang pernah dimomokkan pula adalah kisah seram. Macam tak percaya kami melangkah di setiap penjuru istana yang penuh nostalgia itu dengan berani. Kami menyusur menaiki tangga-tangga kayu dengan kecondongannya 180 darjah untuk sampai ke tingkat paling atas istana itu.  Sungguh sunyi dan seram. 


Menariknya, asal dipanggil minangkabau itu adalah bermula daripada kemenangan orang melayu bertanding kerbau. Maka jadilah menang kerbau itu minangkabau.


Banyak lagi nak cerita dan letak gambar...tapi nanti dulu...nak keluar jap...ada hal...hehe...

No comments: