Tuesday, October 13, 2009

Tip mengenal diri


Salah satu cara untuk memberi keyakinan kepada diri ialah menghormati diri kita dan menganggap bahawa diri kita adalah penting.




PENGGAL persekolahan masih berlangsung dan seperti biasa, pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini akan berusaha memantapkan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Terdapat sebilangan pelajar yang merasa begitu gembira kerana pada penghujung tahun ini mereka akan menamatkan pengajian, seterusnya akan melangkah ke tahap yang lebih tinggi.

Tetapi, tidak kurang juga yang kurang yakin kepada diri sendiri untuk menghadapi segala cabaran.

Seorang ahli korporat dan pakar motivasi Barat, Ivan Burnell, dalam tulisannya bertajuk, The Power of Positive Doing memberitahu, satu cara untuk memberi keyakinan pada diri ialah menghormati diri kita dan menganggap bahawa diri kita adalah penting.

Sehubungan itu, kita harus mengurus diri sendiri sebaik mungkin. Bukan hanya pada aspek fizikal saja tetapi juga mental dan emosi.

Seterusnya kita harus bertanya pada diri sendiri. Siapa diri kita yang sebenar? GenK menyenaraikan pengertian mengenai 'siapa'.

S: Pengertian 'saya'

Setiap orang harus berbangga kepada diri sendiri dan bersyukur kerana dilahirkan serta dapat menikmati kehidupan di dunia. Oleh kerana manusia ialah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta keluarga.

I: Insan

Anda ialah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu diarah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu dengan bijak.


KITA seringkali menyalahkan orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita.


A: Amalan

Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ia tidak diamalkan.

Sebagai contoh, setiap pagi atau petang kita amalkan latihan menyegarkan badan supaya ia sihat dan dijauhkan daripada penyakit. Oleh itu amalan ialah asas ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan.

P: Peribadi

Setiap manusia mempunyai peribadi tersendiri. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna


JIKA kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana sahaja.


A: Adil

Kita seringkali menyalahkan orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tanyalah kepada diri sendiri dahulu sama ada kita berlaku adil atau tidak?

Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmana kita menggunakan segala anggota dalam melaksanakan segala tindakan dan tugas setiap hari? Ramai antara kita yang tidak yakin pada diri sendiri. Seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai potensi sama seperti orang lain.

Kepada para pelajar mulai sekarang pupuklah keyakinan yang sepenuhnya kepada diri sendiri. Anggaplah segala anggota yang ada pada tubuh badan ini sesuatu yang istimewa serta di antara yang terbaik.

Jangan biarkan perasaan dan emosi kita mengongkong serta menjadi penghalang ke arah tindakan dan hasrat kita yang murni. Anggaplah bahawa apa sahaja yang dapat dilakukan oleh orang lain, kita juga dapat melakukannya.

Sumber: http://tippeperiksaan.webs.com/renungan.htm

u/p: harap anakanda baca ni,plz...

          ~umi~

Monday, October 12, 2009

Children's Day Celebration~Mia MC nyer...

MIA: Di Hari Kanak-Kanak peringkat sekolahnya;sktu




with teacher Mary











semangat 1 Malaysia begitu kuat di sekolah nih












Yang ditunggu-tunggu dah tiba!





("~)=PRINCESS MIA; All THE BEST N GUD LUCK!































Tuesday, October 6, 2009

Memory

Malam~
Cik da (firdaus) call ajak ke majlis di rumah mak opah di Kuala Kangsar
ada datuk siti mana ntah yang sponsor untuk
 forum perdana,tahlil dan baca yasin sebelah pagi~buat arwah

 A.FAIRUS AHMAD SULAIMAN.


video kenang-kenangan,





video  slot :999 


petangnya jamuan raya Aidilfitri kat kampung arwah~sebenarnya nak gembirakan hati mak opah.
Suka sangat dengar keseronokan cikda dapat pulang beraya bersama mak opah,di kampungnya di Temong Hilir tu,apatah lagi setelah kehilangan arwah kakaknya A.Fairus
yang tragis dan menyayat hati.kini tinggal cik da A.Firdaus sahaja anak perempuan pengubat rindu mak opah terhadap arwah.
anak arwah belum lagi ditemui setelah dibawa pergi oleh mantan suami arwah.sadis. 
sampai cikda tempah 300 tapai nak bawak balik...hehee..
banyak kami sembang sampai ke bertanya khabar makcik2 kat kampung yang lama tak dengar khabar sebab time balik tak sempat nak menjengah.
Best giler bercerita sampai panjang berjela-jela..
cikda citer pasal abe peri,mok roh tok dir dan ramai lagi..

petang~
ciksu dari kedah sampai sefamily...tido sini,so kami plan nak pergi umah kak 
di Tmn Bukit Ampang.Malam tu kami ke sana,
kebetulan kak ajak orong surau beraya,
kami tumpang sekaki lah..nasik dagey lagii..
kak sibuk nak pergi ambil kawannya yang tak jumpa cari rumah...
Tiba-tiba...
tergamam aku sebab yang datang itu adalah anak mok roh tok dir yang cikda ngan aku 
citer2 kat fon semalam..
kecik je dunia nih,sapa sangka,kak yoh yang aku lama tak jumpa tercegat di depan mata dan dpt 
sembang-sembang lagi.
Seronoknya dapat jumpa orang kampung...
biarpun mereka agak veteran
tapi itulah sentimental value 
mahal tu...
rupanya kak yoh classmate kak dulu..huhuu..
pape pun...aidilfitri tahun ni amat indah,ditemukan 
dengan ramai orang-orang terdekat tapi selama ni
nak jumpa pun tak sempat.

selepas mereka pulang,kami sambung  sembang santai..
kak lin buka laptop tengok adegan berfoto raya
kat kampung yang kelakar tak bley blah...
bagaikan cinetron...abe azhari juru foto
kak mah pengarah
mak dan abe abas jadi king n queen
bergambar beramai-ramai dengan anak cucu cicit~MERIAH!
tapi kami tak ade sebab lambat tiba di jerteh sebab solat raya di Bachok 
 terus singgah2 raya di sekitar bachok dulu sebelum ke jerteh.
afiq Isyraf with mia~ anak sepupu mia
afiq Isyraf~anak kak Lin aka cucu saudaraku>

Dapat juga jumpa lili yang da jadi chef kat dubai
tetiba kak long call ckap kawan-kawan dia nak datang ziarah raya satu Course,
wullamak...nak masak apa nih..
umi terkontang kanting sorang-sorang lah nanti
satu course dalam 40 oarang lebey..
kak suggest ajak lili jadi tukang masak~fuyyoh~mahal tu...tukang masak hotel kat Dubai tu~
masak spaggeti katanya,
lili ckap lontong pun boley...
kiki... tapi tak tau lah jadi ke tak kak long nih!

kami balik agak lewat malam dari rumah kak Yam
dan esok mia ada Hari kanak-kanak di skul nya~
Kami plan nak pergi beraya sakan pula 
rumah abang daud,tanya2 alamat 
rupanya dekat jer dengan rumahku
kalau di Taman Puncak Jalil

haha..jadi.jadi...
esok mesti kita lawati 
tapi kena tunggu mia balik skul dulu lah,
mia pulak jadi MC hari kanak-kanak kat sekolahnya tu.
mesti mak happy kalau mak tahu 
kitaorang keep in touch dengan anak mak dan wan
yang amat baik hati dan perihatin ini.


Abang Daud n Kak Ina..
Esok kita datang!
TUnGGuuuu...!!!


penat giles~




selamat malam...salam.














Wednesday, September 30, 2009

nilai~

Terima kasih yang tak ter~n.i.l.a.i~
buat kak anna dan abang rashid kerana membawaku dan kak long jalan-jalan kat Bandar NILAI yang selama ni tak pernah kesampaian ke sana.
pagi sabtu di suatu hari dalam bulan ramadan...
''za nak pergi pasar tani tak?
dekat serdang.kalau nak siap-siap nanti kak anna dan abang rashid datang ambik!''
lepas tu kita pergi NILAI pulak...nak ikut tak??
terdengar suara di hujung talian.Sapa lagi kalau bukan kakak tersayangku (sejakku di pinggiran,dialah kakakku tempat mengadu suka duka kehidupan.keserasiaanlah yang mengeratkan silaturrahim ini.terima kasih kerana sudi hadir menceriakan hari-hariku yang sepi dan suram)
terpana aku sebab mamai...hehee..
''nak..nak..boley...boley..thanx =D''
jap2!za siap-siap...oke..

seketika mereka pun datang,dan ku bawa kak long sekali sebab damia ada kelas hari sabtu.
kami ke sana memang aim nak beli tikar kayu..kikiii...
sampai di sana amat laa panasss...tapi hati masih sejuk sebab teruja dengan limpahan barangan yang banyak dan tak sanggup nak tengok.murah...murahhh...
apapun kami tuju pada matlamat asal ke sana dulu...

jeng..jeng..jeng...misi pun bermula~

first2 pilih kedai yang byk tikar...




pilih! jangan tak pilih!...kikii..habis pilih katanya kayu berlian yang aku berkenan tu...tapi abah ckp kayu sawit..huhuu...





abang rashid dah berkenan yang ni...nak letak bilik aniq katanya..hehe...



nie minah bunga-bunga.habis kedai peralatan pengantin dia masuk sebab nak cari bahan nak buat kad raya...

setelah settle pasal tikar kami tinjau-tinjau banyak juga kedai.kedai langsir pun geram jugak..eeeiii...perabot pun oke...yang putih2 style bunga vantage pun banyak,chantekk bangat!
apa pun kami tak lama ,sebab bahang kepanasan di sini amat menyengat.hauss..
yang paling gumbira,tikar kayu yang kami beli tu boley dilipat-lipat,ingat ke kena gulung...puas pikir sebelum datang macamana nanti kut-kut tak muat kete..hehee..

ye..ye..suka sangat bila berpeluang window shopping kat sana...ada masa dan ketika nak pergi lagi.sebelum ni tak pernah sampai lagi ke sana walau dekat jer dengan rumah.
Yang pasti carpet2 amat banyak dijual semurah-murahnyaa...fuyyyooohh!
tapi ku dah bertekad tak nak pakai carpet dah...berabuk!
ekekee..










Thursday, August 20, 2009

k.e.n.a.n.g.a.n


n.y.a.m.a.n...





 dari kanan fiena,me,datin miza,datin seri shara,kak miza,datin ani dan kak tie.

masih kuingat lagi...saat bertemu dan bermesra.kadang-kadang masa membataskan kita untuk bersua.kutitipkan kenangan ini untuk mengisi ruang  r.i.n.d.u...


dari kanan:me,datin miza,datin rosni,datin suwaidah,datin zainun,kak zainab,kak tie,datin kak nah dan kak miza.




di museum perlis.










bersama isteri menteri besar Perlis;di kediaman beliau=]
datin seri Shamsiah....skrg daa jd mantan..hmmm.

lake toba

bersama cikgu azmi,cikgu masliza, kak long asmawati ,muhsin,dan anak2ku.







percutian ini kerana tunaikan janji pada anak-anak
 yang telah memberi yang terbaek dalam exam mereka;
 idi upsr:5A...kngah dlm pmr:9A...Alhamdulillah!

Tapi belum berkesempatan lagi tunaikan janji
~umrah~
idi 8A pmr,kak ngah 12A spm
sabarlah sayang~kita kumpul duit dulu ekkks!

Insyaallah~sama-sama kita doakan...















Thursday, August 13, 2009

si kunang-kunang


Sekali-sekala biarlah
lampu padam
dan aku duduk berdiam
dalam gelita malam
indahnya melihat kelip kunang-kunang
dan indahnya dekad lalu yamg dikenang.

Terlalu sayu mendengar cengkerik berdengung
dan sudah terlalu jauh
sebenarnya aku bermenung
terbayangkan bunga dan rama-rama
serta teringat cerita hati yang lara
terkenang jua diri yang sudah tua
berbaur suka duka dan 
cita-cita yang luka

Masih juga terlihat kelip kunang-kunang
dan masih juga terbayang
serpih kenangan
biarlah malam ini gelap padam
duduk seorang belajar menghargai
cantik warna kunang-kunang
tahu membezakan 
cahaya dan bayang-bayang
dan redha menerima takdir TUHAN.

Tuesday, August 11, 2009

Belajar Untuk Mengerti...



Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita duka
yang ingin diluahkan
di sebalik ketenangannya
mungkin tersimpan 
seribu kekalutan
kita tidak tahu
tetapi...
jika kita cuba
jadi sahabatnya
mungkin kita akan tahu.