Semalam aku keluar ke Kajang dengan kak ngah. Ada urusan skit, ingatkan nak intai-intai kat mana letaknya pejabat imigresen untuk urusan pasport. Apapun selesaikan urusan dengan mrs JUNE dulu. Ku ke ofisnya sebab aku dah call sebelum bertolak ke Kajang tadi. Dia kata nak tunggu. Apabila sampai, dia keluar pergi makan pulak. Bukannya apa,aku nak serahkan dokumen jer kat dia. so, kami pun pergilah singgah dekat METRO dulu. Tak familiar sgt kat sini, tapi buat2 reti. hahahaaa...Terpandang kedai TM.point lalu ku singgah,memang lama dah berminat nak tahu pasal panggilan rm10 Satu Malaysia tu, offer sampai bulan Disember...Apapun kena isi borang jugak..n nak salinan i/c..huhuu...takpa lah,ku bawa balik jer,esok hantar!
Lepas tu,kuajak kak ngah ke kedai buku Cziplee, memang kami sekeluarga hantu kedai buku. Dah berlambak buku-buku kat rumah...tak genap-genap jugak. Tamak jer nak membelinya. Tak apa...bukan rugi pun kalau rajin membaca...mulanya hanya nak perkenalkan pada kak ngah bahawa kedai ini banyak buku, kalau malas ke KL, kat sini pun boleh cari jugak...kak ngah kata..best2..kami pun naik ke tingakat atas,tengok-tengok...teringat pula idi nakkan buku komsas tapi nantilah,ajak dia datang sendiri. Aku pulak dah terpikat kat sebuah buku nih, 99 Q
KECERDASAN BERASASKAN ASMAULHUSNA. Alahai..kalau hati dah berkenan, bayar jer
lah...hehehe. Tapi janji tau! baca kena habis, pastu amalkan. Ubat mujarab time boring.Ngee..
Hobi ku yang paling buruk adalah membaca buku. Apatah lagi kalau baca novel. Semua kerja terbengkalai. Mulalah masak ala kadar jer..semua kerja liat nak buat penangan nak habiskan bacaan. Kadang-kadang rasa macam nak naik juling bijik mata,pastu mata mula bengkak-bengkak ikut mood cerita dalam novel. Tidur pun jadi tak cukup..memang teruk! Tahan kena perli kat abah, "umi ni tak pasal-pasal cari pasal." kenape yer? Sebab abah tak senang tengok umi nangis. Cerita dalam novel tu tipu je...tak pasal-pasal umi nak nangis. Abah memang anti kalau umi baca novel...dia memang tak suka. Selalu marahkan umi baca novel. Tak ada faedah katanya. Namun umi pertahankan jugak, ada faedahnya...kita boleh selami kisah orang untuk diambil iktibar,mana tahu, perkara yang sama terjadi kat kita, sekurang-kurangnya kita tak buntu menanganinya. Memang aku akur, abah pun suka membaca jugak, tapi dia suka baca buku agama. Sebelum tidur baca Quran pastu baca buku agama lagi...umi tumpang dengar sekali. Kadang-kadang abah kupas satu persatu apa yang dia baca sebelum umi terlelap. umi suka. suka sangat dengar cerita-cerita agama dari abah, memang tak cukup kalau umi tak baca sendiri...ya, umi janji nak kurangkan baca novel dah...tapi janji abah still nak bacakan umi
bedtime story... umi suka dengar abah alunkan ayat-ayat suci sebelum umi lena beradu...wah.. abah baca quran paling best!
Sekarang ni kalau baca novel kena sorok-sorok dari abah. Takut kena perli. Koleksi memang banyak giler. Memang dah menurun ke Kak Lom, kadang-kadang dia pinjam kat UM, bawa balik suruh umi baca. Dia pun obses jugak. Dia sanggup beli novel walaupun time tu tengah pokai. Macam mana ni...Jadinya, kat rumah ni dah jadi macam library dah..huhuu...tapi bab novel tak boleh nak tonjolkan sangat, takot kena sound kat abah.hoho...pedas weh, bisa nangis! Bukan kena sound sebab tak buat kerja rumah...semua tu bisa diurus...kena sound bab masukkan jiwa raga dalam novel tuh yang abah tak berkenan...hehee.. Tapi memang salah ku jugak, tak boleh kawal diri. kawal emosi. Memang kalah di situ, sebab umi ni jenis penyedih kot. mudah tersentuh, sensitif pada perkara-perkara yang sepatutnya lah. Tapi berhati waja.hahahaa
(sebahagian dari koleksi kami)
4 comments:
banyak novel..pinjam so
pinjam, pinjam.
cinta sufi tu mmg bes sgt.
sy jerit baca crito tu
mace crito sebena
cinta sufi=cinta safi?
cun citer nih!
A love too strong to die:
nak pinjam?
mari ambik dumoh..umi simpan citer seram tuh..hahaa..
Post a Comment