Imam Bukhari dan Muslim mengeluarkan dari ibnu Mas'ud ra, dia berkata, "Kutanya Rasulullah saw, "Apakah amal yang paling disukai Allah?" Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya." Kutanya lagi, "Lalu apa?" "Baginda menjawab, Berbakti kepada kedua orang tua." Aku tanya lagi, "Lalu apa lagi?" Baginda jawab, "Jihad." Imam Muslim dan lainnya merawikan, "Tiada seorang anak dapat membalas jasa orang tuanya, melainkan ia membeli seorang hamba dan memerdekakannya."
Imam Muslim merawikan, "Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw sambil berkata, "Aku berjanji pada engkau untuk berhijrah dan berjihad semata mengharapkan pahala." Rasulullah saw bertanya, "Apakah salah satu orang tuamu masih hidup?." lelaki itu menjawab, "Ya,malah keduanya masih hidup."Rasulullah bertanya, "Apakah engkau ingin mendapatkan pahala dari Allah?" lelaki itu menjawab, "Ya,." Lalu baginda bersabda,"Pulanglah kepada kedua orang tuamu dan berbuat baiklah kepada mereka."
Abu Ya'la dan Tabrani seraya berkata, "Aku ingin berjihad, namun aku tidak mampu." Rasulullah bertanya, "Apakah salah seorang orang tuamu masih hidup?" Dia menjawab, ibuku masih hidup." Lalu Rasulullah saw bersabda:
"Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya. Jika engkau berbuat demikian, maka sama dengan berhaji, berumrah, dan berjihad."
Menurut riwayat Thabrani: "Ya Rasulullah! Aku ingin berjihad fisabilillah." Rasulullah saw bertanya, "Apakah ibumu masih hidup?." Jawabnya, "Benar." Kemudian Rasulullah saw berkata, "Jagailah dia kerana di sana ada Syurga." Menurut riwayat Ibnu Majah, "Ya Rasulullah, apakah hak kedua orang tua pada anaknya?" Rasulullah menjawab, "Mereka adalah Syurga dan Nerakamu."
Dan riwayat Ibnu Majah, dan Nasa'i serta disahihkan oleh al-Hakim, "Ya Rasulullah, aku ingin berperang, maka aku datang meminta petunjukmu." Lalu Rasulullah bersabda, "Apakah kamu masih ada ibu?" Lelaki itu menjawab, "Ya." Lalu Nabi berkata, "Jagailah mereka, sesungguhnya Syurga terletak di bawah kakinya." Dalam riwayat yang sahih, dikatakan, "Apakah engkau masih ada kedua orang tua?" Jawabnya, "Ya." Kemudian Rasulullah berkata, jagailah mereka, sesungguhnya Syurga terletak di bawah tapak kakinya." Malaj at-Tarmidzi membenarkannya dari Abu Darda' ra bahawa seorang lelaki datang kepadanya seraya berkata, "Aku ada isteri, sedang ibuku minta aku menceraikannya saja." Dia berkata, "Aku dengar Rasulullah saw bersabda,
"Orang tua itu kunci pintu Syurga, Jika mahu aku hilangkan saja atau aku menjaganya."
Ibnu Hibban dalam sahihnya, "Seorang lelaki datang kepada Abu Darda' seraya dia berkata, "Bapaku selalu bersamaku hingga mengahwinkanku. Kini beliau meminta aku menceraikan isteriku." Abu Darda' berkata, "Aku tidak memerintahkan engkau memerdekakan orang tuamu, tidak pula aku perintahkan engkau ceraikan isterimu. Hanya jika engkau mahu, kuceritakan apa yang kudengar dari Rasulullah saw, beliau bersabda:
"Orang tua itu kunci pintu Syurga. Peliharalah itu jika kamu mahu, atau kamu tinggalkan saja!"
Imam empat, dari Ibnu Umar dia berkata, "Aku punya isteri yang kucintai, namun Umar membencinya. Dia menyuruhku menceraikannya tetapi aku menolak. Dia datang kepada Rasulullah saw, menceritakan hal itu padanya. Lalu Rasulullah saw perintahkan aku menceraikan isteriku."
Imam Ahmad dengan sanad sahih, "Siapa ingin berbakti kepada kedua orag tuanya serta bersilaturrahim." Abu Ya'la dan yang lainnya, "Siapa berbakti kepada kedua orang tuanya beruntunglah dia. Allah akan panjangkan umurnya." Ibnu majah dan Ibnu Hibban, "Seorang lelaki akan terhalang rezekinya sebab dosa yang dilakukannya. Tidak mampu menolak takdir kecuali doa dan tidak boleh menambah umur kecuali berbakti (kepada orang tua).
Al-Hakim merawikan, "Maafkanlah isteri orang, maka isterimu akan memaafkanmu dan berbakti kepada orang tuamu, maka anakmu akan berbakti kepadamu..." At-Thabrani dengan sanad Hasan, "Berbaktilah kepada orang tuamu, maka anak-anakmu akan berbakti kepada kepadamu dan maafkanlah maka isterimu akan memaafkanmu." Imam Muslim, "Hinalah dia, hinalah dia, hinalah dia." Ditanyakan, "Siapa dia Ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Iaitu orang yang mendapati kedua orang tua di sisinya telah tua dan salah satunya, kemudian dia tidak masuk Syurga atau mereka tidak memasukkannya ke Syurga." At-Thabrani dengan salah satu sanadnya dari Hasan, "Nabi saw naik mibar, lalu beliau bersabda: Amin, amin, amin." Kemudian beliau bersabda:
"Jibril telah datang kepadaku. Dia bertanya, "Ya Muhammad, siapa menemui bulan Ramadhan, lalu dia mati tidak diampuni dan dimasukkan ke Neraka kemudian Allah menjauhkannya. Katakanlah, "Amin.", Maka aku berkata, "Amin. Dia berkata, "Siapa mendengar nama engkau disebut, namun dia tidak membaca selawat untukmu, dia mati dan masuk Neraka, lalu Allah menjauhkannya. Katakanlah amin." Maka aku berkata amin. Dia berkata, "Siapa menemui salah satu dari kedua orang tuanya, dia tidak berbakti kepadanya, lalu mati masuk Neraka, namun Allah menjauhkannya. Katakanlah "amin." Maka aku berkata "amin". Malah Ibnu Hibban dalam sahihnya, juga merawikan. Hanya di situ dia berkata. "Siapa yang menemui kedua orang tuanya atau salah satunya, dan Allah menjauhkannya. Katakalah amin maka aku berkata amin,"
ImamBukhari dan Muslim merawikan, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak aku pergauli dengan baik?" Baginda menjawab, "Ibumu." Aku bertanya , "Lalu siapa lagi." Baginda menjawab, "Ibumu." Aku bertanya lagi, "Kemudian siapa lagi?" Baginda menjawab, "Ibumu!." Aku bertanya lagi, "Siapa lagi?." Baginda menjawab, "bapamu."
Juga Asy-Syaikhan merawikan dari Asmak binti Abu Bakar ra dia berkata, "Ibuku datang kepadaku dia seorang musyrik, di zaman Rasulullah saw. Maka aku minta fatwa Rasulullah saw. Aku berkata: Ibuku datang kepadaku sedangkan dia benci kepada Islam, perlukah aku menemuinya?. Nabi saw menjawab, "Ya, temuilah dia."
Ibnu Hibban merawikan, "Keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah itu juga bergantung kepada kemarahan kedua orang tua."Dan dalam riwayat at-Thabrani, "Taat kepada Allah juga bermakna taat terhadap orang tua serta menderhakai-Nya juga bermakna menderhakai terhadap orang tua." Dalam riwayat al-Bazzar, "Redha Tuhan itu terdapat dalam redha kedua orang tua serta kemurkaan-Nya terdapat dalam kemarahan kedua orang tua."
Riwayat at-Tarmidzi, "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata, "Aku telah melakukan dosa besar, bolehkah aku bertaubat?" Nabi bertanya, "Apakah engkau ada ibu?" Dia menjawab, "Tidak." Nabi bertanya lagi, "Apakah engkau ada mak cik?" Dia menjawab, "Ada." Kemudian Nabi bersabda " Berbaktilah kepadanya"
Dalam riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah, "Ya Rasulullah, bolehkah aku berbakti kepada kedua orang tuaku dengan sesuatu setelah mereka meninggal?" Nabi menjawab, "Boleh, dengan mendoakan mereka dan memohon diampunkan mereka, menepati janjinya setelah mereka meninggal, menghubungi sanak kerabat yang hanya boleh dihubungi dengan mereka serta memuliakan teman mereka." Ibnu Hibban juga merawikannya dan menambahkan, "Seorang lelaki berkata, "Alangkah banyak dan baiknya itu ya Easulullah." Rasulullah berkata, "Amalkan ia."
Dalam riwayat Muslim, "Ibnu Umar berjumpa dengan seorang lelaki A'rabi di tengah perjalanan ke Mekah. Segera Ibnu Umar memberkan salam, menumpangkan di atas himarnya serta memberikan serban di kepalanya kepadanya. Ibnu Dinar berkata, "Aku berkata, semoga Allah membalas kebaikanmu, sesungguhnya mereka orang Arabi cukup dengan sedikit." Inbu umar berkata, "Sesungguhnya ayah orang itu adalah teman (ayahku) Umar bin Khatab.
Aku dengar Rasulullah bersabda:
"Sebaik-baik berbakti adalah bersilaturrahim seorang anak kepada keluarga teman ayahnya."
Dalam riwayat Ibnu Hibban dari Abi Burdah dia berkata, "Aku pergi ke Madinah kemudian Abdullah bin Umar mendatangiku, seraya dia berkata, "Tahukah engkau mengapa aku mendatangimu?" Aku berkata, "Tidak." Lalu dia berkata, "Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
"Siapa suka bersilaturrahim kepada ayahnya di kubur, bersilaturrahim kepada saudara-saudara ayahnya setelah dia meninggal dan sesungguhnya antara ayahku Umar dan ayahmu adalah saudara dan kawan, maka aku suka untuk menyambungnya."
Dalam hadis as-Shaihain mahupun lain yang masyhur dengan riwayat yang bermacam-macam, disebutkan bahawa dahulu ada tiga orang suka keluar menziarahi keluarganya. Pada suatu hari di tengah perjalanan, mereka ditimpa hujan dan berteduh di dalam sebuah gua. Tiba-tiba ada sebuah batu besar menutupi pintu gua tersebut. Mereka berkata, "Batu ini tidak akan boleh terbuka kecuali jika kalian berdoa dengan kesolehan amal kalian."
Dalam sebuah riwayat, "Setengah mereka berkata: Ingatlah akan apakah amal baik yang telah engkau perbuat untuk Allah, Lalu berdoalah dengannya supaya Allah membuka batu itu." Dalam riwayat yang lain lagi,. "Batu telah jatuh dan menutupi pintu gua yang tahu tempat kalian hanyalah Allah, maka berdoalah kepada Allah dengan amal yang telah kamu lakukan." Kemudian salah seorang daripada mereka berdoa, "Ya Allah aku ada kedua orang tua yang telah tua. Tidak pernah aku minum sebelum mereka minum. Pada hari aku pergi mencari kayu, sebelum mereka tidur aku memerahkan susu untuk mereka. Apabila telah siap memerah susu kulihat mereka telah tidur. Namun aku tidak suka minum sebelum mereka. Maka aku berdiri saja sambil memegangi gelas di tanganku menanti mereka bangun hingga pagi. Kemudian mereka bangun dan meminum susunya. Ya Allah, jika sekiranya aku berbuat demikian hanya mengharapkan redha-Mu, maka bukakanlah batu yang menghalangi kami ini!" Lalu batu itu bergerak sedikit di mana mereka belum boleh keluar.
Dalam suatu riwayat: "Aku ada anak kecil dan pekerjaanku ialah mengembala. Apabila aku memerah susu, aku dahulukan orang tuaku sebelum anakku dan pada suatu hari aku pergi mencari kayu hingga petang. Kulihat kedua orang tuaku telah tertidur. Lalu aku memerah susu sebagaimana biasa. Kubawa susu dekat mereka. Namun aku tidak membangunkan mereka serta aku tidak suka pula mendahulukan anakku sebelum mereka. Padahal anak-anakku merengek-rengek berada bersamaku. Demikianlah keadaanku dan keadaan mereka hingga terbit fajar. Jika Engkau tahu aku berbuat demikian semata-mata mengharapkan redha-Mu, maka bukakanlah batu ini hingga mereka dapat melihat langit. Kemudian yang lain menyebutkan dia telah menjaga diri dari perbuatan zina dengan anak perempuan pamannya. Serta yang lain juga menyebutkan dia telah memelihara harta pekerjanya. Maka terbukalah batu itu seluruhnya hingga mereka dapat keluar dan meneruskan perjalanan."
Matahatiku menitip dari: karya Imam Al Ghazali, terjemahan "Mukasyafah Al Qulub"
Friday, December 31, 2010
Wednesday, December 29, 2010
Dari Mata Turun Ke Hati: SABAR DAN SAKIT
SABAR DAN SAKIT
Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya dan masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang sabar, sabar memang mempunyai banyak macam. Sabar melaksanakan perintah (taat). Sabar meninggalkan larangan-larangan-Nya dan sabar ketika mendapat bencana.
Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari Kiamat Allah akan memberinya tiga ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Kiamat Allah akan memberinya enam ratus darjat. Tiap darjat antara langit ke tujuh dan bumi ke tujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka hari Kiamat Allah akan membernya tujuh ratus darjat di Syurga. Tiap-tiap darjat antara Arasy dan Tsura.
Dirawikan daripada Nabi saw, sesungguhnya beliau bersabda: Allah telah berkata;
"Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, patut Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta pertolongan kepada makhluk, pasti Kututup semua pintu langit baginya."
Maka bagi orang yang berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu dan mengadu (kepada makhluk). Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan akhirat. Sesungguhnya bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.
Junid al-Baghdadi ra telah berkata, "Bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar".
Rasulullah saw juga bersabda:
"Barangsiapa sakit semalam, dia bersabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."
Telah berkata Adl Dlahak ra: Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan dan musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.
Daripada Muaz bin Jabal ra. beliau berkata: Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan satu bencana, Dia berkata kepada (malaikat) pencatat amal buruk, "Hapuskan catatan daripadanya." Dan berkata kepada pencatat amal baik, "Tuliskan untuk hamba-Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."
Tersebut pula dalam sebuah Hadis, Daripada Nabi saw, baginda bersabda:
"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata. "Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku." Jika dia berkata 'Alhamdulillah', maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hamba-Ku. Jika Aku mematikannya, Kumasukkan dia ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya, Kugantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya, serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya."
Terdapat dalam kisah, ada salah seorang lelaki fasik daripada Bani Israil. Orang kampung tidak dapat lagi membendung kefasikannya. Mereka mengadu kepada Allah lalu Allah memberi wahyu kepada musa as. bahawa di antara Bani Israil itu ada seorang pemuda fasik, kemudian Musa as mengusir pemuda itu dari kampung mereka. Sehingga mereka tidak terjilat api (Neraka) oleh kefasikakannya. Maka pergilah pemuda itu ke suatu kampung. Kemudian Allah swt memerintahkan lagi agar Nabi Musa mengusirnya. Maka dia usir pemuda itu. Sehingga pemuda itu pergi ke suatu tempat yang tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar atau burung. Di situlah dia sakit dan tidak ada pula yang menolong. Dia jatuh ke tanah. Dia meletakkan kepalanya sambil berkata, "Kalaulah kepalaku ini dipangku ibuku, tentulah dia mengasihiku. Tentulah dia menangis meratapiku. Kalaulah ayahku di sini, pastilah dia akan menolong dan merawatku. Kalau sekiranya isteriku ada di sini, tentu akan menangis kematianku. Jika anak-anakku ada, tentulah mereka akan tersedu-sedu dan mengiringkan jenazahku, lalu mereka akan berkata: "Ya Tuhan, ampunilah ayahku ini, yang lemah, fasik, derhaka,, yang terusir dari kota ke kampung dan dari kampung ke padang yang gersang. Yang keluar dari dunia ke Akhirat tanpa harapan satu apa pun. "Ya Allah Engkau telah memisahkan aku dari orang tuaku, anakku dan isteriku. Namun janganlah Engkau pisahkan aku daripada rahmat-Mu.
Sesungguhnya engkau telah membakar hatiku sebab berpisah dengan mereka. Namun janganlah Engkau bakar hati ini dengan Neraka-Mu kerana kemaksiatanku,"
Kemudian Allah mengutuskan bidadari menjelma menyerupai ibunya. Dan bidadari lain menyerupai isterinya. Begitu ghilman (anak-anak syurga) menjelma sebagai anak-anaknya, serta mengutuskan malaikat seolah-olah menjadi bapanya. Mereka duduk di sisinya dan meratapinya. Lalu lelaki itu berkata, "Sesungguhnya ini ibu bapaku, isteriku, anak-anakku telah hadir di sisimu",
Maka legalah hatinya sehingga pulang ke rahmatullah dengan suci dan terampun dosanya. Kemudian Allah memberi wahyu kepada Nabi Musa, "Pergilah ke suatu padang di sebuah tempat di sana. Di situ telah mati seorang wali. Maka hadir dan uruskanlah dia!."
Ketika Musa as datang ke tempat itu, baginda melihat pemuda yang diusirnya dari kota dan dari kampung dengan perintah Allah. Juga baginda lihat para bidadari mengerumuninya. Lalu baginda berkata: "Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usir dari kota dan dari sebuah kampung atas perintah-Mu?." Allah berkata, "Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmatinya dan mengampuninya. Sebab dia meratap ditempatnya. Dia tinggalkan kampung halamannya, kedua orang tuanya, bahkan anak dan isterinya. Maka Aku utus para bidadari menjelma sebagai ibu dan isterinya, malaikat sebagai bapanya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika dia meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihaninya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihaninya sedangkan aku Maha Pengasih?,"
Jika seseorang menghadapi sakratul maut di permusafiran, Allah akan berkata, "Wahai malaikat-Ku, ini adalah orang asing sedang bermusafir. Dia meninggalkan anak isteri dan orang tuanya. Jika dia mati tiadalah yang menangis dan meratapinya."
Kemudian Allah menjadikan seorang malaikat menyerupai bapanya, seorang lagi menyerupai ibunya, seorang lagi menyerupai anaknya dan seorang lagi menyerupai keluarganya. Mereka masuk dan membukakan matanya. Sehingga dia melihat orang tua dan keluarganya. Senanglah hatinya. Sehingga dia menghembus nafas terakhir dengan tenang dan bahagia. Kemudian ketika jenazahnya diusung, mereka menghantarnya ke kubur dan mereka mendoakan sampai hari kiamat.
"Allah maha Halus (penyantun) kepada hamba-hambanya..." (Q.S Asy Syura: 19)
Ibnu Aththok berkata: "Akan terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. Barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yang dusta.Meskipun orang mempunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya. Allah telah berfirman dalam Hadis Qudsi:
"Barangsiapa tidak rela dengan keputusan-Ku dan tidak syukur pula dengan pemberian-Ku, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!."
Wahab bin Munabbah bercerita:
Ada seorang Nabi telah menyembah kepada Allah selama lima puluh tahun. Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan: "Aku telah mengampunimu". Dia bertanya mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?" Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pohon menimpanya sehingga dia kesakitan dan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihalnya itu kepada Allah.
Maka pohon itu berkata, "Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadat lima puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu.
Dari mata turun ke hati, semoga kita semua akan mendapat Limpah Kurnia-Nya. Amin.
catatan...citra kehidupan: Diambil dari buku Imam Al-Ghazali untuk penenang hati.
Tuesday, December 28, 2010
Upgrade Streamyx & TM Homeline
Pada hari khamis yang lalu, selepas je Idi tamat kursus belajar kereta di Bangi, umi gi ambik dia. Lepas tu idi nak try bawa kereta...pusing-pusing sekitar taman akhirnya umi suruh idi bawak ke Giant terus...haha senyum-senyum bangga dia dapat bawa umi gi Giant. Sesampai jer kat tingkat atas, terus disambar oleh promoter Streamyx. Adusss...
Sejak dari mula-mula pakai streamyx sampai sekarang pakai yang 1Mbps...bayar rm88 sebulan, dah macam-macam hal kami lalui...kadang-kadang meroyan sakan jugak lah internet bila ramai yang guna. Biasalah...bila anak-anak cuti masing-masing dengan lappy, abah lagi, umi lagi...bila dah berkongsi internet jadi slow la kot...mungkin. Geram jugak nih. Dah puas dengan kerenah streamyx nih...jenuh menelefon TM pada satu-satu masa. Huhu...macam-macam memori tercipta...
Lepas tu kan...akhir tahun lepas ada promosi TM (tiada kaitan dengan streamyx) pasal RM10 untuk panggilan 1Malaysia, percuma cordless lagi, umi cepat-cepat submit dengan nawaitu nak telefon mak tanpa batasan. So, happy giler sempat tukar yang rm 10 1Malaysia tu sebelum promosi berakhir, jimat. Memang khas untuk Mak yang tersayang...cakap puas-puas pun hanya sepuluh ringgit je sebulan untuk Panggilan Tempatan dan Nasional. Atau lebih tepat lagi ialah antara telefon rumah dengan telefon rumah. Hehee...
Berbalik merepek pasal streamyx tadi, umi tanya promoter tadi, boleh tak kalau nak upgrade dari 1 Mbps kepada 4Mbps? Boleh...katanya..sebab sebelum ni pernah nak tukar pada promosi yang dapat laptop free tu...nak tukar atas nama anak-anak...orang TM kata tak boleh. Frust jugak. Masa tu pergi ke Pejabat TM di Cheras, sambil-sambil nak daftar streamyx rumah kak ngah punyer. Bukan itu saja dah berusaha telefon TM bertanya benda yang sama pun, memang tak dapat plan tuh. Ouch!!
Sekarang ni internet selalu sangat jem, slow dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Kalau ada sorang yang guna YouTube, orang lain dah jem..huhu...amat mencabar minda. Maka, inilah masanya untuk menaik taraf streamyx & TM Homeline BLOCK BUSTER DEALS™ untuk kegunaan kami. Sesudah berbincang segala bagai, umi berkenankan yang BB DEAL 4 Mbps; Rm140/bulan. Kelebihannya ialah:
- ✔ PERCUMA Modem WiFi
- ✔PERCUMA ID Streamyx Zone
- ✔PERCUMA Telefon Cordless
- ✔PERCUMA panggilan ke Talian Tetap TM seluruh Malaysia
- ✔KADAR RATA 10sen/min ke semua talian mudah alih dan talian tetap lain seluruh M'sia
SATU HARGA UNTUK SEMUA. maksudnya...tak perlu lagi bayar caj bulanan RM26 untuk TM, yang Pakej RM10 pun dah termasuk dalam pakej ni sekali, tak perlu bayar lagi sebab sudah PERCUMA. Bayar bulanan tentulah lebih sikit dari dulu sebab bil sekarang lebih kurang RM126 lebih lebih sebulan. Berbaloi kot sebab dari 1Mbps tukar ke 4Mbps. Bayar untuk kelajuan dan kesempurnaan. Harap-harap selepas dinaiktaraf internet tak beronar lagi...
Sunday, December 26, 2010
"Pengalaman 7-Hari saya dengan Juvanex™ "
Kenapa saya memilih Juvanex?
Saya mengambil Juvanex™ setelah berasakan badan saya memang memerlukan satu program pembersihan dalaman apabila kesihatan agak terganggu sejak akhir-akhir ini, angin dalam badan mencetuskan ketidakselesaan menjadikan pergerakan saya terbatas.
Pengalaman pertama saya dengan Juvanex adalah ketika mengikuti Bengkel Kecantikan Bersama Dara.com Bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam pada 12 Disember 2009. Setahun yang lalu. Penaja bersama program tersebut adalah Juvanex™ dan banyak lagi. Dari situ saya dapat mengenali apa itu Juvanex™, dapat merasa dan mencuba. Ok, ianya amat berkesan.
Kebanyakan penyakit adalah cara untuk badan menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan. Sekarang adalah masanya. Semoga Juvanex™ dapat membantu menyingkirkan penyakit yang telah melekat dalam badan saya. Saya percaya pada nyahtoksin. Mudah sahaja dengan Juvanex™, hanya tambahkan air dan nikmatilah rasa lemon yang menyegarkan.
Juvanex™ adalah diformulasi dengan Total-Cleaze untuk membantu menyingkirkan toksin daripada usus di samping memberikan sokongan kepada fungsi sistem pencernaan dan hati yang lebih sihat. Total Clenze mengandungi:
serat : Serat larut dan tidak larut untuk mengembalikan fungsi tetap usus.
probiotik : Probiotik dan Prebiotik (FOS) untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan kesihatan dan keseimbangan flora bermanfaat di dalam saluran pencernaan.
herba-herba pembersih : Campuran eksklusif milk thistle, dandelion dan ekstrak herba natural lain untuk menyokong fungsi detoksifikasi hati.
Bukannya saya tidak pernah menyahtoksin. Saya sayang diri saya, sebab itu saya suka pada produk detox begini. Sebelum ini produk yang selalu ada dalam stok simpanan adalah LACTOSE-S keluaran Elken. Apa yang saya belajar dari Elken ialah detoksifikasi akan memudahkan penyerapan nutrien memandangkan dinding usus sudah dibersihkan. Satu ilmu yang tak akan saya lupa sampai bila-bila. Kita kongsikan bersama...
Apabila agak sukar mendapatkan Lactose-S, saya beralih kepada Juvanex kerana mempunyai fungsi yang hampir sama. Oleh kerana teruja, saya ikuti Panduan Nyahtoksin 7-Harinya. Saya baca betul-betul dalam buku nota kecil yang dikepilkan dalam kotak. Saya berharap program ini akan mengembalikan kesihatan diri saya ke tahap yang optimum. Kerana teruja, saya terlupa membaca tanda-tanda keberkesanan Juvanex™...
Setelah saya campurkan 2 paket Juvanex™ dengan 400ml air, saya terus minum. Selang seminit saya muntah, habis makanan yang dimakan tadi. Subhanallah, sungguh teruk sampai....terkencing-kencing. Tak pernah langsung terjadi sebelum ini. Mungkin kerana saya tengah mengalami batuk-batuk yang teruk. Kata orang...batuk 100 hari. Batuk tersebut telah memberi tekanan yang amat besar impaknya. Saya tak suka batuk itu. Bukan salah Juvanex™...saya tahu...
Tapi kesan daripada muntah tersebut, suara saya telah bertukar, tekak terasa bagai tersekat di halkum, semua saluran seakan tersumbat. Rasa gelap seluruh alam. Longlai. Macam tak boleh bernyawa. Kecoh dalam keluarga...kerana mereka terkejut! Apakah ini? Saya perlu minum air yang banyak kerana air adalah kompenan terpenting di dalam apa-apa jua program pembersihan. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk menyokong program nyahtoksin ini. Setelah berehat serta atas sokongan moral ahli keluarga, syukurlah kerana pada keesokannya saya kembali pulih.
Rupa-rupanya itu adalah di antara tanda-tanda keberkesanan Juvanex™. Mari kita tengok apakah krisis dan tanda-tandanya:
Detoksifikasi merupakan pengalaman unik bagi setiap orang, bergantung kepada kandungan toksik di dalam badan dan keadaan kesihatan mereka. Anda mungkin merasa sedikit lemah pada permulaan program nyahtoksin. Ini adalah normal kerana pada masa ini, badan sedang menyalurkan toksin-toksin (yang tersimpan di dalam sel-sel lemak dan organ-organ anda) ke dalam saluran darah untuk disingkirkan.
Dalam tempoh 3 hari yang pertama, anda mungkin mengalami reaksi sementara yang kurang menyenangkan seperti:
Semua ini merupakan tanda-tanda bahawa badan anda sedang menjalani proses pembersihan daripada toksin. Jika terdapat lebih banyak toksin di dalam badan, maka simpton yang dialami juga akan lebih teruk. Rasa tidak selesa ini sepatutnya berkurangan apabila toksin sudah dikeluarkan dan kesihatan kembali pulih. Pada hari ke-7, anda patut rasa lebih segar, lebih remaja dan lebih bertenaga!
Apa yang saya alami adalah kesan dari tanda-tanda detoksifikasi di atas ternyata betul. Pada hari pertama saya mengalami situasi yang sangat teruk. Ketika itu kesihatan saya memang pada tahap tidak stabil. Pada hari kedua, saya kurangkan pengambilan kerana bimbang badan tidak dapat menerimanya. Saya berasa agak selesa kerana tidak mengalami muntah lagi. Pada hari berikutnya saya kerap buang air besar dan air kecil, tetapi setiap kali minum juvanex memang tak boleh tidak terasa lidah bersalut, rasa metalik tetapi alhamdulillah tiada ulser dalam mulut.
Sekarang badan saya sudah rasa ringan, bebas bergerak. Semalam saya sudah dapat menghadiri Majlis resepsi persandingan anak saudara saya Fazli dan Hezrin, di Marriot Hotel. Alhamdulillah...
25 Disember, 2010
Saya mengambil Juvanex™ setelah berasakan badan saya memang memerlukan satu program pembersihan dalaman apabila kesihatan agak terganggu sejak akhir-akhir ini, angin dalam badan mencetuskan ketidakselesaan menjadikan pergerakan saya terbatas.
Pengalaman pertama saya dengan Juvanex adalah ketika mengikuti Bengkel Kecantikan Bersama Dara.com Bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam pada 12 Disember 2009. Setahun yang lalu. Penaja bersama program tersebut adalah Juvanex™ dan banyak lagi. Dari situ saya dapat mengenali apa itu Juvanex™, dapat merasa dan mencuba. Ok, ianya amat berkesan.
"Toksin = Penyakit" (fakta Juvanex™)
Kebanyakan penyakit adalah cara untuk badan menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan. Sekarang adalah masanya. Semoga Juvanex™ dapat membantu menyingkirkan penyakit yang telah melekat dalam badan saya. Saya percaya pada nyahtoksin. Mudah sahaja dengan Juvanex™, hanya tambahkan air dan nikmatilah rasa lemon yang menyegarkan.
Juvanex™ adalah diformulasi dengan Total-Cleaze untuk membantu menyingkirkan toksin daripada usus di samping memberikan sokongan kepada fungsi sistem pencernaan dan hati yang lebih sihat. Total Clenze mengandungi:
serat : Serat larut dan tidak larut untuk mengembalikan fungsi tetap usus.
probiotik : Probiotik dan Prebiotik (FOS) untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan kesihatan dan keseimbangan flora bermanfaat di dalam saluran pencernaan.
herba-herba pembersih : Campuran eksklusif milk thistle, dandelion dan ekstrak herba natural lain untuk menyokong fungsi detoksifikasi hati.
Bukannya saya tidak pernah menyahtoksin. Saya sayang diri saya, sebab itu saya suka pada produk detox begini. Sebelum ini produk yang selalu ada dalam stok simpanan adalah LACTOSE-S keluaran Elken. Apa yang saya belajar dari Elken ialah detoksifikasi akan memudahkan penyerapan nutrien memandangkan dinding usus sudah dibersihkan. Satu ilmu yang tak akan saya lupa sampai bila-bila. Kita kongsikan bersama...
Apabila agak sukar mendapatkan Lactose-S, saya beralih kepada Juvanex kerana mempunyai fungsi yang hampir sama. Oleh kerana teruja, saya ikuti Panduan Nyahtoksin 7-Harinya. Saya baca betul-betul dalam buku nota kecil yang dikepilkan dalam kotak. Saya berharap program ini akan mengembalikan kesihatan diri saya ke tahap yang optimum. Kerana teruja, saya terlupa membaca tanda-tanda keberkesanan Juvanex™...
Setelah saya campurkan 2 paket Juvanex™ dengan 400ml air, saya terus minum. Selang seminit saya muntah, habis makanan yang dimakan tadi. Subhanallah, sungguh teruk sampai...
Tapi kesan daripada muntah tersebut, suara saya telah bertukar, tekak terasa bagai tersekat di halkum, semua saluran seakan tersumbat. Rasa gelap seluruh alam. Longlai. Macam tak boleh bernyawa. Kecoh dalam keluarga...kerana mereka terkejut! Apakah ini? Saya perlu minum air yang banyak kerana air adalah kompenan terpenting di dalam apa-apa jua program pembersihan. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk menyokong program nyahtoksin ini. Setelah berehat serta atas sokongan moral ahli keluarga, syukurlah kerana pada keesokannya saya kembali pulih.
Rupa-rupanya itu adalah di antara tanda-tanda keberkesanan Juvanex™. Mari kita tengok apakah krisis dan tanda-tandanya:
Detoksifikasi merupakan pengalaman unik bagi setiap orang, bergantung kepada kandungan toksik di dalam badan dan keadaan kesihatan mereka. Anda mungkin merasa sedikit lemah pada permulaan program nyahtoksin. Ini adalah normal kerana pada masa ini, badan sedang menyalurkan toksin-toksin (yang tersimpan di dalam sel-sel lemak dan organ-organ anda) ke dalam saluran darah untuk disingkirkan.
Dalam tempoh 3 hari yang pertama, anda mungkin mengalami reaksi sementara yang kurang menyenangkan seperti:
- ✓ Pembuangan air besar dengan kerap
- ✓ Najis busuk berwarna gelap atau najis kekuningan yang terapung atas air
- ✓ Kencing dengan lebih kerap
- ✓ Kelesuan yang teramat sangat, mengantuk, cepat marah
- ✓ Lidah seperti bersalut, rasa metalik di dalam mulut, ulser mulut
- ✓ Sakit kepala, loya, muntah
Semua ini merupakan tanda-tanda bahawa badan anda sedang menjalani proses pembersihan daripada toksin. Jika terdapat lebih banyak toksin di dalam badan, maka simpton yang dialami juga akan lebih teruk. Rasa tidak selesa ini sepatutnya berkurangan apabila toksin sudah dikeluarkan dan kesihatan kembali pulih. Pada hari ke-7, anda patut rasa lebih segar, lebih remaja dan lebih bertenaga!
Apa yang saya alami adalah kesan dari tanda-tanda detoksifikasi di atas ternyata betul. Pada hari pertama saya mengalami situasi yang sangat teruk. Ketika itu kesihatan saya memang pada tahap tidak stabil. Pada hari kedua, saya kurangkan pengambilan kerana bimbang badan tidak dapat menerimanya. Saya berasa agak selesa kerana tidak mengalami muntah lagi. Pada hari berikutnya saya kerap buang air besar dan air kecil, tetapi setiap kali minum juvanex memang tak boleh tidak terasa lidah bersalut, rasa metalik tetapi alhamdulillah tiada ulser dalam mulut.
Sekarang badan saya sudah rasa ringan, bebas bergerak. Semalam saya sudah dapat menghadiri Majlis resepsi persandingan anak saudara saya Fazli dan Hezrin, di Marriot Hotel. Alhamdulillah...
juruacara majlis ialah selebriti tv3 yang sinonim dengan rancangan SEMPURNAKAN...HARIMU
bersama mummychacha; IZAN (taukey KEK yang glemer) isteri anak saudaraku; FAIRUZ
25 Disember, 2010
Saturday, December 25, 2010
Di sebalik tabir HASYIAH AL KITAB...
PEMBIKINAN BLOG ABAH;
Rentetan dari limpahan wargakerja yang dahagakan sekelumit picisan bicara dari seorang hamba Allah, maka terwujudlah sebuah wadah yang dinamakan "HASYIAH AL KITAB" yang akan diterajui dalam kancah bicaranya yang tersendiri. Sudah lama aku mencetuskan idea supaya beliau meluahkan bicara dalam bentuk blog namun tidak diendah...
Namun begitu auranya terserlah apabila mendapat sambutan di kalangan rakan-rakan melalui laman web jabatan malah seluruh kenalan dalam kementeriannya bertanyakan sedikit sebanyak apa yang ingin diketahui. Lantaran itu aku cuba sekali lagi memujuk agar mewujudkan satu blog supaya lebih santai bergerak kerana sekiranya menulis dalan bentuk email agak terbatas (sebenarnya aku pun ingin mengikuti...tapi malas nak buka laman web ofisnya..hehe).
Maka al-kisahnya berjaya juga ku godek-godek lalu beliau bersetuju. Sepantas kilat anakku SARAZAQEA merekaciptakan satu blog buat abahnya yang tercinta, dibuatnya header dan segala apa yang perlu ada. Tapi ayat-ayat dari abahnya empunya cerita.
Alhamdulillah! Semuanya telah siap selia. Aku adalah follower pertama, nanti aku dapat mendengar bicara dari hati seorang abah pula buat anak-anak tercinta. Satu anugerah yang kudambakan bakal menyuluh jalan-jalan ke hadapan....Insyaallah.
Semoga sama-sama menjadi orang-orang yang beruntung dan mendapat manfaat...
Friday, December 24, 2010
Hantu Oh Hantu: Hantu Kak Limah Balik Rumah
cer ceriter... cer ceriter...!
Suatu malam tu cerita pasal hantu farmasi, sampai terjangkit kat dni...kata dni..."umi..dni pun hantu farmasi gak...lariiiiikkkkksss!"
Selang keesokan hari...Hantu Kak Limah Balik Rumah...aduh! Kecoh sampai riuh rendah gempak...heboh sungguh hantu kak limah nih. Pecah perut terburai putus tali perut sampai...berair mata tak usah cakap lah. Kak Limah pulak asyik duk nyanyi.....'injit injit semut, sapa sakit naik atas'....haha
Semua bomoh pecut gaya Rabuan Pit; raja pecut negara sampai terbawa-bawa dalam tido sebab kena sampuk. Bomoh yang hebat-hebat pun patah dek kerenah kak limah. Kecoh betul penduduk Kampung Pisang tuh. Yang duduk atas kerusi roda pun sembuh tetiba dek pecut tolak sendiri kerusi roda sepantas kilat lari lintang pukang takutkan hantu kak limah...hahahahaaaa...
Tapi dek kepenatan, boleh lagi umi tertido masa tuh, tak herankan Hantu Kak Limah dah...huhuu. Dah la skrin besar gedabak depan mata...kalau boleh umi nak menyenggeng jer kat depan skrin tu sambil layan Hantu Kak Limah Balik Rumah...kan bestttt.....
Thursday, December 23, 2010
Wednesday, December 22, 2010
Gerhana Bulan Penuh
Bulan bertukar merah dalam kejadian gerhana penuh awal semalam di iceland
Gerhana penuh berlaku dari pukul 7.41 pagi waktu tempatan hingga 8.53 pagi di Iceland apabila bumi berada di antara matahari dan bulan.
Gerhana bulan ini dapat dilihat di rantau Amerika Utara, Pulau Greenland dan Iceland dengan penduduk di barat Eropah dapat melihat peringkat awalnya manakala barat Asia pula menyaksikan peringkat selepas gerhana apabila bulan kembali beransur terang.
Gerhana bulan penuh ini berlaku ketika solstis musim sejuk, dan berlaku sekali dalam tempoh 400 tahun.
Amat menakjubkan.
sumber: berita agensi.
Tuesday, December 21, 2010
Walimatul Urus ~ Aku terima nikahnya ~
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan memohon keredhaan serta taufikNya,
maka selesailah sudah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan pada 18 Disember, 2010 nan lalu di Subang Jaya.
Hezrin Aini...pasangan anak saudaraku Muhammad Fazli.
Alhamdulillah.
hezrin aini dan fazli
pengantin bersama ibunda masing-masing
keluarga pengantin lelaki...
tak boleh berenggang nih ~ pasangan gossip gossip gossip
yang ni bila lagi??? mama dah bising...haha
yang ni bila lagi??? mama dah bising...haha
Ya Allah
Satukanlah hati kedua Muhammad Fazli & Hezrin Aini ini
sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah....
amin...
ada dua majlis lagi menanti...
di hotel marriot, putrajaya pada 25 Disember &
majlis menyambut menantu di Ampang...
1 Januari, 2011.
Ermmm...nak pakai baju mana la nanti...huhuu. Alkisahnya masa pergi akad nikah hari tu, kami baru sampai dari Johor Bahru, makanya tak sempat nak melawa sakan...alahai...main capai jer, mana idaknya...abah hanya salin pakai baju melayu...terus tunggu dalam kereta...pastu hon hon..huaa...
kat hotel nanti harapnya tak rushing macam ni. kalau yang kat rumah pengantin lelaki dah tahu warna tema...senang cerita..hehe...
SELAMAT PENGANTIN BARU ~ lili ~ anak sedara umi..
18 Disember 2010
Bahasa Rojak
Yang indah itu bahasa; yang sedap itu rojak!
Semasa jalan-jalan ke plaza pelangi hari tu, terjumpa orang jual rojak buah tetapi apa yang dirojakkan bukan sahaja buah malah bahasanya sekali. Memang terbaiklah penangannya. Rojak pun ada macam-macam rojak...bukankah bahasa sms pun sudah sinonim dengan rojaknya yang tersendiri. Mana ada orang nak tulis ayat bahasa melayu yang betul, macam ayat kat pejabat melainkan bila abah ber~sms~ hehe...
Opss!! Ada panggilan lah dari mama nazmi semasa dalam perjalanan ke JB...Insyaallah...27 Januari, terima kasih jemput adinda di kejauhan ini...jika ada kelapangan waktu kita jumpa di dewan felda nanti. Tq.
Monday, December 20, 2010
Aduh! Tak sihat...
selamat datang ke jay bee...
Namun begitu sempat lagi sampai ke Johor Bahru, namun mood yang tidak berapa sihat ini menjadikan segalanya mengecewakan. Makanan yang disua ke mulut pun terasa tawar belaka. Terima kasih kak Anna yang telah menjadi GPS kami sepanjang ke sana. Dari Kuala Lumpur sampailah ke sana beliaulah yang jadi tourist guide kami via phone...Alhamdulillah...sampai juga kami ke Kampung Melayu, kampung kelahiran kak Anna di JB,yang memang tersohor dengan Yong Tahu. Kami makan Yong Tahu dan Nasi goreng ayam serta otak-otak Kempas...Ais Kacang sekali...!
Kg Melayu, JB. kami sudah jejaki...
Malam berikutnya kami berusaha mencari kedai Singgah Selalu yang kak Anna cakap tu...tapi tak jumpa. Suasana di sekitar Danga Bay itu agak mengelirukan kami, lalu kami menyusur ke Sekudai. Pusing balik kami ke JB tetapi singgah di Kg Majede makan kat situ saja. Anak-anak dengan otak-otak kempas lagi...mereka sukaaa...hehe. Dah dua kali ke JB tapi sedih tak pernah dapat pergi ke Danga Bay! Frust. Tapi dalam perjalanan balik kami singgah kat Ayer Hitam...waduh banyaknyaaa...kerepek, telor pindang pun ada serta ubi dan nenas, pasu segala bagai...
danga bay dalam mimpi...
Tatkala dikhabarkan akan ke JB untuk 2-3 hari, dah mula berangan nak makan asam pedas la...laksa johor la...nasi beriyani gam la...tapi mungkin sebab tak tahu nak cari kat mana makanya terasa hampa kerna tak jumpa apa-apa...Nak kontek anak sedara atau member-member...malas lah pula takut menyusahkan mereka. So, kami redah jer...selebihnya duk bertenggek dalam hotel. Habis cerita!
dari atas...
p/s: selalu ingat pada janji seseorang...nak masak laksa johor kat umi sejak umi duduk di KT sampai ke hari ini...rasa terkilan sebab belum dapat rasa, nak masak sendiri takut jadi tak ori sebab umi bukan orang JB...hehee...
Sunday, December 19, 2010
Wow! Hanis Zalikha tempat ke-6 dalam carian google di Malaysia
>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia
1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)
1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)
Hebat sungguh aura sicantik manis Hanis Zalikha ni, mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza dan Adam Lambert. Amacam Damia Lambert? Tergugat tuh..kedudukan Adam Lambert dalam carian google di tempat ke-8. muehehehee...Kan umi dah cakap... sohor sangatkah si Adam Lambert tu, mia oii<--- sorry mia...umi gurau jer pasal Adam Lambert tuh. Ini adalah carian kat Malaysia...mana ada orang nak cari Adam Lambert sangat...kan..
Tapi kenyataannya adalah Hanis Zalikha memang glamour. Dalam sehari lebih 16 000 orang cari nama dia. Apapun beliau memang seorang yang best..cantik..kelakar..bijak..kalau baca blog dia memang seronok.
Satu lagi, umi rasa mak dia tu sebaya dengan umi kot...sebab...citarasa dia sama dengan umi...apa-apa yang dia buat, dia luah, rasa macam...eh...macam...kurasa apa yang kau rasa...cewahh...bukan nak tumpang glamour nih..ngehehee...(maluuuu)
Kadang-kadang baca cara mak dia masak pun..eh...sama la dengan umi buat...tapi umi tak glamer; makanya tak ada umph..laa..itu yang selalu terluah kat anak-anak...bukan nak perasan tapi anak-anak pun cakap macam tu...yang pasti, mereka anak beranak memang hebat! Mak cantik...anak pun cantik...waaa...kagum giler!
Hanis Zalikha memang patut jadi orang famous...ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...kan emaknya pun gojes~
umi tumpang bangga dan teruja!
Wednesday, December 15, 2010
Siti Di Alam Fantasi - Sinopsis
Tak sabar rasanya nak tengok teater SDAF yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22 - 31 Disember ini. Teater ini memang menjadi igauan kami sejak dulu-dulu sekitar pada tahun 1998 dan 2000 yang pernah dilakonkan oleh Amy Mastura dan dipentaskan di IB.
Masa tu, setiap kali kami datang ke Kuala Lumpur, pasti teater inilah yang tengah dipromosikan dan kami sangat teruja tapi tak pernah berkesempatan kerana tiada kelapangan waktu apatah lagi time tu kami belum menjadi warga ibukota lagi. Sekarang kami di sini, insyaallah kami pergi...suka sangat tengok cerita kanak-kanak macam cerita walt disney...hehe.
Pada teater SDAF yang akan dipentaskan nanti watak Siti akan dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Vanida Imran sebagai labah-labah, Ebby Yus (mamat), Lan Pet Pet (pokok), Fizo Omar (Putera Raja).
Sedikit sinopsis teater Siti Di Alam Fantasi:
SDAF, ia pernah dipentaskan pada 1998 dan 2000 di IB.
Ia mengisahkan seorang budak perempuan kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Suatu hari ayah Siti, Tuan Malim mahu meraikan hari jadi Siti tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah, tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu kemudian membuka rahsia, kekayaan keluarga Siti datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri itu, kelak papa kedanalah tujuh keturunan mereka. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari semula geliga hikmat itu.
waahh...best...best...best sangat-sangat macam cerita Rapunzel la pulak...tak nak lepaskan peluang ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke johor bahru buat beberapa hari...balik nanti insyaallah tengok Siti Di Alam Fantasi..
umi nak bawak anak-anak umi...sapa lagi nak ikut ni?
Masa tu, setiap kali kami datang ke Kuala Lumpur, pasti teater inilah yang tengah dipromosikan dan kami sangat teruja tapi tak pernah berkesempatan kerana tiada kelapangan waktu apatah lagi time tu kami belum menjadi warga ibukota lagi. Sekarang kami di sini, insyaallah kami pergi...suka sangat tengok cerita kanak-kanak macam cerita walt disney...hehe.
Pada teater SDAF yang akan dipentaskan nanti watak Siti akan dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Vanida Imran sebagai labah-labah, Ebby Yus (mamat), Lan Pet Pet (pokok), Fizo Omar (Putera Raja).
Sedikit sinopsis teater Siti Di Alam Fantasi:
SDAF, ia pernah dipentaskan pada 1998 dan 2000 di IB.
Ia mengisahkan seorang budak perempuan kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Suatu hari ayah Siti, Tuan Malim mahu meraikan hari jadi Siti tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah, tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu kemudian membuka rahsia, kekayaan keluarga Siti datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri itu, kelak papa kedanalah tujuh keturunan mereka. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari semula geliga hikmat itu.
waahh...best...best...best sangat-sangat macam cerita Rapunzel la pulak...tak nak lepaskan peluang ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke johor bahru buat beberapa hari...balik nanti insyaallah tengok Siti Di Alam Fantasi..
umi nak bawak anak-anak umi...sapa lagi nak ikut ni?
Tuesday, December 14, 2010
Lima tahun di SMSTSSS
tammallasudaabelajaadisekollaa...
mensainstunsyedsheikhshahabuddin0610
mensainstunsyedsheikhshahabuddin0610
di sana telah mendewasakan...
Jangan pernah melupakan
bahawa kita pernah bersenda tawa
mengukir kisah menakjubkan
setelah jerih melepas lelah
mengutip ilmu mencari arah
Bagiku kamu adalah keindahan
bagimu aku adalah kehebatan
kita selalu hanyut dalam pujian
terhanyut mimpi yang kelak harus terjadi
memintal fantasi menjadi realiti
Kamu pergi dengan langkah haru
dan entah kapan akan bertemu lagi
bungkus pengalaman yang kita kenal
menceritakannya kembali
waktu kita bertemu nanti
sayonara……
kawan dan rakan-rakan...
guru yang telah banyak mengajarkan...
erti sebuah kehidupan
makna keindahan pada suatu persinggahan
pasti pelitamu akan terus menyuluh
denai perjalanan di kemudian hari...
terima kasih smstsssku
(titipan khas umi buat idi)
Jangan pernah menyesal
karena pernah mengenalku
aku telah menciptakan hari yang ajaib bagimu
kenang aku dalam langkah ceriamu
Jangan pernah melupakan
bahawa kita pernah bersenda tawa
mengukir kisah menakjubkan
setelah jerih melepas lelah
mengutip ilmu mencari arah
Bagiku kamu adalah keindahan
bagimu aku adalah kehebatan
kita selalu hanyut dalam pujian
terhanyut mimpi yang kelak harus terjadi
memintal fantasi menjadi realiti
Kamu pergi dengan langkah haru
dan entah kapan akan bertemu lagi
bungkus pengalaman yang kita kenal
menceritakannya kembali
waktu kita bertemu nanti
sayonara……
kawan dan rakan-rakan...
guru yang telah banyak mengajarkan...
erti sebuah kehidupan
makna keindahan pada suatu persinggahan
pasti pelitamu akan terus menyuluh
denai perjalanan di kemudian hari...
terima kasih smstsssku
(titipan khas umi buat idi)
Monday, December 13, 2010
Saturday, December 11, 2010
Jangan Lupa Lirik Menang Anugerah Gameshow Terbaik TV Asia 2010
:: JANGAN LUPA LIRIK ::
Sebuah program dalam bahasa Melayu; 'Jangan Lupa Lirik' telah diangkat sama tinggi dengan pelbagai program lain di rantau Asia setelah berjaya memenangi Anugerah Gameshow Terbaik di Asian Television Awards 2010 yang diadakan di Singapura malam kelmarin.
Program terbitan Astro Productions Sdn. Bhd. ini telah bersaing dengan 1000 pencalonan dari 15 buah negara seperti Australia, China, Jepun, India dan Korea.
Pengacara yang turut bertindak sebagai penasihat program tersebut, Aznil Hj. Nawawi berasa amat berbesar hati dan berbangga dengan kemenangan itu dan menganggap sebagai satu petanda baik untuk industri hiburan tempatan.
Kemenagan gameshow tersebut berkemungkinan disebabkan konsep gameshow yang berlainan dengan gameshow lain di samping turut memasukkan unsur-unsur emosi dan realiti serta hadiah berupa duit yang menjadi tarikan.
p/s: selingan berta terkini =)
Friday, December 10, 2010
Perjalanan masih jauh...
Musim anak-anak bergelut dengan peperiksaan besar baru sahaja berakhir. Sudah boleh merasa lega walaupun dalam tempoh waktu genting itu situasi amat menduga seorang aku; seorang ibu untuk memberi apa jua sokongan moral dan spiritual sedaya termampu...mungkin Allah datangkan rahmat untuk menduga kesabaranku...
Maafkan aku andainya ada sahabat yang terasa pabila aku menyepi tanpa bicara. Cubalah faham bahawa aku ingin menyepi dalam berharap kepada Tuhan...aku ingin memencilkan diri demi anak-anakku yang sedang berjuang. Aku perlu banyak waktu demi memanjatkan doa kepada Tuhan...doa seorang ibu untuk anak-anak tersayang. Aku tak mahu melepaskan peluang yang terbentang...
Namun begitu, tiada manisnya hidup jika tidak diduga. Lalu airmata saja yang mampu menggambarkan kemelut di muara jiwa. Aku redha jika diberikan rasa kesakitan dalaman yang tak mampu aku cerita. Siapa tahu dalam kerianganku darah menitis tiada henti dari dalaman. Memang sikap aku, selagi terdaya aku akan pantas ke sana ke mari tanpa siapa dapat mengesan kesengsaraanku. Jika aku penat, darah yang mengalir semakin deras...lenguh-lenguh di sana sini...siapa tahu kerana semua benda aku tetap lakukan seperti tiada apa yang berlaku...tak semestinya tidur berselimut bagai orang pitam...
Bukan nak mengeluh...tapi setiap orang tidak akan lepas dari membuat kesilapan. Apatah lagi jika sukar mencari penyelesaian pada masalah yang orang tak faham. Lagi parah bila orang hanya membuat andaian padahal tak pernah bertanya apa masalah yang terhumban..berlari-lari ke sana ke mari mencari penyelesaian tapi disalah faham...lantas dihentam!
Amat kecewa bila mengenangkan aku ini bukanlah ibu yang sempurna. Bukanlah juga seorang ibu yang dapat menjana segala. Aku tiada wang ringgit yang berjuta untuk menabur bahagia.Hidup dengan seadanya dalam mencanai bahagia, namun syukurku kami tetap bahagia dalam kelasnya...janganlah beranggapan kami dapat beri segala yang ada diminda. Sungguh tiada upayaku melainkan Pemunya...Tuhan yang Maha Esa.
Perjalanan masih jauh...namun sekuat mana pun berlari, tetap dikejar bayang-bayang sendiri...Tiada kekuatan untuk mentafsir mimpi ngeri yang terpalit di sepanjang persinggahan ini. Biarlah ku pasrah pada Yang Maha Mengadili. Segala yang terbaik itu dari Allah jua dan yang buruk laku adalah dari ketidaksempurnaanku...maafkan aku.
p/s:..penang--->felda residen trolak--->johor--->singapura--->kelantan-->KL- $$$$$$$$$hhhhh!
Maafkan aku andainya ada sahabat yang terasa pabila aku menyepi tanpa bicara. Cubalah faham bahawa aku ingin menyepi dalam berharap kepada Tuhan...aku ingin memencilkan diri demi anak-anakku yang sedang berjuang. Aku perlu banyak waktu demi memanjatkan doa kepada Tuhan...doa seorang ibu untuk anak-anak tersayang. Aku tak mahu melepaskan peluang yang terbentang...
Namun begitu, tiada manisnya hidup jika tidak diduga. Lalu airmata saja yang mampu menggambarkan kemelut di muara jiwa. Aku redha jika diberikan rasa kesakitan dalaman yang tak mampu aku cerita. Siapa tahu dalam kerianganku darah menitis tiada henti dari dalaman. Memang sikap aku, selagi terdaya aku akan pantas ke sana ke mari tanpa siapa dapat mengesan kesengsaraanku. Jika aku penat, darah yang mengalir semakin deras...lenguh-lenguh di sana sini...siapa tahu kerana semua benda aku tetap lakukan seperti tiada apa yang berlaku...tak semestinya tidur berselimut bagai orang pitam...
Bukan nak mengeluh...tapi setiap orang tidak akan lepas dari membuat kesilapan. Apatah lagi jika sukar mencari penyelesaian pada masalah yang orang tak faham. Lagi parah bila orang hanya membuat andaian padahal tak pernah bertanya apa masalah yang terhumban..berlari-lari ke sana ke mari mencari penyelesaian tapi disalah faham...lantas dihentam!
Amat kecewa bila mengenangkan aku ini bukanlah ibu yang sempurna. Bukanlah juga seorang ibu yang dapat menjana segala. Aku tiada wang ringgit yang berjuta untuk menabur bahagia.Hidup dengan seadanya dalam mencanai bahagia, namun syukurku kami tetap bahagia dalam kelasnya...janganlah beranggapan kami dapat beri segala yang ada diminda. Sungguh tiada upayaku melainkan Pemunya...Tuhan yang Maha Esa.
Perjalanan masih jauh...namun sekuat mana pun berlari, tetap dikejar bayang-bayang sendiri...Tiada kekuatan untuk mentafsir mimpi ngeri yang terpalit di sepanjang persinggahan ini. Biarlah ku pasrah pada Yang Maha Mengadili. Segala yang terbaik itu dari Allah jua dan yang buruk laku adalah dari ketidaksempurnaanku...maafkan aku.
p/s:..penang--->felda residen trolak--->johor--->singapura--->kelantan-->KL- $$$$$$$$$hhhhh!
Thursday, December 9, 2010
Lumrah kehidupan..
Bismillahirrahmaanirrahiim...
terima kasih yang tak terhingga andai ada yang sudi membaca apa jua tulisanku yang tak seberapa..
dari catatan terawal hingga ke titipan akhir.
yang sebenarnya...ketahuilah betapa:
(dah lama nak cakap: jgn anggap umi pilih kasih @ yg sewaktu dgnnya..)
lumrah kehidupan...
hati ini sentiasa tertarik pada motif keindahan, samada kata-kata maupun gambaran...
ianya sekadar hiasan semata-mata. Mana yang sedap didengar dan dipandang lalu dihidangkan untuk tatapan bersama...yang tidak sama sekali ditujukan pada sesiapa...tetapi kenapa seringkali disalah duga, dikatakan dituju kepada sesiapa..
anak-anakku adalah permata jiwa...tidak terlintas walau sehalus hama untuk menyakiti segala.
tolonglah jangan buat assumption dari apa yang dibaca..sehinggakan sekeping gambar yang tak cukup salah seorang anak pun sampai ada yang bertanya...mengapa!
mengapa anak ini ada...tapi yang ini tiada. kenapa hingga sedemikian rupa perlu selidik segala.
kami tak pernah kesahkan ini semua, tapi ada orang lain yang sibuk mengata...pantang umi buat entri sedih-sedih...anak-anak umi yang kena..yang ditanya..
nak katanya ibu dan anak telah bersengketa..kamu kenalkah kami siapa?
Tolonglah! Tolonglah!
jangan buat andaian pada kehidupan kami. kami tahu kebahagiaan kami..
Marilah kita sama-sama berhijrah...
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.
Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung..
p/s: tq...usrah!
tolonglah jangan buat assumption dari apa yang dibaca..sehinggakan sekeping gambar yang tak cukup salah seorang anak pun sampai ada yang bertanya...mengapa!
mengapa anak ini ada...tapi yang ini tiada. kenapa hingga sedemikian rupa perlu selidik segala.
kami tak pernah kesahkan ini semua, tapi ada orang lain yang sibuk mengata...pantang umi buat entri sedih-sedih...anak-anak umi yang kena..yang ditanya..
nak katanya ibu dan anak telah bersengketa..kamu kenalkah kami siapa?
Tolonglah! Tolonglah!
jangan buat andaian pada kehidupan kami. kami tahu kebahagiaan kami..
Marilah kita sama-sama berhijrah...
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.
Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung..
p/s: tq...usrah!
Tuesday, December 7, 2010
Seksaan Meninggalkan Solat
suka baca buku ni...
.....sedikit tentang solat;
A-Zahbi merawikan, bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Ketika hamba solat di awal waktu, maka solat itu naik ke langit, ia memilikki nur hingga sampai ke Arasy. Maka Arasy memohonkan ampun untuk orangnya sampai hari kiamat dan solat itu berkata:
"Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau telah menjagaku."
Dan ketika hamba solat tidak tepat pada waktunya, maka solat itu naik ke langit dengan wajah hitam. Jika telah sampai ke langit, ia dilipat seperti pakaian manusia dan lalu dipukulkan pada pelakunya."
Setengah mereka mengatakan dan berlaku dalam hadis bahawa siapa yang memelihara solatnya, Allah akan memuliakannya dengan lima hal:
~Hilangkan sempit penghidupan
~Hilangkan seksa kubur
~Diberikan buku amal dengan tangan kanannya
~Melalui siratul Mustaqim dengan kilat
~Masuk syurga tanpa hisab.
Adapun siapa yang meremehkan solatnya, Allah akan menyeksa dia dengan sepuluh perkara.
Lima di dunia, tiga ketika mati, tiga tiga lagi di kubur, dan tiga yang lainnya ketika keluar dari kubur.
Adapun lima yang di dunia:
i) Dihilangkan berkat umurnya
ii) Dihilangkan tanda "solihin" dari mukanya
iii) Allah tidak memberi pahala setiap amalnya
iv) Doanya tidak dinaikkan ke langit
v) Tidak ada bahagian untuknya dalam doa orang-orang soleh.
Yang tiga ketika mati ialah:
~Dia mati dalam keadaan hina,
~lapar,
~ ia mati dalam keadaan haus yang kalau diminumkan lautan dunia ini, tidak hilangkan kehausannya.
Yang tiga lagi ketika di kubur:
i- Kubur akan menghimpitnya hingga bercerai berai tulang-tulangnya.
2- Kubur akan menyalakan api padanya hingga ia bergelumang dalam api siang dan malam.
3- Di dalam kuburnya ia akan dililit oleh ular jantan yang botak, kedua matanya dari api, kukunya dari besi panjang yang setiap kuku sepanjang sehari perjalanan.
Ia berkata kepada mayat "Aku ular gundul", suaranya bagai petir menyambar:
Tuhan memerintahkan aku untuk menyengatmu kerana telah mensia-siakan solat
Subuh sampai terbit matahari,
Agar menyengatmu kerana telah mensia-siakan solat
Isya sampai Subuh.
Sekali ia menyengat dan melibaskannya, ia tenggelam ke bumi hingga tujuh puluh hasta.
Dalam kubur ia selalu disiksa hingga kiamat.
Adapun tiga hal yang menimpanya ketika keluar dari kuburnya iaitu
1 ~beratnya dihisab,
2 ~kemurkaan Tuhan dan
3 ~masuk ke Neraka"
Dalam suatu riwayat: Sesungguhnya pada hari Kiamat didatangkan seorang hamba dan tertulis di mukanya tiga baris.
Baris pertama: "Wahai yang mensia-siakan hak Allah"
Baris kedua: " Wahai orang yang pasti mendapat murka Allah!"
Baris ketiga: "Sebagaimana engkau telah mensia-siakan hak Allah di dunia, maka putus asalah kamu kini dari rahmat Allah".
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Pada hari Kiamat seorang lelaki didatangkan di hadapan Allah, Lalu Allah memerintahkannya masuk Neraka. Dia berkata: " Ya Tuhan, mengapa demikian?" Allah berkata: " Kerana engkau telah mengakhirkan waktu solat dan sumpahmu dengan nama-Ku adalah palsu..."
Setengah mereka mengatakan, dari Rasulullah saw. baginda bersabda kepada para sahabatnya pada suatu hari: " Katakanlah: Allahumma Ya Allah, jangan engkau biarkan kami celaka dan terhalang."
Lalu Nabi bersabda: Tahukah engkau siapa yang celaka dan terhalang itu?
"Siapa mereka wahai Rasulullah?"
Mereka kembali bertanya, Rasulullah saw lalu menjawab:
" Ialah orang yang meninggalkan solat."
Dirawikan pula bahawa yang pertama sekali hitam mukanya pada hari Kiamat,
ialah orang yang meninggalkan solat.
p/s: peringatan untuk diri sendiri dan anak-anak...
semoga Allah selalu menolong kita untuk memelihara solat dengan sempurna dan tepat pada waktunya. Sesungguhnya Dia Zat Yang Maha Mulia dan Pengasih lagi Penyayang..
Taqwim Islam
Bulan Bulan Islam
Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid
Song Category: Nasyid
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah
Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah
Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah
Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah
Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana
Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan
TAQWIM ISLAM
~Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 H~
buka buku baru, semoga hari-hari mendatang
lebih baik dari semalam yang ditinggalkan...
~Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 H~
buka buku baru, semoga hari-hari mendatang
lebih baik dari semalam yang ditinggalkan...
Monday, December 6, 2010
Salam Maal Hijrah
selamat tahun baru hijrah
jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun..
semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya...
Doa Akhir Tahun Hijrah:
Hendaklah dibaca beberapa minit lagi sebelum masuk waktu maghrib
(akhir waktu asar)
"kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua, dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Awal Tahun Hijrah:
Hendaklah dibaca setelah menyempurnakan fardhu Maghrib awal tahun Hijrah.
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"
Monday, November 29, 2010
Sinopsis Disney Rapunzel : A Tangled Tale 2010
Masih lagi teringat-ingat pada kehebatan Filem
Disney
Disney
RAFUNZEL : A TANGLED TALE
jom layan sinopsisnya...
Sinopsis Filem Rapunzel:
Terdapat sebuah kerajaan di mana raja dan permaisuri sedang menantikan kelahiran bayi pertama mereka.
Ketika sedang sarat mengandung, permaisuri jatuh sakit dan situasi ini meletakkan dirinya dan bayi yang dikandungnya dalam situasi bahaya.
Dalam keadaan yang terdesak, orang suruhan diraja telah diarahkan untuk mencuri sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai kuasa penyembuh dari taman seorang ahli sihir jahat bernama Mother Gothel.
Gothel kerap menggunakan bunga itu untuk mengembalikan keremajaannya supaya dia dapat hidup kekal abadi.
Bunga tersebut berjaya menyembuhkan permaisuri dan memberikan puteri mereka, Rapunzel, kuasa penyembuh yang berada terletak dalam rambut Puteri Rapunzel yang berwarna keemasan.
Sebagai membalas dendam dan keinginan untuk memiliki semula kuasa tersebut, Mother Gothel telah menculik dan mengurung Rapunzel di sebuah menara yang jauh daripada pandangan manusia.
Rapunzel meningkat remaja dengan memiliki rambut yang panjang mengurai yang mencecah 70 kaki. Disebabkan hanya berada dalam kurungan, dia memiliki perasaan ingin tahu yang sangat kuat.
Setiap tahun pada tarikh hari lahirnya, Rapunzel pasti dapat melihat cahaya yang terapung daripada tempat yang dia tidak pasti.
Sebenarnya, cahaya tersebut datang daripada festival yang adakan oleh raja dan permaisuri pada tarikh kelahiran Repunzel.
Pada suatu hari, seorang penjahat bernama Flynn Rider telah menceroboh menara tersebut. Menggunakan kesempatan itu, Rapunzel telah berpakat dengan Flynn untuk melepaskan diri dan membawanya ke festival cahaya tersebut.
Rapunzel melarikan diri dengan seekor sumpah-sumpah, Pascal dan seekor kuda, Maximus. Dia melalui pengembaraan yang hebat serta menarik yang tidak pernah dia lalui sepanjang hidupnya sehingga membawanya ke festival tersebut. Ketika melihat cahaya tersebut di sebuah tasik, Rapunzel dan Flynn jatuh cinta.
Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Mother Gothel berjaya menangkap Rapunzel dan membawanya ke menara. Manakala, Flynn pula telah ditangkap oleh pengawal istana.
Flynn berjaya melepaskan diri dan pergi menyelamatkan Rapunzel. Dia sampai ke menara tetapi telah ditikam oleh Mother Gothel. Sebagai pertukaran, Rapunzel berjanji akan bersama dengan Mother Gothel selama-lamanya jika dia dibenarkan menyembuhkan Flynn, Mother Gothel bersetuju.
Sebelum sempat Rapunzel menyembuhkan Flynn, Flynn berjaya memotong rambut Rapunzel menyebabkan Mother Gothel bertukar menjadi debu. Flynn masih boleh disembuhkan dengan air mata Rapunzel.
Memang best tengok filem Disney..
dalam filem ini tak tahan gelakkan seekor kuda bernama maximus...
kelakar giler dengan memek muka yang tak boley bla..
selamat bersantai bersama anak-anak...
Subscribe to:
Posts (Atom)