PEMBIKINAN BLOG ABAH;
Rentetan dari limpahan wargakerja yang dahagakan sekelumit picisan bicara dari seorang hamba Allah, maka terwujudlah sebuah wadah yang dinamakan "HASYIAH AL KITAB" yang akan diterajui dalam kancah bicaranya yang tersendiri. Sudah lama aku mencetuskan idea supaya beliau meluahkan bicara dalam bentuk blog namun tidak diendah...
Namun begitu auranya terserlah apabila mendapat sambutan di kalangan rakan-rakan melalui laman web jabatan malah seluruh kenalan dalam kementeriannya bertanyakan sedikit sebanyak apa yang ingin diketahui. Lantaran itu aku cuba sekali lagi memujuk agar mewujudkan satu blog supaya lebih santai bergerak kerana sekiranya menulis dalan bentuk email agak terbatas (sebenarnya aku pun ingin mengikuti...tapi malas nak buka laman web ofisnya..hehe).
Maka al-kisahnya berjaya juga ku godek-godek lalu beliau bersetuju. Sepantas kilat anakku SARAZAQEA merekaciptakan satu blog buat abahnya yang tercinta, dibuatnya header dan segala apa yang perlu ada. Tapi ayat-ayat dari abahnya empunya cerita.
Alhamdulillah! Semuanya telah siap selia. Aku adalah follower pertama, nanti aku dapat mendengar bicara dari hati seorang abah pula buat anak-anak tercinta. Satu anugerah yang kudambakan bakal menyuluh jalan-jalan ke hadapan....Insyaallah.
Semoga sama-sama menjadi orang-orang yang beruntung dan mendapat manfaat...
No comments:
Post a Comment