Wednesday, March 31, 2010

sajak ibu



Seringkali hati ini sayu
Tatkala terkenangkan mawar yang telah layu
Pernah dulu ku rasakan ingin pergi jauh dari mawar itu
Melayari bahtera cinta bersama kumbang yang satu

Inginku hidup bebas seperti burung di awangan
Terbang jauh nun di angkasa tanpa rasa kebimbangan
Namun peritnya hati ini bila kumbang yang ku puja
Pergi meninggalkan ku disaat cinta mekar dan berbunga

Namun Mawar itu tetap disisi
Setia menemani biarpun bererti
Menangis pabila kusedihan
Juga merana bila ku kepedihan

Kini baru ku yakini
Mawar itu cinta hakiki
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

Kisah disebalik sajak.Seorang perempuan yang melupai ibu nya demi kekasih hati..Ibunya setia menemani sehinggalah perempuan itu sedar bhawa ibunya yang perlu dikasihi.Masa tu ibunya telahpun meninggal dunia.Jiwang molek...huhu


(belajar bahasa thai)

khobkun
khobkhun krab : terimakasih: mi


sajak ini mendapat hadiah pertama. Hadiah akan menyusul nanti. otw! TQ.

Tangga..

























Ea...bercerita pasal tangga, pasti terlintas..'usaha TANGGA kejayaan' atau paling tidakpun mesti nak cakap pasal..'saya dah berumah TANGGA lah' atau apa-apa jer lah. Tapi di sini lain kisahnya...

Tok..tok...tok....suatu petang aku didatangi dua orang yang tidak dikenali. (Wah! takut nih!) sebab tadi terlupa tutup pintu dan gate...nak cepat2 ke dapur. Biasanya akulah yang pesan kat anak-anak...masuk rumah kena terus tutup pintu tau! ni kat KL...tak boleh terleka walau sedetik. Macam-macam hal boleh terjadi. Tapi ini atas kelalaianku sendiri. Biasalah tu kalau orang datang memanggil bertalu-talu nak jual itu, nak jual ini. Tolonglah!! sebenarnya aku amat takut. Bukan sombong...atau kurang peramah...tapi bila kita dah bagi muka...diorang tak nak keluar mudah-mudah...asyik nak melekat selagi kita tak bagi respon pada apa yg mereka jual...huhuu...rimas! Malah ada yang berani mintak segelas air...haus katanya. bukan tak kesian...tapi aku dilanda ketakutan..terlintas macam-macam...huhu susahnya nak buat kebajikan di kota metropolitan yang sukar untuk dimengertikan.
Yang mintak sumbangan itu ini tu...bukan kita tak pemurah...tapi dah macam tak percaya motif sebenar...tolonglah!

Serba salah betul...Oleh kerana kami hanya perempuan-perempuan sahaja di dalam rumah, selalunya aku suruh anak-anak mendiamkan diri...sedangkan aku yang memberanikan diri...pergi intai-intai dulu balik langsir...siapa tu...siapa ni...(hehe...mak kena berani!) nak lindungi anak-anak la katakan...perasaan tanggungjawab tu memang besar...hehe..
pastu bila ada keyakinan sikit...aku akan menjenggukkan muka...
Ea...ada apa? Tanya ku dengan beraninya. 
Ooo...kak..kak ada tangga? Saya ni baru pindah depan tu...saya nak pinjam tangga sebab nak uruskan hal-hal mengemas macam-macam...nak pasang langsir la...nak baiki lampu la...
O...ada-ada! Kejap ya, saya ambil! Tapi dalam hati...betul ke mamat nih. kalau yea pun selalu pindah-pindah...tangga tu kena masukkan dalam list. Wajib ada tangga kalau kita dah berumah tangga...takkan setiap kali pindah asyik nak ketuk rumah tangga orang jer...malulah!
Apa namanya berumah tangga kalau tak ada tangga...maaf ye jiran baru..bukan masalah kedekut ke apa nih...fikir-fikirkan.
Kalau aku...aku tak malu beli tangga, sebab ia adalah satu keperluan yang membuatkan aku malu nak mintak pinjam. mana tahu malam-malam tiba-tiba...mentol lampu terpadam...akulah yang akan panjat memasang! Wah!! memang ibu mithali betul aku nih...erks!! Ea...aku tak akan biarkan anak-anak aku berada dalam kegelapan...
Aarghh...sedikit cerita sengal dariku yang tak sempurna sifatnya.

salam...
umi:imu
kata kak ngah...i miss u:umi:IMU

Monday, March 29, 2010

nostalgia..





Sweet sangat video ni...memang anak-anak sampai dah hafal...bedtime setori dalam usaha menidurkan mereka zaman diorang kecil-kecil dulu...di tahun 90-an. nostalgia menggamit!
Indah dan abadi...

salam kasih sayang umi buat;
kak long,
kak ngah,
idi,
arwah faiz,
mia.

kalau kita kenang semula memori lalu...memang tak kering gusi! Dah la diorang berebut nak cerita ...apa-apa je lah! Umi tumpang senyum sampai ke telinga...manis sungguh kenangan itu.

(umi...cerita lah lagi...cerita yang monyet keluar asap kat telinga tu...)
 

Friday, March 26, 2010

KETIKA ITU...AKU SUDAH TUA




























(gambar sekadar hiasan)

Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang semula...mengertilah,
bersabarlah sedikit terhadap aku.
Ketika pakaianku tertumpah sup, ketika aku terlupa bagaimana mengikat sepatu,
ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.

Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang bosan kau dengar...
bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku.
ketika kau kecil, aku selalu mengulang-ngulang cerita yang beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur.

Ketika aku memerlukanmu untuk me-mandikanku,
janganlah kau marah padaku.
Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk membujukmu mandi?

Ketika aku tak faham sedikit pun tentang teknologi dan hal-hal baru,
janganlah mengejekku.
Fikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap "mengapa" darimu.

Ketika aku tak dapat berjalan, 
hulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku.
Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.

Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita,
berilah aku waktu untuk mengingat.
Sebenarnya bagiku,apa yang dibicarakan tidaklah penting,
asalkan kau di samping mendengarkan, aku sudah sangat puas.

Ketika kau memandang aku yang mulai tua,
janganlah berduka.
Mengertilah aku, dukung aku, seperti aku menghadapimu 
ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan.
Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini, 
sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku.

Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur, 
dalam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.
Kalbu ibu berkata,"Sebab cinta, ibu melakukan semua ini, nak." Sungguh, 
jika tidak kerana cinta, langkahnya cinta terhenti.
Cinta yang mengajarnya untuk menghapus kata lelah 
dan putus asa dalam kamus hidup seorang ibu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Reda Allah bergantung pada reda ayah ibu,
dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Riwayat Al-Hakim)

Sebagai anak, ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika tidak menghormati
dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak reda kepada kita.

Sabda Rasulullah SAW lagi, "Sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga.
Begitulah juga pada waktu petang, Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibubapanya maka terbuka dua pintu neraka."


coretan ini amat menyentuh rasa, umi dah baca berulang kali sebelum umi salin semula untuk berkongsi di sini. Airmata ini sudah jenuh membanjiri...setiap kali ku baca, aku menangis!
disalintulissemula oleh umi  dari buku: Mohammad Qayum A. Badaruddin.

Thursday, March 25, 2010

Antara KELUHAN dan KESABARAN...



Dengarlah umi cerita ni...

  Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji, tiba-tiba dia terpandang seorang wanita yang berseri mukanya lalu berkata, "Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah."
 
  Mendengar kata-kata itu, wanita itu tidak menjawab, "Apa yang kamu kata itu tidak betul, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini tiada siapa yang boleh dipersalahkan."

  "Bagaimana terjadi demikian?" tanya Abu Hassan.

  Jawab wanita ini, "Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku. Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, "Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing?" Si adik mengangguk, maka dilentangkan adiknya lalu disembelih. Melihatkan darah yang mengalir, ia menjadi takut lalu lari ke dalam hutan. Akhirnya dia dimakan oleh serigala di sana. Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. Anak kecil inipun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan dia mati di situ. Berita ini sampai kepada anakku yang tua. Kerana terkejut ia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara."

  Soal Hassan lagi, "Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yang maha hebat ini?".

  Jawab wanita ini, "sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza. Sabar adalah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah.  Adapun  mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah."


story dary buku yg o mei bace tulisan :Mohammad Qayum A. Badaruddin:
sharing is caring...
salam sayang : umi.
25/3:5.44 pm

LILIN


























Nak pesan sikit je nih,
jangan leka masa gumbira:


PELAJARAN ITU IBARAT LILIN 
BERGUNA APABILA BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS.


jangan pandang remeh pada lilin tau,


LILIN MEMBAKAR DIRINYA BUKANLAH
KERANA BERKORBAN
TETAPI KERANA TERKORBAN.

(huh! Apa-apa je lah)

jadilah lampu elektrik,
membakar diri,
mengorbankan poket tuan rumah!

^ ^
=
memang falsampah gila2 punnn...

(Ops! jangan lupa earth hour, sabtu nih.)


___________________________________________________


Nak tambah nak tambah story...(selingan)


Kata kak ngah: Umi....dah2 la tu mi...rindu2 kat orang..(sambil2 dia tutup langsir)

umi: Kenapa...kenapa...

kak ngah: Ea laa..dah la umi tu rindu kat ramai orang, cuba umi jaga diri umi sendiri.

umi: (?) kenapa? umi tak sakit...umi sihat jer...

Kak ngah: Alah...kalau umi rindu diorang pun tak untung apa pun mi...cuba umi tutup mata 

umi: Lalu menutup mata!

kak ngah: Kan dah cakap..x untung umi rindu kat ramai orang, ...dah habis dah bulu mata umi luruh, bukan ke setiap kali kita rindukan orang bulu mata kita akan jatuh...kan dah rugiiii...!!!!

umi:  kak ngaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!!! ooo..gurau yerk!


Sunday, March 14, 2010

chantekk!



WANITA VS LELAKI;

  Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki,  di antaranya adalah seperti berikut:-

  •   1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
  •  2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.  BERATKAN !  
  • 3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !  
  • 4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada  lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. 
  •  Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
  •  Wanita: 
  • 1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. 
  •  2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi  tidak sebaliknya.  
  • 3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.  
  • 4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 
  •  5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
  •  6 - wanita wajib taat kpd suaminya.  
  • 7 - talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
  •  8 - wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. 
  • Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? 
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi  harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
  •  Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,  malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana  melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 
  •  Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4  wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.  
  • Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab  terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 
  •  Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya  tersilap).
  •  Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika  taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya  kepada ALLAH akan turut  menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu  mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?









Saturday, March 13, 2010

HEBAT!


Teori relativiti Albert Einstein




"APABILA lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti," demikian kata Albert Einstein mengenai teori relativiti.

Tahun 1905, merupakan annus mirabilis (tahun keajaiban) buat Einstein apabila beliau membangunkan teori relativiti - satu penerangan bahawa hubungan antara masa dengan ruang mencabar pandangan umum seperti yang diterima sejak zaman Sir Isaac Newton, 200 tahun sebelum itu.

Siri penemuan saintifik beliau turut menggegarkan dunia fizik pada tahun tersebut termasuk kesan cahaya elektrik (fotoelektrik), gerakan Brown dan persamaan jisim dan tenaga.

Lebih membanggakan, penemuan fotoelektrik tersebut melonjakkan nama Einstein apabila memenangi hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 yang merupakan anugerah teragung dalam bidang sains.

Penemuan itu memberi kesan terhadap perkembangan tamadun manusia apabila ia diaplikasikan untuk membuat televisyen dan pelbagai peralatan elektrik serta elektronik hari ini.

Begitupun, teori relatif khas menggabungkan tenaga dan jisim dengan formula E=mc2 iaitu persamaan jisim tenaga lebih dikenali masyarakat dunia serta sering digunakan untuk pelbagai tujuan.

Menghidap asperger

Anak lelaki pasangan Hermann dan Pauline Einstein berbangsa Yahudi itu dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Baden Württemberg selatan Jerman dengan masalah sukar bertutur sehingga berusia tiga tahun. Keadaan itu mungkin menyebabkan beliau banyak berimaginasi ketika kecil.


EINSTEIN dianggap saintis ulung yang tiada tolok bandingnya sehingga hari ini.


Beliau yang menghidap sindrom asperger, sejenis penyakit berkaitan autisme sama sekali tidak menghalangnya berkelakuan seperti kanak-kanak biasa.

Sewaktu mencecah usia lima tahun kanak-kanak istimewa itu jatuh sakit dan terlantar di atas katil sebelum bapanya menunjukkan kompas poket magnetik yang berjaya membuatkannya terpukau dengan jarum kompas itu.

Beliau sangat teruja dengan jarum kompas yang sentiasa menunjuk ke arah utara walaupun ia diterbalikkan dan yakin bahawa terdapat sesuatu yang menarik di sebalik keajaiban tersebut.

Sejak itu, pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Einstein mengenai keajaiban jarum kompas berkenaan dan ingin mencari jawapan mengenainya.

Kejadian itu dipercayai detik permulaan kecenderungan Einstein dalam menguasai bidang sains fizik sehingga berjaya mengukir nama menjadi 10 daripada 100 Tokoh Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia.

Ibunya, Pauline merupakan pemain piano terkenal dan ingin anaknya menyukai muzik. Dia mengajar Einstein meminati instrumen biola ketika berumur enam tahun tetapi beliau tidak menggemarinya.

Bagaimanapun, apabila mendengar hasil karya Mozart ketika berumur 13 tahun, beliau kembali bermain biola sehingga akhir hayatnya.

Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Luitpold, Munich, Jerman pada 1888 sebelum berpindah ke Sekolah Katolik Aarau, Switzerland merupakan pelajar cemerlang dalam matapelajaran sains dan matematik tetapi tidak berjaya dalam sastera.

Einstein menerima diploma perguruan dari Institut Politeknik Persekutuan Zurich, Switzerland pada tahun 1900 dan berjaya mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari Universiti Zurich pada tahun 1905.

Sebelum beliau mengecapi kegemilangan dalam bidang sains fizik dan matematik, anak pertama daripada dua adik-beradik itu hanya seorang penolong teknikal di pejabat paten di Bern, Switzerland serta banyak menghasilkan kajian berhubung sains fizik.


EINSTEIN (dua dari kiri) pernah ditawarkan menjadi presiden Israel kerana kepintarannya.


Ikon dunia fizik yang memiliki rambut kusut masai berwarna putih itu mendirikan rumah tangga bersama Mileva Maric kelahiran Titel, Novi Sad, Serbia pada tahun 1903 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Hans dan Eduard Albert.

Bagaimanapun, sebelum berkahwin pasangan tersebut mempunyai seorang anak luar nikah perempuan, Lieserl Albert yang dilahirkan pada tahun 1902. Einstein tidak pernah bertemu dengan bayi tersebut dan sehingga hari ini ia menjadi misteri serta tiada catatan terperinci tentang keadaan Lieserl.

Hans pula menjadi seorang profesor dalam kejuruteraan hidraulik di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS) manakala Eduard menghidap skizofrenia dan meninggal dunia pada tahun 1965.

Einstein begitu mengagumi keperibadian Mileva yang mampu berdikari dan tinggi intelektual.

"Makhluk yang sama taraf dengan saya dan kuat serta berdikari seperti saya," kata Einstein mengenai isterinya.

Namun, mahligai indah bersama Mileva hanya mampu bertahan selama 16 tahun sebelum beliau mengahwini sepupu terdekatnya, Elsa Einstein Löwenthal pada tahun 1919. Kemasyhuran Einstein mengakibatkan beliau sering didampingi wanita.

Tukar kerakyatan AS

Pada tahun 1933, beliau dituduh Rejim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional kerana dikatakan berniat mencipta fizik Yahudi yang berbeza dengan fizik Jerman iaitu fizik Arya.

Disebabkan perbezaan pendapat tersebut, Einstein melepaskan kerakyatan Jerman dan berhijrah ke AS untuk menjadi profesor di Princeton, New Jersey serta menerima kewarganegaraan AS pada tahun 1940.

Dalam pada itu, atas nasihat seorang ahli fizik, Leo Szilard, beliau mengirim surat kepada Presiden AS ke-32, Franklin Delano Roosevelt pada tahun 1938 agar menyelidik mengenai nuklear bagi kegunaan tentera kerana bimbang kerajaan Nazi di bawah pimpinan Adolf Hitler membangunkan senjata atom.


PELBAGAI pemeran berkaitan Einstein diadakan di seluruh dunia untuk menghargai sumbangannya.


Kehidupan penuh liku dan masyhur Einstein menemui penghujung tepat pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Meninggal dunia pada usia 76 tahun, mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya.

Ahli patologi yang melakukan autopsi terhadap mayat Einstein, Dr. Thomas Stoltz Harvey bagaimanapun menyimpan dan mengawet otaknya. Dalam masa empat dekad, otak saintis tersohor dunia itu dipotong kepada 200 keping oleh beliau untuk diberi kepada para pengkaji membuat kajian.

Pada tahun 1998, Harvey memulangkan semula otak berkenaan kepada ahli patologi Princeton sebelum beliau meninggal dunia.

Legasi dan teori-teori Einstein terus diingati serta dipraktikkan sehingga hari ini.

Bagi memperingati Einstein sempena ulang tahun kelahirannya pada tanggal 14 Mac, Akademi Sains dan Kemanusiaan di Jerusalem, Israel akan memaparkan manuskrip asal ahli fizik tersohor itu.

Thursday, March 11, 2010

kongsi cerita tentang usia kita

Assalamualaikum, 

Ramai yang mengatakan ibu orang yang paling disayangi. tapi betul ke?? atau sekadar kata kata manis dari seorang yang bergelar anak untuk menyedapkan hati ibunya...

ibu yang seorang dapat menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu... pelik bukan??

Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik ksmi semasa kami kecil...

Selagi Dia Masih Hidup.......


Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita
membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat
untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas
budinya dengan menconteng dinding dirumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya.
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas
budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH".

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa
kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung
menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita
membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah
jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu
banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik
sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang
sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru
balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri
kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam,
kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk
menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang-
sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman
dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada
boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni
kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas
budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal
dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita
membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak
cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan
berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu
dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang
penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman
sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri
di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan
kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan
membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat
untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu
sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan
pengorbanannya.

Wednesday, March 10, 2010

suka lagu nie~

@@wanted@@






INILAH INSAN-INSAN YANG TENGAH DIRINDUI OLEH 
IBUNDA-IBUNDA MEREKA
(MAMA & UMI)
Terima kasih, aniq atas segalanya. Ajar idi tuition time cuti dulu.
 semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kemurahan hatimu,
budi yang luhur akan dibalas dengan keberkatan oleh  Allah jua. 
:selamat maju jaya wahai doktor muda:


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan 

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Hidup ini sementara

Hidup ini sementara






Masa bawa kereta terdengar lagu ni, suka lagu nie dgn suara comel kanak-kanak tu...
pastu nak try cari kat mixpod
tapi tak boleh. mixpod da x berfungsi.
ush!
jadi, letak je video ni.
lirik dia best, memang tak jemu ulang2 dengar lagu ni.
 

harap kak anna terhibur dapat menatap gambar di atas ;)
walaupun ini gambar  lama.
kak anna kan rindu aniq...jangan sedih2,oke!
(i'm sorry...!! style amer raja lawak..kiki...)


Tuesday, March 9, 2010

Surat Khabar Lama...Opss!!




- nation  -

New Habitat For Animals

By ONG YEE TING The Star Online Friday December 28, 2007

Link to original article

ENDANGERED animals, reptiles and orchids from the Bukit Jambul Orchid, Hibiscus and Reptile Farm in Penang will be sent to the 2ha Flora and Fauna Village at the Teluk Bahang Forest Reserve.   State Tourism Development and Environment Committee chairman Teng Chang Yeow said the state had allocated RM700,000 for this new tourism product.  揟he project started early this year and is expected to be ready by March, he said. The project is a joint venture between the state Forestry Department and the company operating the farm.   The farm was closed down about six months ago after Penang Development Corporation (PDC) took back the land. 

Careful study: Teng (right) and Samsudin inspecting the tiger den at the Flora and Fauna Village.

Teng said Bukit Jambul was no more suitable for the animals and reptiles because the area was now surrounded by housing projects.   揊ollowing the Prime Minister's (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) suggestion to fully utilise the Teluk Bahang Forest Reserve, we decided to work together with the company to set up the new village there, he said.  Besides other exhibits, the village will have two tigers, arapaima, an albino cobra, two giant tortoises, snakes, lizards and spiders.  There will also be a big collection of orchids, including more than 2,000 Tiger Orchids.   Teng said the project was planned to include all the existing nature elements.  揘ot a single tree was felled to make way for the construction. All we did was to modify the place and include the necessary facilities for the exhibits and the visitors, he told a press conference after visiting the site yesterday.   State Forestry director Samsudin Salleh said they had visited the Taiping Zoo to study their tiger den in order to build one with maximum security measures.   揟he enclosure will be separated from the visitors by a 4.6m deep and 3m wide 'river', he said.  Teng said the village would compliment the Forestry Museum which would also undergo a RM600,000 upgrading next year.  揟he museum will have a xylorium with a big collection of woods from all over the world, he said.  Bukit Jambul Orchid, Hibiscus and Reptile Farm director Michael Ooi said entrance fees would be fixed at RM5 for MyKad holders, RM2 for student and RM10 for others. Admission is free for senior and handicapped citizens.  揟he price will be very affordable as our aim of setting the village is also to help conserve the endangered species, he said.   

rumah kecil tiang seribu

rumah kecil tiang seribu
sebab kalau balik sini semua tempat rasa nak tuju
huhuuu...teruja sungguh!


kelate oh kelate!
bila la boleh balik nih
nakbaliknakbaliknakbaliknakbaliknakbalik




Sunday, March 7, 2010

jentayu

Tuhanku...
Dalam termanggu
Kusebut namaMu...
Biar susah
 sungguh
Mengingat Kau 
Penuh seluruh
TuhanKu 
CahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam
Sunyi...
Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling...
(Sedekahkan Al-fatihah buat saudara Zubir Ali pelantun suara bagi lagu do'a ini
yang meninggal dunia pada 8hb mac,2009)

Oh...memang aku termanggu2  sejak abah pergi kursus ke kota singa tu.
lama pulak tu ~ 2 minggu  
walaupun abah call juga
tapi terbatas kerana program kursus
jadilah aku...

~bagai pungguk rindukan bulan,
~bagai jentayu rindukan hujan...

lalu di kelapangan waktu kuhabiskan dengan segala urusanku
bersama anak-anak
yang pasti...buku idi dah kuposkan
tiket flight idi dah kubelikan
(tapi idi tak call lagi nak ckp pasal tiket nih...risaunyer, flight hari rabu ni dah)
erm..minggu ni idi exam : gudluck di..

yuran semester kak long pun dah pi bayar kat bank islam di UM
dan segala urusan lain2 dah jelas semua
lalu aku keboringan memanjang
hanya satu urusan saja yang terasa berat nak pergi,
bila la aku ni nak maju!!
nak meniaga malas!!
asyik dok goyang kaki jer...angan2 melambung tinggi
nak gapai awan konon
sebutir bintang pun jadilah
tapi nak buat tu kena pikir beribu kali
kot2 dah melompat tinggi tak reti nak turun..keh..keh..keh 
malu-malu-malu pada diri sendiri
lagi segan pada yang memotivasi
semangat kena kuat, kena bulatkan tekad
(sebenarnya pengalaman lalu banyak mengajarkan)
apa pula alasan nak kuberi nanti bila ditanya lagi.
lalu duduk-duduk yang bersahaja itu ku isi dengan bisness
bersantai-santai di spa
sapa nak join...jom!
f.o.c
duta spa umi ni bukan calang-calang orangnya
ANGKASAWAN NEGARA: DR SHEIKH MUZAFFAR
baru ni masa CNY beliau datang kat spa
semalam umi pergi spa bawak anak2 comel ni
bersama kami rupanya ada artis Norynn Aziz sefemli
mak sedara dia...mak dia...adik dia...ayah dia..semua  ada di spa
lalu kami sembang santai di sauna
cantiklah norynn tuh
mia ajak bergambar pun dia tak lokek
walaupun berpeluh2..he..he..
norynn cakap nanti kita jumpa selalu kat sini..kkiikii 
 

(sorry Norynn,i letak gambar natural beauty u..ngee..)

Nama spa ni Life Code Miracle ST (Super Tourmaline) Rejuvenation Therapy.


First time datang dulu
tak sangka2 jumpa dengan Datin Miza
isteri dato' DG abah
masa tu abah pun pergi jugak spa
kawan lama nih
masa dulu-dulu panggil dia kak miza jer..tapi dia still peramah
geletek2 umi...ish! (ingat ke kak ngah jer suka geletek umi..hehe)
skrg ni kena panggil datin..erm..da lama jadi datin senanyer ni :)
dipendekkan cerita,
beginilah kehidupan di KL
daripada pergi window shopping kat supermarket
baik join spa ni
SAFE+EFFECTIVE+RAPID+NATURAL
santai yang bermanfaat
tak gitu?!

(so,jangan pikir beribu kali,contact lah umi kalau nak try pergi spa ni)
berbaloi-baloi
ajaklah mak ke...ayah ker...
kita pergi ramai-ramai tapi kena gi dengan umi.
kalau tak takleh masuk :))

Wednesday, March 3, 2010

Bila Terasa Rindu


1...2...3...



sudah tiga hari mac berlalu, hati ini dipagut rindu. detik demi detik rupanya kuhitung waktu.
menunggu kepulangan insan-insan yang ku sayang...
tugasan dan tanggungjawab
telah membataskan pertemuan
bersabar dan berdoa
demikian
berlabuhnya malam, bersua subuh berwajah fajar,
isyrak menyapa disambut duha.
itu lah peraturan yang diatur Tuhan.
indah lagi diiringi doa mengingati Allah yang menciptakan.
bergantunglah sepenuh hati kepadaNya
kerana sesungguhnya Dia tidak pernah jauh...
Dia sentiasa ada untuk kita.

dan umi tetap di sini
menanti terus menanti.
kehadiran itu pasti kusambut
kecil tapak tangan..nyiru kutadahkan.

28 feb-12 mac...abah ke Singapore,
12 @ 13 mac...idi balik
nanti akan umi berulang alik ke klia lah
ambik idi dan abah.
kak long pun tak leh balik sbb dilanda kebizian.
weeki pula kata nak datang minggu ni...
dari johor tapi study kat Melaka
nak bercerita tentang percutiannya ke Bangkok.
begitulah weeki,tak lokek berkongsi...
semua cerita dan gambar weeki nak tunjuk kat umi
walau di mana dia pergi...
weeki...oh...weeki...
satu lagi yang dinanti
13 jun nanti.
harap semuanya selamat pergi dan kembali.
umi doakan!
(buat elly juga...datanglah sini, sara pun duk nanti elly)

oh...rindunya...lambatnyeaaa...la masa. macam kura-kura.

lalu mac pun menjengah...

harapnya kita akan melompat lebih tinggi lagi
tinggi menggapai awan
tinggi memetik bintang-bintang yang bergemerlapan
yang akan menerangi langkah 
agar tak tersadung 
di persimpangan.

Timang-timang anakku sayang
Doa ayah kau akan gemilang
timang-timang anakku sayang 
harap ibu kau akan terbilang
timang-timang anakku sayang 
pinta bangsa kau akan berjuang
doaku ...jangan kau
timang-timang anakku sayang, sampai masa ayah kau tinggalkan
timang-timang anakku sayang, sampai waktu ibu kau biarkan
timang-timang anakku sayang, sampai ketika bangsa kau gadaikan.