Wednesday, March 3, 2010

Bila Terasa Rindu


1...2...3...



sudah tiga hari mac berlalu, hati ini dipagut rindu. detik demi detik rupanya kuhitung waktu.
menunggu kepulangan insan-insan yang ku sayang...
tugasan dan tanggungjawab
telah membataskan pertemuan
bersabar dan berdoa
demikian
berlabuhnya malam, bersua subuh berwajah fajar,
isyrak menyapa disambut duha.
itu lah peraturan yang diatur Tuhan.
indah lagi diiringi doa mengingati Allah yang menciptakan.
bergantunglah sepenuh hati kepadaNya
kerana sesungguhnya Dia tidak pernah jauh...
Dia sentiasa ada untuk kita.

dan umi tetap di sini
menanti terus menanti.
kehadiran itu pasti kusambut
kecil tapak tangan..nyiru kutadahkan.

28 feb-12 mac...abah ke Singapore,
12 @ 13 mac...idi balik
nanti akan umi berulang alik ke klia lah
ambik idi dan abah.
kak long pun tak leh balik sbb dilanda kebizian.
weeki pula kata nak datang minggu ni...
dari johor tapi study kat Melaka
nak bercerita tentang percutiannya ke Bangkok.
begitulah weeki,tak lokek berkongsi...
semua cerita dan gambar weeki nak tunjuk kat umi
walau di mana dia pergi...
weeki...oh...weeki...
satu lagi yang dinanti
13 jun nanti.
harap semuanya selamat pergi dan kembali.
umi doakan!
(buat elly juga...datanglah sini, sara pun duk nanti elly)

oh...rindunya...lambatnyeaaa...la masa. macam kura-kura.

No comments: