Assalamualaikum,
Ramai yang mengatakan ibu orang yang paling disayangi. tapi betul ke?? atau sekadar kata kata manis dari seorang yang bergelar anak untuk menyedapkan hati ibunya...
ibu yang seorang dapat menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu... pelik bukan??
Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik ksmi semasa kami kecil...
Selagi Dia Masih Hidup.......
Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita
membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat
untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas
budinya dengan menconteng dinding dirumah.
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya.
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas
budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH".
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa
kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung
menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita
membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah
jiran kita.
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu
banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik
sahaja Ibu keluar dari rumah.
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang
sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru
balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri
kita dan bersendirian di dalam bilik.
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.
Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam,
kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk
menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang-
sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman
dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada
boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni
kepohlah!!"
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas
budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal
dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita
membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak
cantik kerana Ibu yang belikan.
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan
berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu
dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang
penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman
sekarang lain Ibu..!!!!"
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri
di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata " saya sibuk!!!!"
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan
kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan
membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan
terpaksa balik segera
Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat
untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu
sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan
pengorbanannya.
No comments:
Post a Comment