Friday, April 30, 2010

Tip: Mengawal Perasaan Marah.


Tindakan serta merta:

  • Tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen dirangsang ke otak dan boleh berfikir dengan baik.
  • Senyap dan tumpukan perhatian kepada persekitaran anda. Contohnya; melihat langit yang membiru, pokok yang  menghijau, titisan air atau tumpukan perhatian kepada sesuatu yang indah dipandang. Contohnya, siapa punya kereta yang cantik ini?
  • Jika sedang berdiri, sila duduk, Jika sedang duduk sila bersandar atau berbaring. Jika sedang berbaring, boleh silangkan kaki. Untuk mengelakkan anda bertindak marah secara fizikal.
  • Minum air yang menyejukkan dan basuh tangan serta muka atau mandi yang dapat menyejukkan badan.

Tindakan Jangka Panjang:
  • Tulis semua perasaan marah pada kertas. Nyatakan kenapa anda marah dan perasaan ketika itu. Tulis sebanyak mungkin.
  • Biarkan masa berlalu. Kemudian baca semula apa yang anda tulis dan akan sedar bahawa masalah itu kecil saja sebenarnya.
  • Nyatakan perasaan marah anda kepada seseorang yang boleh dipercayai supaya perasaan itu boleh dikongsi dengan orang lain dan dapat mengurangkan tekanan.
  • Kembali mengingati Allah. Jika dia boleh memaafkan makhluk-Nya, pasti sebagai manusia kita boleh memaafkan orang lain.

Tip Membuat Keputusan:

  • Tuliskan masalah pada kertas.
  • Catatkan kelebihan dan kekurangan pada keputusan yang akan diambil.
  • Fikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjang yang akan diterima selepas keputusan dibuat.
  • Fikirkan kesan terhadap orang yang hampir dengan kita setelah kepuusan dibuat.
  • Berbincanglah dengan seseorang yang lebih berpengalaman.
  • Buka minda untuk menerima pandangan orang lain.
  • Ingat, kesan daripada yang dibuat adalah di bahu anda sendiri. Jangan sama sekali menyalahkan orang lain.
  • Bina kekuatan bagi menentukan keputusan yang dibuat mencapai matlamatnya.
  • Berjuta orang yang berjaya, bukan kerana pandai tetapi mereka berani.

Kata Hikmah: 

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
-HAMKA.

 

Wednesday, April 28, 2010

ceria menawan :)


Warna mempunyai peranan dalam menyembuh, memberi tenaga dan menyeimbangkan semula tenaga dalaman. Bukan hanya manusia tapi setiap elemen kimia dan benda hidup di dunia ini mempunyai spektrum warnanya sendiri bermula dengan:

putih mewakili sistem imun di kepala,
ungu untuk sistem saraf,
biru untuk kelenjar,
hijau pernafasan,
kuning untuk penghadaman,
oren untuk hormon, pembiakan dan limpa.
merah untuk perkumuhan dan tulang.

warna adalah bio energi yang mempunyai getaran dan frekuensi tertentu. Warna harian dapat mempengaruhi fikiran menjadi lebih murni dan menukar kehidupan supaya lebih aktif -kata Norhisham Wahab : pengasas dan pakar terapi warna.

CADANGAN UNTUK WARNA PAKAIAN:


HARI:                            WARNA                           MAKSUD:

ISNIN                             PUTIH                             KESUCIAN ROHANI

SELASA              MERAH JAMBU/UNGU         KASIH SAYANG/TUMPUAN

RABU                                BIRU                              PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI

KHAMIS              KUNING/OREN                       PEMIKIRAN/TENAGA

JUMAAT                       HIJAU                              KESEIMBANGAN

SABTU               MERAH/MERAH HATI           KEBERANIAN/TUAH/KMEWAHAN

AHAD                            HITAM                            GABUNGAN/ISTIREHAT


sekadar berkongsi...hmmm.semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. ceria sentiasa.

bye...

Tuesday, April 27, 2010

Jualan murah



Satu hari...sebuah gedung mengadakan jualan murah...berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut sehingga ada yang beratur seawal-awalnya...walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30 pagi.

Seorang lelaki dengan selambanya menuju ke depan...malangnya sebelum sempat sampai...tiba-tiba seorang lelaki di depannya menolaknya kebelakang sambil memarahi..."woi...tak nampak orang!" jerkahnya. "sedap-sedap jer nak potong line orang..."

Lelaki tersebut bangun semula...dan cuba menuju ke depan semula...malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh...setelah beberapa kali mencuba untuk ke barisan hadapan...tapi tak juga berjaya...akhirnya dengan nada marah dia berkata....

" Ahhhhhh...kalau kali nie aku tak dapat gak ke depan sana...jangan harap aku nak bukakan  kedai ini..."

Laaaaaaaaa.....Tokey kedai rupanyer!


Monday, April 26, 2010

perjalanan hidup

aku masih di sini
mendekap hampa di hati
yang hingga kini menghantui
tentang  erti hidup ini.

waktu terus berputar
tanpa bisa menawar
manisnya segala sanjung puji
menjadi pahit caci maki.

segala yang terjadi dalam hidup ini
adalah sebuah misteri Ilahi
perihnya cubaan
hanya ujian kehidupan.

lelah kaki melangkah
tersesat tiada arah
suara hati semakin lemah
terkikis oleh amarah.

sesaat aku tersentak
ingin rasanya berteriak
masihkah ada sisa cinta
untuk jiwa yang terlonta.

Hari ini genaplah dua tahun kami menjadi penghuni kotaraya. walaupun sekadar di pinggiran, namun bahangnya masih terasa, tetap terkesima. dan kerana menyedari siapalah kami ini, negeri sendiri tetap di hati. seakan melambai memanggil pulang...

bila teringatkan segala rajuk di hati, mahu saja menghabiskan sisa-sisa hidup di sini. membilang hari-hari dengan penuh kebosanan. rasanya tak akan sampai ke mana. dan kita tidak sekuat mana tanpa sanak saudara di sisi. suara-suara merindu terus mengimbau, dalam hati tanah tumpah darah juga yang ingin disembah. sentimennya tetap ada. bernilai segala.
namun, seandainya kita terlontar jua di kota ini, apakan daya. terimalah seadanya.

Tuntutan hidup memang begitu. bersyukur kepada Yang Maha Esa  setakat ini dimudahkan segala. anak-anak yang berada di sekitar kita saja, memang saling memerlukan sama bergandingan. kita tak akan merasa jauh. tidak perlu risau. mereka di hadapan mata. bukankah itu yang kita mahu? Alhamdulillah...terima kasih Allah, kerana sentiasa memberi kemudahan....sentiasa ada untuk kita.

persekitaran kita pun jauh dari kebingitan, cuma kita harus melawan kesepian. masih belum pasti lagi adakah di sini derap terakhir setelah kita berdagang musafir? ibarat kata jauh berjalan luas pandangan, pengalaman jugalah yang mengajar kita kehadapan. andainya tersilap di persimpangan, kita masih berhak diberi ruang mencari jalan pulang. 

setiap hari  adalah hari yang baru, yang lalu biarkan saja berlalu. kita tak berupaya untuk memuaskan hati semua orang, dan kita tidak pernah diajar untuk menceroboh privacy orang. kita hanya meneruskan hidup dengan cara kita seadanya. maafkan salah silap andai ada yang terasa. kita juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. ada kala hatinya terusik, ada ketika hati dijentik.

lagu ari lasso itu umi tujukan untuk anak-anak umi...cintailah aku sepenuh hati. tetaplah di sini saling memilikki. selama-lamanya...

jumpa lagi.
26 April 2010.
11 tpp sk s-umi.

Sunday, April 25, 2010

Eyjafjallakokull-letusan gunung berapi.


Disunting semula untuk tatapan bersama: sharing is caring :)

* cakna *





Itulah letusan besar-besaran kali pertama gunung berapi itu sejak tahun 1821. Selama ini ia diam sahaja dan tidak dikenali dunia.

Namun, pada hari itu, nama gunung berapi yang sukar untuk disebut itu mengisi muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa setelah menjadi penyebab ruang udara barat Eropah dan Scandinavia diselubungi debu.




KILAT terbentuk

dalam asap letusan akibat geseran antara partikel di dalamnya.


Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, berdasarkan abu hitam yang meletus keluar daripada gunung berapi itu, maka boleh disifatkan satu letupan yang amat dalam di dalam perut bumi telah berlaku.

Terburuk

“Ia memang suatu bencana yang dahsyat. Bahkan, ada pihak yang menyifatkan ia sebagai bencana terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Ia seperti mencetuskan tsunami di udara.

“Debu kehitaman yang keluar menandakan telah berlaku letupan atau perlanggaran plat yang begitu dalam iaitu di teras bumi. Abu hitam mengandungi kandungan teras bumi seperti nikel dan besi.

“Berbanding gunung berapi yang biasa di Asia Tenggara mengeluarkan abu yang berwarna putih kerana letupan berlaku di kawasan kerak bumi,” katanya.


Jelas Mohamad Ali, keadaan gunung di Iceland yang dilitupi glasier (ais kekal) memungkinkan letusan yang datang jauh lebih dalam kerana apabila tekanan yang melibatkan permukaan berais akan menyebabkan kesan yang lebih kuat.

Letusan yang lebih kuat dan dalam menyebabkan abu naik menjulang tinggi ke langit berbanding letusan yang kurang kuat yang mengeluarkan lahar yang lebih banyak.

Mohamad Ali berkata, saintis kini percaya berdasarkan kajian dan sejarah bahawa satu lagi letusan gunung berapi akan berlaku pada kembar Eyjafjallakokull iaitu Katla dan ia 10 kali ganda lebih besar.

Bukan itu sahaja, tidak mustahil bencana gunung berapi akan berlaku di benua-benua yang lain kerana perlanggaran plat telah berlaku. Debu hitam yang berterbangan ditiup angin juga boleh menuju ke atmosfera benua lain.

“Waktu berlaku letusan gunung berapi sukar untuk diramal. Kemungkinan juga terdapat implikasi-implikasi lain daripada letusan seperti kesihatan, perubahan iklim dan pemakanan dunia. Kalau masalah jerebu di negara kita, ia mungkin boleh terpadam dengan hujan.

“Tapi di kawasan benua yang kurang menerima hujan, ia mungkin lebih sukar untuk hilang. Saintis perlu melakukan sesuatu misalnya pembenihan hujan,” katanya.


R
RISIKO pesawat yang terbang dalam kepulan asap letusan gunung berapi ialah kerosakan enjin yang membolehkannya terhempas.


*EKSTRA*

* i *

*Terdapat 35 gunung berapi aktif di Iceland dan pernah berlaku satu kejadian di mana letusan daripada sebuah gunung berapi mengaktifkan gunung berapi bersebelahan dengannya. Kes letusan paling teruk pernah berlaku pada 1783 apabila letusan itu berlarutan sehingga lapan bulan, membunuh 25 peratus hidupan di Iceland termasuk haiwan ternakan dan tanaman.


* ii *

Andy Russell dari Kumpulan Pengkaji Proses Permukaan Bumi Universiti Newcastle yang pernah menjejakkan kaki ke tapak letusan sebelum ia meletus berkata: " Rekod menunjukkan setiap kali Eyjafjallakokull meletus, Katla juga turut meletus".


* iii *

Eyjafjallakokull sudah meletus tiga kali dalam tempoh 1000 tahun iaitu pada tahun 920, 1612 dan antara 1821 dan 1823. Setiap kali itu jugalah Katla meletus. Letusan susulan (Katla) boleh terjadi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas Eyjafjallakokull dan lazimnya letusan Katla lebih teruk.

*******

~Al-Quran adalah perkataan Allah s.w.t. yang sesuai dengan firmanNya:
Ertinya:
"Ketahuilah bahawa yang menciptakan dan memerintahkan hanya hak Allah s.w.t."
(Al-A'raf:54)

salam: umi.

Saturday, April 24, 2010

hanya gambar yang bercerita...


shhhhhh...!!!


s.m.j...!




i.n.s.y.a.a.l.l.a.h.


A.W.A.S !
burung kenari atas pokok rhu;
buat sendiri jangan nak meniru.
isk3!!

Sunday, April 18, 2010

salam antara benua...




yang termanis dan yang terindah
buat anakanda saudara Nur Farhana
di TULSA.

...
......

ops!
pending...

nak gi UM jap, kat kak long kite..
nanti cik Za sambung laa...

tima kacih manyak-manyak atas ingatan dan semangat
mengepos semua tu...
huhuuu... 
terharunyea...la!




Saturday, April 17, 2010

.....yummy....

hari ini..
semua anak-anak berada di depan mata,
esok lusa..
belum pasti lagi begini.
mungkin aku akan bermenung sendiri
tiada siapa lagi di sisi
tempat kumelabuhkan sepi.
Hanya Tuhan yang lebih mengetahui...
pasti ada hikmah yang tersembunyi.
hari ini...
kusyukuri atas apa yang kau beri...
oh tuhan.
gagahi aku.

studystudystudystudystudystudy
selamat menempuh peperiksaan semua anak-anak umi
selamat maju jaya.
doa jangan lupa.

salam. tc. bye.

(oh! mia tue...moga menang kawad KRS hari ini..)



Thursday, April 15, 2010

Bercuti sehari...


(gambar xde kena mengena...erm..)
sekadar penyeri entry ni pun jadi la ;P

***

Nak buat post baru...
tapi macam busy la pulak hari nie.
PERJALANAN: KL-IPOH-PENANG-KL
mula-mula plan nak bermalam di Ipoh sahaja 
nak settlekan beberapa perkara petang nih,
pastu baru ke Penang pagi-pagi esok
Hari Perjumpaan Waris di smstsss: 16 April 2010,
sekarang dah pukul 12.00 tgh hari
tetiba abah call...
umi...abah ada meeting esok kat Penang,
ALHAMDULILLAH!!
kerana pada mulanya, abah tak dapat ikut kami ke Sekolah Idi
sebab ada meeting di Putrajaya
16 April 2010 juga
so, ingatkan umi pergi dengan anak-anak jer...
Kita merancang, Allah yang menentukan
Akhirnya...dapat juga abah pergi sama-sama
ke Penang pada petang ini, sekeluarga.
Esok kita bahagi-bahagikan tugas
abah pergi meeting,
umi dgn anak-anak pergi ke sekolah Idi
Hotel dah tempah dah...
tak jadi singgah Ipoh
ambik hotel kat Penang terus!!
Lalalalaaalaa...
SUKANYA DALAM HATI,
DAPAT SEMUA PERGI;
HEPI...


Monday, April 12, 2010

Bagai Melukut....


Di tepi....BMW orang!!



Tapi...tak apa lah, sekadar keterujaan!
Dan sanggup bergambar sakan :p


wow!!!
AWAL punya kereta...

Sunday, April 11, 2010

Undangan...



Akhirnya kami pergi juga ke Istana Budaya.
WORLDSTARS
ROAD TO HOLLYWOOD.
10 April 2010
8.30 pm
Panggung Sari.


(sebelum pergi ke IB)

malasnyeaa..la nak pergi, Mia yang semangat sangat nak bagi sokongan pada 
abang Rizu dan kak shilla Amzah
kat sana kak long tunggu
dengan kawan-kawan dia
kalau diorang x ada...memang tak akan pergi. 


Bertempat di Istana Budaya, 20 daripada 50 peserta yang berjaya layak ke peringkat akhir telah mengesahkan tempat untuk menyahut cabaran negara ke pertandinganWorld Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Hollywood Julai nanti.

Sebanyak lima kategori yang dipertandingkan kali ini termasuklah kategori vokal, tarian, lakonan, modeling dan instrumental yang pastinya memberikan saingan yang cukup sengit.



Eh, tak sangka pulak antara para juri pertandingan malam ini adalah Noryn Aziz dan Deja Moss
sempat pulak Noryn menyapa dan bergambar dengan Mia
Noryn still ingat Mia dan umi, kikii
alaa...jumpa kat spa dan IB adalah dua situasi yang berbeza.
Noryn tetap anggun dan cantik!
Memang persembahan hebat-hebat belaka
Apapun banyak-banyak kategori yang dipertandingkan
untuk membawa nama Malaysia,
umi suka lagu ni..( lagu 'hurt' je..)
kategori:vokal
(walaupun yang ni adalah wakil Malaysia tahun lalu)




(Olos! Teleng molek)


"Hurt"

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you 

Saturday, April 10, 2010

kek birthday dari sang puteri...




Sungguh umi terharu tak terperi,
hanya mampu menitiskan airmata jernih ini,
mengalir kasih kudus yang tak akan berakhir...
bagai air sungai yang terus mengalir.
TERIMA KASIH,
UMI MENGHARGAI 
segalanya.

Friday, April 9, 2010

Amat Menghargai...



Inilah watak-watak yang kak ngah cipta...tengah buat apa tu...
tunggu tetamu ke, tiga beranak nih, 
kan kak ngah dah jemput kat blog dia,
terkejutnya umi,
rupanya kak ngah dah buat majlis besar-besaran untuk umi.
sila la jenguk2 blog kak ngah..
sarazaqea.blogspot.com (macam promot je nih)
Sebenarnya tadi diorang ajak pergi jusco. Katanya mia nak beli gam, 
kerana jusco dekat je, kami pakai pakaian ini lah tadi.
selepas tu,  balik rumah dah salin baju tidur...
tak sangka pula umi dah jadi macam ni.
kelakar...kelakar!!
kak ngah...kak ngah...


umi =)


kak ngah =)


mia =)


Kak Ngah Memang Penglipurlara Umi. Amat berbakat dan kreatif sekali dalam menghiburkan hati. Mungkin menurun umi yang kak ngah cap 'umi saya yang memang kelakar', tapi kak ngah kelakar lagi...heheheee...mari kita sama-sama tengok apa kejutan yang kak ngah dah buat pada umi. Siap kejutkan umi yang dah mengigau tadi. Nak marah pun tak jadi...ketawa nak pecah perut adalah lagi!! Ish, kak ngah nih.




Terima kasih kerana menceriakan umi. 
Terlupa sejenak segala nestapa di lubuk hati.

Tak lupa sms dari;


Eppy besday! (^^),,      -kay-

(11:54)

...........

Salam happy bday umi syg!
Maaf jika puteri sulung lewat sedikit wish bday kpd bonda tersyg.
Apa2 pn, umi adalah umi yg terbaik n xkn ada umi laen yg dpt menandingi umi
wan norhaiza. to be continued.....

-kak long-
(2:26)

TQ jugak buat Idi yang berusaha call
sehari sebelum, kerana bizi study.

dan kepada yang sampai-sampaikan wish 
melalui perantara...


Terima kasih, ingat bday umi!

Wednesday, April 7, 2010

Pantun versi Pulut Durian



Balik Kelate di Pekan Melor,
Singgoh semaye Masjid Kubang Kerian,
Tahu doh ado ore terlior,
Bilo umi buat pulut durian.



Balik la kalu nok gak...
umi call doh nih...

pantun 1 Malaysia






Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

p/s: pantun dari sabah/sarawak xde pula...sapa yang pandai, buat le...

Kerana Air Kelapa Muda...



Kerana air kelapa...aku selalu merana,
Kerana air kelapa...aku pernah kehilangan nyawa,
kerana air kelapa...aku diragut dengan rakusnya,
kerana air kelapa...aku merasa hampa, SE yari dan Xperia2 dihantar ke service centrenya!

Sadis di sebalik peristiwa,
Aku amat kecewa...cukup-cukuplah menduga!
Bahana Air Kelapa...
Ku di dalam trauma..

Oh Tuhan...tenang-tenteramkanlah jiwa hamba.

Doa Buat Putera

Tuhanku, 
Bentuklah puteraku menjadi manusia yang kuat,
Agar menjadi pemberani manakala dirinya lemah, 
Menghadapi dirinya sendiri manakala dia dalam keadaan takut,
Jadikan dia manusia yang bangga dan teguh dalam kekalahan, 
Jujur dan rendah hati serta berbudi halus ketika dalam kemenangan 
Bentukkan puteraku menjadi manusia yang semangatnya 
Tak pernah mati, 
putera yang selalu mengingat Engkau dan mengenali dirinya.  
Tuhanku, 
Aku mohon agar puteraku jangan dipimpin di jalan yang mudah dan lunak, 
Tetapi di bawah tekanan dan desakan, kesulitan dan tantangan, 
Didiklah puteraku supaya tetap teguh ditimpa badai. 
Dan mampu melimpahkan cinta bagi mereka yang gagal. 
Bentuklah puteraku menjadi manusia yang berhati bening, 
Yang cita-citanya tinggi, putera yang sanggup memimpin 
dirinya sendiri sebelum memimpin orang lain. 
Putera yang mampu menjangkau masa depan, 
Tetapi tidak melupakan masa lalunya ketika dia menggapainya. 
Aku juga memohon, 
Jadikan pula puteraku seorang yang jenaka, 
Agar dalam kesungguhannya tetap ceria.  
Tuhanku, 
Berilah juga ia kerendahan hati 
Agar selalu ingat kesederhanaan, kearifan, kelembutan, 
Dan kekuatan sejati.  
Amin ya rabbal alamin...

Salam kerinduan buat putera umi tercinta....

Tuesday, April 6, 2010

Pasar Borong Selangor.






Pasar Borong Selangor letaknya berhampiran dengan rumah kami. Jadi, tiada masalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah. Kalau malas nak pergi pasar, kami pergi ke Jusco Taman Equine. Memang letaknya di depan rumah sahaja. Di sekitar rumah kami juga ada kedai runcit yang bersebelahan dengan Restoran Al-Sameer...so,  senang cakap kami panggil je kedai runcit tu sebagai kedai runcit sameer. Padahal, nama kedai itu kedai runcit Muzhar. Pandai-pandai aje kami nih...Dalam banyak-banyak kedai runcit, memang yang ini jadi pilihan kami.


Suatu hari, selepas ambil damia dari sekolah, kami terus ke Pasar Borong Selangor. Biasalah, kalau pergi pasar diorang tak berapa gemar sebab bau busuklah...licinlah...macam-macam. Oleh itu, umi pun cepat-cepat pergi sorang-sorang. Tinggal Mia dan Kak Ngah dalam kereta. 


Umi terus melangkah...niatnya nak pergi beli santan segera. Tapi entah kenapa umi macam tertarik pada ikan-ikan segar yang dijual di situ. Umi berhenti sambil belek-belek ikan-ikan tu. Selepas itu, umi dengar orang cakap.." Kak, beli-beli! Ikan segar tu, kak!." Umi buat tak tahu sebab tak ada niat nak beli. Ikan dah banyak dalam simpanan sejuk umi. Umi pun terus berlalu ke gerai santan...


Sampai di situ baru umi perasan, orang yang suruh umi beli ikan tadi adalah Angah Raja Lawak. Umi pandang sekeliling...Ya Allah!! Ramainya para pelakon tengah shooting. Ada Farid Kamil la...Uhs! Baru umi perasan mereka semua tengah buat penggambaran. Kat belakang umi berderet van-van peralatan diorang berserta krew-krew. Farid Kamil tersenyum-senyum...malunya umi. Tapi tak tahu lah shooting untuk drama ke...filem ke...tak tanya la pulak. Masa tu orang tak berapa ramai...mungkin kerana tengahari. Umi nampak cameraman Bade pun ada. Lepas tu umi pun cepat-cepat berlalu. Diaorang tengah berlakon macam berebut-rebut customer beli ikan gitu...huhuuu...


Selepas beberapa bulan, umi tengah santai-santai depan tv, umi nampak satu slot tu...pasal 'Di sebalik Tabir...Semerah Cinta...Stilletto' Eh, macam pernah nampak situasi serupa ini. Oh! Baru umi perasan, rupanya adegan yang berlaku di Pasar Borong Selangor dulu adalah untuk filem ini. Oh. tidak...harap-harap umi tiada dalam suasana berebut customer itu dulu. Memang umi tak perasan umi di depan camera masa tu. Huhuu...malu...Sekarang, diorang tengah buat promosi filem itu yang dibintangi oleh Farid Kamil sebagai penjual ikan di pasar dan Lisa Surihani. Mereka adalah hero dan heroin dalam filem ini. Ramai lagi pelakon lain yang hebat-hebat turut terlibat.  pastu ada tarian poco-poco sekali. Macam best jugak cerita arahan Ahmad Idham ni. Tayangannya pada 8 April nanti....umi macam terdengar-dengar...je bunyi bisik-bisik anak-anak umi...Haa...jom pergi tengok Stiiletto...dah la 9hb April tu harijadi umi...


Apapun betul jugak kata mereka.. ".kerana ketidaksempurnaan itu adalah kebahagiaan baginya...."














Sunday, April 4, 2010

Jumpa Akma AF3 kat sunway :)


Suatu pagi, abah call cakap malam ini ada meeting kat Bandar Sunway. Katanya di Hotel Holiday Villa. Umi jawab...Oooo...tak faham apa yang dimaksudkan. Pastu abah call lagi suruh tolong cari lokasinya sebab abah tengah meeting ni..Okey, nanti umi cari kat google map. Meetingnya pukul 8.00 malam ini...kata abah lagi. Dalam pukul 6.30 petang abah balik dari pejabat, abah kata.."cepat! Cepat!...umi kena pergi hantar abah ni. Umi pun suruh anak-anak bersiap cepat selepas selesai solat. Abah bawa kereta laju sangat. Pastu umi pun keliru nak tunjuk jalan terdekat. Daripada nak jalan shortcut, dah jadi tersesat. Abah panik, takut terlambat. huhuu..takutnya...perut jadi senak. Last2 guna gps jugak! sampai pada masa yang tepat.







Sementara tunggu abah, kami pergi ke Sunway Piramid. Best jugak..jalan-jalan jamu mata. Uhs! Pastu abah hantar sms,.."umi, ambik abah pukul 11.00 malam." Haiyyo...lamanya. Kami pun jalan jalan lagi. Biasalah bila bersama anak-anak gadis sunti, kedai kedai dia jugak yang hendak dijenguk. Kami pun pergi ke kedai Miss-T. Semua cantik-cantik belaka. yang itu wow, yang ini wah. Tak sangka pula ada seseorang yang kami rasa-rasa macam kenal jer...Oh! AKMA...af3 rupanya. Tengah nak beli bag...nak pergi outstation agaknya....






Saja lah bercerita, comei lotei Akma, tinggi lampai dan manis...nasib jumpa akma boleh muat dalam entry umi kali ini...thanx akma, sudi berfoto dgn kami. Lepas tu kami pergi tunggu abah kat hotel je. Yang boring pun hanya kita-kita aje! Ea..kan..kak ngah dan mia kite! Ceria-ceriakan diri anda.


Anugerah Dari Anakanda...




Wah! Terharunya dianugerahkan oleh anakanda sebagai *UMI SAYA YANG KELAKAR*
Umi kelakar kerana nak membahagiakan anakanda lah, cayang ooii!
Umi boleh jadi apa saja demi meraih bahagia wahai anak-anakku tercinta. Terima kasih kerana menghargainya. Umi rasa bangga, kembang kempis hidung umi... tambah lagi, berbunga-bunga pula kelopaknya...cukup-cukup lah tu, nanti tak beautiful pula umi.

UMI SUKA BILA:

~Kak Ngah ada di sisi, sebab bau badannya wangi sekali. 
Dia selalu sapu body butter - cranberry!
~umi suka bila - kak long call umi, walaupun sekali - tiap-tiap hari!
~umi suka bila...Mia suka umi punya - kari!
~umi suka bila...dapat call dari Idi - tanya, umi...macamana idi nak balik, ni!
~umi suka bila - abah balik dari kerja, pastu terus tanya...mana umi!
~umi suka bila...tahu ada orang sayang dan ambil berat pada umi!
umi rasa bahagia menggigit-gigit seluruh jasad ini.
TERHARUNYA RASA HATI.

Tetapi umi pun insan biasa, tak lepas dari prasangka:

UMI TAK SUKA BILA:

~orang yang suka menabur janji, tetapi tak ditepati!
~tak suka juga berurusan dengan orang yang SOMBONG tak bertepi!
~orang yang cari masalah dengan umi!
cukup lah tu untuk kali ini..
tak boleh banyak-banyak sangat nanti susah umi nak cakap,
BIARLAH RAHSIA
hehehe..

Thanx kak ngah bagi umi award!!
nanti umi framekan award kak ngah bagi ni.

Oh! Kena bagi award ni kat orang juga, ea...
urmmm...
PENGUMUMAN-PENGUMUMAN!
sila ambil award ni;

1. Elly yang bijak skodeng umi,
2. Penulis sajak yang umi hargai,
3. Gadis paperdolls yang umi rindui,
4. Kak Ana di US yang diingati,
5. Along Zarith yang dekat di hati,
6. Safiyya anak umi yang selalu kata bizi,
7. Sarazaqea yang suka geletek umi,
8. Siti romlah calon spm tahun ini,
dan ramai lagi
yang tak tertulis di sini

SALAM SAYANG DARI UMI
mmmMuah!!

Friday, April 2, 2010

Cerita Ini Sangat Menarik Untuk Dibaca


(panjang cerita ni, cepat-cepat!)

gining....

Kisah di hari penerimaan anugerah ibu mithali:

.... "Seterusnya....,suara pengacara majlis bergema, "Tibalah kita kepada penerima anugerah Ibu Mithali yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Beliau akan naik ke pentas bersama dengan anaknya. Dipersilakan."

Kelihatan si anak gadis itu ke pembesar suara, dia beralih pandang kpd ibunya yg hanya tunduk memerhati lantai pentas.Pelik sungguh ibu tua yg seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yg akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru yang dipakainya. Dehem suara si anak dalam pembesar suara membuat ramai yang tersentak.

"Pertama sekali saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan mak berada di dalam majlis yang gilang gemilang ini. Suasana menjadi sunyi. Gadis itu membuka cerita. "Sebetulnya,ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Habibah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya rasa sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya."

"Membantu menjaga anak-anak kandungnya? Mungkin perkara itu adalah perkara biasa bagi anda. Persoalannya akan terjawab sebentar lagi, apabila saya mempertontonkan video yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat dan guru. Sepertimana anak-anak ibu mithali yag baru merima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran, "Inilah dia abang-abang dan kakak-kakak saya!" Suara hadirin semakin kedengaran. "Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, abang Long, Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah kak ngah." Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah abang alang, yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah kak anjang, yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu ialah abang andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton kembali video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya. "Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya , telah menjangkau usia 20-an dan 30-an."

"Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan pakai mereka. Semasa saya berumur enam atau tujuh tahun, saya sering mencemburui abang dan kakak kerana mereka mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Zahrah dah besar, kan? Zahrah dah boleh uruskan diri sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya. "Tapi mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segala-galanya untuk abang-abang dan kakak-kakak. Kalau untuk Zahrah, mak selalu berkira!."

"Zahrah, abang-abang dan kakak-kakak Zahrah tidak secerdas Zahrah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata pada mak. "Semua anggota anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!."

"Zahrah... Zahra belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya. Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya.

Mak pun cuma sekali sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itupun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suapkan itu tumpah atau jika abang-abang kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka."

"Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Pada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."
"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berumur sepuluh tahun. "Lepas itu mak dan ayah boleh hidup senang lenang macam mak dan ayah orang lain. Zahrah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Zahrah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu. "Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang saya rentangkan di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya. Semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang dan kakak-kakak makan dan menukar kain lampin mereka."
Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu, suasana dewan terus sunyi.....

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyiksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa abang Long enggan makan. jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan kak ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya."

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Zahrah kepada mak? Kalau ya pun ibu tak suka Zahrah, bagilah saya pada orang lain yang lebih menyayangi saya, bukan mak." "Zahrah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Zahrah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Zahrah." "Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidup apabila situasi itu berlaku."

"Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal, justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah merasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Zahrah. Lagipun dengan menyerahkan Zahrah kepada mak, ibu masih dapat melihat Zahrah membesar di hadapan mata ibu, walaupun sayang tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Zahrah berbanding dengan anak-anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Zahrah? Ibu tahu tak yang Zahrah tak ubah seperti hamba dirumah itu?

"Jangan besar-besarkan perkara kecil, Zahrah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Zahrah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Zahrah. Itu pun Zahrah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah. "Mak jarang-jarang mengadu keburukan Zahrah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Zahrah dan melihat bagaimana Zahrah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu." "Ibu malu, Zahrah. Ibu mengharapkan kehadiran Zahrah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Zahrah di rumah itu menambahkan beban mak." "Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa apa yang telah mak beri kepada Zahrah jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Zahrah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang hanya duduk di rumah. Zahrah dapat banyak pakaian cantik. Sedangkan anak-anak mak yang lain pakaian itu-itulah juga. Setiap kali Zahrah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Zahrah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu. Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau rasa kecewa sebab tidak mendapatpembelaan yang diharap-harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru. Sesampainya saya di rumah tempat saya berteduh selama ini, saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik saya terus resah gelisah." "Zahrah," panggilan lembut mak seiring dengan ketukan di pintu bilik saya "Zahrah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejamkan mata, pura-pura tidur. Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Zahrah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Zahrah letih menjaga abang-abang dan kakak-kakak semasa mak ke klinik siang tadi. Maafkan mak sayang. Mak tahu Zahrah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi keadaan benar-benar terdesak pagi tadi, Zahrah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Zahrah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang-abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah."

"Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-ngusap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu. "Zahrah, mak tahu Zahrah tak bahagia tinggal bersama-sama mak." Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya. "Walau apa pun tanggapan Zahrah kepada mak, bagi mak, Zahrah adalah segala-galanya. Zahrah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Zahrah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Zahrah telah....."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis. Peristiwa pada hari itu dan malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mila merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak-kakak dan abang-abang serta belajar menghormati mereka dan menyayangi mereka."

"Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut. "Kenapa Zahrah menolak tawaran itu?" Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Zahrah boleh belajar dengan sempurna?" Betul tu, Zahrah. Di sana nanti Zahrah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak!" "Zahrah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?" Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya. "Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Zahrah ingin terus tinggal di rumah ini. Zahrah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak." "Tapi bolehkah Zahrah buat ulangkaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya. "Insyaallah, mak. Zahrah rasa, Zahrah dapat mengekalkan prestasi Zahrah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin. Mka dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah , mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerja-kerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa."

*teeet...aik! semua dah tido ker?
haha...umi pun dah ngantuk ni, kita sambung esok, yea sayang..nite....



ZzzzzzzzzzzzZzzzzzzzzzzZzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZzzzzzzzzzzzzzZzzzzzzzzzzzZZZZzzzzzz!!


Selamat pagi, sayang!
Oke...kita SAMBUNG CERITA, skit jer lagi....

Gadis yang bernama Nurzahrah itu terus bercerita dengan penuh semangat, beliau terpaksa meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Kini telah menjadi guru pendidikan khas di kampungnya sendiri. Baginya segulung ijazah tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara yang telah mak kutip sepanjang hayatnya. Sekarang dia lebih ikhlas dan bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak.

Pun begitu, hatinya sering tersentuh apabila beberapa kali terdengar perbualan mak dan ayah. "Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" Suara mak diamuk pilu. Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, entahlah. Takkan kita nak harapkan Zahrah pula?" "Zahrah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Zahrah nak tegaskan di sini, mak, yang Zahrah akan membela nasib abang-abang dan kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Zahrah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Zahrah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Zahrah dan mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang memandikan Zahrah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berbaju kurung biru itu tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Lalu menyambung bicara. "Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah ibu mithali dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak-anak mak bukan terdiri daripada orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak-anak ibu mithali yang lain. Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain.

Betapa keimanan mak tidak pernah tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah menyalahkan antara mak dan ayah. Maafkan Zahrah sekali lagi, mak. Hingga ke saay-saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenagi tindakan Zahrah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan dirinya terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mendengar pengkisahan Ibu Mithali pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak mak adalah amanat Tuhan."

Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan mental. Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah ibu mithali tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu yang senasib dengan mak. Sekian, Assalamualaikum warahmatullah."

Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Nurzahrah membantu emaknya bangun. Kemudian, dia memimpin emaknya melangkah ke arah kenamaan untuk menerima anugerah. Lutut maknya menggeletar. Namun, begitu kerana tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi. Melihatkan itu, kenamaan yang akan menyampaikan anugerah tersebut sendiri mendapatkan emaknya, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan.

Air mata Ibu Mithali ini berladung. Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seroang demi seorang penerima anugerah Ibu Mithali sebelumnya naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan ibu berjiwa kerikil ini. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah Ibu Mithali yang terakhir itu. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya kecuali sesuatu yang mampu dihadapinya.
-TAMMAT-

Demikianlah sebuah cerita yang penuh dramatik yang kadang-kadang kita terlepas pandang dek kerana kehidupan kita yang sempurna.

Oke...bagaimana dengan cerita ini? Apa kata kalau kita sama-sama cari nilai-nilai murni yang terkandung di dalam cerita di atas. Semoga dapat kita sama-sama mengutip pengajaran bersama...boleh tak anak-anak umi sayang...???


Oke lah anak-anak umi sayang...nanti umi cerita lagi.
Salam ingatan yang berpanjangan dari umi.