Sunday, April 25, 2010

Eyjafjallakokull-letusan gunung berapi.


Disunting semula untuk tatapan bersama: sharing is caring :)

* cakna *





Itulah letusan besar-besaran kali pertama gunung berapi itu sejak tahun 1821. Selama ini ia diam sahaja dan tidak dikenali dunia.

Namun, pada hari itu, nama gunung berapi yang sukar untuk disebut itu mengisi muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa setelah menjadi penyebab ruang udara barat Eropah dan Scandinavia diselubungi debu.




KILAT terbentuk

dalam asap letusan akibat geseran antara partikel di dalamnya.


Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, berdasarkan abu hitam yang meletus keluar daripada gunung berapi itu, maka boleh disifatkan satu letupan yang amat dalam di dalam perut bumi telah berlaku.

Terburuk

“Ia memang suatu bencana yang dahsyat. Bahkan, ada pihak yang menyifatkan ia sebagai bencana terburuk sejak Perang Dunia Kedua. Ia seperti mencetuskan tsunami di udara.

“Debu kehitaman yang keluar menandakan telah berlaku letupan atau perlanggaran plat yang begitu dalam iaitu di teras bumi. Abu hitam mengandungi kandungan teras bumi seperti nikel dan besi.

“Berbanding gunung berapi yang biasa di Asia Tenggara mengeluarkan abu yang berwarna putih kerana letupan berlaku di kawasan kerak bumi,” katanya.


Jelas Mohamad Ali, keadaan gunung di Iceland yang dilitupi glasier (ais kekal) memungkinkan letusan yang datang jauh lebih dalam kerana apabila tekanan yang melibatkan permukaan berais akan menyebabkan kesan yang lebih kuat.

Letusan yang lebih kuat dan dalam menyebabkan abu naik menjulang tinggi ke langit berbanding letusan yang kurang kuat yang mengeluarkan lahar yang lebih banyak.

Mohamad Ali berkata, saintis kini percaya berdasarkan kajian dan sejarah bahawa satu lagi letusan gunung berapi akan berlaku pada kembar Eyjafjallakokull iaitu Katla dan ia 10 kali ganda lebih besar.

Bukan itu sahaja, tidak mustahil bencana gunung berapi akan berlaku di benua-benua yang lain kerana perlanggaran plat telah berlaku. Debu hitam yang berterbangan ditiup angin juga boleh menuju ke atmosfera benua lain.

“Waktu berlaku letusan gunung berapi sukar untuk diramal. Kemungkinan juga terdapat implikasi-implikasi lain daripada letusan seperti kesihatan, perubahan iklim dan pemakanan dunia. Kalau masalah jerebu di negara kita, ia mungkin boleh terpadam dengan hujan.

“Tapi di kawasan benua yang kurang menerima hujan, ia mungkin lebih sukar untuk hilang. Saintis perlu melakukan sesuatu misalnya pembenihan hujan,” katanya.


R
RISIKO pesawat yang terbang dalam kepulan asap letusan gunung berapi ialah kerosakan enjin yang membolehkannya terhempas.


*EKSTRA*

* i *

*Terdapat 35 gunung berapi aktif di Iceland dan pernah berlaku satu kejadian di mana letusan daripada sebuah gunung berapi mengaktifkan gunung berapi bersebelahan dengannya. Kes letusan paling teruk pernah berlaku pada 1783 apabila letusan itu berlarutan sehingga lapan bulan, membunuh 25 peratus hidupan di Iceland termasuk haiwan ternakan dan tanaman.


* ii *

Andy Russell dari Kumpulan Pengkaji Proses Permukaan Bumi Universiti Newcastle yang pernah menjejakkan kaki ke tapak letusan sebelum ia meletus berkata: " Rekod menunjukkan setiap kali Eyjafjallakokull meletus, Katla juga turut meletus".


* iii *

Eyjafjallakokull sudah meletus tiga kali dalam tempoh 1000 tahun iaitu pada tahun 920, 1612 dan antara 1821 dan 1823. Setiap kali itu jugalah Katla meletus. Letusan susulan (Katla) boleh terjadi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas Eyjafjallakokull dan lazimnya letusan Katla lebih teruk.

*******

~Al-Quran adalah perkataan Allah s.w.t. yang sesuai dengan firmanNya:
Ertinya:
"Ketahuilah bahawa yang menciptakan dan memerintahkan hanya hak Allah s.w.t."
(Al-A'raf:54)

salam: umi.

No comments: