Pasar Borong Selangor letaknya berhampiran dengan rumah kami. Jadi, tiada masalah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah. Kalau malas nak pergi pasar, kami pergi ke Jusco Taman Equine. Memang letaknya di depan rumah sahaja. Di sekitar rumah kami juga ada kedai runcit yang bersebelahan dengan Restoran Al-Sameer...so, senang cakap kami panggil je kedai runcit tu sebagai kedai runcit sameer. Padahal, nama kedai itu kedai runcit Muzhar. Pandai-pandai aje kami nih...Dalam banyak-banyak kedai runcit, memang yang ini jadi pilihan kami.
Suatu hari, selepas ambil damia dari sekolah, kami terus ke Pasar Borong Selangor. Biasalah, kalau pergi pasar diorang tak berapa gemar sebab bau busuklah...licinlah...macam-macam. Oleh itu, umi pun cepat-cepat pergi sorang-sorang. Tinggal Mia dan Kak Ngah dalam kereta.
Umi terus melangkah...niatnya nak pergi beli santan segera. Tapi entah kenapa umi macam tertarik pada ikan-ikan segar yang dijual di situ. Umi berhenti sambil belek-belek ikan-ikan tu. Selepas itu, umi dengar orang cakap.." Kak, beli-beli! Ikan segar tu, kak!." Umi buat tak tahu sebab tak ada niat nak beli. Ikan dah banyak dalam simpanan sejuk umi. Umi pun terus berlalu ke gerai santan...
Sampai di situ baru umi perasan, orang yang suruh umi beli ikan tadi adalah Angah Raja Lawak. Umi pandang sekeliling...Ya Allah!! Ramainya para pelakon tengah shooting. Ada Farid Kamil la...Uhs! Baru umi perasan mereka semua tengah buat penggambaran. Kat belakang umi berderet van-van peralatan diorang berserta krew-krew. Farid Kamil tersenyum-senyum...malunya umi. Tapi tak tahu lah shooting untuk drama ke...filem ke...tak tanya la pulak. Masa tu orang tak berapa ramai...mungkin kerana tengahari. Umi nampak cameraman Bade pun ada. Lepas tu umi pun cepat-cepat berlalu. Diaorang tengah berlakon macam berebut-rebut customer beli ikan gitu...huhuuu...
Selepas beberapa bulan, umi tengah santai-santai depan tv, umi nampak satu slot tu...pasal 'Di sebalik Tabir...Semerah Cinta...Stilletto' Eh, macam pernah nampak situasi serupa ini. Oh! Baru umi perasan, rupanya adegan yang berlaku di Pasar Borong Selangor dulu adalah untuk filem ini. Oh. tidak...harap-harap umi tiada dalam suasana berebut customer itu dulu. Memang umi tak perasan umi di depan camera masa tu. Huhuu...malu...Sekarang, diorang tengah buat promosi filem itu yang dibintangi oleh Farid Kamil sebagai penjual ikan di pasar dan Lisa Surihani. Mereka adalah hero dan heroin dalam filem ini. Ramai lagi pelakon lain yang hebat-hebat turut terlibat. pastu ada tarian poco-poco sekali. Macam best jugak cerita arahan Ahmad Idham ni. Tayangannya pada 8 April nanti....umi macam terdengar-dengar...je bunyi bisik-bisik anak-anak umi...Haa...jom pergi tengok Stiiletto...dah la 9hb April tu harijadi umi...
Apapun betul jugak kata mereka.. ".kerana ketidaksempurnaan itu adalah kebahagiaan baginya...."
3 comments:
hahaha.klakar la. =D
cik za keno gi tgk la cerito ni (tayang kat tv ko kat wayang?).hihihi
mana tau cik za termasuk dlm filem tu.buleh dicalonkn sbgai pelakon tambahan terbaik ni.mmg real nye lakonan.hahaha.
hehe...kak ana nih!
tayang kat cinema laa..8hb april, mula tayangannya.
Post a Comment