Tuesday, July 27, 2010

Manggis, duku dan durian...


Makkk....nak balikkkk.....

umi ni asyik rindu merindu tak abis-abis. Tadi lepas solat terus capai telefon sebab rindukan mak. Macam-macam hal yang kita sembangkan. Tapi yang paling za ingat ialah khabaran mak tentang buah-buahan yang tengah masak. Tak aci tak aci kalau orang datang kait buah manggis sampai berguni pergi jual...sedangkan anak mak yang duduk jauh di perantauan ni kena beli...mahal mak!!

Cakap pasal durian, hari jumaat lepas, beli durian kat Tapah. Kata penjualnya durian ni elok sebab dari Bukit Tapah. (dalam hati mesti best ni durian kampung) mahal pun kira aci laa...tambah pula tukang jual durian tu kecek kelate...katanya orang pasir puteh. Umi harapkan kejujuran dialah untuk beri durian yang terbaik. Manalah umi reti nak pilih. Lupa la pulak nak suruh dia bukak terus kulitnya. Pastu...balik umah umi ni terkial-kial membuka kulit durian itu. Salah satunya punya lah susah, rupanya kes penipuan...durian putik! Ish! Marah betul nih...
Makkk....nak durian kat kampong kita...sedapnya dengar mak cerita tadi...kecur dah air liur anak mak ni bila mak cerita pasal durian, sambal durian dan yang special lagi mak dah kacau lepok.

Pastu mak cerita pasal buah duku dan dokong. Mak cakap mak tak sanggup tengok buah yang memutih tu...teringatkan anak-anak. Makkk....za nak balik lah kalau macam ni. za nak balik dengan bas ker...flight ker....nak balik nak balik...mak kata...balik lahhh!!!
Boleh jugak nak balik, tapi kena tanya abah dulu mintak permission, dia kasi ke tak umi balik sorang-sorang. Lagipun umi boring jugak...asyik bercakap dengan komputer jer sehari-hari. Macam nie...Fuh! Boring.

Kalau umi balik dengan flight, ada ke orang nak pergi ambik umi? Dari KB --> destinasi. Susah jugak tu kalau balik begini, tak ada transport, nak bergerak pun payah. Kalau umi balik dengan bas...mak cakap turun kat Jerteh. Rasanya...kat KL ni boleh la minta tolong kak long hantar ke stesen bas...or airport. Yesss!! Tapi...dah berbelas tahun da umi tak naik kenderaan awam ni. seriyes!
umi hanya pandai belikan tiket untuk anak-anak je...tak kira la tiket kapalterbang ker...tiket bas ker..tiket keretapi ker...tapi umi tak pernah naik semua nih. Sob3!

Teringat pula memori silam masa pregnant kat arwah adik faiz. Masa tu kami pulang kampung. Abah beriya-ia ajak kami anak beranak naik bas ke KB dari Melor. Turun kat stesen bas...kami berderet jalan kaki sekitar KB dan abah bawak kami pergi tempat-tempat yang dia biasa pergi masa dia bujang dulu. Mana kedai dia biasa makan...mana kedai tempat dia biasa pergi beli kain pelikat dengan mek...pendekkata kita jelajah satu KB. Rindunyer....

Pastu, dengan umi yang perut membuyut tu, abah ajak naik motor arwah mek pergi ke Bachok. Idi duduk depan dalam raga. Kak long dan kak ngah dah pergi dengan mek ke Bachok. Umi tahu...kalau abah tak buat macam tu...kami tak akan merasa kemanisan dan keriangan begitu. Bukan kami tak ada kereta time tu...tapi abah saja-saja dan kami pun suka adventurous camni. Rasa bahagia sangat! Kalaulah boleh diputarkan masa...alangkah indahnya.

Ermmm...cakap pasal balik tadi, nak mintak tolong sapa eh bila dah sampai nanti. Semua orang tentu busy sebab kerja...fikir-fikirkan....

p/s: umi memang hantu durian! Rawrr!!
rindu sesangat kat arwah WAN yang pengasih penyayang, boleh manja-manja dengan wan nak makan apa-apa pun wan akan bagi. al~fatihah...

6 comments:

ardinihumaira said...

umi.. umi nak balik mana ni..
;) dni pun rindu nak makan buah2 semua. tapi tak ada kebun. sobbb sobbb

umi~wannza said...

nak balik kampong la...umi pun sama la..tapi setakat nak makan tu...sepohon dua pun, nampaknya buah menjadi...

ardinihumaira said...

sepohon dua pun okay je umi.. dni tak ado sedaun pun kih3

zarith said...

samalah! nak balik jugak!! tapi disebabkan busy memanjang. xdapat nak balik.
nak makan durian jugakkkkk
nak makan rambutan..
nak ukak pokok manggisss
huuu

tadi call umi pun dgr happy2 jah kat umah. rindu nak balik kampung!

umi~wannza said...

Jom2! Along...kita balik dua...dgn bas pun umi sanggup!!

nak balik nak balikkkkk!!!

umi~wannza said...

dni...xpe x dop sedaun pun still boleh kait dengan peraih yang jual tu...x payah susah-susah panjat pohon...dapat makan jugak...hik3!

itu stail abah tu...x yah nak susah2 tanam, beli lagi senang. hek3!