Wednesday, August 4, 2010

Banci Penduduk



BANCI PENGGERAK WAWASAN NEGARA

6 July-22 Ogos 2010.


Alhamdulillah...selesai juga melaksanakan satu tanggungjawab terhadap negara. Walaupun mulanya terasa ralat sebab pembanci tu datang waktu maghrib ke isyak, hari itu jatuh malam nisfu syaaban. Ingatkan siapa yang panggil-panggil kat gate. Tengok-tengok seorang yang berbangsa cina. Oleh kerana tak sure dia nak apa, abah cakap biar dia yang pergi bertanya. Oh! Rupanya nak datang banci...Olos....banci gaponyow malam-malam nih!!

Pegawai banci telah meninggalkan borang suruh isi sendiri. Dia akan datang lagi untuk mengutip borang tersebut selepas beberapa hari. Tak lupa disuruhnya kita tampalkan kad berwarna kuning kat depan rumah sebagai tanda rumah kita dah dibanci.

umi pun mengendap mencari maklumat yang lebih terperinci...


Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010BCetakE-mail
1. PENGENALAN

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan. Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010. Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

2.OBJEKTIF
Objektif Banci diadakan antaranya ialah untuk:

a) Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara. b) Menyediakan maklumat yang meluas tentang:

  • Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi; dan
  • Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.

c) Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil; d) Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi; e) Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan f) Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa

Atas

3.TEMPOH

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010

4.PENDEKATAN

Hari Banci 2010 telah ditetapkan pada 6 Julai 2010 yang jatuh pada hari Selasa iaitu satu hari yang dianggap mempunyai mobiliti penduduk yang minimum. Terdapat dua pendekatan yang biasanya digunakan dalam pelaksanaan Banci iaitu pendekatan de jure dan de facto. Bagi pendekatan de jure, maklumat setiap penduduk dipungut mengikut tempat tinggal biasa mereka pada Hari Banci. Manakala, pendekatan de facto maklumat seseorang dihitung mengikut tempat di mana mereka berada pada Hari Banci. Di Malaysia, secara tradisinya Banci menggunakan pendekatan de facto untuk penghitungan penduduk. Percubaan telah dibuat dalam Banci 1980 dan 1991 untuk mendapatkan kiraan penduduk secara de jure sebagai tambahan kepada de facto yang digunakan. Didapati bahawa kiraan penduduk secara de jure adalah lebih tinggi daripada kiraan de facto iaitu kira-kira dua peratus bagi Banci 1980 dan kira-kira lima peratus bagi Banci 1991.

Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 sama seperti yang telah dilaksanakan pada tahun 2000 akan menggunakan pendekatan de jure. Kerja-kerja pembancian akan dijalankan mulai 6 Julai 2010 hingga 22 Ogos 2010 terhadap semua jenis tempat kediaman dan penduduk (termasuk bukan warganegara) yang tinggal/akan tinggal di tempat kediaman mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010 pada Hari Banci.

Atas

5.METODOLOGI/KAEDAH PEMBANCIAN
Dalam pelaksanaan Banci 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan kaedah pengumpulan data yang pelbagai iaitu:
i.
Temu ramah bersemuka:

Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat.

ii.
Pengisian sendiri
a) Drop-off and pick-up (DOPU)

Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi.

b) e-Census
Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan www.statistics.gov.my. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

Untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik ini hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diakses.

6.LIPUTAN

Kerja pembancian akan meliputi semua kawasan di seluruh Malaysia. Semua penduduk Malaysia termasuk penduduk asing yang telah atau akan tinggal selama enam bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun 2010 pada Hari Banci akan dibanci.

Atas

7.MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN

Banci 2010 meliputi tiga kategori yang utama iaitu penduduk, isi rumah dan tempat kediaman. Pecahan bagi kategori adalah seperti berikut:

1.
Penduduk
• Ciri-ciri Geografi • Ciri-ciri Demografi dan Sosial • Kesuburan dan Kematian • Ciri-ciri Migrasi • Ciri-ciri Pendidikan • Ciri-ciri Ekonomi
2.
Isi rumah
• Ciri-ciri isi rumah
3.
Tempat Kediaman

• Jenis tempat kediaman • Bilangan tingkat • Jumlah keseluruhan tingkat bangunan • Bahan binaan dinding luar • Taraf didiami • Bilangan bilik • Status pemilikan • Kemudahan bekalan air minuman • Kemudahan bekalan elektrik • Kemudahan tandas • Kemudahan kutipan sampah

8.INFO
Bil. 23/2010 - 23 Jun 2010 Bil. 22/2010 - 16 Jun 2010 Bil. 21/2010 - 09 Jun 2010 Bil. 20/2010 - 02 Jun 2010 Bil. 19/2010 - 26 Mei 2010 Bil. 18/2010 - 20 Mei 2010 Bil. 17/2010 - 13 Mei 2010 Bil. 16/2010 - 6 Mei 2010 Bil. 15/2010 - 28 April 2010 Bil. 14/2010 - 22 April 2010 Bil. 13/2010 - 14 April 2010 Bil. 12/2010 - 08 April 2010 Bil. 11/2010 - 31 Mac 2010 Bil. 10/2010 - 24 Mac 2010 Bil. 9/2010 - 17 Mac 2010 Bil. 8/2010 - 10 Mac 2010 Bil. 7/2010 - 04 Mac 2010 Bil. 6/2010 - 24 Februari 2010 Bil. 5/2010 - 17 Februari 2010 Bil. 4/2010 - 10 Februari 2010 Bil. 3/2010 - 03 Februari 2010 Bil. 2/2010 - 27 Januari 2010 Bil. 1/2010 - 20 Januari 2010
9.SIARAN MEDIA

Berita Harian Berita Harian, 7 April 2010 - Banci 2010 jadi input penting ke arah negara maju

Bernama Bernama, 24 May 2010 - Census 2010 To Meet Country's Requirements For Good Planning Bernama, 24 May 2010 - E-Census Introduced For Population, Housing Census 2010 Bernama, 7 April 2010 - 2010 Population Census To Be Carried Out From July 6 To Aug 22

Harian Metro Harian Metro, 8 April 2010 - Banci Penduduk 2010 Jawab di Internet

Kwong Wah e-Newspaper Kwong Wah e-Newspaper, 24 May 2010 - E-Census Introduced For Population, Housing Census 2010

My Sinchew.com My Sinchew.com, 24 May 2010 - E-Census Introduced for population, Housing Census 2010 My Sinchew.com, 24 May 2010 - Census 2010 to meet Country's requirements for good planning

New Straits Times New Straits Times, 25 May 2010 - E-Census to make it easier for urban residents New Straits Times, 8 April 2010 - Online census for city, town dwellers

Sinar Harian Sinar Harian, 8 April 2010 -Banci 2010

Sin Chew Daily Sin Chew Daily, 8 April 2010

The Borneo Post Borneo Post, 25 May 2010 - E-Census to make population and housing census easier Borneo Post, 25 May 2010 - Census 2010 to meet country's requirements for good planning Borneo Post, 8 April 2010 - Census info vital in helping draft policies and for strategic development

The Malay Mail The Malay Mail, 24 May 2010 - E-Census introduced for Population and Housing Census 2010 The Malay Mail, 8 April 2010 - New Population census from July 6

The Star The Star, 8 April 2010 - Census will provide key economic data for NEM

Utusan Utusan Malaysia, 24 May 2010 - Rakyat boleh isi borang banci melalui e-Census

Yahoo News Yahoo News, 24 May 2010 - E-Census Introduced For Population, Housing Census 2010

10.PUSAT PANGGILAN

Sila hubungi kami di Pusat Panggilan Banci untuk pertanyaan:

Hotline: 1-800 88 7828
Tel: 03-8885 7826
E-mel: banci2010@stats.gov.my
Pegawai bertugas: Puan Norazlin Muharam
Masa Operasi: 8.30 pagi - 5.30 petang ( Januari - Jun 2010 )
: 8.00 pagi - 10.00 malam ( Julai - September 2010 )
11.LAGU

Banci Penduduk dan Perumahan Maklumat anda semua sangat diperlukan Di bandar atau juga di desa Kita jayakanlah untuk Negara Mari kita semua bekerjasama Maklumat banci banyak gunanya Untuk merancang pembangunan Negara Meneguhkan ekonomi kita Meningkatkan taraf hidup kita semua Banci tanggungjawab kita bersama… Banci pengerak wawasan Negara Terima kasih maklumat anda Maklumat dijamin selamat rahsianya Mari kita semua bekerjasama Banci Penduduk dan Perumahan Maklumat anda semua sangat diperlukan Di Bandar atau juga di desa Kita jayakanlah untuk Negara Mari kita semua bekerjasama

sumber dari LAMAN WEB RASMI: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA.

Beres doh ambo...hehe.. ANDA PULA BAGAIMANA??

4 comments:

ardinihumaira said...

yang datang banci kat umah dni siap sembang lelama ngan umi dni. gelak sakan dni mendengarnya. hehe

umi~wannza said...

ihihii...mesreee...!!! (sambil lambai-lambai tangan macam BOB AF tue..)

nur iman said...

ambo x dibanci.huhu =(
hehe...

umi~wannza said...

ai miss u...hiks3!