Tuesday, August 17, 2010

Selamat pulang...selamat hari lahir....





Hari jumaat, sabtu dan ahad sangat-sangatlah busy. Ada sesuatu yang indah di situ. tapi tak sempat nak publish walaupun dah menitip ayat-
ayat yang tak berapa puitis...jadi gantikan dengan yang ini je lah...kalau edit yang itu...sudah ketinggalan...
huhuu...

hari jumaat lalu: (13 Ogos, 2010)

umi ke sms Tapah, sangatlah mengantuk di kala memandu sorang-sorang sebab tak boleh nak ngap2 makanan sebab puasa, akhirnya sampai juga. Lepas ambil mia terus sambung perjalanan ke soksek di bukit mertajam, pulau pinang pula. ambil anak jejaka yang seorang. sebenarnya umi la yang nak pergi ambil dia jauh di tanjung nuh sebab nak samaratakan kasihnya seorang ibu. umi yang rasa terpanggil berbuat begitu memandangkan setiap minggu umi ke sekolah mia, sedangkan idi selalu suruh dia pulang sendiri...umi akan selalu mencari
jalan untuk berlaku adil...tak apa umi sanggup.

selepas ambil idi dalam pukul 3.00 petang kami segera pulang tapi sempat singgah ke bazar ramadhan di Bandar Perda. beli apa yang patut untuk berbuka ala kadar di atas kereta nanti. Kami meneruskan perjalanan. seronok mendengar idi dan mia bertukar-tukar cerita. idi yang jadi bilalnya...memperdengarkan bacaan pada umi. Sejuk rasa perut umi mengandung. Mia dah cop nak solat terawih berimamkan idi nanti. hehe...hilang semua rasa mengantuk.

Kami berbuka dalam perjalanan...sehinggalah berhenti solat di hentian jalan duta. lepas tu kami terus balik. sampai rumah dalam pukul 9.00 malam. mujur abah menunggu untuk solat terawih bersama. selepas terawih umi tertidur...sedar-sedar kak long balik, bawakan umi makanan kegemaran; SOMTAN...terima kasih kak long...ingat juga kat umi walaupun kak long tak suka somtan tu...tadi kak long ada call umi tanya agak-agak sempat x nak berbuka sama-sama, kalau tak sempat kak long nak pergi solat terawih di masjid kampung baru...so, kerana x sempat lah kak long balik lepas solat...

kak ngah pula tak dapat balik sebab esok pagi-pagi kena pergi ke rumah anak-anak yatim dengan team IMU atas tiket kerja kebajikan. tak apa...esok kita berkumpul ramai-ramai...umi masak sedap-sedap...hek3!

Hari sabtu: (14 Ogos, 2010)

~SELAMAT ULANG TAHUN...SAYANG!
selamat ulang tahun yang ke 15 buat arwah adik Faiz. umi terharu...

kak long: umi...hari ni hari jadi adik Faiz...

umi: iye...umi ingat.

kak ngah: umi...hari jadi adik Faiz ni...

umi: iye...umi tahu.

idi: selamat hari lahir adik Faiz...semoga kita akan bertemu nanti!

umi: lagi terharu.

mia: mia pun tahu...

umi: jom kita bacakan al~quran sama-sama untuk arwah~al-fatihah!

Buat arwah adik Faiz yang kami sayangi....semoga tenang berada di alam sana di dalam lindungan Allah di samping orang-orang beriman. Tunggu kami di sana. Kita jumpa...Insyaallah!

Pulau Pandan jauh di tengah,
di balik Pulau Angsa Dua,
Hancur adik dikandung tanah,
rupa adik terkenang jua.

Hari ini kami berbuka sekeluarga. kak ngah belikan Bread History...terima kasih, ngah...dan..PIXMA MP258. Malam ni kak ngah kerja keras untuk siapkan folio mia, sebab baru ganti printer. mia dan idi pula ada exam isnin ni...

Ahad: 15 Ogos, 2010

Menghantar mia dan idi. mujurlah abah dah siap kertas kerjanya, boleh pergi hantar anak-anak sekali. kak long menghantar kak ngah dan pulang ke kolejnya. Sepanjang perjalanan umi sangatlah mengantuk. asyik tersengguk ke kiri dan ke kanan. abah memandu semasa perjalanan pergi dan ketika pulang ke Kl umi pula bertukar tangan sehingga sampai ke rumah...terus solat terawih dengan abah dan masak nasi untuk sahur...pastu Zzzzz!

apa saja yang tertulis adalah sebagai dairy dan ingatan. usahlah dipertikaikan...nanti panjang umo boleh baca...;)


2 comments:

ardinihumaira said...

Al fatihah...
umi tabahkan hati ya..


umi... kem salam anak2 umi... dni terlebih busy lak minggu ni.rasa cam nak tdo je ni...huhu

take care umi!

umi~wannza said...

terima kasih dni sayang~


semoga dni pun sihat2 dan selamat selalu...
take care..