Thursday, August 5, 2010

Kak Ana: Cikza dah buat TAG dari kak ana...


salam cinta...

Oleh kerana bulan puasa dah dekat, cikza bernekad nak bayar segala hutang dengan jayanya. hutang puasa dah bereh, hutang wang ringgit rasanya tak ada, hutang nak masak nasik dagang dah buat, yang tinggal hanyalah hutang janji sahaja. Itupun janji cikza dengan kak ana nak buat TAG yang dah bersawang gambarnya kat desktop. Cikza dah vacuum bersih-bersih ni....bukan tak ada masa free sebenarnya. hanya mencari mood yang sesuai sahaja. sorry yer kak ana, lambat bukan bererti lupa ;)


cute gambar ni: cikza suka...haih! macam orang muda-muda!

syarat-syaratnya ialah,
mula-mula letak gambar L.O.V.E in the air...

Lepas tu ceritakan pengalaman cinta kita,
~Erm...bab2 hikayat cinta cikza ni dah penuh dalam blog,
semua perasaan cinta dah diperturunkan, kak Ana..~

Bercakap tentang cinta...
cinta akan datang pada bila-bila masa, tidak terduga. macam-macam persepsi tentang cinta. kadang-kadang ada orang merasa kecewa kerana cinta, ketika itu mungkin bukan masanya. jika gagal sekali pun, janganlah dipandang serong padanya.
ada hikmah di sebaliknya. belum hadir cinta yang sebenar, cinta yang diredhaiNya. cinta azali hanya Allah sahaja yang tahu. tak kiralah orang celik ke...orang buta ke, semua Allah kurniakan cinta. bukan hanya cinta antara manusia, ada juga yang mencintai pangkat dan darjat
sehingga merasa tidak puashati bila tidak dapat menggapainya sehingga timbul marah dan dendam. semua kesempurnaan itu datangnya dari Allah, tertulis sejak azali. jangan lupa berdoa dan terus berdoa, yang penting mendapat keredhaan dariNya dan ibubapa, barulah akan merasai nikmat tenang dan bahagia.
oleh itu harus diingat:


1~ Pemberian Allah Taala mengikut kehendakNya,
bukan kehendak kita.
2~ Pada masa yang ditentukanNya, bukan
yang ditentukan oleh kita.
3~ Apa yang kita fikir baik bagi kita, mungkin ia tidak baik bagi Allah Taala tetapi
apa yang tidak baik bagi kita, mungkin ia adalah baik bagi Allah Taala.

Apabila 3 resepi itu diadun digabung digaul
maka apa yang harus kita buat?

hasilnya ialah:
kita harus berdoa kepadaNya
dan redha di atas pemberianNya itu
sentiasa.


lagipun cinta itu luas. semua orang tahu asasnya.


kata alleycats;
cinta itu boleh diumpamakan bagai makan
sambal belacan
HEHE..
~ cinta ambo ko kelate sokmo ~
kuang~kuang~kuang

jom layan video ni...dikir sambal belacan pula.


kan terhibur!!
selero molek tengok demo make nasik ramai ramai..
ni rindu nok kelik nih!

sorry kak ana, lari dari format dah nih.
saja2 ajak berhibur...itupun tanda cinta juga...kan..kan!

haish..ada yang tertinggal ni...

spread the love....tag 4-5 blogger lain

ahaks!
sesiapa yang berminat sila ambil
TAG ini...L.O.V.E is in the air.
tiup-tiupkan ke serata alam
fuh...fuh...fuhhh...

4 comments:

ardinihumaira said...

^__^ lama dni tak jawab tag, umi.. tak menyempat rasanya.. hehe.. best juga kan dah settle jawab tag. rasa lega... fuhh ;D

umi~wannza said...

dni...
hehehe...lama dok peram. kalau tapai manis leting dah...tapi tapai lama berdo'oh boleh jadi masam jugak.
Tag Cinta ni tak luak ke mana ...comei sokmo..kuikuikui!

Alhamdulillah...selesai jugak hutang trang tang tang...weee....banyak je dapat tag, tapi dah expired sekarang.. malu dah nak buat pom.hukukhuk.

sorry ye kpd pemberi Tag...bukan umi sengaja. masa cepat sgt berlalu...umi tetap hargainya :)

nur iman said...

terima kasih cik za.hehehe
tag ni pun x dop tarikh luput,bleh buat bilo2 maso. =D

umi~wannza said...

kak ana...

yup, TAG yang evergreen...sila la ambik siapa yang suka buat ...f.o.c...lagi.
sila-sila.
L.O.V.E is in the air...
comel jer.