Monday, August 9, 2010

nuansa~rasa...



monolog~uh->
umi nak rasa naik lrt...nak juga rasa naik ktm...

jakunnya umi...usia dah senja baru nak cuba naik pengangkutan alaf baru ni. cepatnya masa berlalu. dulu orang tercongok tunggu bas pun umi tak berkesempatan melaluinya sebab tak keluar rumah sangat; sekadar gadis pingitan...layaknya sebagai cinderella di zaman purbaloka...hehe. terima kasih mak...terima kasih wan...menjaga anakanda sehingga dewasa. kasih sayang mak dan wan tak akan terbalas sampai ke bila... hanya doa yang mampu kukumatkumitkan sentiasa...tiba-tiba umi jadi melankolik...ooh!

hari itu hari sabtu, seperti rutinnya, umi bangun pagi-pagi. bersendirian. tenang. tiada apa-apa perancangan. keboringan. sehinggalah mentari naik, cuaca kian terik. kak long call suruh kak ngah bersiap-siap untuk ke karangkraf. dah daftar nama kak ngah sekali katanya untuk hi-tea bersama dara.com. kak long akan balik ambil kak ngah sekejap lagi. umi sampaikan pesanan. kak ngah bersiap-siap walaupun dalam rungutan kerana malas nak join. sebentar kemudian kak long sampai...tapi akhirnya kedua-keduanya tak jadi pergi sebab....m.a.l.a.s!

kami tukar plan. umi pula bersiap-siap. ajak kak long pergi ke klinik. risau sungguh tengok muka yang berjerawat itu. minggu lepas dah bawa pergi klinik tapi...tutup pula klinik pakar kulit tu. pastu bawa pergi facial sahaja lah. tapi katanya selepas facial lagi teruk. aduh! Alhamdulillah, dapat juga kak long jumpa doktor dan dapatkan rawatan, nasihat serta ubat, lepas ke klinik kami sepakat ke midvalley. kak ngah mencadangkan, jika nak naik lrt...tinggalkan kereta umi di rumahnya sahaja. dekat katanya. kami pun ke vista sea. punyalah kerek guard kat situ. sombong tak bagi parking dalam tu. naik radang juga cik hati sebab rumah kitaorang bayar sewa...mahal pulak tuh...ada parking sendiri. apahal terik sangat nih! hish...geram. eee...mintak lesen la...kad residen la kena letak kereta dalam line merah la...kerana geram dan bengang dengan pak guard tuh, kami keluar dari situ. frust juga sebab tadi dah penat jem kat bandar seri kembangan. rugi masa jer...rasa tawar hati dah nak pergi...

kalau ikutkan rajuk umi, nak balik sahaja. hujan mula turun rintik-rintik. begitu lah juga dalam hati umi. kalau pergi dengan kereta tadi dah sampai midvalley. ada hati nak naik lrt. huhu..bukannya apa, hanyalah kerana jumaat depan mia nak pulang bermalam nak naik ktm. jadi, umi nak try la naik sebab mia kan baru form 1, rasa x yakin tapi diizinkan juga kerana cikgu yang handle semua dan bergerak dalam kelompok yang ramai. haish! independentnya anak umi...kerana itu umi rasa nak naik lrt...naik ktm...

bayar dua ringgit, kami parking kat lrt sri petaling. kata kak ngah rm2 untuk satu hari. tak payah berdepan dengan si banyak songeh tu. huh! kak long dan kak ngah pun membawalah uminya menaiki lrt dari sri petaling ke destinasi demi destinasi. umi dipimpin bagai orang buta yang kebingungan....terpinga-pinga. merasalah umi kali ini. seronok lah diorang dapat bawa umi jalan-jalan. waduh bingit juga ya!

akhirnya sampai ke midvalley. meng~usha jam tangan ~idaman kak long~ fossil putih~beli terus la~sebab umi malas nak datang lagi~kak long pergi solat, umi & kak ngah ~ #@%*. kami meninjau-ninjau handbag dalam kedai keith... lepas tu kak ngah cakap nanti dia nak ajak umi makan satu benda yang baru. seeedaaapppp...sangat katanya. umi tak pernah try lagi! hoyeh2. apa ke bendanya nie...tiba-tiba kak long datang, sudah usai solat. beriya-iya juga dia nak belanja makan benda yang belum umi rasa. rupanya perkara sama yang terlintas di fikiran dua beradik tu. umi kena cuba...kata mereka! ini dia...


~apakebendanyani~

ramai pula orang order benda tu. femes la kot...lama betul menunggu nak rasa benda tu. huhu.
sedap kan mi, sedap kan mi? tanya mereka. nyum...nyumm...kami bungkus bawa balik kat abah.
masa jalan-jalan nak balik tu, tersinggah pula kat metrojaya. usha-usha sale yang melambak...hati sudah terpana kat handbag...paris hilton. terbeli pula. waduh! sale~sale~sale.
nak balik dah ni...tak leh lama-lama.. habis laa...dalam hati...klu dtg dgn kereta pun...tadi. nyesal dah tu. mula terasa...payahnya naik ktm @ lrt.

kami cepat-cepat ke stesen ktm kat mid. kata mereka, hari minggu ni bersesak-sesaklah kita. nanti umi tak selesa. umi ikut sahaja. dari mid kami kena berhenti di bandar tasik selatan. tukar lrt ke bukit jalil dan ke sri petaling. laluannya agak jauh...hari dah beransur malam hati dipagut resah, minta dipermudah...sampai di bts, kami turun di situ. oleh kerana train sudah datang, kami berlari-lari melangkau anak tangga takut tak sempat naik train yang datang. adus...tercungap-cungap di situ. rasa nak patah kaki berlari bagai nak rak tadi...mujur tak tertinggal...

kami pun naik...berdiri di celahan orang yang ramai. kata kak ngah...rasanya kita tersalah arah. kita kena turun ni. masa tu train dah sampai kat jln chan sow lin. entah lah. kalau nak jual umi pun...umi tak reti nak lari dah ni...kami pun turun untuk menunggu train lain untuk ke bukit jalil dan sri petaling. peliknya tiada seorang pun yang menunggu di situ...

jam sudah pukul 8.00 malam. kami kembali senyum tatkala muncul sebuah gerabak dari kejauhan. tapi tertulis ~NOT IN SERVICE~ memang gelap lah takde orang dalam tuh. hanya driver jer yang menjenguk dan tanya kami "nak pergi ke mana?, katanya naik lah", sebab dia pun nak pergi ke sri petaling. tak ada dah train ke sana nanti. kalau adapun mungkin lewat malam...pukul 11.00 malam gitu. agak kompiuh jugalah kami. tapi kami bertiga naik jugak dalam kegelapan gerabak itu, kami sembang kuat-kuat sebab takut sudah menguasai...terasa macam bermimpi naik gerabak keretapi berhantu...wuwuwuuu...

mujurlah tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku. dalam keresahgusaran itu ~sebab jauh jugak perjalanan, tambah-tambah malam...berdebar sakan. ambil gambar sana-sini...satu pun tak menjadi...gelap gelumatlah katakan. satu lampu pun tak dipasang dalam coach tu. driver tu dah cakap awal-awal...tak apa kan, dalam gelap? kami jawab serentak...tak aper...huhuuu...padahal tuhan saja yang tahu. takutnyerrrr....kalau umi takde, dah sah-sah umi tak bagi anak-anak umi naik kayak gituh! ya amponnn.

Akhirnya kami selamat sampai. rupanya itulah stesen terakhir dan driver nak pergi simpan train kat situ kot. tak tahulah kami....mujurlah dipermudahkan oleh Allah perjalanan kami tadi. gelap-gelap pun sampai juga. kami tak henti-henti bersyukur kerana dapat balik. naik tangga turun tangga...terus ke tempat kereta balik ke rumah...terima kasih abang driver! tumpangkan kami tadi. kalau tak tercongoklah kami kat situ bagai menunggu bas pula..apapun...kak ngah tahu jalannya...Alhamdulillah!

begitulah pengalaman umi naik train...bagaikan mimpi ngeri. tak pernah-pernah dibuat orang...naik coach 3 beranak dalam tren yang gelap...laen kali, jem-jem pun, baik bawa kereta sendiri lah...satu pengalaman yang mengujakan, penat dan serik. sampai rumah kena masak pula...lepas makan, umi terus pengsan!!!

panjangnya catatan...takpe boring-boring boleh baca, kenangan terindah~dush!



ada orang baca ke? ish! maluuu...




3 comments:

ardinihumaira said...

dni baca! ;)


dni penah naik lrt pastu hampir tersepit.. budak kampung datang bandar besela tak gheti ape2 dni ni.. huhu time tu tak ada raasa malu langsung. cuma ada rasa macam eh eh eh gerunnya... pas balik rumah kawan baru rasa ya Rabbi malunya tadi masa nak tersepit kat lrt dengan muka tak terkejut sebab tak bajet pun pintu nak terkatup. hehehe...


dni pun baru je pegi kaukan benda2 kat muka ni. banyak pk sejak akhir2 ni buatkan jerawat mula datang bermastautin kat muka... kaklong ambik ubat cmana tu umi.. dni nak pegi try jugalah.. tak lama lagi majlis tunang kalo ade jerawat macam tak best pula. huhu

umi~wannza said...

dni...umi bangga jadi orang kampong. biarlah orang kata 'darat' pun...tapi untuk mengekalkan sifat kekampungan itu yang mahal tuh. wlupun hidup di bandar tapi masih stail kampong tak kesah lah asal hati kita tenang. lagipun orang bandar hidup cara nafsi-nafsi. mereka bukan ambik pot pasal kita. cuma kita kena pandai2 bawa diri...masuk kandang kambenk kenalah mengembek...sekali-sekala...adat dan sopan kena jaga juga...kami kat rumah memang mengamalkan cara hidup kampong..masak cara kampong, cakap pun cakap kelate...hehe..

dni...
pasal cara berubat untuk kak long tuh...nanti umi buat satu entry. umi nak berkongsi...sabar ea. klinik ni memang best, dekat rumah umi...

Mia Lara said...

umi :)
sy masa form 2 dulu, abg ajak naik train. tapi masa tu kat asrama kan mcm xtau ape sangat, budak2 lagi. pg kl, abg bwk naik train jalan2, lama2 naik dgn dia je, dy tunjuk macamna. then bile dah besar sikit, nk pg mana2 dy suruh naik train sndri plak, tapi masa tu baru baru lagi so kerap la msg2 abg tanya lepas ni nak turun mana, kena tuka train tak ape semua. dh lama lama, dah pandai pegi sndiri. so sekarang berdikari je la keje nak g mana mana :))

just nak share. rindu kakngah sarah :)

-mira :)