Tuesday, March 27, 2012

Sate Ike [lokching]



Bahan-bahan:

500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

SOS Manis

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1.      Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2.      Masukkan air.
3.      Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4.      Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5.      Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

kalu hok toksei raso bawe putih, tokpayoh boh. Tra la deh, jjadi tok jjadi atah tange masing2 la. 


(kredit: engkusulwani.blogspot.com & pinkymomma.com+ kuih muih/lauk pauk kelate)


***sedap mugo begonim...sanggup tunggu ore bbakar klu nok beli...anak2 pun suko blako ♥



Sunday, March 25, 2012

Air Kacang Soya





Air Soya.
-500g kcg soya.
-Gula secukupnya(air gula).
-penapis teh tarik.

cara:
-rendam kcg 4jam takleh lebih ye..
-blend kacang ( 1cwn kcg 4cwn air. jgn buh kcg byk2 kang bsembur dan hampas asing dan boleh blend lagi dan lagi.)
-masak pati soya sampai mendidih (api kecik dan kacau).
-tuang air gula (bajet 500g kcg +-1/2kg gula, better rasa dulu ye).
-didihkan smpai pekat n hidang!
-(stengah org cakap tmbh 1sudu kecik tpg jgg kasi pekat)

=500g kcg leh dapat 6 botol 1.5 liter air.




P/s: PETUA ORANG TUA-TUA
UNTUK DAPATKAN ANAK YANG BERKULIT MULUS DAN PUTIH, MINUM AIR SOYA SEMASA
MENGANDUNG...
dapat anak cantik woooo...
ngehehehehe
(umi ikut je..n memang suka minum air soya n air wajib time berbuka dalam bulan puasa ♥♥♥)


Friday, March 23, 2012

Koleksi Nur Kasihku...

Saya ingin berkongsi Koleksi Nur Kasih ini bersama rakan-rakan saya kerana tudung ini sangat selesa dan menawan. Sepanjang saya memakai tudung dari koleksi ini, saya sering ditegur oleh orang yang berada di sekeliling saya samada dikenali atau tidak kerana mereka menyenangi dan sangat teruja dengan tudung yang cantik ini. (orang tak cantik macam saya pun kadang-kadang terbuai dalam mimpi...hehe)...Saya suka tudung Nur Kasih ini kerana ianya amat sopan dan labuhnya menutupi dada. Selesa dipakai di mana-mana sahaja. Manis dan mempesona. Grab lah tudung yang terhad ini dengan harga yang sangat berbaloi


Koleksi terhad...cepat...cepat...rugi kalau tak dapat sebab tudung ni sangat best dan mungkin tiada lagi desigin ini.


(SOLD OUT)

KOD: NK3 (RM 65)
Material :DENIM JEANS & CHIFFON
PANJANG TUDUNG : 40&65CM

- Setiap kod hanya 1 Helai sahaja
- DIJAMIN tidak jarang dan tidak nipis
- Mudah Dibentuk
- Tak Iron pun boleh pakai

Untuk tempahan anda boleh hubungi saya di 013-3396681














KOD: NK2 (RM 65)
Material : DENIM JEANS & CHIFFON
PANJANG TUDUNG : 40&65CM

- Setiap kod hanya 1 Helai sahaja
- DIJAMIN tidak jarang dan tidak nipis
- Mudah Dibentuk
- Tak Iron pun boleh pakai

Untuk tempahan anda boleh hubungi saya di 013-3396681






KOD: NK1 (RM 65)
Material : DENIM JEANS & CHIFFON
PANJANG TUDUNG : 40&65CM

- Setiap kod hanya 1 Helai sahaja
- DIJAMIN tidak jarang dan tidak nipis
- Mudah Dibentuk
- Tak Iron pun boleh pakai

Untuk tempahan anda boleh hubungi saya di 013-3396681



...TaTaTiTiTuTu...




tempias ombak rindu...hehe

Sahabat Selamanya...

Salam Pagi Jumaat...sahabat ♥


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Thursday, March 22, 2012

Jom minum petang...


Kuih Kasui & Kaswi

3 cawan gandum
3/4 cawan tepung ubi
3 kerek nissang (gula merah) masak ngan air
2 cawan air(tambah kalau adunan terlalu pekat)
Sedikit kapur makan
Secubit garam

Kelapa parut garam

Campur semua bahan sebati...tapis supaya tak berketul.. panaskan kukusan, sapukan acuan ngan minyak..kukus dalam 15 minit kalau acuan kecil..kalau loyang dalam 30-40 minit...makan ngan kelapa parut..







p/s: umi sudah mencuba buat kuih kasui ni...hasilnya...jeng jeng jeng--->>


 #BUAT KUIH KASUI tapi jadi KUIH BAKUL #
-->kehkehkeh <--




walau bagaimana pun, abah suka kuih bakul umi ♥♥
ehehe







Biskut Arab


anak-anak suka biskut nih...



Biskut suji atau biskut arab:

1tin 400gm minyak sapi QBB
300gm gula ising
1kg tepung gandum

Cara membuatnya:
Masukkan minyak sapi ke dalam mangkuk adunan
masukkan gula dan kacau hinga rata
Kemudian masukkan tepung uli hingga menjadi doh yg lembut..
boleh la digentel bulat2 dan dibakar mengikut suhu oven masing2 untuk membakar biskut..

Selamat mencuba.


oh! senang jer buat biskut Pak Arab nih :)

Wednesday, March 21, 2012

mari bermain tepung...





400 g tepung roti (strong white bread flour)
2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
2 sudu besar gula castor
50 g mentega } cairkan
1 biji telur
100 ml susu segar suam
110 ml air suam
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan

Cara membuat:

-Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
-Buat lubang di tengah2nya tuangkan mentega, susu, telur dan air.
-Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut
-Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
-Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.




-Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
-Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
-Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai jika perlu kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
-Letak sosej diatasnya kemudian gulung
-Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
-Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)
-Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
-Ulang kesemua doh hingga habis
-Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda




-Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
-Panaskan oven pd suhu 190'C- 200’C, bakar selama 12 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 5 - 8 minit atau sehingga keperangan
-Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
-Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka.










seuntai rasa...

bacalah kitab cintaku, KEKASIH
beleklah dari helai-helai karangan rinduku
mutiara jernih telah tertitip pada hati
rimbun terhimpun fosil terhampar
gigi pantai tetap bersuara pada baringku
yang lesu dalam keluh ingat ini

setiap putih butir pepasir yang diam
adalah kerikil lelah mencanak tumitku
di antara langkah demi langkah
mengintaiMU dalam kudup harap
bakal merekah menjadi kelopak terindah
bersimbahlah buih-buih yang telah hilang payalnya
kencana hatiku selerak dalam rindu

Al QalamiMU tetap gah pada dadaku
terlakar menjadi aksara wangi membaris makna
semilir angin mengusap kata
ucapmu telah terhimpun memayungi
luyut cintaku
dari rinduMU
yang meledak menjadi bara
ruang diri tetap kental
pada romaku yang takkan hangus
dalam kepul asap cinta hakiki

Ubat Sakit Kepala


semoga hari ini lebih baik dari semalam...


Monday, March 19, 2012

Alhamdulillah...Blog Dah Berfungsi Kembali, TQ..Adly!

Tetiba sahaja blog umi meroyan sehingga gerun nak masuk ke laman sendiri. Asal klik jer, terus dapat warning! Tak boleh nak bukak, umi sendiri pun tak boleh nak baca. Frust la jugak kan...nak update entri baru pun rasa terbantut. Dalam hati berkata-kata sendiri, mungkin inilah petanda supaya umi berdiam diri dari berblogging. Lagipun blog ini tiada apa-apa yang menarik, blog SDN BHD semata-mata.



Dia jadi macam ni:




Semalam bila bukak je blog, jadi macam tu, pagi tadi umi bersuara di twitter masalah umi ni...Alhamdulillah, kes di atas dapat diatasi hasil respon dari seorang rakan twitter umi saudara
Adly Mukhtar yang umi kenali sebagai seorang usahawan internet muda yang sedang meningkat naik dan dikagumi,  idola remaja masa kini. Cewah!


http://adlymukhtar.com/ibu-bapa-bisnes.html


...nanti nak ajak datang rumah makan nasik lah...upah tolong umi! Eheheheee...


Sekarang blog umi dah berfungsi tanpa ragu-ragu lagi atas sentuhan nasihat insan hebat ini.




So. umi terpaksa buang shoutbox aka chit chat bersama umi tu, untuk clearkan masalah tak boleh masuk ke gubuk kecil blog umi. Setelah remove shoutbox barulah ok! Alhamdulillah!


p/s: Sebenarnya umi bukannya nak berblogging sangat pun, hanya ada rasa sekelumit sayang kepada blog usang ini kerana telah banyak mengumpul kenangan!


OK..Wassalam...

Thursday, March 15, 2012

Pulut Pagi




Resepi Pulut Pagi

1/2 kg beras pulut (rendam dulu dalam 2 jam pahtu toskan, baru kukus)
1/2 cawan gula melaka - I used 2 keping nisse tu ha..cairkan
1/2 biji kelapa parut putih (buleh beli dessicated coconut dale peket)
1/2 sudu teh garam halus (ikut sedak la nok sikit nok banyok!)
1 cawan kacang merah direbus


Cara:
Kukus pulut separuh masak.
Angkat dan gaulkan dengan gula melaka
Kukus lagi sehingga masak
Kukus sekejap kelapa parut supaya tak cepat basi.
Bila nak makan, gaulkan pulut dan kacang merah dengan pulut tadi..



Selamat Datang CELCOM






Kami sekeluarga pengguna tegar MAXIS setia bersama selama 10 tahun untuk nombor-nombor telefon bimbit yang cun bagi semua anak beranak.





Kini bertukar ke CELCOM sekeluarga kerana berminat dengan pakej yang ditawarkan pihak celcom yang lebih jimat. Rasa sangat berbaloi.


Bukan senang mengambil keputusan menukar dari talian MAXIS ke CELCOM kerana semua urusan penting berpaksikan nombor maxis yang sekian lama digunakan. Namun terpaksa akur setelah berfikir panjang dan slow talk dengan setiap ahli keluarga sehinggakan umi berjanji untuk membeli setiap seorang gadjet terbaru untuk penggunaan yang lebih ekonomik melalui pakej dari CELCOM sebagai hadiah hari jadi...siapa yang sudah menyambut hari jadi...alhamdulillah, umi sudah tunaikan..yang belum lagi tu...mesti tak sabar menunggu...ye!


Namun begitu untuk umi dan abah, kami sudah memiliki untuk merealisasikan penghijrahan ini. Bukan senang nak pujuk abah untuk menerima cadangan ini, apatah lagi untuk menggunakan apa-apa gadjet berjenama APPLE...kerana beliau sangat sayangkan NOKIA yang digunakan selama ni. Nasib baik kami juga pengguna tegar APPLE, pujuk punya pujuk...akhirnya abah cakap macam ni..." umi pergi la belikan untuk abah iPhone!" Wahh...terus umi meluru ke  CELCOM BLUE CUBE di Midvalley...


  


Kami ambil pakej iPhone/celcom, bergerak seiring dengan arus semasa yang begitu pantas, semestinya semua orang ingin menggunakan telefon dan internet dalam masa yang sama. Kami bukan buta gadjet apabila tidak memilih android atau smartfon lain seperti Blackberry dan sebagainya...tetapi kami sudah biasa dengan apple...makanya iPhone memudahkan kami...


Namun begitu, abah masih lagi bersuara apabila melihat kebanyakan rakan sekerjanya memakai Samsung..Oh! Kami terus membimbing abah menggunakan iPhone 4S nya...memupuk minatnya..dan kini abah memuji-muji kerana kak ngah banyak membantu...


Hanya tinggal dua orang lagi yang masih menunggu detik hari jadi untuk sama-sama memiliki...seorang bulan April...seorang lagi bulan September...hehe...sabarlah menanti...janji tetap janji. Umi tidak pernah pilih kasih. Membahagi segala seadil-adilnya. Sekadar termampu. Bukan pada kebendaan malah kasih sayang. Orang luar yang silap mentafsir itu sebenarnya tidak pernah mengenal umi. Sukar nak ubah persepsi orang, tapi akan cuba tingkatkan prestasi diri kerana setiap kali hadir ulang tahun kelahiran, detik waktu semakin berharga, kita semakin hampir ke sana!




INSYALLAH KAMI AKAN SETIA DI SINI.
BLUE CUBE



*selamat datang ke dalam keluarga kami*


p/s: kami mengekalkan nombor maxis (012) sekeluarga sebagai nombor kedua dengan penggunaan prepaid, HOTLINK
menggantikan yang dahulunya kami melanggan secara bil/postpaid.
rasanya tiada masalah komunikasi jika kenalan ingin menghubungi kami selepas ini.
kepada kenalan rapat yang inginkan nombor celcom, bolehlah sms melalui nombor maxis.




Wednesday, March 14, 2012

Senarai Kawasan Gangguan Bekalan Air-14hb Mac 2012

KAWASAN GANGGUAN BEKALAN AIR ESOK 14 MAC 8 PAGI - 15 MAC 8 MALAM


Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah 

1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat


  WILAYAH HULU SELANGOR
  1. Kg. Sg. Serai, Kuang
  2. Kg. Kuang, Kuang
  3. Kg. Cempedak, Kuang
  4. Kg. Gombak, Kuang
  5. Kg. Baru, Kundang
  6. Kg. Melayu Sri, Kundang
  7. Kg. Permata, Kundang
  8. Taman Desa, Kundang
  9. Bandar Baru Kundang
  10. Kundang Jaya, Kundang
  11. Taman Rajmat Jaya, Kundang
  12. Taman Tasik Biru, Kundang
  13. Kawasan Industri, Kundang
  14. Keseluruhan Bandar Tasik Puteri


WILAYAH PETALING 
  1. SS 1 – 6, PJ
  2. SS 7, Kelana Jaya
  3. SS 8, Trade Zone
  4. SS 9A, Sg. Way
  5. SS 20, Damansara Kim
  6. SS 21 & 21A, Damansara Utama
  7. SS 22, Damansara Jaya
  8. SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
  9. SS 24, Taman Megah
  10. SS 25, Taman Mayang Mas
  11. SS 26, Taman Mayang
  12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
  13. PJU 1A, Damansara Idaman
  14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
  15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara
  16. PJU 7, Mutiara Damansara
  17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
  18. Taman Megah Mas
  19. Bandar Utama
  20. Tropicana Golf
  21. TTDI & Pinggiran TTDI
  22. Sg. Pencala
  23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
  24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
  25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
  26. Seksyen 12 hingga 14, PJ
  27. Kg. Melayu Subang
  28. U3, Subang Perdana
  29. U5, Mah Sing
  30. Subang Bestari

WILAYAH KUALA LUMPUR
  1. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
  2. Kelab DiRaja Selangor
  3. Bukit Kiara Resort
  4. Pusat Sukan Bukit Kiara
  5. Pusat Sains Negara                                    
  6. Suruhanjaya Sekuriti
  7. Bahagian Teknologi Pendidikan
  8. Pusat Konvensyen Sime Darby
  9. Jalan Segambir
  10. Jalan Belimbing                                         
  11. Jalan Setia Bistari
  12. Jalan Setia Murni 1 hingga 12
  13. Jalan Setia Budi
  14. Jalan Setia Rasa
  15. Jalan Setia Raya
  16. Jalan Setia Jaya                                          
  17. Jalan Medan Setia
  18. Jalan Setia Bakti
  19. Jalan Setia Kasih
  20. Plaza Damansara
  21. Taman Seri Beringin

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM 
  1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
  2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
  3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
  4.  Seluruh Kawasan Puncak Perdana 
  5.  Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah 
  6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar 
  7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
  8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri        
  9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam      
  10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru    
  11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
  12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
  13. Seluruh Kawasan Jalan Yadi
  14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
  15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
  16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
  17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
  18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
  19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
  20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
  21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
  22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
  23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
  24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
  25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
  26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
  27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
  28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
  29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
  30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
  31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
  32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
  33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
  34. Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
  35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
  36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
  37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
  38. Seluruh Kawasan Pandamaran
  39. Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
  40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
  41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran

WILAYAH KUALA LANGAT
  1. Tmn Perwira  Sijangkang
  2. Tmn Sri Medan  Sijangkang
  3. Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
  4. Tmn Sijangkang Indah  Sijangkang.
  5. Tmn Sijangkang Jaya
  6. Rancangan Rumah Murah Sijangkang
  7. Bt 8  Sijangkang
  8. Bt 8 1/2  & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
  9. Bt 9  Kg Medan
  10. Bt 9  Sijangkang
  11. Bt 10 Kebun Baru
  12. Ladang Telok, Telok Panglima Garang
  13. Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
  14. Tmn Panglima,  Telok Panglima Garang
  15. Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
  16. Tmn Emas  , Telok Panglima Garang
  17. Tmn Halijahton  , Telok Panglima Garang
  18. Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
  19. Tmn Indah Jaya  , Telok Panglima Garang
  20. Jln Kenanga  Sijangkang
  21. Tmn Telok  , Telok Panglima Garang
  22. Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
  23. Tmn Jaya Utama  , Telok Panglima Garang
  24. Tmn Pahlawan
  25. Tmn Medan Indah  , Telok Panglima Garang
  26. Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
  27. Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
  28. Kg Mujahiddin  Bt 9 Kebun Baru
  29. Jln Gotong Royong  Bt 8 Sijangkang
  30. Jln Telok Mengkuang  , Telok Panglima Garang
  31. Jln Kubur  , Telok Panglima Garang
  32. Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
  33. Jln Manggis  Kg Medan
  34. Jln Pisang  Kg Medan
  35. Jln Helang  Kebun Baru
  36. Jln Merak  Kebun Baru
  37. Jln Sekolah  Bt 9 Kebun Baru
  38. Jln Murai  Bt 9 Kebun Baru
  39. Jln Siantan  Bt 10 Kebun Baru
  40. Jln Masjid  Bt 10 Kebun Baru
  41. Jln Cempaka  Bt 10 Kebun Baru
  42. Jln Enggang  Kebun Baru
  43. Jln Rajawali  Bt 9 Kebun Baru
  44. Jln Besar Sijangkang
  45. Ladang Telok  , Telok Panglima Garang
  46. Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
  47.  Pekan Telok  , Telok Panglima Garang

Wordless Wednesday

Alhamdulillah...jodoh kita masih panjang (gen2)
kami masih sayang kamu 

Wednesday, March 7, 2012

SATAR IKAN



Satar Ikan
Bahan-bahan:
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sedikit asam jawa
daun pisang secukupnya

Cara Membuat:
1. Ikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan halia dikisar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan


Dari cerita rakyat yang saya dengari SATAR IKAN ini berasal dari Kuala Besut,
BESUT, TERENGGANU.
Setiap kali balik ke kampong kelahiran saya di JERTEH, rasa tak lengkap jika tak pergi beli SATAR di KUALA BESUT...
Memang sedap..memang power punyer!!!!


tak boleh cakap banyak-banyak...nanti kempunan pula 
:D:D:D

Tuesday, March 6, 2012

sejenak...

Doa semasa duduk antara dua sujud itu

Maksudnya...

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Sunday, March 4, 2012

Rindukan mak...

Beberapa hari ni hati tak berapa tenang kerana asyik teringatkan mak. Walaupun dah bercakap dengan mak melalui talipon, masih jua meronta-ronta nak minta izin dari my hubby nak bawa mak datang di sini, 
apatah lagi tatkala sedang makan makanan kegemaran mak...lagilah teringat :p


mak memang suka makan udang, ketam...


Selalunya kalau dah menalipon mak, bersiap sedialah untuk berkawad selama lebih sejam.
macam-macam cerita nak kongsi dengan mak.
Suka sangat dengar mak gelak-gelak kecil bila sembang dengan mak. 
Kalau mak nangis pun aku dengar juga.
Kalau mak resah risau pun sama-sama lah kita merasa..
Rindu sangat nak tatap mata mak,
Nak sikat rambut mak,
Nak masak untuk mak...


Tadi dah slow talk dengan my beloved hubby,
nanti nak gi ambik mak di rumah ciksu,
nak bawa mak duduk sini pulak,
gilir-gilir!



Dah simpan udang paling besar untuk mak.
Dah dua kali masak udang, rasa macam tak senang duduk teringatkan mak.
Tadi masa call mak...mak cakap macam ni...
mak pun teringatkan za jugak,
Oh Tuhan...kuatnya aura seorang ibu terhadap anaknya.
Happyyyyy....sangattttttt....


SAYANG MAK ♥



Friday, March 2, 2012

Catatan Citra Kehidupan: Pesanan


Renungan Untuk Ibu Dan Anak

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tidak baik tetapi tidak ada masa nak buat yang baik.
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
  • Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Oleh itu ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak-anak jangan buat ibu jatuhkan air mata. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  • Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
  • Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.
3 orang yang kita perlu tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
  • Anak
  • Ibu
  • Suami.
Kalau kita ada perselisihan faham dengan suami sehingga nak bercerai, tataplah muka suami kita ketika dia tidur - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tetapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang tidak ada, bolehlah teruskan apa yang patut.

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya, cuma menangis dalam hati sahaja. Oleh itu bagi sesiapa yang masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.


Kalau ada niat yang baik teruskanlah.. 

Kalau tidak mampu melakukan sesuatu, pasang niat pun sudah mencukupi. Maksudnya jika tidak mampu menolong orang, niat nak menolong pun sudah memadai.

Kalau kita tidak mampu meletakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat meletakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dahulu.

Ada kaedah di mana kita boleh meminta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah ini dipanggil “wasilah amal” .
  • “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
  • Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maknanya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit atau musibah.
    • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah.
    • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”.
    • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
  • Malah suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
Berdoa

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakan beliau!
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada.
  • Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
    • Contohnya pergi ke pusara mak kita dan cakap..“Mak, esok anak saya nak kahwin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kahwinkan” atau “Bapa saya nak kahwin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”
    • Luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.
  • Bila melalui kawasan perkuburan, perlahankan perjalanan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “Berkatilah si A ini” dan jika tidak bagi salam, mereka akan kata “Celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam kepada merika.
Bersedekah

Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain menyimpan harta sampai mati dan tidak pernah keluarkan zakat.
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
  • Bila hendak keluar berbelanja, selalu sediakan duit untuk bersedekah kerana dalam duit kita itu ada hak orang susah. Jadi bila ada orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk diberi sedekah agak susah masa sekarang dan tidak ada masa jadi Allah hantarkan orang susah ini untuk kita dapatkan pahala! Tetapi awas dengan mereka yang menyamar atau berpura-pura.
  • Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tidak ada teruskanlah memberi peruntukkan itu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku”. Itu yang buat ibu kita bahagia di sana.
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
Ibu atau Bapa Sakit
  • Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk.. ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyok.. Hakikatnya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu atau bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
  • Allah kalau boleh tidak mahu kita masuk neraka oleh itu Allah tidak akan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi Dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum Dia mengambil kita.
Saka

Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
  • Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi. Di samping itu selalu sakit tulang belakang atau tulang belakang bengkok atau rasa mengantuk selepas asar.
  • Saka dipindahkan melalui kasih sayang, harta pusaka walaupun sebiji pinggan atau amalan atau sentuhan.
  • Di antara penyakit saka adalah kanser payu dara, kanser rahim dan kanser tulang.
Tanda-tanda terkena saka
  • Tidak boleh tidur lena tetapi apabila hampir azan subuh, senang lena.
  • Bila sudah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
  • Susah hendak dapat anak, senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak bersama, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka
  • Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyaAllah saka akan cair dan keluar dari badan.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah kanser, aids dan leukemia.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
  • Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
Anak Lari Dari Rumah
  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dipenyangkut baju dan anginkan dan hadiahkan surah al-Ikhlas setiap hari.
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil

Bila anak sudah tidur, duduk di hujung kepala panggil Roh Anak
  • Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
Maklum balas daripada mereka  yang pernah mencuba sungguh menakjubkan, setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi.


Wallahualam....

Thursday, March 1, 2012

Tip menjadi seorang yang tabah

#   Terima ketentuan Ilahi baik yang pahit mahupun yang manis dengan reda.
#   Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
#   Usah menyesali dan meratapi takdir diri.
#   Lihat apa yang berlaku dari sudut positif.
#   Beristighfar dan ingatlah dengan Maha Pencipta.
#   Luahkan apa yang terpendam di hati kepada keluarga atau kenalan rapat.
#   Dapatkan semangat daripada orang yang dipercayai.
#   Kawal emosi diri, sentiasa memberi kata semangat kepada diri sendiri.
#   Berdoa agar Allah memberi kekuatan rohani, minda dan jasmani kepada kita.



Kita hanyalah manusia biasa yang....


...Tidak setampan nabi Yusuf, tidak segagah nabi Daud, tidak sekuat Umar bin Khatab, tidak sehalus Usman bin Affan, tidak sepintar Ali bin Abi Talib, dan tidak sesabar Abu Bakar As Siddiq!


Semakin berusia, semakin rencam pula masalah yang menduga. Ceria-ceria selalu biarpun ribut dan badai melanda. Tabahkan hati ♥