Kami sekeluarga pengguna tegar MAXIS setia bersama selama 10 tahun untuk nombor-nombor telefon bimbit yang cun bagi semua anak beranak.
Kini bertukar ke CELCOM sekeluarga kerana berminat dengan pakej yang ditawarkan pihak celcom yang lebih jimat. Rasa sangat berbaloi.
Bukan senang mengambil keputusan menukar dari talian MAXIS ke CELCOM kerana semua urusan penting berpaksikan nombor maxis yang sekian lama digunakan. Namun terpaksa akur setelah berfikir panjang dan slow talk dengan setiap ahli keluarga sehinggakan umi berjanji untuk membeli setiap seorang gadjet terbaru untuk penggunaan yang lebih ekonomik melalui pakej dari CELCOM sebagai hadiah hari jadi...siapa yang sudah menyambut hari jadi...alhamdulillah, umi sudah tunaikan..yang belum lagi tu...mesti tak sabar menunggu...ye!
Namun begitu untuk umi dan abah, kami sudah memiliki untuk merealisasikan penghijrahan ini. Bukan senang nak pujuk abah untuk menerima cadangan ini, apatah lagi untuk menggunakan apa-apa gadjet berjenama APPLE...kerana beliau sangat sayangkan NOKIA yang digunakan selama ni. Nasib baik kami juga pengguna tegar APPLE, pujuk punya pujuk...akhirnya abah cakap macam ni..." umi pergi la belikan untuk abah iPhone!" Wahh...terus umi meluru ke CELCOM BLUE CUBE di Midvalley...
Kami ambil pakej iPhone/celcom, bergerak seiring dengan arus semasa yang begitu pantas, semestinya semua orang ingin menggunakan telefon dan internet dalam masa yang sama. Kami bukan buta gadjet apabila tidak memilih android atau smartfon lain seperti Blackberry dan sebagainya...tetapi kami sudah biasa dengan apple...makanya iPhone memudahkan kami...
Namun begitu, abah masih lagi bersuara apabila melihat kebanyakan rakan sekerjanya memakai Samsung..Oh! Kami terus membimbing abah menggunakan iPhone 4S nya...memupuk minatnya..dan kini abah memuji-muji kerana kak ngah banyak membantu...
Hanya tinggal dua orang lagi yang masih menunggu detik hari jadi untuk sama-sama memiliki...seorang bulan April...seorang lagi bulan September...hehe...sabarlah menanti...janji tetap janji. Umi tidak pernah pilih kasih. Membahagi segala seadil-adilnya. Sekadar termampu. Bukan pada kebendaan malah kasih sayang. Orang luar yang silap mentafsir itu sebenarnya tidak pernah mengenal umi. Sukar nak ubah persepsi orang, tapi akan cuba tingkatkan prestasi diri kerana setiap kali hadir ulang tahun kelahiran, detik waktu semakin berharga, kita semakin hampir ke sana!
INSYALLAH KAMI AKAN SETIA DI SINI.
BLUE CUBE
*selamat datang ke dalam keluarga kami*
p/s: kami mengekalkan nombor maxis (012) sekeluarga sebagai nombor kedua dengan penggunaan prepaid, HOTLINK
menggantikan yang dahulunya kami melanggan secara bil/postpaid.
rasanya tiada masalah komunikasi jika kenalan ingin menghubungi kami selepas ini.
kepada kenalan rapat yang inginkan nombor celcom, bolehlah sms melalui nombor maxis.
♥
No comments:
Post a Comment