Thursday, March 25, 2010

Antara KELUHAN dan KESABARAN...



Dengarlah umi cerita ni...

  Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji, tiba-tiba dia terpandang seorang wanita yang berseri mukanya lalu berkata, "Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang berseri wajahnya sebelum ini, tentu dia tidak pernah menghadapi sebarang masalah."
 
  Mendengar kata-kata itu, wanita itu tidak menjawab, "Apa yang kamu kata itu tidak betul, aku sendiri sedang menanggung penderitaan yang amat sangat dan dalam masalah ini tiada siapa yang boleh dipersalahkan."

  "Bagaimana terjadi demikian?" tanya Abu Hassan.

  Jawab wanita ini, "Suatu hari suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku. Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yang bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yang tengah kepada adiknya, "Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing?" Si adik mengangguk, maka dilentangkan adiknya lalu disembelih. Melihatkan darah yang mengalir, ia menjadi takut lalu lari ke dalam hutan. Akhirnya dia dimakan oleh serigala di sana. Suamiku yang pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. Anak kecil inipun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan dia mati di situ. Berita ini sampai kepada anakku yang tua. Kerana terkejut ia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara."

  Soal Hassan lagi, "Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yang maha hebat ini?".

  Jawab wanita ini, "sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yang berbeza. Sabar adalah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah.  Adapun  mengeluh adalah sifat dan tanda orang yang tidak ikhlas kepada Allah."


story dary buku yg o mei bace tulisan :Mohammad Qayum A. Badaruddin:
sharing is caring...
salam sayang : umi.
25/3:5.44 pm

2 comments:

Sarazaqea said...

comey blako :):)
comey nyo adik faiz..
idi manjo kededep
umi senyum semewep...hihihi
gurau jah...gurau gurau manje gitu...kiki
umi sangat ayu *_*
i loike :))))))

umi~wannza said...

hihi..
senyum semewep,
ubi keledek...
rebuh ubi,
wat kue cek mek..

memey doh...anok2 umi manjo2 blakow..
kak long,kak ngah,idi,faiz,mia...
umi saye sluroh jiwo rago.