Tindakan serta merta:
- Tarik nafas dalam-dalam supaya oksigen dirangsang ke otak dan boleh berfikir dengan baik.
- Senyap dan tumpukan perhatian kepada persekitaran anda. Contohnya; melihat langit yang membiru, pokok yang menghijau, titisan air atau tumpukan perhatian kepada sesuatu yang indah dipandang. Contohnya, siapa punya kereta yang cantik ini?
- Jika sedang berdiri, sila duduk, Jika sedang duduk sila bersandar atau berbaring. Jika sedang berbaring, boleh silangkan kaki. Untuk mengelakkan anda bertindak marah secara fizikal.
- Minum air yang menyejukkan dan basuh tangan serta muka atau mandi yang dapat menyejukkan badan.
Tindakan Jangka Panjang:
- Tulis semua perasaan marah pada kertas. Nyatakan kenapa anda marah dan perasaan ketika itu. Tulis sebanyak mungkin.
- Biarkan masa berlalu. Kemudian baca semula apa yang anda tulis dan akan sedar bahawa masalah itu kecil saja sebenarnya.
- Nyatakan perasaan marah anda kepada seseorang yang boleh dipercayai supaya perasaan itu boleh dikongsi dengan orang lain dan dapat mengurangkan tekanan.
- Kembali mengingati Allah. Jika dia boleh memaafkan makhluk-Nya, pasti sebagai manusia kita boleh memaafkan orang lain.
Tip Membuat Keputusan:
- Tuliskan masalah pada kertas.
- Catatkan kelebihan dan kekurangan pada keputusan yang akan diambil.
- Fikirkan kesan jangka pendek dan jangka panjang yang akan diterima selepas keputusan dibuat.
- Fikirkan kesan terhadap orang yang hampir dengan kita setelah kepuusan dibuat.
- Berbincanglah dengan seseorang yang lebih berpengalaman.
- Buka minda untuk menerima pandangan orang lain.
- Ingat, kesan daripada yang dibuat adalah di bahu anda sendiri. Jangan sama sekali menyalahkan orang lain.
- Bina kekuatan bagi menentukan keputusan yang dibuat mencapai matlamatnya.
- Berjuta orang yang berjaya, bukan kerana pandai tetapi mereka berani.
Kata Hikmah:
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
-HAMKA.
2 comments:
terima kasih umi (:
:))
Post a Comment