Saya mengambil Juvanex™ setelah berasakan badan saya memang memerlukan satu program pembersihan dalaman apabila kesihatan agak terganggu sejak akhir-akhir ini, angin dalam badan mencetuskan ketidakselesaan menjadikan pergerakan saya terbatas.
Pengalaman pertama saya dengan Juvanex adalah ketika mengikuti Bengkel Kecantikan Bersama Dara.com Bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam pada 12 Disember 2009. Setahun yang lalu. Penaja bersama program tersebut adalah Juvanex™ dan banyak lagi. Dari situ saya dapat mengenali apa itu Juvanex™, dapat merasa dan mencuba. Ok, ianya amat berkesan.
"Toksin = Penyakit" (fakta Juvanex™)
Kebanyakan penyakit adalah cara untuk badan menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan. Sekarang adalah masanya. Semoga Juvanex™ dapat membantu menyingkirkan penyakit yang telah melekat dalam badan saya. Saya percaya pada nyahtoksin. Mudah sahaja dengan Juvanex™, hanya tambahkan air dan nikmatilah rasa lemon yang menyegarkan.
Juvanex™ adalah diformulasi dengan Total-Cleaze untuk membantu menyingkirkan toksin daripada usus di samping memberikan sokongan kepada fungsi sistem pencernaan dan hati yang lebih sihat. Total Clenze mengandungi:
serat : Serat larut dan tidak larut untuk mengembalikan fungsi tetap usus.
probiotik : Probiotik dan Prebiotik (FOS) untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan kesihatan dan keseimbangan flora bermanfaat di dalam saluran pencernaan.
herba-herba pembersih : Campuran eksklusif milk thistle, dandelion dan ekstrak herba natural lain untuk menyokong fungsi detoksifikasi hati.
Bukannya saya tidak pernah menyahtoksin. Saya sayang diri saya, sebab itu saya suka pada produk detox begini. Sebelum ini produk yang selalu ada dalam stok simpanan adalah LACTOSE-S keluaran Elken. Apa yang saya belajar dari Elken ialah detoksifikasi akan memudahkan penyerapan nutrien memandangkan dinding usus sudah dibersihkan. Satu ilmu yang tak akan saya lupa sampai bila-bila. Kita kongsikan bersama...
Apabila agak sukar mendapatkan Lactose-S, saya beralih kepada Juvanex kerana mempunyai fungsi yang hampir sama. Oleh kerana teruja, saya ikuti Panduan Nyahtoksin 7-Harinya. Saya baca betul-betul dalam buku nota kecil yang dikepilkan dalam kotak. Saya berharap program ini akan mengembalikan kesihatan diri saya ke tahap yang optimum. Kerana teruja, saya terlupa membaca tanda-tanda keberkesanan Juvanex™...
Setelah saya campurkan 2 paket Juvanex™ dengan 400ml air, saya terus minum. Selang seminit saya muntah, habis makanan yang dimakan tadi. Subhanallah, sungguh teruk sampai...
Tapi kesan daripada muntah tersebut, suara saya telah bertukar, tekak terasa bagai tersekat di halkum, semua saluran seakan tersumbat. Rasa gelap seluruh alam. Longlai. Macam tak boleh bernyawa. Kecoh dalam keluarga...kerana mereka terkejut! Apakah ini? Saya perlu minum air yang banyak kerana air adalah kompenan terpenting di dalam apa-apa jua program pembersihan. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk menyokong program nyahtoksin ini. Setelah berehat serta atas sokongan moral ahli keluarga, syukurlah kerana pada keesokannya saya kembali pulih.
Rupa-rupanya itu adalah di antara tanda-tanda keberkesanan Juvanex™. Mari kita tengok apakah krisis dan tanda-tandanya:
Detoksifikasi merupakan pengalaman unik bagi setiap orang, bergantung kepada kandungan toksik di dalam badan dan keadaan kesihatan mereka. Anda mungkin merasa sedikit lemah pada permulaan program nyahtoksin. Ini adalah normal kerana pada masa ini, badan sedang menyalurkan toksin-toksin (yang tersimpan di dalam sel-sel lemak dan organ-organ anda) ke dalam saluran darah untuk disingkirkan.
Dalam tempoh 3 hari yang pertama, anda mungkin mengalami reaksi sementara yang kurang menyenangkan seperti:
- ✓ Pembuangan air besar dengan kerap
- ✓ Najis busuk berwarna gelap atau najis kekuningan yang terapung atas air
- ✓ Kencing dengan lebih kerap
- ✓ Kelesuan yang teramat sangat, mengantuk, cepat marah
- ✓ Lidah seperti bersalut, rasa metalik di dalam mulut, ulser mulut
- ✓ Sakit kepala, loya, muntah
Semua ini merupakan tanda-tanda bahawa badan anda sedang menjalani proses pembersihan daripada toksin. Jika terdapat lebih banyak toksin di dalam badan, maka simpton yang dialami juga akan lebih teruk. Rasa tidak selesa ini sepatutnya berkurangan apabila toksin sudah dikeluarkan dan kesihatan kembali pulih. Pada hari ke-7, anda patut rasa lebih segar, lebih remaja dan lebih bertenaga!
Apa yang saya alami adalah kesan dari tanda-tanda detoksifikasi di atas ternyata betul. Pada hari pertama saya mengalami situasi yang sangat teruk. Ketika itu kesihatan saya memang pada tahap tidak stabil. Pada hari kedua, saya kurangkan pengambilan kerana bimbang badan tidak dapat menerimanya. Saya berasa agak selesa kerana tidak mengalami muntah lagi. Pada hari berikutnya saya kerap buang air besar dan air kecil, tetapi setiap kali minum juvanex memang tak boleh tidak terasa lidah bersalut, rasa metalik tetapi alhamdulillah tiada ulser dalam mulut.
Sekarang badan saya sudah rasa ringan, bebas bergerak. Semalam saya sudah dapat menghadiri Majlis resepsi persandingan anak saudara saya Fazli dan Hezrin, di Marriot Hotel. Alhamdulillah...
juruacara majlis ialah selebriti tv3 yang sinonim dengan rancangan SEMPURNAKAN...HARIMU
bersama mummychacha; IZAN (taukey KEK yang glemer) isteri anak saudaraku; FAIRUZ
25 Disember, 2010
5 comments:
Salam auntie...ada aje muka izan itu hehe...nanti izan email kat along gmbr2 kita lg yg sgt banyakkkk tu..jumpa nanti tau auntie =D
stylo la auntie dgn shawl itu =D
wassalam...mesti la ada ^__^ bukan ker trademark kita :DI MANA ADA CAMERA<-- DI SITU ADA KITA <--
kikikiii...izan sangat anggun patut dapat anugerah malam tu bagi pihak keluarga kita!
shawl auntie menang anugerah paling serabai..kihkihkih
Insyaallah jumpa nanti 1 jan 2011 nanti.
auntie nak balik kelantan jap esok...ada hal.
x sabor nak tgk gambar2 kita yg byk ituh..ngehehee...
satu lg...timekasih dtg lawat blog auntie =))
hehe..anugerah apenyer auntie,anugerah manusia plg pot pet pot pet bley la bg izan hehehe.
izan selalu g blog auntie tp lupa nk tinggalkan jejak =D
dan skrg dh follow,yeay!~
nnt balik bwk ole2 kelantan yer *wink2x* hehehe
dlm setahun berapa kali elok amik Juvanex ni? ke tiap2 bln @ 2X setahun jer..... TQ
Good sharing, Juvanex de-Carb is a complete detox programme specially designed to cleanse and rejuvenate the body in just seven days. It combines a natural body cleansing complex, Total-Cleanze, which includes a “carb blacker” called “de-carb” plus premium whey protein isolate. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/cleanse-and-rejuvenate/
Post a Comment