Musim anak-anak bergelut dengan peperiksaan besar baru sahaja berakhir. Sudah boleh merasa lega walaupun dalam tempoh waktu genting itu situasi amat menduga seorang aku; seorang ibu untuk memberi apa jua sokongan moral dan spiritual sedaya termampu...mungkin Allah datangkan rahmat untuk menduga kesabaranku...
Maafkan aku andainya ada sahabat yang terasa pabila aku menyepi tanpa bicara. Cubalah faham bahawa aku ingin menyepi dalam berharap kepada Tuhan...aku ingin memencilkan diri demi anak-anakku yang sedang berjuang. Aku perlu banyak waktu demi memanjatkan doa kepada Tuhan...doa seorang ibu untuk anak-anak tersayang. Aku tak mahu melepaskan peluang yang terbentang...
Namun begitu, tiada manisnya hidup jika tidak diduga. Lalu airmata saja yang mampu menggambarkan kemelut di muara jiwa. Aku redha jika diberikan rasa kesakitan dalaman yang tak mampu aku cerita. Siapa tahu dalam kerianganku darah menitis tiada henti dari dalaman. Memang sikap aku, selagi terdaya aku akan pantas ke sana ke mari tanpa siapa dapat mengesan kesengsaraanku. Jika aku penat, darah yang mengalir semakin deras...lenguh-lenguh di sana sini...siapa tahu kerana semua benda aku tetap lakukan seperti tiada apa yang berlaku...tak semestinya tidur berselimut bagai orang pitam...
Bukan nak mengeluh...tapi setiap orang tidak akan lepas dari membuat kesilapan. Apatah lagi jika sukar mencari penyelesaian pada masalah yang orang tak faham. Lagi parah bila orang hanya membuat andaian padahal tak pernah bertanya apa masalah yang terhumban..berlari-lari ke sana ke mari mencari penyelesaian tapi disalah faham...lantas dihentam!
Amat kecewa bila mengenangkan aku ini bukanlah ibu yang sempurna. Bukanlah juga seorang ibu yang dapat menjana segala. Aku tiada wang ringgit yang berjuta untuk menabur bahagia.Hidup dengan seadanya dalam mencanai bahagia, namun syukurku kami tetap bahagia dalam kelasnya...janganlah beranggapan kami dapat beri segala yang ada diminda. Sungguh tiada upayaku melainkan Pemunya...Tuhan yang Maha Esa.
Perjalanan masih jauh...namun sekuat mana pun berlari, tetap dikejar bayang-bayang sendiri...Tiada kekuatan untuk mentafsir mimpi ngeri yang terpalit di sepanjang persinggahan ini. Biarlah ku pasrah pada Yang Maha Mengadili. Segala yang terbaik itu dari Allah jua dan yang buruk laku adalah dari ketidaksempurnaanku...maafkan aku.
p/s:..penang--->felda residen trolak--->johor--->singapura--->kelantan-->KL- $$$$$$$$$hhhhh!
1 comment:
semoga umi tabah
Post a Comment