suka baca buku ni...
.....sedikit tentang solat;
A-Zahbi merawikan, bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Ketika hamba solat di awal waktu, maka solat itu naik ke langit, ia memilikki nur hingga sampai ke Arasy. Maka Arasy memohonkan ampun untuk orangnya sampai hari kiamat dan solat itu berkata:
"Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau telah menjagaku."
Dan ketika hamba solat tidak tepat pada waktunya, maka solat itu naik ke langit dengan wajah hitam. Jika telah sampai ke langit, ia dilipat seperti pakaian manusia dan lalu dipukulkan pada pelakunya."
Setengah mereka mengatakan dan berlaku dalam hadis bahawa siapa yang memelihara solatnya, Allah akan memuliakannya dengan lima hal:
~Hilangkan sempit penghidupan
~Hilangkan seksa kubur
~Diberikan buku amal dengan tangan kanannya
~Melalui siratul Mustaqim dengan kilat
~Masuk syurga tanpa hisab.
Adapun siapa yang meremehkan solatnya, Allah akan menyeksa dia dengan sepuluh perkara.
Lima di dunia, tiga ketika mati, tiga tiga lagi di kubur, dan tiga yang lainnya ketika keluar dari kubur.
Adapun lima yang di dunia:
i) Dihilangkan berkat umurnya
ii) Dihilangkan tanda "solihin" dari mukanya
iii) Allah tidak memberi pahala setiap amalnya
iv) Doanya tidak dinaikkan ke langit
v) Tidak ada bahagian untuknya dalam doa orang-orang soleh.
Yang tiga ketika mati ialah:
~Dia mati dalam keadaan hina,
~lapar,
~ ia mati dalam keadaan haus yang kalau diminumkan lautan dunia ini, tidak hilangkan kehausannya.
Yang tiga lagi ketika di kubur:
i- Kubur akan menghimpitnya hingga bercerai berai tulang-tulangnya.
2- Kubur akan menyalakan api padanya hingga ia bergelumang dalam api siang dan malam.
3- Di dalam kuburnya ia akan dililit oleh ular jantan yang botak, kedua matanya dari api, kukunya dari besi panjang yang setiap kuku sepanjang sehari perjalanan.
Ia berkata kepada mayat "Aku ular gundul", suaranya bagai petir menyambar:
Tuhan memerintahkan aku untuk menyengatmu kerana telah mensia-siakan solat
Subuh sampai terbit matahari,
Agar menyengatmu kerana telah mensia-siakan solat
Isya sampai Subuh.
Sekali ia menyengat dan melibaskannya, ia tenggelam ke bumi hingga tujuh puluh hasta.
Dalam kubur ia selalu disiksa hingga kiamat.
Adapun tiga hal yang menimpanya ketika keluar dari kuburnya iaitu
1 ~beratnya dihisab,
2 ~kemurkaan Tuhan dan
3 ~masuk ke Neraka"
Dalam suatu riwayat: Sesungguhnya pada hari Kiamat didatangkan seorang hamba dan tertulis di mukanya tiga baris.
Baris pertama: "Wahai yang mensia-siakan hak Allah"
Baris kedua: " Wahai orang yang pasti mendapat murka Allah!"
Baris ketiga: "Sebagaimana engkau telah mensia-siakan hak Allah di dunia, maka putus asalah kamu kini dari rahmat Allah".
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Pada hari Kiamat seorang lelaki didatangkan di hadapan Allah, Lalu Allah memerintahkannya masuk Neraka. Dia berkata: " Ya Tuhan, mengapa demikian?" Allah berkata: " Kerana engkau telah mengakhirkan waktu solat dan sumpahmu dengan nama-Ku adalah palsu..."
Setengah mereka mengatakan, dari Rasulullah saw. baginda bersabda kepada para sahabatnya pada suatu hari: " Katakanlah: Allahumma Ya Allah, jangan engkau biarkan kami celaka dan terhalang."
Lalu Nabi bersabda: Tahukah engkau siapa yang celaka dan terhalang itu?
"Siapa mereka wahai Rasulullah?"
Mereka kembali bertanya, Rasulullah saw lalu menjawab:
" Ialah orang yang meninggalkan solat."
Dirawikan pula bahawa yang pertama sekali hitam mukanya pada hari Kiamat,
ialah orang yang meninggalkan solat.
p/s: peringatan untuk diri sendiri dan anak-anak...
semoga Allah selalu menolong kita untuk memelihara solat dengan sempurna dan tepat pada waktunya. Sesungguhnya Dia Zat Yang Maha Mulia dan Pengasih lagi Penyayang..
2 comments:
terima kasih bnyk2 umi for sharing,,, (=
terima kasih juga datang jenguk umi...:)
selamat tahun baru hijrah ::nabila::
Post a Comment