Wednesday, December 15, 2010

Siti Di Alam Fantasi - Sinopsis

Tak sabar rasanya nak tengok teater SDAF yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22 - 31 Disember ini. Teater ini memang menjadi igauan kami sejak dulu-dulu sekitar pada tahun 1998 dan 2000 yang pernah dilakonkan oleh Amy Mastura dan dipentaskan di IB.


Masa tu, setiap kali kami datang ke Kuala Lumpur, pasti teater inilah yang tengah dipromosikan dan kami sangat teruja tapi tak pernah berkesempatan kerana tiada kelapangan waktu apatah lagi time tu kami belum menjadi warga ibukota lagi. Sekarang kami di sini, insyaallah kami pergi...suka sangat tengok cerita kanak-kanak macam cerita walt disney...hehe.


Pada teater SDAF yang akan dipentaskan nanti watak Siti akan dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Vanida Imran sebagai labah-labah, Ebby Yus (mamat), Lan Pet Pet (pokok), Fizo Omar (Putera Raja).


Sedikit sinopsis teater Siti Di Alam Fantasi:


 SDAF, ia pernah dipentaskan pada 1998 dan 2000 di IB. 


Ia mengisahkan seorang budak perempuan kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Suatu hari ayah Siti, Tuan Malim mahu meraikan hari jadi Siti tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah, tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu kemudian membuka rahsia, kekayaan keluarga Siti datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri itu, kelak papa kedanalah tujuh keturunan mereka. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari semula geliga hikmat itu.






waahh...best...best...best sangat-sangat macam cerita Rapunzel la pulak...tak nak lepaskan peluang ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke johor bahru buat beberapa hari...balik nanti insyaallah tengok Siti Di Alam Fantasi..






 umi nak bawak anak-anak umi...sapa lagi nak ikut ni?