Tuesday, December 28, 2010

Upgrade Streamyx & TM Homeline



Pada hari khamis yang lalu, selepas je Idi tamat kursus belajar kereta di Bangi, umi gi ambik dia. Lepas tu idi nak try bawa kereta...pusing-pusing sekitar taman akhirnya umi suruh idi bawak ke Giant terus...haha senyum-senyum bangga dia dapat bawa umi gi Giant. Sesampai jer kat tingkat atas, terus disambar oleh promoter Streamyx. Adusss...



Sejak dari mula-mula pakai streamyx sampai sekarang pakai yang 1Mbps...bayar rm88 sebulan, dah macam-macam hal kami lalui...kadang-kadang meroyan sakan jugak lah internet bila ramai yang guna. Biasalah...bila anak-anak cuti masing-masing dengan lappy, abah lagi, umi lagi...bila dah berkongsi internet jadi slow la kot...mungkin. Geram jugak nih. Dah puas dengan kerenah streamyx nih...jenuh menelefon TM pada satu-satu masa. Huhu...macam-macam memori tercipta...



Lepas tu kan...akhir tahun lepas ada promosi TM (tiada kaitan dengan streamyx) pasal RM10 untuk panggilan 1Malaysia, percuma cordless lagi, umi cepat-cepat submit dengan nawaitu nak telefon mak tanpa batasan. So, happy giler sempat tukar yang rm 10 1Malaysia tu sebelum promosi berakhir, jimat. Memang khas untuk Mak yang tersayang...cakap puas-puas pun hanya sepuluh ringgit je sebulan untuk Panggilan Tempatan dan Nasional. Atau lebih tepat lagi ialah antara telefon rumah dengan telefon rumah. Hehee...



Berbalik merepek pasal streamyx tadi, umi tanya promoter tadi, boleh tak kalau nak upgrade dari 1 Mbps kepada 4Mbps? Boleh...katanya..sebab sebelum ni pernah nak tukar pada promosi yang dapat laptop free tu...nak tukar atas nama anak-anak...orang TM kata tak boleh. Frust jugak. Masa tu pergi ke Pejabat TM di Cheras, sambil-sambil nak daftar streamyx rumah kak ngah punyer. Bukan itu saja dah berusaha telefon TM bertanya benda yang sama pun, memang tak dapat plan tuh. Ouch!!



Sekarang ni internet selalu sangat jem, slow dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Kalau ada sorang yang guna YouTube, orang lain dah jem..huhu...amat mencabar minda. Maka, inilah masanya untuk menaik taraf streamyx & TM Homeline BLOCK BUSTER DEALS™ untuk kegunaan kami. Sesudah berbincang segala bagai, umi berkenankan yang BB DEAL 4 Mbps; Rm140/bulan. Kelebihannya ialah:


  •  ✔ PERCUMA Modem WiFi
  •  ✔PERCUMA ID Streamyx Zone
  •  ✔PERCUMA Telefon Cordless
  •  ✔PERCUMA panggilan ke Talian Tetap TM seluruh Malaysia
  •  ✔KADAR RATA 10sen/min ke semua talian mudah alih dan talian tetap lain seluruh M'sia

SATU HARGA UNTUK SEMUA. maksudnya...tak perlu lagi bayar caj bulanan RM26 untuk TM, yang Pakej RM10 pun dah termasuk dalam pakej ni sekali, tak perlu bayar lagi sebab sudah PERCUMA. Bayar bulanan tentulah lebih sikit dari dulu sebab bil sekarang lebih kurang RM126 lebih lebih sebulan. Berbaloi kot sebab dari 1Mbps tukar ke 4Mbps. Bayar untuk kelajuan dan kesempurnaan. Harap-harap selepas dinaiktaraf internet tak beronar lagi...





3 comments:

~izan~ said...

auntie...hmm nak panggil umie je la hehe,boleh tak

umah izan pakai yg rm110 tu je...yg best tang call unlimited tu kat fixed line sbb fasya suka call mak izan hehe...dpt tepon cordless free tu yg best hehe...

umi~wannza said...

Izan:

betul
betul
betul.

tu yang teruja tu..hehe ^__^


panggil umi boley ;D

Unknown said...

salam..
bleh ke upgrade streamyx 1mbps ke 2mbps