Tuesday, September 20, 2011

Bermotivasi: Bekerja Keras dan Berani Gagal









Kehebatan dan kepintaran bukanlah sekadar kecerdasan dan kekuasaan, bukan pula keturunan pelanjut generasi ataupun kesaktian menggulung dunia, tetapi ia adalah memberi makna pada setiap jengkal bumi walaupun hanya sebesar sebutir pasir dalam tebaran pantai dan gurun sahara.
-Abdul Munir Mulkhan dalam Revolusi Kesedaran-

Dengan nama Allah Al-Muhyi;

Kita perlu bernekad hendak memberi makna bagi kehidupan walau hanya sebesar buih di samudera luas. Hidup ini terlalu berharga untuk disia-siakan. 
Mari kita hayati nama Allah al-Muhyi. Daripadanya kita dapat motivasi berani gagal. Daripada al-muhyi kita sedar bahawa kuasa ghaib tuhan sedang bergerak membimbing menuju satu kejayaan. Tuhan menghidupkan hamba-hambanya yang mempunyai cita-cita dan mengangkat mereka yang pernah mengalami kegagalan.


"Kamu melihat bumi itu kering tandus, namun apabila kami turunkan air ke atasnya, pasti ia subur" (fussilat, ayat 39)



Dengan demikian, apa yang dicita-citakan atau dikerjakan oleh seseorang pasti diberi penghargaan oleh Allah kerana Allah tidak berdiam diri.


Gagal mampu memahami hikmah kegagalan.


Orang yang berhenti berdoa selepas kegagalan pertama, sebenarnya tidak berlaku adil pada diri mereka sendiri. Mereka seolah-olah menganggap kehidupan ini hanya terdiri daripada satu peristiwa dan apabila ia tidak tercapai, kehidupan mereka habis di situ sahaja.




Apabila saudara/ri ingin Allah mengangkat darjat saudara/ri, biasakanlah membaca al-muhyi setiap hari, sekurang-kurangnya 58 kali.




No comments: