Siapalah Saya?
Dipagi Hari Raya Aidil Adha yang hening, saya teringat akan beberapa ayat Al-Quran yang menzahirkan maha besarnya ilmu Allah dan saya mula bertanya siapalah saya ini?
Maksud firman Allah: Dan sekiranya segala pohon yang ada dibumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Luqman:27)
Maksud firman Allah: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya; dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (Al-An’Am:59)
Renungan:
Sebagai seorang Rimbawan, saya punya sedikit pengetahuan tentang dunia pokok kayu dan perhutanan. Lebih kurang 500 tahun yang lalu , lebih dari 60% dari bumi diliputi oleh hutan. Atas nama pembangunan dan kemajuan terutamanya hasil dari pelbagai peristiwa besar dunia seperti revolusi pertanian, revolusi perindustrian, peperangan, penjajahan, pembangunan kawasan perbandaran , pembangunan infrastruktur dan lain-lain kawasan bumi yang masih berhutan tinggal hanya 30%. Sila lihat peta.
Menurut kajian oleh Nalini Nadkarni (seorang professor kajian alam sekitar di Evergreen State College Olympia, Washington) berdasarkan imej satalit NASA dan data-data dari FAO, pada tahun 2005, beliau menganggarkan terdapat lebih kurang 400 billion batang pokok diseluruh dunia. Menurut satu laporan yang lain (yang di perolehi di Internet) sebatang pokok boleh menghasilkan 300,000 pensil. Jadi seluruh pokok didunia boleh menghasilkan (400 billion x 300,000) pensil. Jika di kira secara matematik ianya dapat dilihat seperti berikut:
400,000,000,000 x 300,000 = 120,000,000,000,000,000 Pensil !
Susah hendak di sebut jumlah pensil yang dapat di hasilkan, barangkali 120,000 trillion?
Nota: 1 trillion =1,000,000,000,000
Kredit untuk: Perkongsian ilmu oleh Yg Bhg Dato' Abdul Rashid Mantan Ketua Pengarah JPSM.
Kredit untuk: Perkongsian ilmu oleh Yg Bhg Dato' Abdul Rashid Mantan Ketua Pengarah JPSM.
No comments:
Post a Comment