Tuesday, September 20, 2011

Kongsi Pengalaman: Pengasas (KFC) Kolonel Harland D. Sanders



Gagal Sekali Bukan Untuk Selamanya.


Kisah Menarik!

Billi P.S. Lim (penterjemah: Berani Gagal) berkongsi pengalaman, menceritakan liku-liku hidup pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC), Kolonel Harland D. Sanders dilahirkan pada tahun 1890 di sebuah ladang berdekatan Henryville, Indiana. Ayahnya meninggal sewaktu dia berusia enam tahun dan dengan itu, ibunya perlu bekerja keras sebagai seorang tukang jahit. Ibunya juga menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Pada waktu itulah, ibunya mengajarkan seni masakan tempatan.


Tidak berapa lama selepas ibunya berkahwin lagi, Harland D Sanders yang pada waktu itu berusia 12 tahun, berhenti sekolah dan mula bekerja. Di antara pekerjaan awalnya termasuk menjadi petani, penyelia landasan keretapi, konduktor, penjual insurans, penjaga mesin kapal wap dan banyak lagi. Akhirnya, beliau membuka sebuah gerai makanan yang berjaya. Dia menyediakan masakan istimewa ayam goreng.


Nampaknya nasib malang adalah teman setia Sanders. Pada tahun 1939, perniagaannya menjunam dan nyaris bankrap. Tanpa rasa putus asa, Sanders mendirikan sebuah restoren dan motel dengan gaya baru. Apabila pendapatan yang diperolehnya agak lumayan, satu masalah pula muncul. Ada sebuah jalan raya baru dibina. Dengan ini, para pelanggan lebih suka melalui jalan itu dan tidak lalu lagi di hadapan motelnya. Perniagaannya merosot dan Sanders terpaksa melelongnya. Hasil jualan dari lelongan itu pula hanya cukup bagi membayar hutang.


Walaupun Sanders sudah berusia 66 tahun ketika itu, dia tidak mempunyai apa-apa yang dapat dibanggakan. Sanders kemudian merancang mencari pasaran baru yang sesuai. Satu-satunya harta bernilai yang dimilikinya adalah resepi rahsia yang diberi nama 'ayam goreng Kentucky'. Menjelang tahun 1956, Sanders berhasil menyakinkan belasan restoran memasak dan menjual ayam goreng. Setiap restoran memberinya US 4 sen sebagai royalty bagi setiap ketul ayam yang dijual.


Menjelang tahun 1960, sebanyak 400 buah restoran di Amerika Syarikat dan Kanada menyediakan ayam goreng Kentucky. Dalam waktu empat tahun, jumlah restoran yang menjual ayam goreng Kentucky meningkat kepada 650 buah dengan jualan per tahun mencapai US 37 juta.






Kisah menarik ini boleh dijadikan sandaran apabila dilanda kegagalan bertubi-tubi. cubalah tanamkan  dalam diri janji tuhan, "Kerana sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan." (al-insyirah, ayat 5-6)




Nabi Muhammad bersabda, " Orang mukmin yang sempurna imannya adalah orang yang mengagnggap musibah sebagai nikmat dan kemakmuran sebagai musibah." (hadis riwayat Tabrani)



Apabila tuhan hendak meletak tanggungjawab yang berat atas manusia, dia sering menguji ketabahan mereka, menguatkan otot-otot mereka dan tulang mereka dengan pekerjaan berat. Tuhan menjadikan mereka lapar, miskin dan menggagalkan semua usaha mereka supaya mereka berfikir, meneguhkan pendirian dan melengkapi kekurangan. Ini kerana kebanyakan manusia hanya mampu memperbaiki diri sesudah melakukan kesalahn. Hanya apabila mereka berasa kecewa dalam berfikir dan gagal dalam tindakan, barulah mereka mampu bangkit lagi.


Ketika niat mereka yang tertera di wajah dan suara hati dapat didengar, barulah mereka dapar difahami orang lain. Selepas mereka gagal, barulah mereka sedar kebimbangan dan kesengsaraan itu memberi kita kehidupan, sedangkan kesenangan dan keselesaan itu menyebabkan kematian.






Kegagalan adalah rancangan tuhan yang menguji manusia menjalani takdirnya bagi menjadikan mereka tabah.
-Bill P.S. Lim-







catatan...citra kehidupan: umi

No comments: