Thursday, September 8, 2011

Jeruk Maman Buatan Sendiri



Pada petang sabtu yang lepas, saya dan anak-anak telah pergi Mid Valley kerana ada IT Fair, di sana kami ronda-ronda meninjau segala bagai yang dipamer promosikan. Alih-alih anak teruna saya membeli satu Buffalo...hehe


Penat diterjah mereka yang mempromosikan barangan IT masing-masing, kami pun pergi solat maghrib dekat Jusco kemudian kami ambil keputusan nak pergi ke Kampung Baru untuk dinner di  HR Steakhouse. Dari Mid Valley kami ke sana dengan hati berbunga-bunga nak makan ala-ala western malam tu...tetapi agak malang...restoran kegemaran kami itu belum dibuka lagi...cuti raya mungkin!


Sepanjang perjalanan ke kampung baru kami melalui pasar chow kit, biasalah jemm yang amat kerana di sepanjang jalan orang menjual sayur mayur yang segar malar hijau gitu. Setiap kali berada di laluan ini, saya akan mengambil kesempatan dari kesesakan jalanraya itu untuk membeli sayur drive thru gaya saya sendiri.


Sambil mata melilau memilih sayuran mana yang berkenan...pastu saya buka cermin "pakcik! yang kat hujung tu sayur maman ke tu?" tanya ku spontan dan dilayan pula oleh penjual yang sedang sibuk melayan pelanggan yang berjalan di situ. "A'a..iye..itu sayur maman" balas penjual itu. Saya dengan komfidennya terus berhajat untuk membeli dalam kekalutan jem pun sempat lagi.." Berapa ringgit seikat maman tu pak cik?" tanyaku lagi..jawab pak cik itu " RM 2 seikat..ambik 3 ikatlah saya bagi RM5" katanya.


 Oleh kerana kereta di belakang sudah membunyikan hon bertalu-talu saya cepat-cepat mengeluarkan RM5 dan pak cik itu pun sepantas kilat menghulurkan sayur itu kepada saya. Gembiranya hati sebab dapat sayur yang memang sudah lama tak jumpa. Saya tahu apabila sampai di rumah nanti, suami saya akan lebih tersenyum lebar sampai ke telinga kerana si isteri ini telah membawa balik sayur kegemarannya yang telah 3 tahun tak ditemui sejak menetap di kota metropolitan ini....


Selepas mendapat sayur ditambah lagi HR Steakhouse pun tutup, kami ambil keputusan untuk terus pulang tetapi sempat lagi anak ku rusydi menyatakan hasrat nak tengok movie 'Hantu Bonceng' kalau boleh...tapi disebabkan sudah menyusur pulang..kami holdkan dulu hasrat itu...sampai sekarang pun belum tengok lagi sebab rusydi dan damia sudah masuk ke tempat study masing-masing.


Sampai di rumah, myhubby begitu excited mendapat sayur yang saya beli tadi. Kami terus menyiang sayur maman itu dan memulakan proses penyediaan untuk pemeraman jeruk maman. Beliau lah yang expert buat jeruk maman ini kerana sudah terbiasa melihat neneknya memproses di zaman kecilnya dulu. Sehingga sekarang pun ilmu dari nenek tersayang masih diguna pakai sampai ke hari ini.


Magicnya...kalau beliau membuat jeruk maman, ramai yang menunggu dan tak sabar nak makan. Pernah juga kawan seuniversitinya dulu amat teruja sampai menghirup kuah jeruk maman yang dibuatnya. Kalau orang lain jeruk sampai beberapa hari untuk menjadi, tetapi suami saya buat dalam sehari setengah pun dah bau semerbak...


Saya sendiri pun sebelum kahwin dengan nama lain masa anak dara dulu memang anti/tak minat nak makan jeruk maman ini, tetapi saya diajar oleh suami saya merasai keenakan sebenar...sampai sekarang saya lah orang nombor satu menunggu proses fermentasi, tak sabar-sabar menanti. Sedap sungguh bila dimakan dengan ikan panggang atau bagi saya, saya suka makan dengan ikan goreng...yummyyy!


Sebenarnya sayalah yang menyediakan bahan-bahan dan memproses...ambil ilmu dari suami..hehehee


cara-caranya...


1.  Sayur maman di potong akarnya dan dicuci sebersih-bersihnya kerana ianya berpasir. Bilas acap kali.


2.  Petik pucuk maman pakai tangan, Macam petik pucuk paku, agak agak dah liat tak payah ambik lagi.


3.  Sediakan air suam, garam dan nasi.


4.  Letak air suam yang dibancuh dengan garam berselang seli dengan daun dan nasi.


5.  Airnya biar tenggelam daun maman kemudian bekas ditutup.


Siap sudah, tunggulah proses fermentasi ini sambil membalik-baliknya...selang dua hari masaklah ia...kemudian simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.



by: umi

No comments: