Thursday, June 24, 2010

1000x setiap hari.


Jumaat :   Ya  Allah

Sabtu    :    Mengucap dua kalimah syahadah

Ahad     :   Ya Hayyum Ya Qayyum

Isnin     :   La hau la wala quwwata illa billail aliyyil azim

Selasa   :   Allahumma sallialasaiyyidina muhammad

Rabu     :   Astaghfirullahal azim

Khamis :   Subhanallaahil adzimiwabihamdih.

Ya Allah Ya Karim...Tenang tenteramkanlah hati-hati kami. 


Wednesday, June 23, 2010

Empat wanita yang mengepalai masuk syurga:


sedikit...untuk kita-kita aje:


Dengan muhasabah kita dapat memastikan hati kita sihat atau tidak, masih hidup atau sudah nazak. Tanda2 masih hati yang masih hidup ialah boleh bergetar dan beralun dengan zikrullah, bacaan al-Quran. Hati yang hidup sentiasa mengepam iman kepada seluruh pancaindera.



Thursday, June 17, 2010

Excited dengan baby baru..

Salam kak ana farhana...cikza nak bercerita sikit ni.
Hari ni kan, disebabkan kita berchatting payah suut cikza miss 2 kali masa melawat. Salam yang kak ana kirim tu sampai ke petang cikza dok galas...kikikii mula-mula gi pagi...x leh masuk, pahtu gi tengahari...sampai-sampai tingkat 5...gedebum, pintu wad ditutup...putih mata, turun semula nak tunggu time melawat pukul 4.00 pm pulak. Dok congok situ la eh...sampai rasa ngantuk. oleh kerana lama menunggu, kami pun pergi alamanda dulu. Pah kelih-kelih ko jam, malas balik takut terlekat ngan komputer duk chatting ngan kak ana la pulop...hihihii...

Mujur petang tu buleh masuk, cikza tunggu sampai kak As buleh tubik dari wad dan kelik. Alhamdulillah semua selamat. Tak puas la tengok baby comel tu...Apapun TAHNIAH buat Farhan dan Asmahani yang dah jadi ayah dan ibu. Semoga tabah menempuh alam keibubapaan dan bertambah bahagia lah selamanya.



kaki yang sebesar dua jari...


menguap je kerja...



alalalalaaa...mara kena kacau.


menguap lagi..

tido daa...



rambut lebat...

tok sedara yang happy...

cucu saudara umi dan abah...

mokcik Ana kirim saley nuh!

baby 0 hari...ready nok kelik drumoh ...celik mato doh...nok naik kereta
berjurus baby ni tak jerit mano...





Ok, SELAMAT DATANG KE ALAM BARU,
semoga menjadi insan yang mulia.



Yahoo...



Semalam semalam kan,umi da dapat baby yang comel dan manje-manje gitu. Umi dokong je walau hakikatnya umi sedang sakit kat bahu ke lengan. Baby Humaira sangat comel dan geram sangat-sangat dengan kecomelan dan kemanjaannya,gebu pulak tuh!.


serupo kak long zamey kecik.






Kami pergi jalan-jalan kat i-city, bawa mak n ciksu berserta kekuarga paksu. Mak datang  n tido rumah kami sebab nak pergi ke Sabah esoknya. Harap mak sihat-sihat saja dan gembira selalu. Baby Humaira pun nak ikut jugak, ea? huhuu...Semoga semua yang pergi ke Sabah tu riang gembira selamat pergi dan kembali. Buat ciksu, jangan tertinggal mak pula kat sana tu...



Monday, June 14, 2010

Kenduri lagi...


Majlis kenduri WAN & NISA di bachok



umi dan kak harison

Balik kampung...


JUMPA MAK TERSAYANG:





Apapun, emak juga yang umi cari dulu. Kami tidur di rumah mak, seronoknya...sembang dengan mak sampai terlelap. Sejuk sangat malam tu, Pagi esoknya kami pergi beli nasi pagi. Nak tengok gambar kami tak? Kami dah kemaruk nak makan itu dan ini. Semua nak beli, nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, pulut pagi, laksam, kuih muih dan macam-macam. Sampai ada orang tanya, nak bawa ke mana beli banyak-banyak ni. Ngehehee...segan2!




Lepas tu kami bersiap-siap nak pergi kenduri. Hari ini ada tiga tempat kami nak pergi. Jadi kami bawa mak sekali sebab dua tempat itu adalah adik beradik mak merangkap emak dan bapa saudara umi iaitu rumah Pak Aziz dan rumah Che ngah. Kami pergi bertemu mata sebagai meraikan majlis kerana kesuntukan masa. Semasa ke rumah Pak Aziz, majlis kahwin sepupu umi, Eda..beliau tengah diandam dan majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12.00 tengahari. Kami pun beransur ke rumah che ngah kerana majlis menghantar pengantin juga pada waktu yang sama. Kenangan bersama pengantin baru su na di rumah che ngah;


Tunggu masa nak ke rumah pengantin lelaki
sebelah sana, orang panggil menyambut menantu kot hehe..


SELAMAT PENGANTIN BARU cuNA

Lepas tu kami beransur ke Bachok untuk ke majlis perkahwinan sebelah sana pula...

Thursday, June 10, 2010

sori2, umi ambik tag kngah dulu...wanted!



Ini adalah gambar dari profile sijil nikah kami: 22 tahun dahulu kala,





nanti nak sambung lagi...
nak pergi ambik idi dulu ...


*****

huhu
nampaknya dari semua yang telah buat tag ni akan cakap
"buruk nyer..!"
sekarang ni giliran umi pula nak cakap
hensem giler muka
garang pun ada

Jom kita tengok cubaan kali kedua:
masa ni umur umi lebih kurang 30 an kot
 abah pula ke hadapan sikit la...erm..
umi letak gambar dua-dua takpe kot sebab status berkahwin
saja nak tgk cane rupa kami dulu dan kini.
nanti nak letak gambar terkini la pulak
time tu umur umi dah jadi 62 tahun
abah 70 tahun
tunggu lah nak ambik gambar dulu.



Aiih...!
lupa nak tag org lain pulak
dan nak letak link untuk tag ni,
sila2...ambik link kat sarazaqea.blogspot.com deh
sapo2 yang rasa nok acu try test dan tak buat lagi
umi rasa umi nok bui ko 

*ROMLAH*
arnee
onnie
fateen inanee
ikut la sapo yang nak cuba
ambik la.
















Ipoh : 2 dalam 1



Hye...pembaca-pembaca semua. Tak kiralah dari mana-mana pun yang rajin klik2 ke blog ini. 
dari serata  bumi MALAYSIA tercinta,
dari USA ke,
dari United Kingdom ke,
dari Egypt ke,
dari Alexandria ke,
dari Australia ke,
dari Indonesia ke,
dari New Zealand ke,
dari Norway ke...
atau dari mana-mana saja (bukan mengade ni, tp dari nuffnang...ngee)

ASSALAMULAIKUM wrb.

Setelah jalan-jalan dan makan-makan n window shopping kat ipoh parade (sebenarnya nak beli buku mia dan roti) kat bandaraya ipoh, kami pun balik ke hotel dan bersedia untuk tugasan keesokannya. Walaupun ipoh tak jauh mana dari KL, tapi kami bersyukur kerana dapat juga meluangkan masa bersama-sama keluarga ke sini. Esok, umi kena pergi hantar abah ke tempat dia meeting dan akan menghantar kak ngah pula ke UTP. Aih! Tak biasa dan tak berapa fasih jalan-jalan kat sini. Kalau duduk beberapa hari baru rasa konfiden sikit nak drive. Umi tengok, warga kat sini main redah je memandu...eii...takuttnyer!! Tapi dah terpaksa kena drive, gasak je lah. Pagi isnin tu, ajak kak ngah temankan umi hantar abah, jauh jugak ea ofis tempat abah meeting nih...keluar dari kesibukan bandaraya. Nasib baik jumpa jalan balik ke hotel. Sebelum masuk ke bilik, ermmm...kami breakfast dulu kat cafe hotel ni berdua dengan kak ngah. Yang tengah tido tu...huhu...mimpi je lah!





Lepas tu, kami bergegas nak ke tronoh pula. Oh! First time nih pergi ke UTP. Abah cakap kalau nak pergi ikut kelly castle, kena ambil jalan ke simpang pulai, kalau ikut lumut pun boleh juga dan ikut seri iskandar tak kesah. Umi pun bawa je lah anak-anak asalkan sampai ke tempat yang dituju. Redah jer!!! grrrrrr! Signboard kan ada. Oleh kerana penumpang ramai, kak long, kak ngah, mia. Kami dah terBABAS masa. sangat lewat bertolak kerana BERAT (?) hahahaaa...kami sampai lewat! Kesian kak ngah..ralat!



Tapi masih sempat mendaftar sebagai peserta EDUCAMP yang terlewat. Pastu bergegas pergi ke Dewan Cancelor untuk taklimat bersama ibubapa, rupanya orang baru bersurai. Tak apa...tak apa...kita pergi makan dulu dan pergi hostel. Wah cantik giles biliknya. Best la kak ngah! Lepas tu, pukul 2.00 petang kak ngah dah start program. Kami pun bersurai dengan membabaikan kak ngah di situ. Selamat Maju Jaya, ngah...jaga diri bebaik. Kami balik hotel dulu...esok umi datang ambik. Bye...jumpa esok, K! 

Wednesday, June 9, 2010

Bingkisan dari...

Ipoh...kami datang lagi sebagai tetamu. Setelah kami tinggalkan dulu.

Kami ke Ipoh, kerana mengikut abah outstation di sana. Kami juga akan menghantar kak ngah ke satu destinasi pada esoknya. Ermmm...mula bergerak dari KL pada hari ahad. Sampai di Bandaraya Ipoh, hari sudah beransur senja lalu  kami terus ke tempat penginapan, sementara itu,  pada malamnya kami pun meronda di sekitar bandaraya sambil jalan-jalan cari makan...


waduh2! nasib baik dapat hotel, semua dah penuh; cuti sekolah ni...
mula-mula simpan barang dulu kat bilik...


bandaraya ipoh
 
waktu malam...


biasanya kami pergi makan kat sini

ermm...sohor nih

 limau bali jangan dilupa...hmmmx! mesti beli!!!

sorry warga ipoh...kami tak contact sapa-sapa pun, bukan tak sudi cuma kami nak sedikit privacy bersama keluarga kali ini. lagipun ada kerja sikit kat sini. agak busy. 
kita jumpa lagi nanti,oke!


Alhamdulillah...kembali bersua..





Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Tazkirah dari ustaz dulu...
Antara tajuk best:  Hari raya, takbir ultraman, ayoh nakot...dan ermmm...tengok, dengar lah mana-mana pun...asalkan dapat pengajaran darinya. Gelak-gelak jugak...tekan jangan tak tekan tajuk-tajuk tu. umi tak jemu-jemu, kelakar yang bermakna. Ngee...macam-macam ada..






*TETAPKAN HATIKU ATAS AGAMAKU DAN ATAS TAAT PADAMU*



Saturday, June 5, 2010

Seorang suami dan bapa...



SEPANJANG BULAN JUN INI:
~SELAMAT HARI BAPA~

ke mana pun pergi, Al Quran dan buku x dapat dipisahkan.
jadi peneman.



Suamiku...

Terima kasih yang tiada penghujungnya kerana tanpa kehadiran seorang bapa tiada lengkap sebuah rumah tangga yang bahagia. Terima kasih sangat-sangat kerana memberiku kepercayaan menguruskan segala. Tak akan aku mengkhianatinya.  Kau sentiasa ada di sisi bila ku memerlukannya, menenangkan segala gundahku tatkala ombak dan badai melanda. Biasalah jiwaku memang rapuh tapi kadangkala keras setegar karang. Hati seorang wanita sememangnya begitu. Maafkanlah segala salah silapku.

Suamiku tercinta...

Hadirmu amat bermakna, ketika jatuh dan bangunku, saat ku bergenang airmata menangani segala laku anak-anak kita, kau memberi cahaya. Segala susah payah itu memberi pengalaman berharga untuk mendepani mara bahaya, aku lemah tanpa sokonganmu, suamiku. Meskipun aku bergelut dengan segala bahaya, doamu tak pernah lekang mendampingiku. Terkadang onak dan duri kuredah sendiri dan kupendamkan saja demi anak-anak tercinta. Maafkan aku suamiku. Aku tahu, andai kau tahu...kau cepat melatah, memarahi anak-anak kita yang kadang kala nakal juga. Aku terpaksa demi kesihatanmu jua. Aku sayang mereka, ku melindungi dan membela segala lakunya. Aku tak sanggup melihat anakku dimarahi olehmu walau ku tahu sikap begitu membawa padah untuk diriku sendiri juga akhirnya. 

Tapi apakan daya, masa bisa merubah segala. Mereka kian membesar, sehingga kadangkala lupa siapa aku di sisi mereka. Aku yang selama ini membesarkan mereka dengan penuh kasih yang tidak terhingga. Sanggup memberi segala mahunya tanpa memikirkan  keperluan sendiri. Tapi mengapa ada saja insan-insan rakus menuding jari, menuduhku tak pandai mengasuh dan mendidik anak. Sedih sangat. Aku rasa kau lebih arif dan mengenali seorang aku. Sehingga sanggup kau bergalang gantikan nyawa, suamiku! itupun setelah ku terdengar nasihatmu kepada anak-anak kita tanpa kusengaja. Di kalangan teman-temanmu, mereka pun selalu mengilingkan kepala tak percaya bila aku ke tempat anak-anak kita yang ketika itu belajar di terengganu-kuantan-penang dan terkini di perak pula. Mereka tinggal di asrama, akulah yang menanganinya. Mereka tidak percaya seorang wanita sepertiku sanggup membawa kereta seorang diri ke semua tempat itu dan balik hari tanpa mengira masa. Aku berbuat begitupun atas keizinanmu, terima kasih kerana membenarkan aku memanjakan anakku.. Aku tak kesah semua itu, semuanya kerana tanggungjawab dan kerana Allah taala. Tak pernah kubiarkan anak-anakku terkapai-kapai sendirian walau dalam apa jua keadaan. Entahlah kalau anakku menidakkannya. Aku tak minta dikenang kerana jika tersilap langkah dikatakan aku mengungkit pula. Aku tak mahu begitu.

Katamu, abah lebih rela menderita sakit daripada melihat umi menangis bergenang airmata. Abah sentiasa berdoa agar umi sihat dan selamat, kerana abah tak mampu mengurus segala kehendakmu anak-anak semua, tapi tidak bagi umi...tiada yang tak sanggup baginya demi anak-anak. Abah sentiasa kagum dengan kesanggupan dan ketabahan umi mu anak-anakku. Di mana saja anak-anaknya  berada di situlah umi akan sampai mengambil dan menghantar segala. Walau seorang diri, panas hujan, siang mahupun malam. Abah amat kecewa bilamana umi terluka. Airmata ibu sangat sensitif dan kesannya akan melibatkan banyak perkara. Tambah lagi semua masih lagi belajar, hormatilah ibu. Dia telah menyusukanmu dan menjaga sehingga mengenal erti hidup. Terima kasih suamiku, kerana menyedarkan mereka di kala mereka alpa.

Suamiku,

Siapalah sangat seorang ibu yang bergelar umi ini. Maafkanku kiranya aku tersilap langkah tatkala mendidik mereka. Rasanya aku telah memberi yang terbaik dari yang terbaik untuk mereka. Dulu mereka selesa bercerita segala denganku berbanding dengan bapanya. Akulah umi, akulah kawannya, tetapi setelah berganjak dewasa kehidupan luar telah mengaburi pandangan mata. Belum cukupkah bekal yang kuberi untuk menangkis semua godaan itu. Maafkan aku, suamiku...aku selama ini terlalu memanjakan mereka. Aku tahu mereka menyayangiku, tapi godaan fatamorgana mampu merubah segala impian kita. Impian untuk melihat mereka belajar dengan tenang tanpa apa-apa gangguan. Belajarlah dulu anakku, pernahkah umi menghalang kamu berkawan sebelum ini? Siapa kawanmu, itulah juga kawanku. Bukannya aku yang mahukan begitu, tapi kehendakmu juga, kerana kamu lebih selesa begitu. Rasa selamat apabila umi tahu siapa kawanmu. Umi sangat-sangat bangga dan bersyukur kerana mempunyai anak yang baik kerana itulah kehendak mana-mana ibu.Sehinggakan ada mata-mata yang cemburu melihatkan keakraban kita. Bukannya umi nak menyibuk mengambil tahu, tapi salahkah jika seorang ibu mengambil berat dan memantau anaknya?

Aku harap anak-anak kita tidak terpengaruh dengan cabaran membesar di kotaraya yang inginkan  kebebasan, masyaallah! Semoga disisihkan dari semua itu. Umi tahu abah sentiasa mendoakan kami sekeluarga.. Supaya rumahtangga kita senantiasa dilimpahi sirna cahaya kebahagiaan seperti yang kita kecapi selama ini.. 

Suamiku...

Betapa tekun dan kuatnya abah bekerja untuk menyara kami semua. Sungguhpun begitu...selalu kudengar pesanmu kepada anak-anak...Tolonglah jaga hati umi, abah tak kesah dipinggirkan. Yang pertama, ibu...kedua...ibu, dan ketiga juga masih lagi ibu... selepas itu barulah untuk abah! Aku selalu terdengar dalam mamaiku tatkala kita sekeluarga dalam perjalanan. Sambil memandu segala nasihat kau tuturkan satu persatu kepada anak-anak kita.  Aku bukan ego memiliki title seorang ibu, tapi aku lebih mengenali siapa mereka. Semua anak-anakku kususui dengan air susu dari darah dagingku...dua tahun setiap seorang, boleh tak orang lain jangan nak berlagak menghambur kata nista? Aku amat kecewa bila aku dituduh ibu yang tidak adil dan saksama. tidak pandai pula menguruskan anak dan mengambil/menjaga hati mereka, suara-suara sinis itu amat meluka. Perlukah orang sebegitu menjadi kawan anakku? Terasa hebat sangatkah memiliki aset seorang sahabat yang sanggup menghentam ibu? Orang yang sebegitukah yang akan berkongsi suka dan duka? Anakku, jangan tersilap pilih kawan...

Suamiku, jauh di sudut hati, aku juga mengagumimu, sanggup berkorban demi mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga. Aku juga sanggup berbuat apa saja demi tidak mengganggu tugasanmu selagi terdaya. Kita saling memerlukan, saling memberi sandaran untuk hidup anak-anak kita, menyemai benih-benih cintakan agama dan keluarga. Telah kusemat dalam dada untuk mendidik mereka menjadi insan akademis yang bertaqwa dan berjaya meneruskan cita-cita sehingga berjaya. Akan aku korbankan segala semampu yang ada.

Aku sayang semuanya dan aku dapat rasa kau dan anak-anak kita pun sayang padaku. Meskipun tak pernah ditunjuk segala kasih sayang itu. Aku yang perlu tabah sebenarnya. Jika aku tiada...aku tak minta dibalas kerana itu bukan jasa tetapi semua itu kugalas sebagai satu tanggungjawab yang kuterima dari Tuhan Yang Maha Esa. Aku perlu langsaikan hingga ke hujung nyawa!

Bukan niatku mempamerkan semua, aku bukannya ibu yang hebat berbanding ibubapa mereka. Namun ku punya hati dan perasaan yang kadangkala terguris pedih bila dihina. Apapun semua itu akan kugalas jua selagi nyawa dikandung badan aku masih rela bertahan, hanya bila hatiku kecewa mahu saja aku bertukar menjadi bidadari syurga yang membahagi kasihnya kepada yang tulus dan mendapat keredaan dariNya. Aku akan berusaha supaya anak-anakku nyaman berada dipelukanku, dan aku terkesima menerima kasih dari anak-anakku yang dapat mengubat luka. Ku yakin kita adalah keluarga yang bahagia selamanya dengan izin Allah jua.

Terima kasih atas segalanya.
Gurisan rasa;
umi:6610





Puteraku Idi...



Lagi tentang kesayangan:

Idi oh Idi...semalam masa umi pergi ambil Mia, umi dah teragak-agak nak terus pergi ke Penang, nak jenguk Idi. Rindu sangat! Umi tahu Idi busy study dan ada Kem Kecemerlangan untuk SPM. So, Idi sebagai BWP memang sibuk. Jadi umi tak mahu ganggu. Umi pun terus balik ke KL. Oleh kerana rindu sangat kat anak umi nih, umi try call Ju, kawan idi...tapi tak berjawab. Mungkin dia tak bawak fon, tapi umi hantar juga mesej melalui fon juhairi. Sorry ju...

Kenapa Idi tak call umi, walaupun terubat juga rindu tatkala dapat sesekali berchatting, umi hanya nak tahu Idi balik bila? Semalam, Ju call umi. Thanks Ju...owh, rupanya kem idi habis hari khamis depan. Pastu Ju cakap dia dan idi akan balik dengan bas petang khamis tu sebab pada hari jumaat Ju mintak tolong umi hantarkan dia ke airport KLIA  nak pergi ke Italy. Insyaallah.  

Ermm...bestnyer...umi dengar-dengar ada orang tanya size baju umi...hehe...nak beli hadiah kat Rome...wah! Hadiah harijadi umi jauh nyer nak beli. Thanks2! ngeee...bestnyer ada juga orang yang menghargai umi. Tapi umi tak mengharap, saja jer tulis ni dan mengwar-warkan. Kasi gempak sikit!! Haha...SUDAH!! Umi gurau je laa...Kalau nak beli kena beli ABAYA la ko umi Haha! Lupakan....

Tak sabar tunggu Idi balik, banyak benda nak kongsi. Nak dengar ustaz azhar ngajar sama-sama. Idi mesti suka sebab loghat terengganu. Nanti nak tengok reaksi Idi. Pastu bila abah mengajar @ usrah nak Idi ada sekali. Sembahyang berimam satu family. Rindunyer!
Oke la Di...umi dah tak dapat menulis panjang, umi hanya doakan anak umi tersayang ini sentiasa diberkati perjalanannya dan sentiasa beroleh kejayaan dunia akhirat. SPM dah mendekat Di...nanti Idi lah pula akan menjadi peneman umimasa tunggu result spm nanti,  bila semua orang masuk mengaji...hehe!




Sayangku Mia...


TAHNIAH MIA



Alhamdulillah, Mia dah ada di depan mata. Suka sangat sebab Mia dah kuat. Mia dah jadi senior yang harus menangani rakan-rakan yang homesick. Sampai tak ada masa nak layan kegundahan hati sendiri. Owh, semua itu ada hikmahnya. Syukur sangat. Mia pun dah habis exam, katanya dapat jawab, dah dapat beberapa result, Alhamdulillah...math kertas 1 betul semua dan KH dapat highest. Terima kasih sekali lagi pada cikgu tuisyen yang berhempas pulas berkorban menemani adiknya study. Umi nak bagi hadiah lagi nih:


Wow, berat tuh!
mari-mari makan ice cream
*HIDUP BIAR SEDAP*





Sayangku Safiyah...



Semalam tak sempat, sebab nak upload gambar punyalah lama, mungkin disebabkan 12 megapixel kot...kena edit dulu baru dapat...sabor jer laa.





Semalam dah plan nak buat entry satu demi satu...tapi tak ada kelapangan waktu sebab perlu bergegas ke sekolah mia di tapah, perak. Examnya habis pukul 10.00 pagi, boleh ambik pukul 12.00 tengahari. So, umi kena hold dulu buat entry satu persatu yang dah penuh di kepala nih (Umi drive ke Tapah bertemankan kak ngah.) Gambar pun banyak...mana yang sempat diuploadkan hanya dari 2 fon umi, yang empunya fon tuh, umi agak2 mesti la tuan dia nak bercerita sendiri...sebab tu umi tak ambik dari mereka. Jangan salah faham ye! Tak adil la tak balance la...awak mana tau!





Sekarang ni nak cerita pasal keriangan kami kat water park tuh. Punyalah seronok kami bermain air bagai nak rak...sebab tak ramai orang, sampai umi dan kak long hampir lemas semasa main air pada kedalaman 1.7 meter. Nasib baik masa tu kami berada di hadapan life guard. Umi lambai-lambai dan cakap kat dia..."Tolong...tak boleh nak jejak la..." pastu, beliau pun terus buat air ombak yang dapat membantu menolak kami ke daratan. Kakngah relax jer atas pelampung...kak long terjatuh dan umi hanya berpaut kat pelampung...memang cari nahas laa...Huhuu...pengalaman yang amat mengujakan. Kak long sampai terpegang seseorang kerana terlalu cuak. Dah terdesak nak buat macam mana>





Lepas tu kami bertiga menyusuri air di situ bersama-sama. Sangat best, kitorang mendayung bersama sampai naik lembik...bukan sebab apa tapi sebab bergelak ketawa sebabnya pelampung itu hanya untuk muatan 2 orang, tapi kami naik 3 orang. Depan life guard kami cover2, tapi bila ada ombak rasa tak puas...kami round sampai 3 pusingan. Takde orang pun...kita je yang bergelak sakan. Tapi masa ni tiada jurufoto nak snap gambar kitaorang.
Jadi Nfon simpan je dalam locker time kitorang mandi manda :)




Haa...time ni kelakar giler, kitaorang dah jadi macam budak2, maen gelungsur-gelungsur...
Tapi kan...tau la orang tu ... dia macam dugong...tak mampu menggelungsur laju kena kais-kais sendiri...hahahaa...x pe la, asal dapat turun pun jadi laa..ngehehee...dah la penakut tapi ada hati nak pergi kat tempat lagi hebat: SLIDES TELEMATCH! Wahahahaa...maklumlah bercuti tanpa anak-anak kecil...sangat menyenangkan. Bawa diri je...Akhirnya sampailah masa untuk pulang, sebab perkhidmatan kat waterpark bermula dari pukul 11 am - 6.00 pm. Kami pun bersiap-siap di bilik persalinan untuk balik ke hotel penginapan kami di Caribbean Bay Suites....bye...



Bukit Gambang Resort City memang best. Suasana kat situ amat sunyi sepi amat sesuai bagi yang ingin mencari kedamaian. Aktiviti kat situ pun banyak. 
Outdoor Activities & Recreation:

- Paintball Warzone
- Paintball Target Shooting
- ATV Fun Ride
- ATV Off Road
- Jungle Trekking
- Jungle Walk
- Horse - Carriage Ride
- Tram Ride
- Horse Ride.

haa...banyak pilihan kan? Jom-jom datang sini. Tempatnya tak jauh dari Kolej Matrikulasi Gambang. Dalam 8 kilometer dari highway. Tapinya, pekan gambang tu macam pekan koboi jerk! Kami terpaksa keluar jauh ke bandar untuk dapatkan keperluan. Ada transport tak apa.
Malam tu kami tidur nyenyak kepenatan ...ENJOY!!! 

Sekian.

Friday, June 4, 2010

Sayangku Sara...


Pakej Percutian Buat Cikgu Tuisyen SARA.


Terima kasih cikgu sara, hari ini dah  habis pun exam adikmu Mia. Umi nak pergi jemput dia pulang, dan cuti sekolah pun bermula...

Terima kasih kerana membantu umi dalam banyak perkara. Tenangkan hati umi, faham umi dan menjadi peneman umi yang tak sempurna ini. Kita menangis dan ketawa bersama. Air mata kita serupa. Terima kasih tak terhingga!

Tahniah anakku sara, dapat panggilan lagi yang sangat menguja...bukan senang nak dapat tawaran yang disenarai pendek macam tu. Pergilah...sebab kita sudah tahu apa yang kita mahu. Sekadar mencari pengalaman tidak mengapa. Lagi pun kita boleh belajar dan akan menjadi sandaran suatu hari nanti. Pergi untuk belajar tak apa. Umi hantar! Lagi pun dua hari saja.

Ingat! Usah dilayan mereka-mereka yang menyibuk mencelah dalam rutin harian kita. Umi pun hairan, kenapa mereka seolah-olah faham situasi tetapi hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Sungguh tidak adil anggapan mereka. Betapa buruknya perangai mereka. Suka menyibuk dan mengata. Sangat membebankan dan tidak tahu hormat orang tua. Sama-sama lah kita bersabar menangani semua ini. Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya. Kita lihat saja.

Oh ya! Lupa...sebagai ganjaran menjadi guru sandaran sementara untuk adik bongsu kita, umi bagi pakej percutian 3 hari 2 malam di....(gimik-gimik) ermm...gambar di atas oke.





Semoga Allah memberkati keluarga kita. Ameen.
*hairan juga, kenapa ada yang terasa...




Salam Untuk Farhana....


Assalamualaikum kak Ana, 

Di sini cikza postkan satu entry buat kak ana yang jauh sebab nak minta maaf sangat-sangat kerana lambat poskan sesuatu yang tak seberapa itu buat kak ana. Apapun cikza dah settlekan beberapa hari yang lepas. Harap bungkusan itu sampai dengan selamatnya.

Waduh! Cikza berurusan dengan pejabat pos di UM, hehe...sebab hari itu kebetulan cikza ke Pekan Buku UM setelah mendapat panggilan bahawa buku yang cikza pesan itu sudah sampai:)
Nak tahu buku apa yang cikza pesan...ngeee...buku yang pernah kak ana suruh baca. Ingat x? ingat x? hehe...sekarang cikza dah dapat!  yahoo...nanti kalau kak ana balik, cikza bawa kak ana pergi pekan buku UM, oke...best...

Masa buat urusan mengepos itu, cikza macam keliru bila dia tanya pasal poskan barang ke oversea ni. Haha...lupa la...antara UK dan US ...tempat yang berlainan. Sebelum ni cikza berurusan untuk ke uk..lalalaaa...itu yang pelik tuh. Cara penyeliaan pun tak sama sebab selalunya cikza pergi ke pejabat pos dalam jusco Equine park dekat rumah je. Diorang sangat familiar n membantu. Bungkusan pun jadi comel! ngehehe...tapi yang kak ana ni kat lain...tak kisah lah...asalkan sampai. Ops!! Lupa nak tanya, berapa lama masa nak sampai kesana..harap2 cepat lah! Lagipun takde apa ...saja teringat-teringatkan kak ana. Harap-harap kak ana suka :))

Haa.. ni dia:









Sebenarnya dah lama cikza siapkan bungkusan ni, tapi terbantut sebab kami pergi ke Kuantan. Ayah Din ada seminar di sana. Kami ikut sebab ayah Dian belum sihat mana. Risau bila dia pergi jauh sorang-sorang. So, balik dari kuantan baru uruskan semua kerja yang terbengkalai.




Salam sayang dari Mesia;

Dari Cikza aka umi, semoga senyum-senyum sokmo!

p/s: Nanti kitaorang balik Bachok, ada kenduri kawen umah ciksu aka kak Nah ayah Man,
bestnyer makan gulai kawah yang pastinya gulai daging campur mumbey nyior! Gulai di Bachok, tiada tandingan. Mak su Yoh kepala gulai nyoh! yuhuuu...sedap2!..