JUMPA MAK TERSAYANG:
Apapun, emak juga yang umi cari dulu. Kami tidur di rumah mak, seronoknya...sembang dengan mak sampai terlelap. Sejuk sangat malam tu, Pagi esoknya kami pergi beli nasi pagi. Nak tengok gambar kami tak? Kami dah kemaruk nak makan itu dan ini. Semua nak beli, nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, pulut pagi, laksam, kuih muih dan macam-macam. Sampai ada orang tanya, nak bawa ke mana beli banyak-banyak ni. Ngehehee...segan2!
Lepas tu kami bersiap-siap nak pergi kenduri. Hari ini ada tiga tempat kami nak pergi. Jadi kami bawa mak sekali sebab dua tempat itu adalah adik beradik mak merangkap emak dan bapa saudara umi iaitu rumah Pak Aziz dan rumah Che ngah. Kami pergi bertemu mata sebagai meraikan majlis kerana kesuntukan masa. Semasa ke rumah Pak Aziz, majlis kahwin sepupu umi, Eda..beliau tengah diandam dan majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12.00 tengahari. Kami pun beransur ke rumah che ngah kerana majlis menghantar pengantin juga pada waktu yang sama. Kenangan bersama pengantin baru su na di rumah che ngah;
Tunggu masa nak ke rumah pengantin lelaki
sebelah sana, orang panggil menyambut menantu kot hehe..
SELAMAT PENGANTIN BARU cuNA
Lepas tu kami beransur ke Bachok untuk ke majlis perkahwinan sebelah sana pula...
No comments:
Post a Comment