Semalam tak sempat, sebab nak upload gambar punyalah lama, mungkin disebabkan 12 megapixel kot...kena edit dulu baru dapat...sabor jer laa.
Semalam dah plan nak buat entry satu demi satu...tapi tak ada kelapangan waktu sebab perlu bergegas ke sekolah mia di tapah, perak. Examnya habis pukul 10.00 pagi, boleh ambik pukul 12.00 tengahari. So, umi kena hold dulu buat entry satu persatu yang dah penuh di kepala nih (Umi drive ke Tapah bertemankan kak ngah.) Gambar pun banyak...mana yang sempat diuploadkan hanya dari 2 fon umi, yang empunya fon tuh, umi agak2 mesti la tuan dia nak bercerita sendiri...sebab tu umi tak ambik dari mereka. Jangan salah faham ye! Tak adil la tak balance la...awak mana tau!
Sekarang ni nak cerita pasal keriangan kami kat water park tuh. Punyalah seronok kami bermain air bagai nak rak...sebab tak ramai orang, sampai umi dan kak long hampir lemas semasa main air pada kedalaman 1.7 meter. Nasib baik masa tu kami berada di hadapan life guard. Umi lambai-lambai dan cakap kat dia..."Tolong...tak boleh nak jejak la..." pastu, beliau pun terus buat air ombak yang dapat membantu menolak kami ke daratan. Kakngah relax jer atas pelampung...kak long terjatuh dan umi hanya berpaut kat pelampung...memang cari nahas laa...Huhuu...pengalaman yang amat mengujakan. Kak long sampai terpegang seseorang kerana terlalu cuak. Dah terdesak nak buat macam mana>
Lepas tu kami bertiga menyusuri air di situ bersama-sama. Sangat best, kitorang mendayung bersama sampai naik lembik...bukan sebab apa tapi sebab bergelak ketawa sebabnya pelampung itu hanya untuk muatan 2 orang, tapi kami naik 3 orang. Depan life guard kami cover2, tapi bila ada ombak rasa tak puas...kami round sampai 3 pusingan. Takde orang pun...kita je yang bergelak sakan. Tapi masa ni tiada jurufoto nak snap gambar kitaorang.
Jadi Nfon simpan je dalam locker time kitorang mandi manda :)
Haa...time ni kelakar giler, kitaorang dah jadi macam budak2, maen gelungsur-gelungsur...
Tapi kan...tau la orang tu ... dia macam dugong...tak mampu menggelungsur laju kena kais-kais sendiri...hahahaa...x pe la, asal dapat turun pun jadi laa..ngehehee...dah la penakut tapi ada hati nak pergi kat tempat lagi hebat: SLIDES TELEMATCH! Wahahahaa...maklumlah bercuti tanpa anak-anak kecil...sangat menyenangkan. Bawa diri je...Akhirnya sampailah masa untuk pulang, sebab perkhidmatan kat waterpark bermula dari pukul 11 am - 6.00 pm. Kami pun bersiap-siap di bilik persalinan untuk balik ke hotel penginapan kami di Caribbean Bay Suites....bye...
Bukit Gambang Resort City memang best. Suasana kat situ amat sunyi sepi amat sesuai bagi yang ingin mencari kedamaian. Aktiviti kat situ pun banyak.
Outdoor Activities & Recreation:
- Paintball Warzone
- Paintball Target Shooting
- ATV Fun Ride
- ATV Off Road
- Jungle Trekking
- Jungle Walk
- Horse - Carriage Ride
- Tram Ride
- Horse Ride.
haa...banyak pilihan kan? Jom-jom datang sini. Tempatnya tak jauh dari Kolej Matrikulasi Gambang. Dalam 8 kilometer dari highway. Tapinya, pekan gambang tu macam pekan koboi jerk! Kami terpaksa keluar jauh ke bandar untuk dapatkan keperluan. Ada transport tak apa.
Malam tu kami tidur nyenyak kepenatan ...ENJOY!!!
Sekian.
No comments:
Post a Comment